Prosedur Penilaian

2.3.20 Prosedur Penilaian

Proses penilaian bermula dengan objektif program pendidikan. Oleh sebab tujuan kita adalah untuk melihat setakat mana objektif itu telah dicapai, maka perlulah ada prosedur yang akan menerangkan tentang setiap jenis tingkah laku yang akan digambarkan oleh setiap objektif pendidikan yang utama. Misalnya, sekiranya satu daripada objektif itu adalah untuk mencapai pengetahuan penting tentang masalah sosial semasa, maka penilaian perlulah mendapatkan bukti setakat mana pengetahuan itu telah dicapai oleh pelajar. Sekiranya objektif lain ialah untuk memperkembangkan kaedah untuk menganalisa masalah sosial dan mengkaji cadangan bagi mengatasi masalah itu, maka prosedur penilaian perlu menekankan maklumat daripada segi kemahiran pelajar dalam menganalisa masalah sosial serta kemahiran bagi mengkaji cadangan untuk mengatasi masalah itu. Ini bermakna bahawa analisa dua dimensi yang digunakan bagi merangsang pengalaman pembelajaran boleh juga digunakan bagi merancang prosedur penilaian.

Penganalisisan objektif dua dimensi boleh digunakan bagi asas penilaian. Setiap tajuk berkenaan dengan tingkah laku bagi melihat setakat mana tingkah laku itu berkembang dan setiap isi tajuk analisis itu menunjukkan kandungan yang perlu disampel berhubung dengan tingkah laku yang akan dikaji. Maka, dalam hal objektif berkenaan masalah sosial, analisis dua dimensi itu menunjukkan penilaian pengetahuan mesti dibuat ke atas tingkah laku dan daripada segi kandungan tajuk pula, bidang-bidang pengetahuan perlu disampel bagi mengkaji setakat mana pelajar telah mencapai pengetahuan itu. Begitu juga dengan objektif, “memperkembangkan minat dalam sastera” memerlukan kajian berkenaan pemupukan minat bagi tingkah laku pelajar, manakala aspek kandungan pula adalah bersangkutan dengan bidang di mana minat dijangka akan berkembang dan perlu disampelkan bagi menentukan sama ada minat itu berkembang. Dengan cara ini, analisis dua dimensi objektif tersebut menjadi panduan untuk menilai kurikulum.

Memang diandaikan bahawa “objektif tingkah laku” itu telah didefinisikan dengan sejelas-jelasnya oleh penggubal kurikulum. Objektif-objektif ini sepatutnya telah Memang diandaikan bahawa “objektif tingkah laku” itu telah didefinisikan dengan sejelas-jelasnya oleh penggubal kurikulum. Objektif-objektif ini sepatutnya telah

Langkah seterusnya dalam prosedur penilaian ini ialah mengenalpasti keadaan untuk memberikan peluang kepada pelajar menjelaskan tingkah laku seperti yang dikehendaki oleh objektif pendidikan itu. Satu cara yang boleh kita katakan sama ada pelajar telah mencapai tingkah laku yang diharapkan adalah dengan memberikan mereka peluang untuk menunjukkan tingkah laku itu. Ini bererti bahawa kita perlu mendapatkan keadaan yang bukan sahaja membenarkan penglahiran tingkah laku yang diharapkan itu tetapi ianya dapat digalakkan atau dibangkitkan. Hanya dengan cara ini kita boleh menentukan setakat mana objektif itu telah tercapai.

Dalam setengah-setangah kes yang tertentu, mudah bagi kita untuk melihat keadaan yang memberikan peluang kepada pelajar untuk mengamalkan tingkah laku yang diharapkan. Kita biasa merangsang pelajar memberikan pandangan mereka melalui soalan dan oleh itu adalah wajar soalan itu digunakan untuk menggalakkan reaksi pelajar terhadap pengetahuan dan kebolehan mereka yang bersangkutan dengan bahan-bahan lisan. Apabila kita mengambil kira keseluruhan objektif yang diharapkan, kita dapat melihat bahawa bukan semua keadaan itu berbentuk seperti ini. Jika kita ingin melihat bagaimana pelajar memupuk penyesuaian peribadi- sosial, kita mesti menggunakan keadaan ini yang memberi kanak-kanak peluang berinteraksi dengan kanak-kanak lain. Ini bermakna kita akan mencari-cari bukti tentang penyesuaian peribadi- sosial ini di peringkat tadika sewaktu kanak-kanak itu bermain dan bekerja bersama-sama. Ini juga bermakna bahawa kita akan mencari bukti dalam keadaan di mana terdapatnya aktiviti bebas. Pelajar bebas melahirkan minat mereka. Sekiranya kita mahukan bukti tentang kebolehan pelajar melafazkan secara lisan, kita mesti melihat situasi yang membangkitkan ungkapan lisan.

