KAEDAH KAJIAN

3. KAEDAH KAJIAN

Kajian ini menggunakan kaedah analisis isi kandungan. Kaedah ini dianggap sesuai kerana kajian ini meneliti secara mendalam isi kandungan yang terdapat dalam iklan- iklan PEMUDAH. Pada umumnya, analisis isi kandungan digunakan untuk membuat kajian terhadap utusan yang terkandung dalam akhbar, majalah, dan utusan televisyen. Menurut Idid (1992), dalam dunia sains sosial dan kemanusiaan, tingkahlaku komunikasi perlu diselami secara mendalam dan memerlukan interpretasi yang logik dan rasional serta didukung oleh bukti dan hujah yang kuat. Maklumat-maklumat yang disebarkan melalui komunikasi adalah berbentuk kualitatif, dan ini tidak semestinya boleh ditukar menjadi data kuantitatif dengan hanya mencatatkan kekerapan atau intensiti terjadinya sesuatu simbol atau perkataan.

Pada asasnya, analisis kualitatif kritis melihat bahawa segala bentuk produk pesan adalah teks seperti berita, iklan, drama, lagu dan simbol-simbol lain yang tidak dapat terlepas daripada kepentingan pihak yang membuat pesanan. Analisis kandungan kualitatif adalah kaedah penyelidikan yang bersifat humanistik, yang membolehkan pengkaji mencari sesuatu makna atau maksud sesuatu pengalaman atau proses (Idid,

Volume 1

1999). Menurut Mohd Dhari (1999), analisis isi kandungan bukan sahaja digunakan untuk mengkaji isi kandungan sesebuah akhbar, malah segala bahan komunikasi

Number 1

yang telah direkodkan seperti lukisan, lakaran, tulisan, buku, majalah, rakaman audio, rakaman video, ilem dan seumpamanya juga boleh dikaji. Seorang pengkaji tidak boleh membuat tafsiran-tafsiran sendiri mengenai perkataan, istilah, rangkai kata atau ayat-ayat bertulis. Bagi Berelson (1952), hal ini perlu kerana dengan cara itu, seseorang

pengkaji akan dapat menentukan objektif kajiannya. Asiah (1999) pula mengemukakan bahawa kaedah analisis kandungan kualitatif sangat

sesuai untuk mengkaji dan mengesan bagaimana satu-satu proses peristiwa, kejadian, keadaan dan isu serta pemikiran berlaku dalam apa jua bentuk yang membantu memperlihatkan bentuk, perkembangan, perubahan, pola dan arah suatu keadaan, peristiwa, dan isu aliran pemikiran yang hendak diberi perhatian. Selain itu, kaedah analisis kandungan kualitatif juga boleh dijadikan alat untuk menghimpun, mengesan dan menganalisis sebarang perisian kandungan maklumat terkini dan masa depan. Kenyataan ini jelas mengukuhkan bahawa kaedah analisis kandungan kualitatif memiliki keistimewaan tersendiri untuk menganalisis dan mencungkil lebih dalam serta memberi interpretasi kreatif dan rasional terhadap suatu objek kajian.

Seperti mana yang telah dinyatakan, kajian ini hanya tumpu kepada penelitian maklumat yang terkandung dalam iklan-iklan awal PEMUDAH dari perspektif pembingkaian. Pengkaji-pengkaji projek ini telah memperoleh maklumat periklanan seperti bahan iklan, akhbar, dan tarikh sepanjang 2008 daripada sekretariat PEMUDAH. Bahagian seterusnya adalah serba sedikit proses pemilihan sampel iklan-iklan PEMUDAH yang dilakukan sebelum perlaksanaan analisis kandungan terhadap setiap unit analisis.

3.1 Iklan-iklan PEMUDAH

Maklumat penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan awam mula diiklankan oleh PEMUDAH pada 28 Januari 2008. Hampir kesemua akhbar arus utama membawa mesej tersebut; antara akhbar-akhbar tersebut adalah Utusan Malaysia, Berita Harian, The Star, New Straits Times, The Sun, Sin Chew Daily, China Press, Nanyang Siang Pau, Makkal Osai, Malaysia Nanban dan Tamil Nesan. Akhbar-akhbar yang dipilih untuk menjadi saluran kepada periklanan PEMUDAH merupakan akhbar yang mendapat jualan tinggi serta mewakili semua kumpulan etnik di negara ini. Hal ini melambangkan hasrat PEMUDAH untuk menyebarkan maklumat mengenai PEMUDAH kepada semua rakyat di negara ini.

Iklan PEMUDAH yang disiarkan pada peringkat kedua adalah pada pertengahan tahun 2008. Namun, penekanan strategi periklanan pada peringkat ini hanya diberikan kepada akhbar bahasa Inggeris dan sebahagian kecil akhbar yang bahasa Mandarin. Pengkaji tidak memperoleh maklumat lengkap mengenai periklanan PEMUDAH untuk akhbar- akhbar yang diterbitkan di Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun, hanya iklan-iklan yang telah dimuatkan dalam akhbar-akhbar utama di Semenanjung pada awal tahun

2008 diambil sebagai sampel kajian ini. Setiap klausa yang terdapat di dalam teks iklan

CELLENCE

dijadikan unit analisis. Graik hanya diambil kira sebagai penyokong kepada unit analisis dalam skop kajian ini.

Journal EX

3.2 Kerangka kajian

Sebagai panduan, model analisis pembingkaian Entman (1993) telah diguna pakai. Untuk meringkaskan kerja penelitian pengkaji semasa menganalisis kandungan iklan- iklan tersebut, kerangka kajian yang dimodiikasikan daripada Eriyanto (2002) adalah dipersembahkan seperti berikut:

Deinisi masalah

Bagaimana suatu perkara dilihat?

Sebagai masalah apa?

Penafsiran penyebab

Perkara itu disebabkan oleh apa?

Apakah yang dianggap penyebab masalah? Penilaian moral

Apakah nilai moral yang disajikan untuk menjelaskan masalah?

Apakah nilai moral yang dipakai untuk menentukan suatu tindakan?

Cadangan penyelesaian

Apakah penyelesaian yang ditawarkan untuk mengatasi sesuatu masalah?

Apakah cara yang ditawarkan dan harus ditempuhi untuk mengatasi sesuatu masalah?