KEBOLEHPERCAYAAN DAN KESAHAN
3.7 KEBOLEHPERCAYAAN DAN KESAHAN
Kebolehpercayaan dan kesahan adalah ukuran yang merujuk kepada kestabilan dan ketekalan alat kajian sama ada ia dapat menjawab soalan kajian yang telah dibina (Hardy & Bryman 2004). Dalam kajian ini, kebolehpercayaan alat kajian ditentukan berdasarkan nilai alfa dan korelasi antara item dengan jumlah skor. Kesahan kajian pula ditentukan melalui ujian faktor analisis untuk mendapatkan kesahan konstruk manakala kesahan kandungan diperolehi melalui persetujuan pakar tentang ketekalan soal selidik (Lampiran D). Dalam mencari nilai kebolehpercayaan melalui nilai alfa, nilai 0.00 hingga 1.0 adalah nilai kebolehpercayaan dengan 0.70 atau 0.60 dianggap sebagai nilai terendah untuk indeks kebolehpercayaan yang diterima pakai (Mitchell & Jolley 2004; Mohd Majid 1990). Manakala, nilai korelasi skor item dengan jumlah skor yang diterima pakai pula adalah melebihi nilai 0.25 iaitu nilai yang ditetapkan oleh Nunally & Bernstein (1994).
Bagi memperolehi kesahan untuk protokol temu bual pula, soalan-soalan temu bual telah dikemukakan kepada seorang pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan iaitu subjek rintis untuk mendapatkan maklum balas, cadangan dan idea tentang ketepatan ayat serta soalan protokol temu bual agar proses penambahbaikan dapat dilakukan segera sebelum kajian sebenar dilaksanakan. Kesahan temu bual juga diperolehi melalui proses penilaian tiga orang penyelidik yang pernah melaksanakan kajian berbentuk kualitatif.
3.7.1 Kebolehpercayaan dan Kesahan Soal Selidik Leadership Orientations
Soal selidik Leadership Orientations versi Bahasa Melayu telah diuji oleh Shamsuden Abdul Aziz (2005) dan didapati mempunyai nilai alfa antara 0.82 hingga 0.93. Bagi memperolehi indeks kebolehpercayaan soal selidik ini, pekali nilai alfa dan korelasi antara item dengan jumlah skor akan digunakan. Nilai alfa untuk soal selidik ini adalah di antara
0.93 hingga 0.96 untuk soal selidik Orientasi Kepemimpinan dan nilai 0.91 hingga 0.96.
Jadual 3.2 Nilai alfa berdasarkan bahagian dalam soal selidik
Bahagian Soal Selidik
Nilai Alfa
Nilai Alfa
(Kajian Rintis 1)
(Kajian Rintis 2)
Bahagian Orientasi Kepemimpinan
Bahagian Stail Kepemimpinan
Jadual 3.2 menunjukkan bahawa nilai alfa soal selidik Orientasi Kepemimpinan dan OCQ mempunyai kebolehpercayaan yang baik iaitu antara 0.91 hinga 0.96. Manakala, nilai alfa setiap rangka kepemimpinan diperoleh daripada kajian rintis 1 dan 2 ditunjukkan melalui Jadual 3.3.
Jadual 3.3 Nilai alfa berdasarkan rangka kepemimpinan
Rangka
Nilai Alfa
Nilai Alfa
Kepemimpinan
( Kajian Rintis 1)
(Kajian Rintis 2)
Sumber Manusia
Politik 0.9283 0.9072 Simbolik 0.9266 0.9535 Struktural 0.9318 0.9285
Jadual 3.3 menunjukkan nilai indeks kebolehpercayaan nilai alfa berdasarkan rangka kepemimpinan adalah di antara 0.91 hingga 0.97 iaitu melebihi nilai 0.60 seperti yang ditetapkan oleh Mitchell dan Jolley (2004). Kepemimpinan sumber manusia mencatatkan nilai alfa iaitu 0.93 (kajian rintis 1) dan 0.93 (kajian rintis 2); kepemimpinan politik mencatatkan nilai alfa 0.94 (kajian rintis 1) dan 0.91 (kajian rintis 2); kepemimpinan simbolik pula mencatatkan nilai 0.93 (kajian rintis 1) dan 0.95 (kajian rintis 2) dan nilai alfa untuk kepemimpinan struktural pula adalah nilai 0.93 (kajian rintis 1) dan 0.93 (kajian rintis 2). Berdasarkan nilai alfa tersebut, dapat disimpulkan bahawa semua item dalam soal selidik ini mempunyai indeks kebolehpercayaan yang baik.
Hasil korelasi antara item dengan jumlah skor turut menunjukkan nilai untuk kepemimpinan sumber manusia adalah antara 0.71 hingga 0.90; kepemimpinan politik Hasil korelasi antara item dengan jumlah skor turut menunjukkan nilai untuk kepemimpinan sumber manusia adalah antara 0.71 hingga 0.90; kepemimpinan politik
Jadual 3.4 Nilai korelasi Pearson antara rangka kepemimpinan
Kepemimpinan
Sumber Manusia
Sumber Manusia
Politik 1.0 0.789** 0.705** Simbolik
** Signifikan pada p<0.01, *Signifikan pada p<0.05
Berdasarkan Jadual 3.4, nilai korelasi item antara rangka kepemimpinan mencatatkan nilai antara 0.56 hingga 0.79 iaitu nilai yang menunjukkan perkaitan yang kuat dan melebihi 0.25 serta selari dengan tafsiran korelasi Hopkins (2002). Hopkins (2002) telah mensyaratkan nilai korelasi adalah 0.25 hingga 0.90 adalah nilai yang diterima dan mempunyai hubungan yang baik antara item-item dalam soal selidik.
Hasil ujian rintis soal selidik Orientasi Kepemimpinan (Sendiri) turut mencatatkan indeks kebolehperpercayaan alfa yang baik iaitu 0.98 iaitu nilai kebolehpercayaan yang baik serta boleh dipercayai (Cates 1990). Nilai korelasi antara item dengan jumlah skor pula ialah antara 0.26 hingga 0.97 iaitu nilai korelasi yang diterima dan melebihi nilai 0.25 seperti saranan oleh Nunnally dan Berstein (1994).