KAJIAN KES TERHADAP PENGARUH GURU PELAJA
1.2 Penyataan Masalah
Sekolah Menengah Kejuruan Negeri (SMKN) 27, Jakarta, Indonesia , merupakan salah satu daripada sekolah kejuruan yang terhebat di Indonesia. Pencapaian yang diperoleh oleh sekolah ini sangat membanggakan dan kejayaan demi kejayaan yang dilakukan oleh pelajarnya sangat bermutu sehingga mereka mampu melayakkan diri ke pertandingan peringkat antarabangsa. Setiap kejayaan pelajar SMKN 27, Jakarta, Indonesia , dapat dilihat dari setiap pencapaian dalam pertandingan (rujuk lampiran).
Pengkaji memilih SMKN 27, Jakarta, Indonesia , sebagai sekolah kajian adalah kerana sekolah ini memperoleh kejayaan yang cemerlang antaranya ialah beberapa kali memenangi peringkat juara dalam program anjuran tempatan dalam jurusan penyediaan dan pengendalian makanan di serata Indonesia pada tahun 2010, 2011 dan 2013 (rujuk lampiran).
Lanjutan daripada kemenangan –kemenangan itu, SMKN 27, Jakarta, Indonesia, ini juga mengungguli pingat kejuruan berturut –turut dalam pertandingan Liga Komunikas Stand (LKS) sejak tahun 2010 sehingga 2013 dalam jurusan Lanjutan daripada kemenangan –kemenangan itu, SMKN 27, Jakarta, Indonesia, ini juga mengungguli pingat kejuruan berturut –turut dalam pertandingan Liga Komunikas Stand (LKS) sejak tahun 2010 sehingga 2013 dalam jurusan
Prestasi yang ditunjukkan oleh pelajar SMKN 27, Jakarta, sungguh tidak mengecewakan kerana pada peringkat antarabangsa SMKN 27, Jakarta, Indonesia, telah mewakili Indonesia dalam World Skill Competation (WSC) bagi jurusan tata kecantikan. Pelajar SMKN 27, Jakarta, Indonesia , juga telah mencipta sejarah dengan menjuarai Asean Skill Competation (ASC) dalam jurusan penyediaan makanan pada tahun 2012. Manakala pada tahun 2013 pelajar SMKN 27, Jakarta, Indonesia , telah menjadi wakil Indonesia untuk menyertai pertandingan World Skill Competation (WSC) sekali lagi di Jerman dalam jurusan penyediaan makanan.
Berbeza dengan pencapaian Kolej Vokasional di Malaysia. Walaupun pertubuhan kolej vokasional di Malaysia merupakan suatu pembaharuan baru dalam struktur pendidikan Malaysia, namun ia tidak sepatutnya dijadikan sebagai alasan kegagalan kolej vokasional untuk mencapai taraf dan pencapaian yang sama tanding dengan SMKN di Indonesia. Hasil produk yang dilahirkan dari kolej vokasional adalah hampir sama dengan SMKN. Melahirkan pelajar –pelajar yang berkemahiran dalam bidang –bidang yang telah ditetapkan. Namun pencapaian pelajar kolej vokasional masih di tahap rendah. Ini kerana, mereka hanya diberi peluang untuk menyertai pertandingan di peringkat sederhana sahaja. Berbeza dengan pencapaian yang di tunjukkan oleh SMKN 27, Jakarta, Indonesia .
Selain itu, kesan daripada pelbagai pencapaian yang diperoleh oleh pelajar – pelajar SMKN 27, Jakarta, Indonesia ini, pihak sekolah telah menerima tajaan dan bantuan dari segi pembekalan peralatan makmal dan penyediaan makmal yang cukup dan lengkap. Setelah menggondol banyak kemenagan, SMKN 27, Jakarta, Indonesia , menerima tawaran Memorandum Of Understanding (MoU) dengan perusahaan asal Negara Korea iaitu CheilJedang (CJ) yang merupakan anak perusahaan yang bertanggungjawab dalam bahagian makanan dan teknologi dari CJ group. Bentuk kerjasama yang dilakukan ialah menyediakan dapur dan tenaga pengajar yang mengikut standard internasional. Hasil pelajar dari SMKN 27, Jakarta, Indonesia, yang telah menunjukan prestasi yang cemerlang akan diserap ke dalam CJ company.
Kolej vokasional juga mampu untuk mendapat kerjasama dari pihak luar untuk membantu dari segi peralatan dan penyediaan makmal. Ini kerana, kolej vokasional tempatan mengalami masalah peralatan dan kelengkapan makmal yang tidak lengkap dan tidak cukup, ( I. Sarimah dan Y. Farawahida, 2008). Selain itu, guru –guru yang mengajar MPV terpaksa menggunakan wang peruntukan daripada mata pelajaran yang lain untuk menampung kos perlaksanaan projek amali (Zainuddin, 2004). Jesteru, kajian tentang kejayaan SMKN 27, Jakarta, Indonesia, perlu dilaksanakan dalam mengenalpasti faktor penyumbang kejayaan bagi menjadi contoh kepada bidang sains rumah tangga khususnya dan bidang Pengajian Teknik Vokasional (PTV) umumnya di Malaysia.
1.3 Objektif Kajian
Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 27, Jakarta, Indonesia, tidak jauh bezanya jika dibandingkan dengan Kolej Vokasional di Malaysia. Setiap program yang ditawarkan hampir sama dan silibus yang diajar juga tidak jauh bezanya. Oleh itu, pengkaji ingin membuat kajian terhadap:
1.3.1 Mengenal pasti tahap pengetahuan guru –guru di SMKN 27, Jakarta, Indonesia, terhadap aliran pendidikan di sekolah kejuruan.
1.3.2 Mengenal pasti tahap keyakinan guru –guru mengajar di SMKN
27, Jakarta, Indonesia, dalam aliran pendidikan di sekolah kejuruan.
