Faktor-Faktor Kejayaan PPZ-MAIWP

Faktor-Faktor Kejayaan PPZ-MAIWP

Dalam aktiviti pengurusan dan pungutan zakat, PPZ-MAIWP telah melalui berbagai proses kemajuan dan pembangunan. Sejarah kejayaannya dalam meningkatkan jumlah zakat yang dipungutnya adalah gambaran yang menunjukkan pencapaian dan kebolehannya. Faktor-faktor yang menyumbang ke arah kejayaan ini adalah:

Ciri – Ciri Organisasi

1. Pengkorporatan

Semenjak mula penubuhan PPZ-MAIWP awal tahun 1991 pengurusan zakat secara korporat seperti profesional di kalangan kakitangan banyak menyumbang kemajuan dan pembangunan organisasi ini.

Menelusuri Isu-isu Kontemporari Zakat

2. Konsep Amil

Konsep amil korporat yang menjalankan tugas secara agresif, professional dan berpasukan telah memberi maklumbalas positif di kalangan pembayar zakat. Ini berbeza dengan cara konvensional amil hanya menjalankan tugas di Masjid.

3. Sistem Komputer

Penggunaan komputer dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan PPZ-MAIWP seperti pungutan data, bayaran zakat di kaunter, aktiviti-aktiviti melapor serta menyampaikan maklumat di kalangan kakitangan menambahkan lagi kecekapan, keberkesanan dan penambahbaikan PPZ-MAIWP dalam merancang dan membentuk berbagai operasi dan pengawasannya.

4. Penubuhan Pusat-Pusat Perkhidmatan

Penubuhan puat-pusat perkhidmatan yang selesa telah membantu dalam meningkatkan kehadiran pembayar-pembayar. Tambahan lagi dengan adanya kakitangan yang menampakkan imej sebagai rakan pengguna serta imej korporat yang sentiasa membantu pembayar zakat, telah menaikkan keterampilan pusat itu.

5. Pusat Panggilan (Call Center)

Bertujuan untuk memberi dan meyampaikan maklumat mengenai hal ehwal zakat, PPZ telah menubuhkan Pusat Panggilan untuk menjawab apa-apa pertanyaan mengenai hal ehwal zakat. Ini membolehkan mana-mana pertanyaan orang-orang Islam dijawab semada dalam bentuk pengiraan serta pemberian maklumat mengenai zakat dan penunaian zakat.

Budaya Kerja

1. Perkhidmatan Berorientasikan Pelanggan

Mempertahankan mutu perkhidmatan berorientasikan pelanggan yang baik dan cemerlang, adalah satu akujanji yang dibuat oleh

Pembangunan Institusi Zakat di Malaysia

PPZ-MAIWP kepada pelanggan-pelanggannya. Rangkap kata “Pelanggan Sentiasa Betul”, “Pelanggan diutamakan”, dan “Pelanggan orang No. 1” adalah menjadi budaya kerja harian yang diamalkan oleh semua kakitangan. Justeru, ini memuaskan hati pelanggan.

2. Profesionalisma

Kakitangan PPZ-MAIWP digalakkan mengamal budaya profesionalisma dalam melaksanakan tanggungjawab mereka. Ini amat mustahak oleh kerana PPZ-MAIWP adalah sebuah organasasi yang memberikan perkhidmatan kepada orang ramai.

3. Pengurusan dan Latihan

Dalam usahanya secara berterusan untuk memberi mutu perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan-pelanggannya, PPZ- MAIWP secara sistemetik mengatur dan merancang latihan-latihan kepada kaki-tangannya. Latihan dan sesi bengkel ini, samada yang dilakukan oleh jurulatih-jurulatih dalaman atau pakar-pakar, memberi tumpuan kepada aspek pembangunan kakitangan dalam bidang pengurusan, operasi dan pentadbiran. Ini juga merupakan satu aspek yang perlu dipenuhi berdasarkan kehendak MS ISO 9001 : 2008.

4. Kerja Berpasukan

Aspek kerja berpasukan di kalangan kakitangan PPZ-MAIWP dikenalpasti sebagai salah satu faktor kejayaan yang penting kepada PPZ-MAIWP. Dengan itu sesi-sesi perbincangan dan dialog yang berterusan diadakan bagi mewujudkan satu platform yang secukupnya untuk kakitangan mengemukakan pandangan dan persepsi mereka mengenai perkara-perkara yang berkait dengan bidang kerja supaya keputusan yang terbaik dapat dicapai akhirnya.

5. Kerja sebagai Ibadah

Dari semasa ke semasa kakitangan diingatkan bahawa pekerjaan yang mereka lakukan adalah merupakan ibadah. Dengan itu mereka

Menelusuri Isu-isu Kontemporari Zakat

perlu menganuti sikap yang positif terhadap pekerjaan mereka secara Islam dan berusaha menjadi seorang pekerja Islam yang baik pada setip masa.

6. Insentif Kepada Kakitangan

Menyedari betapa mustahaknya kakitangan yang ada sekarang kepada organisasi, PPZ-MAIWP menawarkan berbagai-bagai insentif dan manfaat kepada kakitangannya. Usaha ini telah menghasilkan satu pasukan tenaga kerja yang produktif dan kreatif di samping mengatasi masalah penghijrahan kakitangan ke syarikat- syarikat lain.

7. Pekerja Aset Organisasi

PPZ-MAIWP juga sedar bahawa kakitangan adalah menjadi aset kepada organisasi. Setiap kakitangan telah mengorbankan banyak masa, ikiran dan tenaga untuk mencapai kejayaan PPZ-MAIWP. Justeru amat sesuai bagi PPZ-MAIWP untuk memainkan pula peranannya dan dengan itu melihat akan keperluan kakitangan supaya kedua-dua pihak dalam suasana menang sama menang (win-win situation)

Ekonomi

1. Pendapatan Kasar Perkapita Negara (GDP)

a. Salah satu faktor yang membawa pertambahan dalam bayaran zakat adalah bertambahnya peratusan pendapatan kasar Perkapita Negara (GDP) setiap tahun.

2. Kestabilan Politik

a. Satu lagi faktor penyumbang adalah kesetabilan Politik Malaysia. Rakyat Malaysia kebanyakkannya adalah mereka yang cintakan kedamaian serta hidup dalam suasana yang aman dan harmoni. Ini telah diperolehi semenjak Negara mencapai

Pembangunan Institusi Zakat di Malaysia

Kemerdekaan dalam tahun 1957, meskipun rakyatnya terdiri dari berbagai bangsa seperti Melaya, Cina. India, Kadazan dan Iban. Kesetabilan ini tentulah menjadi satu aset yang sungguh bernilai kepada PPZ-MAIWP dalam menjalankan aktiviti- aktivitinya.