Jadi prinsipnya adalah mudah, iaitu setiap keadaan penilaian adalah keadaan yang memberi peluang kepada pelajar melakukan tingkah laku yang kita mencuba hendak nilai. Sungguh pun prinsip ini mudah, masih terdapat pelbagai masalah yang berkaitan dengan mencari keadaan-keadaan yang agak terkawal yang memberikan guru atau pihak penilai melihat jenis-jenis tingkah laku yang sedang dipupuk oleh pelajar. Sekiranya ada keadaan yang sukar hendak diatasi, maka apa-apa yang perlu dilakukan oleh pakar penilai ialah mencari keadaan yang lebih mudah yang mempunyai pertalian yang erat dengan hasil yang diperolehi melalui kaedah ini bagi membangkitkan tingkah laku yang hendak dinilai.

Hanya selepas objektif-objektif itu telah dikenalpasti, diberi definisi yang jelas dan keadaan yang memberi peluang bagi mengamalkan tingkah laku yang dikehendaki telah disenaraikan barulah boleh kita meneliti alat-alat penilaian yang ada bagi menentukan setakat mana ia boleh digunakan untuk menilai tujuan yang dikehendaki. Tidak mungkin untuk melihat suatu alat ujian dan menentukan sama ada ia boleh mengkaji suatu program pendidikan sebelum objektif program itu dikenalpasti, didefinisikan dan sehingga keadaan yang boleh memberikan peluang untuk tingkah laku itu dilahirkan juga dikenalpasti. Apabila langkah-langkah ini telah diambil, seseorang itu boleh meneliti ujian-ujian tertentu bagi menentukan setakat mana objektif yang hendak dikaji itu telah disampel dan setakat mana ujian itu telah menggunakan keadaan yang memberangsangkan tingkah laku yang hendak dikaji itu atau pun menggunakan keadaan yang telah dikaitkan dengan keadaan yang secara langsung boleh memberangsangkan tingkah laku yang dikehendaki.

Kerap juga telah berlaku di mana orang yang telah melakukan katalog ujian atau telah melihat contoh-conoth ujian dan memilihnya tanpa melakukan langkah yang telah dibincangkan ini. Oleh sebab ujian A luas digunakan di dalam mata pelajaran Fizik atau ujian B biasa digunakan untuk seni lukis atau ujian C tekah dicipta oleh pakar matematik, ia bukanlah menunjukkan bahawa ujian ini sesuai digunakan bagi mengumpul maklumat untuk sesuatu objektif bagi suatu program pendidikan. Amat perlu bagi kita menyemak alat-alat ujian bagi menentukan yang alat-alat itu sesuai dengan tujuan penilaian kita dan melihat sama ada ia menggunakan keadaan yang membangkitkan amalan atau tingkah laku yang dikehendaki oleh objektif pendidikan tadi.

Setelah alat-alat penilaian disemak dan diteliti dengan cara yang dicadangkan besar kemungkinan penggubal kurikulum akan mendapati alat-alat yang sesuai untuk mengkaji Setelah alat-alat penilaian disemak dan diteliti dengan cara yang dicadangkan besar kemungkinan penggubal kurikulum akan mendapati alat-alat yang sesuai untuk mengkaji

Sekiranya kita perlu membentuk suatu alat penilaian untuk suatu objektif tertentu, langkah yang berikutnya ialah mencuba beberapa keadaan yang dicadangkan sebagai keadaan yang memberi pelajar peluang melahirkan tingkah laku yang dikehendaki. Percubaan ini akan memberi peluang untuk melihat sejauh mana keadaan itu boleh digunakan bagi mendapatkan bukti. Mungkin keadaan yang sesuai untuk pelajar berpeluang menunjukkan kebolehan menganalisa masalah bertulis. Kemudian pelajar itu disuruh menganalisa masalah-masalah itu. Keadaan seperti ini boleh dicuba ke atas pelajar untuk melihat sejauh mana tindak balas yang diterima memberi asas untuk menilai kebolehan pelajar menganalisa masalah. Atau suatu keadaan yang akan memberikan peluang untuk menunjukkan minatnya! Dalam hal ini, satu soal selidik yang mengandungi pelbagai aktiviti akan disediakan. Pelajar akan diminta menandakan aktiviti yang diminatinya dan yang tidak diminatinya. Jika keadaan ini memungkinkan pelajar mendapat peluang menunjukkan minat mereka, ia sepatutnya digunakan dalam bentuk percubaan untuk melihat sejauh mana soal selidik ini memuaskan. Langkah ini merupakan satu langkah yang berguna bagi memperkembangkan alat penilaian yang boleh digunakan dengan cara yang memuaskan.