1.3.3 Mengenal pasti faktor –faktor kejayaan pelajar di SMKN 27, Jakarta, Indonesia.
1.3.4 Mengenal pasti tahap penglibatan pihak pentadbiran di SMKN
27, Jakarta, Indonesia, dalam pencapaian pelajar –pelajar.
1.4 Persoalan Kajian
1.4.1 Sejauh manakah pengetahuan guru di SMKN 27, Jakarta, Indonesia, dalam mengajar mata pelajaran di sekolah tersebut?
1.4.2 Adakah tahap keyakinan guru di SMKN 27, Jakarta, Indonesia, mempengaruhi ketika mengajar mata pelajaran di sekolah tersebut?
1.4.3 Apakah faktor yang mempengaruhi kejayaan guru dalam melahirkan pelajar –pelajar yang cemerlang?
1.4.4 Apakah faktor yang mempengaruhi kecemerlangan para pelajar di SMKN 27, Jakarta, Indonesia, dalam mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa?
1.4.5 Bagaimanakah pihak pentadbiran di SMKN 27, Jakarta, Indonesia, memainkan peranan untuk membentuk sebuah sekolah yang mampu melahirkan pelajar yang berkualiti taraf profesional dalam bidang –bidang tertentu?
1.5 Kepentingan Kajian
Kajian ini dijalankan bagi mendapat maklumat sebenar berkaitan dengan faktor sama ada guru, pelajar atau pengurusan sekolah yang membawa kepada kejayaan sekolah kejuruan SMKN 27, Jakarta, Indonesia. Hasil daripada kajian ini dapat memberikan maklumat tentang faktor-faktor yang telah membawa kejayaan kepada Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 27, Jakarta, Indonesia tersebut.
Tambahan pula, secara tidak langsung hasil daripada kajian ini dapat memberikan input kepada Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia terutama kepada pensyarah –pensyarah dan pelajar–pelajar program Ijazah Pendidikan Sains Rumahtangga berkenaan faktor –faktor yang membawa kecemerlangan sekolah kejuruan sehingga mampu ke peringkat antarabangsa.
Justeru itu, daripada kajian ini juga dapat memberikan maklumat mengenai pengetahuan sedia ada yang harus ada dalam setiap guru –guru di Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 27, Jakarta, Indonesia, dalam setiap bidang yang diajar mereka di sana. Tambahan lagi, kajian ini memberikan kepentingan kerana ianya memberikan maklumat berkaitan tahap keyakinan para guru –guru di Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 27, Jakarta, Indonesia, dalam persediaan mengajar untuk memberikan penyampaian ilmu kepada pelajar dengan lebih berkesan dalam setiap mata pelajaran yang diajar. Di samping itu, kajian ini juga dapat memberikan maklumat tentang faktor –faktor kejayaan guru dalam penggunaan kaedah mengajar dan usaha mereka sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Hal ini dapat membantu Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 27, Jakarta, Indonesia, terutama dalam bidang pendidikan untuk mengenal pasti faktor yang membawa kecemerlangan dan kejayaan pelajar dalam sesebuah institusi pendidikan itu. Secara tidak langsung, maklumat seperti ini dapat membantu pihak sekolah kejuruan Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 27, Jakarta, Indonesia, untuk menguruskan hal kepentingan dan keperluan pelajar yang juga merupakan memainkan peranan penting untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar di Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 27, Jakarta, Indonesia.
Selain itu juga, dapatan kajian ini dapat membantu guru mata pelajaran atau guru kelas untuk menyampaikan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas secara berkesan kepada pelajar. Hal ini kerana guru telah mengetahui tahap penguasaan atau kemahiran asas yang harus ada pada seseorang guru tersebut sebelum memulakan sesi pembelajaran dan pengajaran. Secara tidak langsung, sesi ini akan menjadi lebih lancar setelah kajian ini dilakukan kerana dapatan daripada kajian ini juga telah mengenal pasti tahap keyakinan guru tersebut dalam mengendalikan kelas atau mata pelajaran yang diajar.
Malah, bukan itu sahaja, pihak pengurusan sekolah juga boleh memainkan peranan dengan lebih efektif setelah selesai dapatan kajian ini dijalankan. Hasil dapatan kajian ini dapat membantu pelbagai pihak yang saling berkaitan dalam dunia pendidikan kemahiran, ini kerana pengkaji akan mendapatkan data dari kalangan guru, pelajar dan juga pihak pentadbiran.
Justeru itu, diharapkan kajian ini dapat digunakan oleh pihak tertentu dalam menyelesaikan sebarang masalah yang berkaitan dengan kepelbagaian persepsi negatif guru –guru terhadap faktor yang membawa kepada kejayaan sesebuah sekolah.
1.6 Skop dan Batasan Kajian
Kajian ini dijalankan adalah untuk meninjau adakah guru, pelajar atau pihak pengurasan merupakan faktor dalam mengecapi suatu kejayaan di Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 27, Jakarta, Indonesia. Batasan atau sample kajian ini terhad kepada lokasi, sample, tajuk, masa dan sumber kewangan yang ditetapkan. Kajian yang akan dijalankan ini tertumpu kepada guru, pelajar dan pengurusan di Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 27, Jakarta, Indonesia.
Beberapa batasan kajian yang dikenalpasti oleh penyelidik:-
1.6.1 Sampel Kajian Populasi kajian ini terdiri daripada guru –guru, pelajar–pelajar dari jurusan pengendalian makanan, kecantikan dan busana pakaian, dan pihak pengurusan di Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 27, Jakarta, Indonesia.
