Aktiviti Pemasaran PPZ Pemasaran Secara Langsung

Aktiviti Pemasaran PPZ Pemasaran Secara Langsung

Sebagai wakil yang bertanggung jawab bagi mempromosi zakat kepada masyarakat Islam dalam tempoh 25 tahun ia beroperasi di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Pulau Labuan, PPZ-MAIWP telah mengamalkan dua kaedah strategi pemasarannya iaitu pemasaran secara langsung dan secara tidak langsung. Kedua-dua kaedah ini jelas sekali berkesan dan telah banyak meningkatkan jumlah kutipan dan bilangan pembayar zakat tahun demi tahun. Di antara aktiviti pemasaran secara langsung yang digunakan adalah:

1. Ceramah dan Taklimat Zakat

Sebaran maklumat mengenai zakat diteruskan sepanjang tahun melalui ceramah / taklimat. Kaedah ini terbukti amat penting terutamanya kerana ia sampai kepada orang-ramai, samada di Pejabat atau Masjid di seluruh Negara.

2. Khidmat Mengenai Anggaran dan Penilaian Zakat Individu dan Syarikat

Semenjak penubuhannya, PPZ-MAIWP telah memperkenalkan berbagai jenis perkhidmatan dengan tujuan untuk menggalakkan orang ramai tampil untuk bertanya tentang perkara-perkara berkaitan zakat. PPZ-MAIWP juga mengalu-alukan daya usaha oleh orang ramai untuk menganjurkan sesi-sesi perundingan misalnya seperti perkara menyentuh anggaran dan penilaian terutama bagi mereka yang berdepan dengan masalah untuk pergi ke kaunter- kaunter perkhidmatan PPZ-MAIWP.

3. Operasi Zakat dan Kempen Zakat

Dua kaedah pemasaran zakat digunakan bagi menentukan orang ramai sedar tentang aktiviti-aktiviti PPZ-MAIWP. Kedua-dua kaedah itu adalah OPERASI ZAKAT dan KEMPEN ZAKAT.

Pembangunan Institusi Zakat di Malaysia

Melalui kedua-dua kaedah ini, pegawai-pegawai zakat akan bergerak sebagai satu pasukan dan menempatkan diri mereka di tempat-tempat yang strategik saperti di lobi-lobi banguna komersial dan pejabat-pejabat kerajaan, kawasan-kawasan perumahan dan premis-premis perniagaan untuk menyebarkan risalah dan borang- borang zakat kepada orang ramai.

4. Operasi di Masjid

Satu kaedah yang dijalankan secara bergilir yang dikenali sebagai “OPERASI DI MASJID” adalah satu pendekatan yang dijalankan khas semasa program yang berjalan seperti pamiran, perundingan dan tazkirah yang disusuli dengan ceramah pada hari Jumaat. Ini memberi peluang kepada jemaah yang hadir bagi mendapat maklumat dan cara-cara pembayaran zakat.

5. Langkah Susulan

Satu lagi strategi yang di laksanakan oleh PPZ-MAIWP adalah mengadakan langkah susulan kepada syarikat-syarikat dan individu-individu yang gagal membayar zakat mereka. Langkah susulan ini akan membantu PPZ-MAIWP mengenalpasti sebab mengapa mereka gagal membayar bayaran zakat mereka dan dengan cara ini membolehkan PPZ-MAIWP membentuk strategi bagi mengatasi faktor tersebut. Ini juga akan membantu PPZ- MAIWP bagi mempastikan bahawa matlamat pungutan zakat boleh dicapai dalam tahun itu.

6. Ringkasan Laporan Zakat

Bagi menemui terma yang digariskan dalam Piagam Pelanggan, pada tiap-tiap tahun PPZ-MAIWP menerbit dan menyampaikan satu laporan kepada semua pembayar berkenaan dengan kedudukan pungutan zakat dan pembayar zakat. Laporan itu juga mengandungi maklumat berkenaan dengan agihan zakat melalui program, projek dan skim yang dilaksanakan oleh Baitulmal Wilayah Persekutuan sepanjang tahun.

Menelusuri Isu-isu Kontemporari Zakat

7. Sistem Peringatan

Satu kaedah yang digunakan bagi mengingatkan pembayar zakat tentang tanggungjawab mereka untuk membayar zakat adalah dengan menggunakan sistem peringatan. Zakat adalah satu tanggungjawab yang berlaku hanya sekali setahun ditambah lagi dengan beban tugas yang perlu dipikul maka ini memerlukan satu sistem untuk mengingati umat Islam menunaikan tanggungjawab mereka.

8. Kad–Kad Ucapan

Satu lagi pendekatan pemasaran secara langsung yang digunakan PPZ-MAIWP adalah melalui Pengiriman Kad-Kad Raya dan kalender kepada pembayar-pembayar zakat. Melalui amalan ini, setiap pelanggan akan berasa bangga dan dengan itu PPZ-MAIWP akan sentiasa dalam ingatan mereka.

9. Perunding Individu dan Kumpulan

Satu kaedah lagi yang digunakan PPZ-MAIWP bagi menyebarkan ilmu mengenai zakat adalah melalui cara perundingan. Cara-cara perundingan dilakukan untuk individu juga untuk kumpulan. Cara ini boleh membantu menghurai dan menerangkan secara lebih jelas tentang urusan zakat melalui kaedah pemasaran secara langsung.

10. Pungutan Zakat Berkumpulan

Pungutan zakat berkumpulan adalah satu kaedah di mana PPZ- MAIWP akan membuka kaunter-kaunternya melalui jemputan daripada prjabat-pejabat Kerajaan atau swasta. Usaha ini dibuat dengan tujuan untuk membantu mereka yang tidak dapat pergi ke kaunter-kaunter perkhidmatan PPZ-MAIWP disebabkan masa dan tugas mereka.

11. Kempen Potongan Gaji

Bagi membantu meringankan beban pembayaran zakat di kalangan orang ramai, PPZ-MAIWP telah memperkenalkan skim potongan

Pembangunan Institusi Zakat di Malaysia

gaji semenjak tahun 1991. Skim ini boleh dilihat sebagai satu usaha PPZ-MAIWP bagi membantu meringankan beban pembayar zakat supaya dapat mengimbangkan kemampuan kewangan pembayar zakat berkenaan.

12. Temujanji

Sepanjang tahun, layanan diberikan kepada orang perseorangan dan kumpulan yang memerlukan penjelasan lanjut mengenai amalan zakat.