Setelah memutuskan keadaan-keadaan tertentu yang hendak digunakan bagi mendapatkan bukti tentang tingkah laku pelajar perlu pula mencipta suatu cara untuk merekod tingkah laku pelajar di dalam keadaan percubaan ini. Daripada segi peperiksaan bertulis, pelajar itu sendiri membuat rekod melalui tulisannya. Oleh yang demikian, masalah mencatat tingkah lakunya tidaklah begitu rumit. Sebaliknya, keadaan yang memberi kanak-kanak tadika peluang bermain dan bekerjasama mungkin merupakan keadaan yang baik bagi mengadakan penyesuaian peribadi sosial, tetapi kita juga perlu mendapatkan rekod reaksi kanak-kanak itu di dalam keadaan itu untuk dikaji. Perkara ini Setelah memutuskan keadaan-keadaan tertentu yang hendak digunakan bagi mendapatkan bukti tentang tingkah laku pelajar perlu pula mencipta suatu cara untuk merekod tingkah laku pelajar di dalam keadaan percubaan ini. Daripada segi peperiksaan bertulis, pelajar itu sendiri membuat rekod melalui tulisannya. Oleh yang demikian, masalah mencatat tingkah lakunya tidaklah begitu rumit. Sebaliknya, keadaan yang memberi kanak-kanak tadika peluang bermain dan bekerjasama mungkin merupakan keadaan yang baik bagi mengadakan penyesuaian peribadi sosial, tetapi kita juga perlu mendapatkan rekod reaksi kanak-kanak itu di dalam keadaan itu untuk dikaji. Perkara ini

Langkah yang seterusnya dalam memperkembangkan penilaian ialah menentukan istilah atau unit yang akan digunakan untuk meringkaskan atau mengkaji rekod tingkah laku yang telah diperolehi. Kaedah mengkaji tingkah laku ini perlulah selari dengan implikasi objektif itu sendiri. Misalnya, tingkah laku yang menunjukkan minat membaca sebagai satu objektif pendidikan yang didefinisikan sebagai memupuk minat yang luas dan matang, maka perlulah kita tentukan unit-unit yang kita boleh menggunakan untuk merumuskan rekod membaca kanak-kanak bagi menentukan sejauh mana luas dan matangnya tingkah laku itu. Keluasan boleh ditandakan dengan suatu angka yang mengukur jenis bahan pembacaan kanak-kanak itu pada sesuatu tahun.

Oleh itu seorang kanak-kanak yang membaca hanya berita-cerita “Wild West” dan cerita-ceriata detektif akan disenaraikan di bawah dua kategori dan angka 2 melambangkan ukuran keluasannya. Perkara ini berbeza dengan budak lelaki yang mempunyai angka 4 sebagai rekod bacaannya, pengembaraan romance, psikologi dan sosiologi. Di sini ternyatalah bahawa murid lelaki ini membaca lebih luas daripada murid yang ditandakan dengan angka 2. begitulah halnya jika tahap pembacaan itu dapat dikategorikan kepada tahap-tahap kematangan yang membolehkan kita membuat rumusan rekod pembacaan yang berkait dengan purata tahap kematangan dan dengan ini kita boleh mengatur bidang pembacaan mengikut minat. Gambaran ini dibuat kerana ia berlainan daripada masalah yang biasanya dinilai oleh orang yang membaca dan memberi markah. Sebenarnya semua penilaian melibatkan masalah ini, iaitu keputusan tentang ciri-ciri tingkah laku yang hendak dikaji dan menentukan unit yang akan digunakan dalam pengukuran dan merumuskan ciri-ciri ini. Daripada segi minat membaca, ciri-ciri yang digunakan ialah julat dan kematangan supaya kaedah yang digunakan akan menumpu kepada julat dan kematangan.

