Kepemimpinan Yang Sering Diamalkan

5.3.1 Kepemimpinan Yang Sering Diamalkan

Sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan diberikan mandat oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk merealisasikan aspirasi pendidikan negara. Dalam memenuhi hasrat tersebut, sekolah memerlukan pengetua yang berupaya memenuhi matlamat malah bijak mengamalkan gelagat kepemimpinan yang pelbagai berdasarkan situasi, tuntutan mahupun keperluan organisasi.

Secara keseluruhan guru dan pengetua yang berkhidmat di Johor bersetuju bahawa pengetua sekolah menengah telah mengamalkan empat stail kepemimpinan yang dikemukakan oleh Bolman dan Deal (1991; 2003). Stail kepemimpinan yang dimaksudkan adalah kepemimpinan sumber manusia, kepemimpinan simbolik, kepemimpinan politik Secara keseluruhan guru dan pengetua yang berkhidmat di Johor bersetuju bahawa pengetua sekolah menengah telah mengamalkan empat stail kepemimpinan yang dikemukakan oleh Bolman dan Deal (1991; 2003). Stail kepemimpinan yang dimaksudkan adalah kepemimpinan sumber manusia, kepemimpinan simbolik, kepemimpinan politik

Dilihat daripada perspektif yang lain pula, pengetua mempunyai stail kepemimpinan yang sering diamalkan dan kepemimpinan yang jarang digunakan. Kajian menunjukkan stail kepemimpinan utama atau kerap diamalkan oleh pengetua adalah kepemimpinan sumber manusia dan kepemimpinan struktural manakala kepemimpinan yang jarang digunakan adalah kepemimpinan simbolik dan kepemimpinan politik. Namun daripada empat stail atau rangka kepemimpinan yang disenaraikan, kepemimpinan sumber manusia merupakan stail kepemimpinan yang paling kerap diamalkan. Oleh itu, dapatan kajian ini adalah selari dengan dapatan kajian oleh Ross (2006), Messer (2002), Cote (1999) di Amerika Syarikat dan Cruz (2003) di Puerto Rico. Secara tidak langsung, ini membuktikan bahawa pengetua di Johor kerap memfokuskan tindakan kepemimpinan mereka untuk memenuhi keperluan guru supaya mereka mempunyai komitmen atau iltizam untuk memajukan sekolah. Ia juga adalah bukti nyata bahawa pengetua sekolah tidak lagi menjadikan model birokratik sebagai rujukan utama kepemimpinan mereka. Melalui amalan kepemimpinan sumber manusia juga, dapatlah dikatakan teras utama kepemimpinan pengetua adalah untuk mempertingkatkan kualiti guru dari aspek profesionalisme dan personaliti diri.

Amalan kepemimpinan sumber manusia juga bermakna pengetua turut memberikan sokongan moral yang berterusan kepada guru sebagai bukti penghargaan dan rasa terima kasih mereka kerana guru telah menjalankan tugas dengan baik dan berkualiti. Dengan cara ini juga, motivasi guru dapat dipertingkatkan supaya dapat melipatgandakan usaha dan Amalan kepemimpinan sumber manusia juga bermakna pengetua turut memberikan sokongan moral yang berterusan kepada guru sebagai bukti penghargaan dan rasa terima kasih mereka kerana guru telah menjalankan tugas dengan baik dan berkualiti. Dengan cara ini juga, motivasi guru dapat dipertingkatkan supaya dapat melipatgandakan usaha dan

Kepemimpinan struktural adalah rangka kepemimpinan yang kedua kerap diamalkan oleh pengetua di Johor. Matlamatnya adalah untuk menghasilkan pengurusan sekolah yang cekap, berkualiti dan sistematik. Dapatan ini bermakna pengetua di Johor turut memberi keutamaan kepada amalan pengurusan sekolah yang berkualiti di samping menitikberatkan keperluan guru-guru. Amalan kepemimpinan struktural pengetua ini secara tidak langsung memberi gambaran bahawa pengetua di Johor masih merujuk kepada prosedur dan peraturan yang mementingkan hasilan tugas terutama untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar. Secara keseluruhan, gelagat kepemimpinan struktural pengetua tergambar jelas melalui aktiviti perancangan strategik akademik dan pembentukan struktur sekolah yang mantap.

Pengetua di Johor juga didapati kurang berminat berperanan sebagai pemimpin simbolik. Pengetua tidak mengamalkan kepemimpinan simbolik dengan meluas kecuali apabila berperanan sebagai ketua atau pemimpin di ‘upacara’ penting sekolah seperti perhimpunan pagi, ketika menyampaikan amanat dan menerapkan nilai dan etos ke dalam budaya sekolah. Rata-rata, kepemimpinan simbolik dalam kalangan pengetua di Johor dinilai sebagai stail atau rangka kepemimpinan yang jarang dilaksanakan. Maklum balas ini menunjukkan bahawa pengetua di Johor belum begitu berjaya merangsang atau mencari peluang baru untuk menggerakkan pembaharuan di sekolah malahan pengetua dikatakan berorientasi hala tuju jangka pendek iaitu mementingkan pencapaian dalam bidang akademik dan kurang berperanan sebagai agen perubahan. Pengetua yang kurang melaksanakan kepemimpinan simbolik membuktikan mereka hanya bertugas sebagai pengurus di sekolah dan bukan pemimpin di sekolah.

Akhir sekali, maklum balas guru menunjukkan bahawa kepemimpinan politik pula dinilai sebagai stail kepemimpinan yang paling jarang diamalkan oleh pengetua di Johor. Ini bererti, pengetua amat jarang atau tidak kerap menggunakan kuasa dan autoriti ketika Akhir sekali, maklum balas guru menunjukkan bahawa kepemimpinan politik pula dinilai sebagai stail kepemimpinan yang paling jarang diamalkan oleh pengetua di Johor. Ini bererti, pengetua amat jarang atau tidak kerap menggunakan kuasa dan autoriti ketika