1.6.2 Tempoh Kajian Jangkaan masa keberadaan pengkaji di Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 27, Jakarta, Indonesia, untuk melaksanakan kajian ini adalah kurang dari seminggu. Pengkaji perlu ke tempat kajian untuk melihat dan mendapatkan hasil kajian itu sendiri dengan menjalankan temu bual secara berhadapan dengan guru, pelajar dan pihak pengurusan Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 27, Jakarta, Indonesia.
1.6.3 Limitasi Tempat Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 27, Jakarta, Indonesia, menjadi pusat kajian pengkaji untuk kajian ini kerana pencapaian sekolah tersebut yang sungguh membanggakan dalam bidang kecantikan, pengendalian makanan dan busana pakaian.
1.6.4 Pemilihan Respondan Bilangan respondan dari kalangan pelajar adalah seramai 60 orang yang terdiri daripada 20 orang pelajar jurusan kecantikan, 20 orang jurusan pengendalian makanan, dan 20 orang dari jurusan busana pakaian. Manakala 20 orang lagi dari kalangan guru dan pengetua SMKN 27, Jakarta, Indonesia.
1.7 Definisi Konsep dan Operasional
Definisi konsep ialah gambaran secara umum dan menyeluruh di mana ianya mengandungi maksud daripada maksud dan konsep istilah tersebut. Tambahan lagi, definisi konsep ini merupakan definisi yang disepakati oleh ramai pihak dan telah dibakukan dalam kamus bahasa, bersifat formal dan mempunyai pengertian yang bersifat abstrak (Hidayat, 2009).
Manakala definisi operasional merupakan definisi sesuatu istilah yang digunakan oleh penyelidik untuk menjelaskan istilah tersebut kepada respondan, pembolehubah yang dikaji dalam kajian yang dijalankan. dalam erti kata lain, definisi ini memberikan gambaran tentang suatu konsep yang hendak diuji itu boleh dimanipulasikan. Definisi setiap istilah ini adalah perlu kerana penggunaannya dalam kajian ini mungkin berbeza-beza dan antara istilah –istilah tersebut ialah:
1.7.1 Faktor
Faktor yang dikaji oleh pengkaji dalam kajian ini adalah terdiri daripada tahap pengetahuan dan keyakinan guru, faktor yang membawa kepada kejayaan pelajar –pelajar di SMKN 27, Jakarta, Indonesia dan pengaruh penglibatan pihak pentadbiran sekolah dalam menyumbang kepada kejayaan sekolah SMKN
27, Jakarta, Indonesia, tersebut serta pencapaian pelajar – pelajarnya.
1.7.2 Pengetahuan Pengetahuan yang dimaksudkan di dalam kajian ini adalah meliputi tahap pendidikan para guru di SMKN 27, Jakarta, Indonesia, samada setiap dari kalangan guru mereka memiliki tahap pendidikan yang tinggi atau sederhana. Ini penting kerana, segala ilmu pengetahuan yang diajar oleh guru mereka menunjukkan tahap pengetahuan guru mereka kepada pelajar – pelajar.
1.7.3 Keyakinan Setiap individu punyai tahap keyakinan yang berbeza dan punyai cara penyampaian maklumat yang berlainan. Guru harus memiliki kemahiran penyampaian yang baik supaya pelajar dapat menyerap semua ilmu yang disampaikan. Namun sejauh mana tahap keyakinan guru tersebut mampu menarik minat pelajar untuk kekal fokus didalam kelas dan mampu menyampaikan maklumat dengan tepat tanpa ragu –ragu serta mendapat kepercayaan daripada pelajar untuk terus belajar dengannya.
1.7.4 Kaedah Mengajar Dalam setiap mata pelajaran memerlukan cara yang berbeza dari segi penyampaian dan persembahan. Daripada kaedah pengajaran yang baik mampu mengekalkan fokus pelajar didalam kelas. Terdapat pelbagai cara dan pendekatan 1.7.4 Kaedah Mengajar Dalam setiap mata pelajaran memerlukan cara yang berbeza dari segi penyampaian dan persembahan. Daripada kaedah pengajaran yang baik mampu mengekalkan fokus pelajar didalam kelas. Terdapat pelbagai cara dan pendekatan
1.7.5 Sekolah Kejuruan Sekolah Menengah Kejuruan 27, Jakarta, Indonesia, merupakan sebuah sekolah menengah yang tertumpu kepada pengajaran kemahiran yang menawarkan kursus seperti pengendalian makanan, busana pakaian, kecantikan dan banyak lagi. Sekolah ini menyerupai seperti kolej vokasional di Malaysia. Serta modul pengajaran mereka juga tidak banyak jauh bezanya dengan kita.
1.7.6 Tata Busana
Ia merupakan satu kursus yang ditawarkan di SMKN 27, Jakarta, Indonesia, meliputi pengajian tentang rekaan fesyen, menjahit, dan semua yang berkaitan dengan busana. (rujuk lampiran)
1.7.7 Tata Boga
Ia merupakan satu kursus yang ditawarkan di SMKN 27, Jakarta, Indonesia, meliputi pengajian tentang kulinari, pastri, restoran dan semua yang berkaitan tentang pengendalian makanan. (rujuk lampiran)
1.7.8 Tata kecantikan
Ia merupakan satu kursus yang ditawarkan di SMKN 27, Jakarta, Indonesia, meliputi pengajian tentang kecantikan muka, rawatan muka, solekan dan semua yang berkaitan tentang pengurusan kecantikan diri. (rujuk lampiran)
1.7.9 Pentadbiran
Pihak pentadbiran sekolah SMKN 27, Jakarta, Indonesia, adalah satu badan penting dalam pengurusan sekolah berkenaan dari segi pengendalian dan penyediaan infrastruktur dan tenaga pengajar dalam semua kursus yang ditawarkan di sekolah berkenaan. (rujuk lampiran)
1.8 Kerangka Konseptual Kajian
Kajian terhadap faktor –faktor pancapaian kejayaan di Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 27, Jakarta, Indonesia, ini berfokus kepada beberapa faktor dan antaranya ialah tahap pengetahuan guru, tahap keyakinan guru atau kaedah mengajar yang digunakan serta usaha guru di Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 27, Jakarta, Indonesia. Selaian itu, pengkaji akan menjalankan kajian keatas guru, pelajar dan pihak pengurusan sekolah di Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 27, Jakarta, Indonesia.