Masalah yang sama akan ditemui apabila membuat rumusan untuk ujian. Mungkin itulah cara untuk mengukur pengetahuan. Soalan yang dihadapi ialah: Bolehkah pengetahuan dirumuskan mengikut bilangan perkara yang ada dalam sampel yang boleh diingat dengan betul oleh pelajar atau adakah ia dirumus mengikut klasifikasi perkara supaya kita dapat menentukan topik manakah yang paling diingatinya dan yang mana tidak begitu diingatinya atau adakah cara-cara lain yang objektif berkenaan boleh dirumuskan dengan cara yang paling memuaskan atau dikaji dengan memuaskan untuk tujuan penilaian? Setiap tingkah laku manusia yang dikaji sebagai objektif pendidikan itu perlu dirumus atau diukur mengikut cara-cara tertentu dan keputusan tentang cara-cara ini adalah merupakan masalah yang penting di dalam perkembangan dan penggunaan alat-alat penilaian.

Kita harus jelas bahawa bagi kebanyakan tujuan, mengkaji tingkah laku manusia merupakan satu kajian yang bersifat analisis, bukannya hanya suatu rumusan angka sahaja. Hanya mengetahui bahawa John Smith mendapat 97 markah dan Mary Jones mendapat 64 berdasarkan alat penilaian yang digunakan belum memadai untuk membantu memperbaiki kurikulum. Adalah lebih berfaedah mendapatkan rumusan berkenaan dengan kekuatan dan kelemahan sesuatu objektif dan di dalam kebanyakan keadaan memang perlu mendapatkan beberapa markah atau rumusan bagi tiap-tiap objektif untuk mendapatkan gambaran yang lengkap tentang pencapaian sesuatu objektif yang tertentu. Oleh itu, adalah mustahak untuk kita mengetahui sama ada minat pelajar dalam pembacaan meningkat walau pun kematangannya dalam pembacaan tidak begitu maju. Juga berguna untuk mengetahui bahawa pelajar menunjukkan kemajuan dalam kemahiran membuat tafsiran dalam pembacaan walau pun minat membaca mereka tidaklah memuaskan seperti yang diharapkan. Analisa seperti yang menunjukkan kekuatan dan kelemahan amat berguna bagi memperbaiki kurikulum. Ini bermakna rancangan untuk melakukan kajian perlu dilakukan sebelum membuat suatu pemarkahan. Keputusan ini perlu bagi membentuk suatu program penilaian.

Langkah seterusnya dalam pembentukan alat penilaian ialah menentukan setakat mana kaedah rumusan atau menentukan kadar itu begitu objektif, iaitu sejauh mana dua orang yang berkelayakan akan mendapat markah atau rumusan yang sama apabila mereka mempunyai peluang bagi memberi markah atau merumuskan rekod tingkah laku yang sama. Sekiranya markah yang diperolehi itu amat berbeza, iaitu bergantung kepada siapa Langkah seterusnya dalam pembentukan alat penilaian ialah menentukan setakat mana kaedah rumusan atau menentukan kadar itu begitu objektif, iaitu sejauh mana dua orang yang berkelayakan akan mendapat markah atau rumusan yang sama apabila mereka mempunyai peluang bagi memberi markah atau merumuskan rekod tingkah laku yang sama. Sekiranya markah yang diperolehi itu amat berbeza, iaitu bergantung kepada siapa

Apabila alat-alat penilaian ini telah dicuba, seseorang itu bukan sahaja dapat menyemak objektif pemberian markah atau cara membuat rumusan tetapi juga dapat menyemak sama ada memadai atau tidak sampel tingkah laku yang terdapat di dalam alat itu. Pada amnya, saiz sampel tingkah laku yang akan diambil itu bergantung kepada jenis tingkah laku yang ada. Jika seseorang itu hendak mendapatkan bukti sikap sosial pelajar dan sikap ini adalah begitu mantap pada setiap pelajar, dia hanya memerlukan sampel yang sedikit bagi kita melihat tanda-tanda yang boleh dipercayai tentang sikap yang ada pada pelajar itu. Sebaliknya, jika terdapat perbezaan yang luas terhadap sikap yang ada pada setiap pelajar itu, misalnya jika dia seorang yang terlalu mementingkan diri pada suatu peringkat dan pada peringkat yang lain pula dia merupakan seorang yang mesra, kita perlukan sampel yang luas tentang tingkah lakunya supaya dapat kita menelah dengan betul sikap mesranya atau sikapnya yang terlalu mementingkan dirinya.

