Pemasaran Secara Tidak Langsung
Pemasaran Secara Tidak Langsung
Meskipun keberkesanan dakwah melalui pemasaran secara langsung telahpun terbukti, namun PPZ-MAIWP juga menggunakan kaedah- kaedah secara tidak langsung kepada orang-orang Islam sebagai sebahagian daripada tanggungjawabnya kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
1. Televisyen (TV)
Kemunculan kakitangan PPZ-MAIWP di kaca TV Kerajaan dan Swasta dari semasa ke semasa adalah cara yang terbaik untuk mendampingi bakal pembayar zakat di setiap pelusuk Negara. Cara ini bukan sahaja membawa kebaikan kepada PPZ-MAIWP malah ia juga membantu institusi-institusi zakat di seluruh negara dalam usaha dakwah dan dengan itu mereka secara tidak langsung menjadi penerima zakat yang dipungut dari masyarakat Islam yang lain di Malaysia.
2. Radio
Samalah juga, kemunculan sekali-sekala di-stesyen-stesyen radio kerajaan dan swasta kakitangan PPZ-MAIWP juga membantu dalam usaha dakwah. Pendedahan melalui dua media ini; TV dan Radio amat berkesan dalm mewujudkan imej yang baik. Ia menjadi peringatan yang berterusan kepada masyarakat bahawa PPZ-MAIWP sentiasa di sisi mereka untuk berkhidmat kepada mereka.
Menelusuri Isu-isu Kontemporari Zakat
3. Ceramah
Peluang yang diberikan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang membenarkan PPZ-MAIWP untuk memaklum dan mendidik masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan PPZ-MAIWP Labuan, adalah pendekatan bukan secara lansung yang digunakan oleh PPZ-MAIWP. Peluang untuk memberi ceramah semasa solat Jumaat pada bulan Ramadan dan Disember digunakan sepenuhnya oleh PPZ-MAIWP untuk menyampaikan maklumat mengenai zakat.
4. Taklimat
Sebagai perbandingan, taklimat diberikan kepada kumpulan sasar yang lebih kecil manakala ceramah ditujukan kepada kumpulan yang lebih ramai. Taklimat memberi peluang kepada kakitangan PPZ-MAIWP untuk memberi fokus khusus bagi menerang dan menjawab semua pertanyaan dengan jelas. Cara ini biasanya dibuat khusus bagi kumpulan-kumpulan yang kecil dalam sesebuah syarikat, persatuan, NGO dan kumpulan-kumpulan lain yang memerlukan kaedah ini.
5. Taksiran dan Pungutan Secara Kumpulan
Satu lagi kaedah pemasaran secara tidak langsung adalah melalui cara menyusun pungutan berkumpulan. Aktiviti ini, dibuat sekali- sekala dan kadang-kadang dibuat secara tetap bergantung kepada masa dan tempat yang sesuai dengan wargakota Kuala Lumpur yang sentiasa sibuk. Cara ini diatur bagi membantu mereka yang tiada masa untuk datang ke Pejabat PPZ-MAIWP, dan berpuashati dengan cara itu oleh kerana masalah meletak kereta. Masalah ini boleh diatasi dengan menghubungi kakitangan PPZ-MAIWP untuk datang ke tempat kerja mereka untuk membuka kaunter- kaunter bayaran tanpa kena meninggalkan pejabat mereka untuk menyempurnakan kewajipan mereka untuk membayar zakat.
Pembangunan Institusi Zakat di Malaysia
6. Sebaran Risalah dan Poster
Menyedari bahawa usaha untuk melahirkan kesedaran untuk membayar zakat di kalangan masyarakat Islam bukanlah satu perkara yang mudah, PPZ-MAIWP juga mengamalakan cara bersama-sama menyebarkan bahan cetak seperti risalah (pamphlet). Cara ini jelas menunjukkan bertambahnya lagi kebaikan di mana pembayar atau bakal pembayar zakat akan menerima bahan cetak itu dalam peti surat mereka tanpa payah ke pejabat PPZ-MAIWP. Jika mereka berminat membuat bayaran maka hanya perlu mengirim kembali borang bersama-sama dengan cek, wang pos atau bank draf menggunakan sampul dialamatkan kepada PPZ-MAIWP yang telah disediakan.
7. Pameran
Bagi menentukan supaya usaha-usaha dakwah berkembang, promosi melalui pengujudan gerai-gerai semasa pamiran juga dilakukan oleh PPZ-MAIWP. Program-program yang diadakan seperti sambutan semasa Konvokesyen, minggu-minggu khas, Hari- hari Terbuka Kementerian dan Hari-hari Sambutan Islam seperti Maulidur Rasul dan lain-lain merupakan tempat perhimpunan ramai yang baik sekali.
8. Seminar Zakat
Seminar-seminar zakat mengenai berbagai isu seperti zakat perniagaan, zakat untuk syarikat-syarikat kerjasama dan siapa pula pembayar-pembayar zakat itu, seminar-seminar ini diadakan dari masa ke semasa bagi memenuhi keperluan-keperluan yang berbeda umpamanya pengurusan kewangan, pengurusan tenaga manusia dan ahli-ahli perniagaan bagi melahirkan kesedaran tentang tanggungjawab terhadap zakat.
9. Hari Penyampaian Maklumat
Usaha untuk mempromosi dan menyebarkan produk-produk zakat kepada orang ramai biasanya dilakukan bersama dengan
Menelusuri Isu-isu Kontemporari Zakat
Kementerian-kementerian juga badan-badan kerajaan dan swasta. Aktiviti-aktaviti diadakan serentak dengan Hari Terbuka Kementerian, Pesta Konvokesyen, Hari Pelancaran Expo dan lain- lain.