Faktor Kejayaan di Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 27 Jakarta, Indonesia
Guru, Pelajar atau Pengurusan Sekolah
Tahap
Peranan Pihak Pengetahuan
Tahap Keyakinan
Faktor Kejayaan
Pentadbiran Guru
Rajah 1 : Kerangka Konsep Kajian
1.9 Rumusan
Secara kesimpulannya, bab 1 ini merumuskan tentang pengenalan atau latar belakang tentang kajian yang akan dijalankan oleh pengkaji secara keseluruhannya. Ia menerangkan tentang tajuk serta tujuan pengkaji melaksanakan kajian ini. Kajian yang dilaksanakan haruslah berfokuskan dimana melibatkan sample atau populasi kajian bagi mendapatkan data. Selain itu juga, dari bab ini memberi penerangan seba sedikit tentang istilah bahasa yang akan diguna pakai sepanjang dalam kajian ini bagi memudahkan pengkaji serta pembaca untuk membuat rujukan tentang senario permasalahan yang berkaitan.
Dari bab ini juga telah memberi pendedahan awal dan pandangan awal tentang kajian yang akan dijalankan oleh pengkaji. Oleh itu, bab ini merupakan bab yang paling penting kerana ia akan dijadikan rujukan asas dan utama jika pengkaji mengalami sebarang kecelaruan atau hilang fokus sewaktu menjalani kajian ini.
BAB 2 SOROTAN LITERATUR
2.1 Pendahuluan
Tujuan utama kajian sorotan literatur adalah untuk membantu pembaca dalam memahami seluruh badan penyelidikan yang ada pada topik yang cuba pengkaji kupaskan. Daripada soroton literatur ini pengkaji boleh membuat perbandingan dan perbezaan sama ada hasil daripada kajian –kajian lepas menyokong atau menolak hasil kajian ini. Menurut Ellen A. (2011), hasil daripada kajian literature akan memberi maklumat kepada pembaca mengenai kekuatan dan kelemahan kajian itu. Ia ditakrifkan oleh konsep memberi panduan atau tumpuan topikal.
Beberapa kajian literatur akan dikaji semula berdasarkan kajian –kajian lepas dan akan dibandingkan dengan hasil daripada dapatan kajian pengkaji di Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 27, Jakarta, Indonesia. Setiap sorotan literatur akan di olah dan dibandingkan untuk melihat samada terdapat perbezaan, perubahan atau persamaan hasil kajian ini dengan hasil kajian –kajian lepas yang dapat menyokong setiap objektif kajian pengkaji.
Setiap kolej vokasional harus menilai tahap pendidikan di kolej berkenaan supaya sama tanding dengan sekolah kejuruan di Indonesia agar dapat melahirkan pelajar –pelajar yang sama taraf dengan mereka. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengupas dan membincangkan faktor –faktor yang boleh membawa kepada kejayaan pada sesebuah sekolah kemahiran tersebut. Sorotan kajian ini terbahagi kepada beberapa bahagian seperti yang berikut:
i. Tahap pengetahuan guru
ii. Tahap keyakinan guru
iii. Faktor kejayaan pelajar
a. Guru
b. Kelengkapan infrastruktur
c. Sikap pelajar
d. Peranan pihak pengurusanan
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, pengkaji menggunakan teori tingkahlaku dalam pelajaran dan persekitaran dalam bilik darjah. Menurut teori behavioristik belajar adalah perubahan tingkah laku sebagai hasil dari pengalaman, belajar merupakan akibat adanya interaksi antara stimulus dan respon (Slavin, 2000). Guru akan lebih bersedia untuk melaksanakan aktiviti pengajaran di dalam kelas kerana telah didedahkan kepada latihan mengajar sewaktu menjalani kursus mengajar. Hasilnya, guru yang terlatih mampu menyediakan medium pengajaran yang berkesan kepada pelajarnya. Teori ini telah dijalankan ramai pengkaji seperti (John Locke 1690, Edward Thorndike 1874, B. F Skinner 1930) yang menekankan bagaimana persekitaran mampu mempengaruhi sesetengah tingkah laku manusia.
Manakala menurut teori environmentalisma yang diperkenalkan oleh T. O’Riordan (1976) menerangkan faktor persekitaran mampu memberi pengaruh kepada
perubahan dan perspektif seseorang itu. Pelajar memerlukan kelas dan makmal yang sempurna dari segi kelengkapan peralatan dan bilangan yang cukup supaya semua pelajar dapat menggunakan alatan tersebut tanpa perlu berebut dengan pelajar lain.
2.2 Tahap Pengetahuan Guru
Sebagai seorang insan yang bergelar dirinya guru haruslah memiliki tahap pengetahuan dan ilmu yang meluas dan banyak dalam banyak bidang dan dalam pelbagai cara. Misty Adoniou (2015), telah membentangkan konsep pengetahuan guru yang menyediakan rangka kerja untuk menggambarkan kerumitan pengetahuan guru. Kerangka kerja ini menerangkan tiga cara untuk mengetahui iaitu mengetahui bagaimana, mengapa dan apa. Setiap guru sepatutnya mampu memberikan penjelasan bagi setiap soalan yang akan diajukan oleh para pelajarnya dengan betul dan tepat.