Oleh itu, kita tidak dapat menjangkakan sebanyak mana sampel tingkah laku yang kita perlukan berhubung dengan suatu objektif itu agar kita dapat membuat rumusan terhadap kedudukan individi itu. Mungkin selepas kita mencuba alat penilaian itu untuk mencari variasi item di dalamnya, barulah dapat kita memastikan setakat mana kita boleh percaya sampel itu dan dapat menentukan sama ada sampel yang kecil atau yang besar yang boleh digunakan dengan memuaskan. Ini adalah perkara yang melibatkan kepercayaan terhadap suatu ujian atau terhadap alat-alat penilaian yang lain dan walau pun di luar skop perbincangan ini untuk menerangkan kaedah bagi menganggarkan kepercayaan, kita perlu mengetahui apakah yang dikatakan kebolehan kepercayaan itu dan menyedari jika sesuatu ujian itu terlalu ringkas serta mempunyai sampel yang sedikit atau suatu pemerhatian itu dibuat dalam jangka waktu yang pendek yang tidak begitu memadai Oleh itu, kita tidak dapat menjangkakan sebanyak mana sampel tingkah laku yang kita perlukan berhubung dengan suatu objektif itu agar kita dapat membuat rumusan terhadap kedudukan individi itu. Mungkin selepas kita mencuba alat penilaian itu untuk mencari variasi item di dalamnya, barulah dapat kita memastikan setakat mana kita boleh percaya sampel itu dan dapat menentukan sama ada sampel yang kecil atau yang besar yang boleh digunakan dengan memuaskan. Ini adalah perkara yang melibatkan kepercayaan terhadap suatu ujian atau terhadap alat-alat penilaian yang lain dan walau pun di luar skop perbincangan ini untuk menerangkan kaedah bagi menganggarkan kepercayaan, kita perlu mengetahui apakah yang dikatakan kebolehan kepercayaan itu dan menyedari jika sesuatu ujian itu terlalu ringkas serta mempunyai sampel yang sedikit atau suatu pemerhatian itu dibuat dalam jangka waktu yang pendek yang tidak begitu memadai

Oleh sebab kita telah menggunakan dua istilah bagi dua kriteria dan menyedari jika sesuatu ujian itu terlalu ringkas serta mempunyai sampel yang sedikit atau suatu pemerhatian itu dibuat dalam jangka waktu yang pendek yang tidak begitu memadai untuk mendapatkan tingkah laku pelajar itu, maka perlulah kita mendapatkan lagi sampel sebelum kita dapat membuat satu keputusan yang tepat. Oleh sebab kita telah menggunakan dua istilah bagi dua kriteria yang penting untuk alat penilaian, iaitu objektiviti dan kepercayaan, maka perlulah menekankan kriteria ketiga dan yang amat penting untuk alat penilaian iaitu kesahan.

Kesahan mempunyai kaitan dengan kaedah dan menunjukkan setakat mana alat penilaian itu boleh memberikan bukti tingkah laku yang dikehendaki itu. Kesahan boleh ditentukan dengan satu atau dua cara. Satu cara ialah dengan mendapatkan terus sampel tingkah laku yang hendak diukur itu seperti melihat pelajar memilih makanan sebagai asas menentukan tabiat makan murid-murid atau mendapatkan rakaman membaca yang dilakukan oleh murid-murid sebagai penentuan kepada tabiat membaca atau mengemukakan masalah pada pelajar untuk dianalisa untuk melihat kebolehan pelajar menganalisa masalah. Cara ini digelar “Kesahan permukaan” (Face Validity) - alat penilaian itu sah pada permukaannya kerana ia mendapatkan sampel secara terus ke atas tingkah laku yang hendak dikaji itu. Cara lain bagi menentukan kesahan ialah melalui cara yang sah.

