Cadangan Kajian
5.7 Cadangan Kajian
Berdasarkan analisis kajian yang telah dilakukan, rata –rata menunjukkan bacaan yang sangat positif dari semua responden. Bacaan puratan min menunjukkan bacaan yang tinggi dimana ia menunjukkan responden sangat berpuas hati dengan apa yang dipersoalkan oleh pengkaji.
Namun begitu berdasarkan hasil kajian ini, menunjukkan bahawa item kemudahan persediaan makmal di SMKN 27, Jakarta, Indonesia, berada pada nilai min terendah iaitu (min = 3.34, sp = 0.74). Hal ini demikian adalah kerana tidak kesemua makmal amali membekalkan penyediaan makmal yang canggih. Oleh itu, pihak pengurusan sewajarnya untuk lebih bekerja keras dalam menaik tarafkan kesemua makmal –makmal amali supaya pelajar akan berasa selesa sewaktu belajar di dalam kelas amali. Ini disokong oleh Hopland O. (2013) yang menyatakan dalam melahirkan sebuah persekitaran yang efektif di dalam kelas memerlukan kelengkapan peralatan alat bantu mengajar yang sempurna. Sebagai penambah baikan mungkin pihak Namun begitu berdasarkan hasil kajian ini, menunjukkan bahawa item kemudahan persediaan makmal di SMKN 27, Jakarta, Indonesia, berada pada nilai min terendah iaitu (min = 3.34, sp = 0.74). Hal ini demikian adalah kerana tidak kesemua makmal amali membekalkan penyediaan makmal yang canggih. Oleh itu, pihak pengurusan sewajarnya untuk lebih bekerja keras dalam menaik tarafkan kesemua makmal –makmal amali supaya pelajar akan berasa selesa sewaktu belajar di dalam kelas amali. Ini disokong oleh Hopland O. (2013) yang menyatakan dalam melahirkan sebuah persekitaran yang efektif di dalam kelas memerlukan kelengkapan peralatan alat bantu mengajar yang sempurna. Sebagai penambah baikan mungkin pihak
Begitu juga dengan item iklim efektif di dalam kelas yang menunjukkan bacaan purata min terendah iaitu (min = 3.48, sp = 0.75). Iklim merupakan suasana yang sepatutnya dijadikan sebagai satu pembantu untuk memudahkan guru dalam sesi pembelajaran dalam melahirkan minat pelajar untuk kekal fokus dalam kelas tersebut. Daripada hasil dapatan kajian ini menunjukkan guru di SMKN 27, Jakarta, Indonesia, kurang mengamalkan atau membentuk iklim kelas yang kondusif.
Ini mungkin kerana faktor guru di SMKN 27, Jakarta, Indonesia, lebih tertumpu kepada kaedah pengajaran yang sama. Walaupun guru di SMKN 27, Jakarta, Indonesia, ini kebanyakkannya menyediakan kaedah pengajaran yang berpusat kan pelajar namun mungkin kerana teknik yang digunakan adalah sama, tiada kepelbagaian dalam penyampaian dan tiada penggunaan model pengajaran yang bersesuaian. Seperti yang dinyatakan oleh Lewis (2011), guru yang terbaik seharusnya membuat kelas pembelajaran dan pengajaran yang lebih kepada berpusatkan pelajar kerana pelajar hanya mampu memberikan tumpuan pada kelas verbal selama tidak lebih dari 15 minit sahaja. Penggunaan model pengajaran dan kaedah pengajaran yang pelbagai sangatlah digalakkan.
Selain itu, daripada dapatan kajian menunjukkan item pelajar akan menyiapkan semua tugasan yang diberikan secepat mungkin dengan bacaannya ialah (min = 3.75, sp = 0.77) adalah terendah di dalam faktor daripada sikap pelajar. Pelajar seperti ini seharusnya diberi lebih perhatian oleh guru supaya motivasi diri mereka tidak makin rendah dan jatuh. Ini boleh menyebabkan pelajar tersebut hilang fokus dan minat dalam meneruskan pelajarannya. Dalam kondusi ini, guru harus memainkan peranan penting bagi meningkatkan semula motivasi diri pelajar tersebut dan sering membuat pantauan terhadapnya agar pelajar ini tidak ketinggalan dan tercicir di dalam kelas dan pelajarannya.
Untuk tambahan, pihak SMKN 27, Jakarta, Indonesia, boleh juga menganjurkan program kolaborasi dengan Kolej Vokasional Malaysia untuk saling bekerjasama dan berkongsi pendapat dalam melahirkan kaedah dan teknik pengajaran kursus kemahiran dengan lebih berkesan. Disamping itu, mereka boleh menganjurkan pertandingan piala pusingan untuk menilai tahap kecemerlangan dan hasil pelajar – pelajar dari sekolah masing –masing bagi meningkatkan kualiti pelajar–pelajar.