Pengetahuan yang meluas yang dimiliki oleh seorang guru mampu memberikan banyak faedah dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas mahupun amali. Menurut Hills (2015), pengetahuan guru terdiri daripada kedua –dua prestasi pengajaran guru dan pemikiran pengajaran. Oleh itu dalam kajian ini, tingkah laku guru dalam suatu keadaan tertentu, penjelasan dalam bilik darjah, dan interaksi dengan pemikiran pelajar yang yang mungkin akan menjejaskan pencapaian pelajar lain dilihat sebagai guru berpengetahuan.
Di Arkansas, guru diberi peluang untuk mengajar sambil belajar, setelah guru tersebut tamat pengajian, guru akan diserap terus menjadi pendidik dan daripada kes ini guru dapat menimba sambil memberi pengetahuan guru kepada pelajar –pelajarnya secara lebih efektif (Feistritzer dan Chester, 2000). Kini alternatif seperti ini dikekalkan di sana dan guru akan memiliki tahap pengetahuan yang tinggi dalam mendidik.
Apabila tahap pengetahuan seseorang guru tersebut pada tahap yang sama sahaja tanpa ada inisiatif lain untuk menambahkan pengetahuan, maka guru tersebut tidak dapat memberikan pengajaran yang baik kepada pelajar kerana zaman kian perubah, pelajar memerlukan pendedahan pengetahuan yang terkini supaya tidak ketinggalan zaman, (Ladd dan Vigdor, 2010). Ini memberi kesan bukan sahaja kepada tahap pengetahuan guru malah pelajar juga. Guru seharusnya memperluaskan tahap pengetahuan mereka supaya dapat memberikan contoh yang terbaik kepada pelajar. Kesannya, pelajar akan lebih mampu berfikir diluar kotak dan maju kehadapan.
Guru yang efektif ialah guru yang selalu mencari jalan penyelesaian dalam penyampaian ilmu pengetahuan mereka kepada pelajar –pelajar di sekolah. Menurut kajian Clotfelter (2006), menyatakan seorang guru yang sering membuat kajian lebih dalam tajuk atau bidang yang diajar akan menjadikan guru tersebut lebih berpengatahuan dan efektif dalam pengajaran beliau.
Dalam silibus pembelajaran untuk menjadi seorang guru, akan diberikan pengetahuan tentang penyediaan kaedah mengajar sebagai mempelbagaikan lagi cara penyampaian ilmu kepada pelajar. Ini penting untuk mengekalkan momentum pelajar sewaktu sesi P & P di dalam kelas. Pendedahan pedagogi penting kepada guru untuk menyumbang kepada pengajaran yang berkesan di dalam kelas (Halim, 2014).
Guru berinovasi untuk menghasilkan rancangan pengajaran kerana ingin meningkatkan pembelajaran pelajar serta mengelakkan dari bosan ketika mengajar (Wendy Emo 2015). Kemahiran seperti ini harus ada dalam diri setiap guru kerana untuk menggalakkan pembelajaran berpusatkan pelajar. Tidak cukup sesi P & P hanya bersandarkan pada buku teks semata –mata. Guru yang mempunyai kemahiran yang tinggi mampu mengendalikan sebuah kelas dengan berhemah dan terkawal.
2.3 Tahap Keyakinan Guru
Terdapat banyak cabaran untuk menjadi guru yang terbaik pada masa kini dengan dugaan yang pelbagai dari segi sikap pelajar dan masalah sosial kini. Seorang guru harus sentiasa bersedia dan berfikiran terbuka untuk memperoleh perhatian daripada pelajar –pelajar. Dalam kajian Brodie (2006), juga menyatakan walaupun guru tersebut telah membuat persediaan awal sebelum mengajar tetapi pelajar tidak menumpukan perhatian terhadap apa yang diajar, usaha itu hanya akan menjadi sia- sia. Penyampaian ilmu tersebut tidak berjaya di sampaikan oleh guru tersebut dan mengakibatkan pelajar gagal untuk menerima ilmu tersebut. Ini akan menyebabkan kegagalan dalam struktur penyampaian ilmu pengetahuan kepada pelajar.
Guru merupakan seorang pendidik yang akan berdiri dihadapan pelajar –pelajar yang mempunyai pelbagai latar belakang, sikap, masalah, dan pelbagai lagi. Setiap pelajar juga mempunyai persepsi dan tahap kemampuan yang tersendiri. Jadi sebagai seorang guru tahap keyakinan untuk mengajar dan berdiri dihadapan pelajar amatlah penting. Ini bagi menunjukkan diri guru tersebut bersedia dan berkeyakinan tinggi untuk memulakan suatu sesi pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Menurut Frederick C. L (2011), bagi memulakan suatu kelas guru seharusnya menyediakan suatu set induksi bagi memberikan masa kepada pelajar untuk lebih bersedia sebelum memulakan suatu kelas. Set induksi boleh disampaikan dalam pelbagai bentuk penyampaian seperti menyanyi, permainan, teka teki dan pelbagai lagi. Suatu set dilaksanakan mengikut kreativiti seseorang guru tersebut sebelum memulakan sesi kelas.
Daripada persediaan seperti ini dapat menjadikan guru lebih yakin untuk meneruskan sesi kelas setelah mendapat perhatian dan minat pelajar –pelajar untuk belajar pada hari tersebut. Daripada tahap keyakinan guru yang tinggi mampu membuat pelajar lebih bersemangat dan mahu belajar. Oleh yang demikian, guru boleh mengambil pelbagai pendekatan lain untuk pelajar lebih produktif dalam mencari maklumat tentang pelajaran yang dipelajari. Namun begitu, guru yang terbaik seharusnya membuat kelas pembelajaran dan pengajaran lebih kepada berpusatkan pelajar kerana pelajar hanya mampu memberi tumpuan pada kelas verbal selama tidak lebih dari 15 minit sahaja (Lewis, 2011).
