CADANGAN-CADANGAN KAJIAN

8. CADANGAN-CADANGAN KAJIAN

Berdasarkan hasil penemuan kajian ini, cadangan-cadangan berikut dikemukakan untuk pertimbangan stakeholders dan pihak pengurusan organisasi dalam sektor awam yang terlibat dalam pelaksanaan projek EG.

Volume 1

i. Pemurnian Sikap Pegawai Awam Terhadap Aplikasi ICT

Number 1

Memandangkan faktor sikap positif personel awam berkait rapat dalam menentukan kejayaan projek EG, organisasi haruslah berusaha untuk mengikis sikap negatif (kebimbangan, prasangka dan technophobia) pegawai awam terhadap sistem dan teknologi. Pada masa yang sama, pihak pengurusan organisasi harus melaksanakan

strategi-strategi bagi mengukuhkan sikap positif (keinginan dan keyakinan) mereka dalam meningkatkan aplikasi ICT bagi menjayakan EG. Dalam konteks ini, motivasi, sokongan dan penghargaan memainkan peranan penting bagi memurnikan sikap pegawai awam terhadap ICT.

ii. Memberi Fokus Kepada Aspek Sosio-demograi Pekerja Kajian ini mendapati terdapat perbezaan signiikan antara usia responden dengan tahap

kesediaan mengaplikasikan ICT. Responden dalam lingkungan 25-29 tahun mempunyai tahap kesediaan lebih tinggi berbanding responden yang muda (kurang 25 tahun) dan melebihi 30 tahun. Mereka yang berusia kurang 25 tahun biasanya baru memasuki perkhidmatan awam. Terdapat kemungkinan mereka kurang memahami matlamat dan faedah pelaksanaan EG. Manakala mereka yang berusia lanjut pula berkemungkinan kurang menguasai ICT dalam pekerjaan. Oleh itu, organisasi seharusnya memberi tumpuan kepada kelompok sasaran tersebut dan mengambil strategi tertentu seperti memberi pendedahan, kesedaran, dorongan dan latihan dengan lebih kerap kepada mereka.

Kajian ini juga mendapati bahawa kebolehan aplikasi ICT adalah berbeza berdasarkan tahap akademik pegawai awam. Responden yang memiliki tahap akademik yang tinggi (Sarjana dan Ph.D) mempunyai kebolehan menjayakan EG lebih baik berbanding mereka yang memiliki kelayakan akademik lebih rendah. Justeru, pihak jabatan perlulah memberi tumpuan dan penekanan yang lebih terhadap program-program galakan dan latihan kepada kakitangan bawahan dalam organisasi.

iii. Membentuk Persekitaran Organisasi Lebih Kondusif Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pemberian latihan yang tepat, diminati dan

berterusan (konsisten) mempunyai korelasi positif dengan tahap penerimaan responden terhadap ICT. Dalam hal ini, latihan-latihan kepada pegawai awam perlu ditumpukan kepada dua perkara iaitu untuk meningkatkan tahap penerimaan dan tahap kompetensi mereka. Sehubungan itu, jabatan kerajaan perlulah membuat perancangan dan strategi latihan formal yang berkesan iaitu tidak membosankan, berterusan dan bersesuaian dengan aplikasi ICT yang diguna pakai oleh organisasi. Pada masa yang sama, petugas perlu digalakkan untuk mengikuti latihan-latihan tambahan secara informal, misalnya dengan belajar daripada pegawai lain yang lebih berkemahiran.

Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa sokongan dan galakan pengurusan atasan

CELLENCE

berkorelasi secara positif dengan tahap penggunaan ICT. Oleh itu pihak pengurusan perlu menyediakan pegawai IT secukupnya untuk membantu mengatasi masalah teknikal, mengemas kini perkakasan, meningkatkan perisian sistem ICT dan memberi

Journal EX

bantuan lain bagi meningkatkan tahap aplikasi kakitangan. Pada masa yang sama, tekanan pihak pengurusan didapati mempunyai kesan positif

terhadap aplikasi ICT. Keadaan ini menyarankan bahawa perhatian serius, gesaan dan sikap demanding pengurusan boleh memberi kesan kepada kakitangan agar sentiasa mematuhi arahan stakeholders untuk menjayakan aplikasi EG. Terdapat kemungkinan bahawa salah satu penyebab kepada kesungguhan kakitangan untuk mengaplikasikan ICT adalah kerana bimbang dipersalahkan oleh pengurusan sekiranya organisasi mereka gagal melaksanakan EG.

iv. Pengemaskinian Software, Sistem dan Kelengkapan ICT Kajian ini mendapati bahawa aplikasi ICT adalah berkorelasi positif dengan tujuan dan

penggunaan teknologi. Keadaan ini menunjukkan, semakin jelas responden dengan tujuan teknologi diperkenalkan, semakin tinggi aplikasi mereka. Begitu juga, semakin kerap penggunaan dan manfaat yang diterima daripada penggunaan teknologi, semakin tinggi tahap aplikasi ICT. Justeru, pihak pengurusan perlu merancang strategi yang berkesan untuk memberi kefahaman kepada semua lapisan kakitangan mereka mengenai penggunaan ICT dan pelaksanaan EG.

Selanjutnya, pekerja akan lebih mudah menerima teknologi sekiranya ia bersifat job-it dan work-oriented iaitu perlu digunakan dalam proses kerja. Dalam hal ini, organisasi perlu memberi galakan kepada kakitangan untuk menggunakan ICT bagi membolehkan mereka melaksanakan kerja dengan cepat dan tepat. Sistem tersebut juga hendaklah kondusif bagi membolehkan kakitangan berkongsi maklumat bagi mewujudkan sense of belonging dalam kalangan mereka.

v. Mengecilkan Jurang ICT Merentasi Lokasi dan Pentadbiran Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap kesediaan dan kebolehan aplikasi

ICT kakitangan awam adalah berkait dengan lokasi bekerja mereka. Dalam kajian ini, responden yang bekerja di bandar utama (Putrajaya, Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Shah Alam) mempunyai tahap kesediaan dan kebolehan lebih tinggi untuk mengaplikasikan ICT berbanding responden yang bekerja di luar bandar utama (Hulu Langat, Kuala Langat, Kuala Selangor dan Sabak Bernam).

Penemuan ini konsisten dengan dapatan kajian selanjutnya iaitu responden yang bertugas di ibu pejabat persekutuan dan negeri mempunyai tahap aplikasi ICT lebih tinggi berbanding mereka yang bertugas di daerah. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa petugas di peringkat daerah mempunyai halangan yang lebih tinggi dalam

Volume 1

melaksanakan aplikasi ICT. Oleh itu, pihak pengurusan seharusnya memberi tumpuan bagi meningkatkan kesedaran, dorongan, latihan dan tekanan kepada mereka yang

Number 1

berkhidmat di luar bandar utama dan di peringkat daerah, agar aplikasi ICT dapat dipertingkatkan bagi menjayakan agenda EG.