Sekiranya kita boleh tunjukkan bahawa hasil daripada satu soal selidik berkenaan dengan pembacaan mempunyai hubungan yang erat dengan hasil yang diperolehi daripada hasil rakaman yang sebenarnya, maka soal selidik berkenaan dengan pembacaan itu mungkin boleh digunakan untuk menentukan apa-apa yang dibaca oleh pelajar. Keputusan ini adalah sah kerana hasilnya ditunjukkan melalui kaedah yang didapati secara terus. Dalam setangah-setengah kes mereka yang membuat ujian mendapati bahawa mahal atau sukar atau sebaliknya tidak boleh dipraktikkan bagi mendapatkan bukti melalui kaedah terus dan meraka mencuba beberapa alat yang agak senang dilaksanakan bagi mendapatkan bukti. Alat-alat ini tidak sepatutnya digunakan sebagai alat yang sah sehingga telah terbukti bahawa ianya mempunyai hubungan yang erat dengan bukti yang Sekiranya kita boleh tunjukkan bahawa hasil daripada satu soal selidik berkenaan dengan pembacaan mempunyai hubungan yang erat dengan hasil yang diperolehi daripada hasil rakaman yang sebenarnya, maka soal selidik berkenaan dengan pembacaan itu mungkin boleh digunakan untuk menentukan apa-apa yang dibaca oleh pelajar. Keputusan ini adalah sah kerana hasilnya ditunjukkan melalui kaedah yang didapati secara terus. Dalam setangah-setengah kes mereka yang membuat ujian mendapati bahawa mahal atau sukar atau sebaliknya tidak boleh dipraktikkan bagi mendapatkan bukti melalui kaedah terus dan meraka mencuba beberapa alat yang agak senang dilaksanakan bagi mendapatkan bukti. Alat-alat ini tidak sepatutnya digunakan sebagai alat yang sah sehingga telah terbukti bahawa ianya mempunyai hubungan yang erat dengan bukti yang

Langkah-langkah ini menunjukkan prosedur yang telah diikut bagi membuat penilaian dan bagi alat untuk penilaian. Jika alat itu didapati mempunyai terlalu sedikit kesahannya, ia perlulah diperbaiki. Ia juga perlu diperbaiki selepas ianya disebar seperti memperbaiki arahan yang kabur dan menggugurkan bahagian yang tidak mendapat sambutan daripada pelajar. Pada umumnya, kita akan mendapat alat kajian yang baik bagi mendapatkan bukti setakat mana pelajar telah mencapai objektif pendidikan yang telah ditetapkan. Alat-alat ini digunakan bagi mendapatkan hasil yang telah dirumuskan. Hasil ini mungkin dalam bentuk skor atau angka atau penerangan atau kedua-duanya bergantung kepada bentuk yang paling memuaskan digunakan bagi merumuskan tingkah laku yang sesuai dengan objektif yang diinginkan.

Dokumen yang terkait

DEKONSTRUKSI HOST DALAM TALK SHOW DI TELEVISI (Analisis Semiotik Talk Show Empat Mata di Trans 7)

21 290 1

Hubungan antara Kondisi Psikologis dengan Hasil Belajar Bahasa Indonesia Kelas IX Kelompok Belajar Paket B Rukun Sentosa Kabupaten Lamongan Tahun Pelajaran 2012-2013

12 269 5

Prosiding Seminar Nasional Pendidikan IPA Pengembangan Profesi Guru Sains melalui Penelitian dan Karya Teknologi yang Sesuai dengan Tuntutan Kurikulum 2013

6 77 175

Peningkatan keterampilan menyimak melalui penerapan metode bercerita pada siswa kelas II SDN Pamulang Permai Tangerang Selatan Tahun Pelajaran 2013/2014

20 223 100

Kesesuaian konsep islam dalam praktik kerjasama bagi hasil petani desa Tenggulun Kecamatan Solokuro Kabupaten Lamongan Jawa Timur

0 86 111

Kurikulum Prodi Sastra Jepang Unikom

3 72 10

ANALISIS TIPOLOGI PENGGUNAAN INTERNET DI KALANGAN SISWA SMK SWASTA (Studi Pada Siswa SMK 2 Mei, SMK Bhakti Utama, dan SMK Bhinneka di Bandar Lampung Tahun Pelajaran 2009/2010)

2 34 119

Penggunaan Metode Diskusi Untuk Meningkatkan Aktivitas Dan Hasil Belajar IPA Siswa Kelas IV SD Negeri 1 Pasar Baru Kecamatan Kedondong Kabupaten Pesawaran Tahun Pelajaran 2011-2012

4 103 122

Studi Perbandingan Sikap Sosial Siswa dengan Menggunakan Model Pembelajaraan Kooperatif Tipe Two Stay Two Stray dan Think Pair Share Pada Mata Pelajaran IPS Terpadu

3 49 84

PENGARUH MODEL PEMBELAJARAN KOOPERATIF TIPE THINK PAIR SHARE (TPS) TERHADAP PEMAHAMAN KONSEP MATEMATIS SISWA (Studi pada Siswa Kelas VII Semester Genap SMP Negeri 8 Bandar Lampung Tahun Pelajaran 2013/2014)

0 20 44