Menurut Frederick C. (2011), kajian beliau menyatakan sikap guru yang ditunjukkan oleh guru mampu memberi kesan kepada cara pengajaran dan pencapaian pelajar. Guru yang berkeyakinan dalam mendidik dapat mengajar pelajarnya dengan baik dan pelajar dapat memberikan tumpuan sepenuhnya dalam pembelajaran. Keyakinan seorang guru dapat diterapkan dengan memberi pendedahan kepada guru pelatih sejak dari latihan mengajar lagi.
Selain itu, guru dapat membina keyakinan sewaktu sesi pengajaran apabila guru tersebut mencapai tahap kepuasan dalam mengajar, (Muhammad Arifin, 2014). Dalam kajian ini akan menunjukkan sejauh mana keyakinan guru mampu memberikan kesan terhadap kejayaan pencapaian pelajar dan kesan kepada gaya pembelajaran guru itu sendiri sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam kelas atau makmal.
2.4 Faktor Kejayaan Pelajar
2.4.1 Guru
Pelajar merupakan satu aset sebuah sekolah yang akan menentukan samada sebuah sekolah tersebut mampu melahirkan pelajar –pelajar yang cemerlang. Kayu ukur ini diletakkan di atas pelbagai faktor yang membawa kepada kejayaan tersebut. Namun begitu pelajar adalah faktor utama sebagai kayu ukur kejayaan sekolah tersebut. Cara pengajaran guru di dalam kelas penting, guru dan teknik Pelajar merupakan satu aset sebuah sekolah yang akan menentukan samada sebuah sekolah tersebut mampu melahirkan pelajar –pelajar yang cemerlang. Kayu ukur ini diletakkan di atas pelbagai faktor yang membawa kepada kejayaan tersebut. Namun begitu pelajar adalah faktor utama sebagai kayu ukur kejayaan sekolah tersebut. Cara pengajaran guru di dalam kelas penting, guru dan teknik
Menurut Gay (2000), kejayaan pelajar adalah bergantung kepada cara dan teknik pengajaran yang dibawa oleh guru tersebut. Guru yang bijak akan lebih perihatin dan pandai menarik perhatian pelajar – pelajar sewaktu berada di dalam kelas. Apabila pelajar dapat memberi tumpuan di dalam kelas, maka pelajar akan lebih mudah faham dalam pengajaran yang di sampaikan oleh guru tersebut. Selain itu, pelajar akan lebih melibatkan diri dalam aktivti yang dijalankan oleh guru seperti aktiviti dalam kumpulan, perbincangan, dan banyak lagi.
Jika seorang guru tersebut menjalankan pengajian secara berpusatkan pelajar, guru tersebut harus lebih peka dan tahu apa yang diperlukan oleh pelajar tersebut untuk melaksanakan tugasan yang diberi, guru tidak seharusnya beranggapan pelajar tersebut akan berubah dengan sendirinya (Aragon, 2002).
Dalam melahirkan pelajar yang minat untuk belajar, guru akan menyediakan suatu set pengajaran yang proaktif dimana pelajar –pelajar akan menjalani aktiviti secara aktif di dalam kelas untuk mengukuhkan pengetahuan yang sedia ada. Guru boleh membimbing namun segala maklumat akan dicari oleh pelajar sendiri.
Menurut hasil kajian Carsten Schmidtke (2010), keadaan persekitaran sewaktu sesi kelas dijalankan bukan sahaja memberi kesan kepada pelajar tetapi guru harus bijak dan tahu bagaimana untuk membuat kelas tersebut lebih ceria dan menarik.
Cara dan teknik mengajar guru penting kepada pemahaman pelajar –pelajar. Tahap kefahaman pelajar dapat dinilai setelah sesi kelas hampir tamat dengan memberikan ujian secara terus dan dinilai. Jika pelajar dapat menyelesaikan permasalahan yang diberikan, maka ia menunjukkan guru tersebut telah berjaya melaksanakan dan mewujudkan sebuah kelas yang berkesan.
2.4.2 Infrastruktur Sekolah
Dalam membentuk suatu suasana kelas yang kondusif memerlukan kelengkapan makmal yang sempurna dan lengkap. Menurut kajian Hughes, S. M. (2006) menyatakan terdapat banyak hubungan positif yang berkaitan dengan rekabentuk banggunan dan kelengkapan makmal yang membawa kepada kesan yang baik kepada para pelajar sekolah. Hasil kajian menunjukkan bacaan korelasi yang sangat positif, ini menguatkan lagi kajian beliau bahawa pencapaian pelajar sesebuah sekolah sangat saling bergantung kepada kelengkapan makmal dan rekabentuk sekolah tersebut.
Menurut Scheider, M. (2010) menyatakan faktor kemudahan kelengkapan makmal di sekolah memberi kesan kepada produktiviti dari segi kehadiran pelajar dan guru ke sekolah dan mampu meningkatkan tahap akademik pelajar dan kejayaan sekolah tersebut. Permasalahan yang ditimbulkan dalam kajian ini memberikan jalan penyelesaian untuk meningkatkan tahap pencapaian pelajar dan sekolah dari segi akademik pelajar-pelajar.
Kelengkapan peralatan makmal di sekolah bukan sahaja memainkan peranan penting dalam sesi pembelajaran dan pengajaran malah faktor penyelenggaraan setiap peralatan juga penting bagi mengekalkan kondusi dan memberi keselesaan serta kemudahan kepada semua pelajar –pelajar untuk menggunakannya (Alexander D. 2014). Kondusi kelengkapan peralatan makmal di sekolah –sekolah serata Amerika dikaji untuk menentukan sejauh mana sesebuah sekolah tersebut dapat memberikan kesan positif kepada sesi pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajarnya.
