SOAL SELIDIK KAJIAN

3.5 SOAL SELIDIK KAJIAN

Soal selidik adalah alat kajian utama untuk mengumpul data tentang kepemimpinan pengetua dan komitmen guru terhadap sekolah. Soal selidik juga dipilih kerana kajian ini berbentuk kuantitatif dan melibatkan sampel yang besar. Secara keseluruhan, kajian ini menggunakan tiga soal selidik iaitu soal selidik Leadership Orientations (Self) adalah untuk pengetua menilai kepemimpinannya secara refleksi. Leadership Orientations (Others) yang dijawab oleh guru untuk menilai stail kepemimpinan pengetua dan soal selidik Organizational Commitment Questionnaire’ (OCQ). Soal selidik untuk pengetua (Lampiran C) dibahagikan kepada dua bahagian iaitu enam item tentang faktor latar belakang pengetua dan 56 item penilaian tentang stail kepemimpinan. Manakala, soal selidik untuk guru pula (Lampiran B) mempunyai tiga bahagian iaitu tiga item tentang faktor latar belakang guru, 56 item tentang penilaian stail kepemimpinan pengetua. Semua soal selidik adalah dalam versi Bahasa Melayu iaitu hasil proses terjemahan Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu melalui kaedah terjemahan terbalik.

3.5.1 Soal Selidik Leadership Orientations (Others) / (Self)

Soal selidik Leadership Orientations yang telah dibina oleh Bolman dan Deal merupakan soal selidik yang telah digunakan dengan meluas dalam kebanyakan kajian kepemimpinan terutamanya di Amerika Syarikat. Soal selidik ini turut dilaporkan mempunyai ketekalan dalaman yang baik dan boleh dipercayai (Oliff 2006; Ross 2006; Creech 2006; Welch 2002; Bigham 1999; Fears 2004; Beck-Frazier 2005; Ulmer 2002) iaitu nilai alfa antara

0.82 hingga 0.93. Soal selidik Leadership Orientations juga telah diterjemahkan ke dalam versi bahasa lain melalui kajian Chen (2004) di Taiwan, kajian Ratsamee (2002) di Thailand dan kajian Samsudeen Abdul Aziz (2005) ketika mengukur stail kepemimpinan pengetua sekolah swasta di Malaysia.

Soal selidik Leadership Orientations mempunyai dua versi utama iaitu Leadership Orientations (Self) dan Leadership Orientations (Others). Kedua soal selidik apabila diterjemahkan menjadi Orientasi Kepemimpinan (Sendiri) dan Orientasi Kepemimpinan (Lain). Secara khusus, kedua soal selidik ini kerap digunakan dalam menilai stail Soal selidik Leadership Orientations mempunyai dua versi utama iaitu Leadership Orientations (Self) dan Leadership Orientations (Others). Kedua soal selidik apabila diterjemahkan menjadi Orientasi Kepemimpinan (Sendiri) dan Orientasi Kepemimpinan (Lain). Secara khusus, kedua soal selidik ini kerap digunakan dalam menilai stail

Secara keseluruhan soal selidik Orientasi Kepemimpinan (Lain) mengandungi 59 item iaitu tiga item tentang faktor latar belakang guru dan 56 item tentang stail kepemimpinan pengetua mereka. Bahagian A mengandungi item tentang faktor latar belakang guru iaitu jantina, status pendidikan guru dan jenis sekolah di mana guru berkhidmat. Bahagian B menyentuh intipati kajian tentang stail kepemimpinan mengandungi 56 item dicerakinkan menjadi dua bahagian iaitu: Bahagian I mengandungi 32 item; Bahagian II secara keseluruhannya mengandungi 24 item walaupun telah dikelompokkan oleh Bolman dan Deal (1991; 2003) menjadi enam item sahaja. Item ‘a’ mewakili kepemimpinan struktural, item ‘b’ untuk kepemimpinan sumber manusia, item ‘c’ dikhaskan untuk kepemimpinan politik dan item ‘d’ mewakili kepemimpinan simbolik. Keseluruhannya, item tentang stail kepemimpinan merangkumi 14 item tentang kepemimpinan struktural, 14 item tentang kepemimpinan sumber manusia, 14 item tentang kepemimpinan simbolik dan 14 item tentang kepemimpinan politik. Semua item dalam Bahagian I adalah berdasarkan skala Likert-lima mata iaitu: (a) selalu (lima mata), (b) kerap kali (empat mata), (c) kadang- kadang (tiga mata), (d) jarang-jarang (dua mata) dan tidak pernah (satu mata). Manakala, Bahagian II juga menggunakan skala lima mata Likert iaitu (a) sangat bersetuju, (lima mata), (b) bersetuju (empat mata), (c) tidak pasti (tiga mata), (d) tidak bersetuju (dua mata) dan (e) sangat tidak bersetuju (satu mata).

Soal selidik Orientasi Kepemimpinan (Sendiri) pula membolehkan pengetua memberi penilaian tentang stail kepemimpinannya mengandungi 62 item. Bahagian A mengandungi enam item tentang faktor latar belakang pengetua iaitu jantina; perjawatan pengetua; jenis sekolah; pengalaman pentadbiran; dan jenis latihan pengurusan pengetua. Bahagian B soal selidik Orientasi Kepemimpinan (Sendiri) adalah sama dengan Bahagian B soal selidik Orientasi Kepemimpinan (Lain) iaitu mempunyai 56 item serta dicerakinkan menjadi dua bahagian iaitu: Bahagian I mengandungi 32 item manakala Bahagian II secara keseluruhannya mengandungi 24 item walaupun telah dikelompokkan oleh Bolman dan

Deal (1991; 2003) menjadi 6 item sahaja. Item ‘a’ adalah mewakili kepemimpinan struktural, item ‘b’ adalah untuk kepemimpinan sumber manusia, item ‘c’ dikhaskan untuk kepemimpinan politik dan item ‘d’ mewakili kepemimpinan simbolik. Keseluruhannya, penilaian tentang stail kepemimpinan merangkumi 14 item tentang kepemimpinan struktural, 14 item tentang kepemimpinan sumber manusia, 14 item tentang kepemimpinan simbolik dan 14 item tentang kepemimpinan politik. Semua item dalam Bahagian I soal selidik Orientasi Kepemimpinan (Sendiri) juga adalah berdasarkan maklum balas skala Likert-lima mata iaitu: (a) selalu (lima mata), (b) kerap kali (empat mata), (c) kadang- kadang (tiga mata), (d) jarang-jarang (dua mata) dan tidak pernah (satu mata). Bahagian II pula menggunakan skala lima mata Likert iaitu (a) sangat bersetuju, (lima mata), (b) bersetuju (empat mata), (c) tidak pasti (tiga mata), (d) tidak bersetuju (dua mata) dan (e) sangat tidak bersetuju (satu mata). Kebenaran untuk menterjemah dan menjana semula soal selidik juga telah diperolehi daripada Profesor Lee Bolman, Marion Bloch/Missouri Chair in Leadership, Bloch School of Business and Public Administration, University of Missouri at Kansas City telah diperolehi