Menggunakan Hasil Penilaian

2.3.21 Menggunakan Hasil Penilaian

Oleh sebab setiap program pendidikan melibatkan pelbagai objektif dan oleh sebab objektif mempunyai beberapa skor atau beberapa istilah deskriptif yang digunakan untuk merumuskan tingkah laku pelajar yang bersangkutan dengan objektif ini, hasil yang diperolehi daripada alat-alat penilaian tidak merupakan satu skor atau satu istilah deskriptif tetapi merupakan satu profil yang telah dianalisa atau merupakan satu penerangan yang lengkap berkenaan pencapaian pelajar kini. Skor atau istilah deskriptif itu sepatutnya selari dengan skor atau deskriptif yang digunakan lebih awal lagi supaya kita dapat mengesan perubahan yang berlaku dan kita boleh melihat sama ada terdapat kemajuan di dalam pendidikan atau tidak. Jika didapati bahawa kadar minat pelajar dalam gred 10 tidak melebihi kadar minat di akhir gred 9, ini menunjukkan tidak ada perubahan yang jelas berlaku di dalam minat membaca. Begitu juga jika kebolehan mentafsir apa-apa yang dibaca itu oleh murid dalam gred 10 tidak melebihi kebolehan di akhir gred 9, ia menunjukkan perubahan pendidikan di kalangan murid-murid tidak berlaku.

Oleh itu, penting dibandingkan hasil yang didapati melalui alat-alat penilaian sebelum dan selepas tempoh yang ditentukan bagi membuat anggaran setakat mana perubahan telah berlaku. Walau pun proses ini merupakan proses perbandingan yang kompleks kerana ia melibatkan pelbagai hasil dan kadang-kdang merumitkan, tetapi ia Oleh itu, penting dibandingkan hasil yang didapati melalui alat-alat penilaian sebelum dan selepas tempoh yang ditentukan bagi membuat anggaran setakat mana perubahan telah berlaku. Walau pun proses ini merupakan proses perbandingan yang kompleks kerana ia melibatkan pelbagai hasil dan kadang-kdang merumitkan, tetapi ia

Menganalisa hasil penilaian bagi melihat kekuatan dan kelemahan bukan sahaja diinginkan, tetapi adalah perlu juga meneliti data ini bagi mendapatkan penerangan atau hipotesis tentang mengapa berlakunya kekuatan dan kelemahan itu. Dalam keadaan yang telah dipetik, setelah diteliti semua data yang ada ia menunjukkan bahawa lebih banyak kajian telah dilakukan yang mengakibatkan tidak cukup masa bagi membuat penganalisisan yang kritikal. Perkara ini telah disemak berdasarkan pembacaa sebenar yang melibatkan 6000 muka surat dan masalah sosial yang didapati adalah 21. Kedua- duanya adalah berlebihan dan perkara ini menimbulkan kelemahan yang berpunca daripada terlalu banyaknya bahan dan tidak cukup masa bagi membuat penganalisisan yang kritikal di samping mentafsir dan mempraktikkannya.

Apabila hipotesis yang menerangkan data penilaian telah dicadangkan langkah yang berikutnya ialah untuk menyemak hipotesis dengan data yang ada iaiatu data yang lain bagi menentukan sama ada hipotesis itu selari dengan data yang ada. Jika ia selari dengan data yang ada, langkah yang berikutnya ialah untuk memperbaiki kurikulum seperti yang dikehendaki oleh hipotesis itu dan kemudian mengajar bahan tersebut untuk melihat sama ada prestasi pelajar meningkat. Sekiranya meningkat, ini bermakna bahawa hipotesis itu bersifat memberi penerangan dan menjadi asas bagi memperbaiki kurikulum itu. Dalam kes yang baru dibincangkan ada kemungkinan disusun semula untuk tahun hadapan Apabila hipotesis yang menerangkan data penilaian telah dicadangkan langkah yang berikutnya ialah untuk menyemak hipotesis dengan data yang ada iaiatu data yang lain bagi menentukan sama ada hipotesis itu selari dengan data yang ada. Jika ia selari dengan data yang ada, langkah yang berikutnya ialah untuk memperbaiki kurikulum seperti yang dikehendaki oleh hipotesis itu dan kemudian mengajar bahan tersebut untuk melihat sama ada prestasi pelajar meningkat. Sekiranya meningkat, ini bermakna bahawa hipotesis itu bersifat memberi penerangan dan menjadi asas bagi memperbaiki kurikulum itu. Dalam kes yang baru dibincangkan ada kemungkinan disusun semula untuk tahun hadapan

Apa-apa yang dibayangkan di sini ialah perancangan kurikulum adalah satu proses yang berterusan dan tatkala prosedur dan bahan-bahan sedang diperkembangkan, ianya dicuba, hasilnya dinilai, kelemahannya dikenalpasti, kaedah memperbaikinya dicadangkan; terdapat perancangan semula, memperkembangkan semula dan kemudian dinilai semula dan dengan cara-cara ini mungkin program kurikulum dan pengajaran dapat diperbaiki tahun demi tahun. Dengan cara ini kita berharap akan dapat satu program pendidikan yang lebih berkesan daripada hanya bergantung kepada kaedah yang tidak menentu yang digunakan sebagai asas perkembangan kurikulum.

Dokumen yang terkait

DEKONSTRUKSI HOST DALAM TALK SHOW DI TELEVISI (Analisis Semiotik Talk Show Empat Mata di Trans 7)

21 290 1

Hubungan antara Kondisi Psikologis dengan Hasil Belajar Bahasa Indonesia Kelas IX Kelompok Belajar Paket B Rukun Sentosa Kabupaten Lamongan Tahun Pelajaran 2012-2013

12 269 5

Prosiding Seminar Nasional Pendidikan IPA Pengembangan Profesi Guru Sains melalui Penelitian dan Karya Teknologi yang Sesuai dengan Tuntutan Kurikulum 2013

6 77 175

Peningkatan keterampilan menyimak melalui penerapan metode bercerita pada siswa kelas II SDN Pamulang Permai Tangerang Selatan Tahun Pelajaran 2013/2014

20 223 100

Kesesuaian konsep islam dalam praktik kerjasama bagi hasil petani desa Tenggulun Kecamatan Solokuro Kabupaten Lamongan Jawa Timur

0 86 111

Kurikulum Prodi Sastra Jepang Unikom

3 72 10

ANALISIS TIPOLOGI PENGGUNAAN INTERNET DI KALANGAN SISWA SMK SWASTA (Studi Pada Siswa SMK 2 Mei, SMK Bhakti Utama, dan SMK Bhinneka di Bandar Lampung Tahun Pelajaran 2009/2010)

2 34 119

Penggunaan Metode Diskusi Untuk Meningkatkan Aktivitas Dan Hasil Belajar IPA Siswa Kelas IV SD Negeri 1 Pasar Baru Kecamatan Kedondong Kabupaten Pesawaran Tahun Pelajaran 2011-2012

4 103 122

Studi Perbandingan Sikap Sosial Siswa dengan Menggunakan Model Pembelajaraan Kooperatif Tipe Two Stay Two Stray dan Think Pair Share Pada Mata Pelajaran IPS Terpadu

3 49 84

PENGARUH MODEL PEMBELAJARAN KOOPERATIF TIPE THINK PAIR SHARE (TPS) TERHADAP PEMAHAMAN KONSEP MATEMATIS SISWA (Studi pada Siswa Kelas VII Semester Genap SMP Negeri 8 Bandar Lampung Tahun Pelajaran 2013/2014)

0 20 44