The National Center for Education Statistcs (NCES) telah membuat kutipan data di sekolah –sekolah serata Amerika dalam mengenal pasti tahap kondusi kelengkapan peralatan makmal di sekolah biasa dalam tempoh 2012 sehingga 2013. Sepanjang tempoh berkenaan bacaan menunjukkan sekolah –sekolah di Amerika sentiasa membuat penyelenggaraan yang konsistan bagi memastikan semua The National Center for Education Statistcs (NCES) telah membuat kutipan data di sekolah –sekolah serata Amerika dalam mengenal pasti tahap kondusi kelengkapan peralatan makmal di sekolah biasa dalam tempoh 2012 sehingga 2013. Sepanjang tempoh berkenaan bacaan menunjukkan sekolah –sekolah di Amerika sentiasa membuat penyelenggaraan yang konsistan bagi memastikan semua
Dalam melahirkan sebuah persekitaran yang efektif di dalam kelas memerlukan kelengkapan peralatan alat bantu mengajar yang sempurna, (Hopland O., 2013). Kajian beliau menyatakan faktor persekitaran memberikan kesan kepada sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ini berlaku kerana tumpuan pelajar dapat difokuskan sewaktu pelajar berkenaan membuat latihan amali dengan menggunakan sendiri alat-alat yang disediakan. Oleh itu, peralatan makmal haruslah sentiasa berada di dalam keadaan baik dan lengkap.
Selain itu, Cellini (2010) menyatakan kelengkapan makmal di sekolah memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, guru juga harus lebih mempunyai pengetahuan dalam mengoperasikan alatan alatan tersebut. Daripada tunjuk ajar guru, pelajar dapat menggunakan alat tersebut dengan betul dan dapat menarik minat pelajar untuk fokus dalam kelas tersebut. Penggunaan dan penyelenggaran alatan makmal yang baik dapat memberikan kesan kepada prestasi pembelajaran pelajar –pelajar di sekolah.
2.4.3 Sikap Pelajar
Pengetahuan tidak dapat dimiliki dengan hanya menimba tanpa menghayati setiap inti pati yang dipelajari. Menurut Sheau (2012), kejayaan seseorang boleh dicapai dengan adanya motivasi diri dan sokongan ibu bapa dalam aspek pembelajaran. Kajian ini menunjukkan pelajar –pelajar harus punyai sikap ingin belajar itu secara sendiri supaya tahap kesanggupan pelajar itu mendorong pelajar berkenaan untuk terus belajar walau terpaksa bersusah payah.
Tanpa minat adalah sukar untuk seseorang itu menghabiskan pengajiannya dengan cemerlang. Apa yang kerap berlaku di alam persekolahan adalah sikap pelajar yang sekadar hendak lulus bagi mengelakkan diri daripada terkandas (Hairunnaja, 2006). Individu yang bermotivasi pencapaian tinggi suka mencari cabaran dan bersaing untuk melakukan sesuatu dengan lebih baik dalam memperolehi kepuasaan kejayaannya. Menurut Azizi (2005), aspek motivasi diri adalah tenaga yang mengangkat diri ke tahap yang diingini sendiri.
Motivasi diri sebagaimana yang ditakrifkan oleh Crede dan Kuncel (2008), sebagai kesanggupan seseorang melibatkan diri terhadap sesuatu dengan meletakkan sepenuh keupayaan untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
Ini jelas menunjukkan bahawa pelajar yang mempunyai motivasi diri yang tinggi akan meletakkan sepenuhnya usaha untuk mendapatkan sasaran yang terbaik dalam pencapaian akademik mereka. Kesan sampingan daripada motivasi pelajar ini dapat meningkatkan sekali gus tahap pencapaian sekolah berkenaan.
2.5 Peranan Pengurusan Sekolah
Pihak pengurusan sekolah juga memainkan peranan penting dalam mewujudkan sebuah sekolah yang berdaya saing. Ini dibuktikan daripada hasil kajian Carsten Schmidtke (2010), yang menyatakan pihak pengurusanan juga harus lebih bersifat kreatif dan memberi sokongan yang sepatutnya dalam melahirkan suasana pembelajaran yang selesa kepada pelajar –pelajar. Ini penting kerana ia boleh memberi kesan yang positif kepada pembanggunan prestasi pelajar –pelajar. Tidak kira dari segi kemudahan makmal, kelas dan penginapan pelajar tersebut. Pihak pengurusan seharusnya memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelajar.
pengurusanan sekolah dipertanggungjawabkan dalam perihal penyediaan kelas atau makmal serta semua kemudahan dan kelengkapan para pelajar dalam memudahkan pelajar untuk sesi pembelajaran mereka. Setiap kelas akan diberi kelengkapan yang bersesuaian dengan tujuan kelas tersebut. Sebagai contoh, makmal jahitan akan disediakan kelengkapan
Menurut James
P.
Spillane
Walau bagaimanapun, pengetua sekolah adalah sebagai kepala yang harrus lebih memainkan peranan dalam melaksanakan tugas untuk meningkatkan taraf sekolah tersebut tidak kira dari segi infrastuktur atau pencapaian pelajar –pelajar sekolahnya, (Anderson, 2003). Ini kerana, segala pembelajaan dan pembekalan untuk melengkapkan suatu kelas harus melalui persetujuan pengetua sekolah terlebih dahulu. Kelengkapan ini haruslah sempurna supaya semangat pelajar tidak cepat luntur dan berasa bosan ketika berada di dalam kelas. Selain itu, jika semua peralatan kelengkapan adalah lengkap akan tidak berlaku sebarang masalah kekurangan alatan atau perebutan alatan di makmal. Guru juga dapat memberi tunjuk ajar dengan lebih berkesan kepada pelajarnya.
Guru dan pihak pengurusanan seharusnya saling bekerjasama dalam membentuk sebuah sekolah yang kondusif dan intelektual. Bebanan ini tidak seharusnya diletakkan pada guru mahupun pihak pengurusanan sekolah sahaja. Guru harus lebih produktif dan mengenalpasti setiap keperluan yang perlu ada di makmal. Manakala pihak pengurusanan sepatutnya sentiasa bersedia untuk memberi peruntukan kepada kelengkapan yang harus diberikan (Lazarus M. , 2013).
Melalui kajian yang dijalankan oleh Lusike (2006) terhadap pengajian ICT di sekolah Kenya, guru dan pihak pengurusanan beranggapan penggunaan komputer disana sangat diperlukan, oleh sebab itu pihak pengurusanan harus menyediakan lebih banyak komputer supaya guru dapat memberi pendedahan dan penyebaran ilmu yang lebih mudah dan cepat. Setiap pihak dalam sektor pendidikan harus peka dan tahu tindakan yang harus diambil bagi menyelesaikan setiap permasalah yang timbul dengan segera dan tepat.
2.6 Rumusan
Secara keseluruhannya, setiap item bagi setiap objektif dan sub-objektif merupakan satu titik landasan bagi pengkaji untuk mengkaji kajian ini. Setiap daripadanya disertakan dengan fakta dan hasil kajian-kajian lepas daripada pengkaji lain bagi menyokong dan dijadikan panduan serta landasan kepada pengkaji untuk kajian ini. Bahagian ini akan diguna pakai oleh pengkaji dalam mengupas hasil dapatan di bab lima (5) nanti. Samada hasil dapatan pengkaji lain akan meyokong atau tidak hasil dapatan kajian ini.
Penyelidikan atau kajian adalah sebagai satu kegiatan pengumpulan, pengolahan dan analisis data yang dilakukan secara sistematik dan cekap untuk memecahkan sesuatu persoalan. Dengan itu, tujuan menjalankan kajian ialah untuk memperoleh jawapan melalui penggunaan suatu langkah ilmiah yang sistematik dan. Objektif menjalankan kegiatan pengumpulan data dalam setiap kajian adalah untuk melihat hubungan kait antara penyataan masalah dengan hasil kajian yang dilakukan (Bjorn B. Schmidt, 2010). Metodologi yang digunakan pula memerlukan teknik yang bersistematik bagi menepati kehendak ilmiah, kaedah saintifik dan mempunyai kualiti. Dalam bab ini akan membincangkan tatacara melaksanakan kajian atau tatacara mendapatkan maklumat bagi mencapai matlamat kajian. Menetapkan kaedah kajian sebagai segala langkah atau prosedur untuk mencapai segala objektif yang mana aktiviti kajiannya sudah tentu dijalankan mengikut kaedah sains.
Secara umumnya, kajian ini menggabungkan dua bentuk asas kajian bagi menghasilkan dapatan yang lebih berkualiti. Bentuk kajian yang dimaksudkan ialah kajian perpustakaan dan kajian lapangan. Ini kerana untuk mendapatkan bukti dan Secara umumnya, kajian ini menggabungkan dua bentuk asas kajian bagi menghasilkan dapatan yang lebih berkualiti. Bentuk kajian yang dimaksudkan ialah kajian perpustakaan dan kajian lapangan. Ini kerana untuk mendapatkan bukti dan
Selain itu, kajian ini lebih memfokuskan kepada pendekatan kaedah yang bersifat kuantitatif, walaubagaimanapun pengkaji juga akan menggunakan satu lagi kaedah tambahan untuk mendapatkan hasil kajian yang lebih jitu. Namun begitu kajian ini hanya menggunakan pendekatan kaedah kajian yang bersifat kuantitatif. Kaedah tambahan yang dimaksudkan merupakan seakan kaedah kualitatif tetapi ia tidak digunakan secara sepenuhnya, ia hanya digunakan sekadar untuk memudah cara pengkaji semasa menjalankan kajian sahaja.
3.1.1 Pendekatan Kuantitatif
Kuantitatif ialah satu usaha membentuk prinsip dan peraturan umum yang menendalikan realiti sosial sebagai objektif dan terpisah atau tidak berkaitan dengan individu, ( Rohana Yusof, 2003:146)
3.1.2 Pendekatan Kualitatif
Kualitatif pula menekankan kepentingan pengalaman subjektif individu yang perlu dianalisis secara kualitatif dan realitisosial mempunyai makna yang tersendiri yang bersifat subjektif dan personal, ( Rohana Yusof, 2003:181).
3.2 Reka Bentuk Kajian
Reka bentuk kajian direka untuk meninjau dan melihat sejauh mana guru, para pelajar dan pengurusan di SMKN 27, Jakarta, Indonesia, memberi kesan terhadap pencapaian sekolah tersebut. Menurut Kerlinger (1973) reka bentuk kajian berfungsi sebagai panduan suatu pengkajian untuk mencari jawapan yang jelas terhadap persoalan-persoalan kajian. Kajian ini merupakan kajian inferential yang boleh digeneralisasikan untuk tempat-tempat lain pada kes yang sama. Data diperoleh melalui soal selidik berbentuk temu ramah secara bersemuka dan soal selidik skala likert. Maklumat yang diterima ditafsirkan secara kuantitatif. Selain dari memfokus kajian kepada tahap pengetahuan dan keyakinan guru terhadap aliran pendidikan kejuruan, kajian ini juga ingin melihat faktor-faktor lain yang boleh mempengaruhi pencapaian prestasi sekolah ini seperti kelengkapan peralatan praktikal di dalam makmal dan bantuan pengurusan makmal di sana.
Penggunaan kaedah penyelidikan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat dan data yang berkaitan dengan faktor tahap kejayaan para pelajar di sekolah kejuruan adakah saling berkaitan dengan tahap keyakinan dan pengetahuan serta pengaruh daripada kelengkapan peralatan praktikal makmal dan bantuan pengurusan makmal yang diterima oleh pelajar sekolah kejuruan.
3.3 Populasi Dan Persampelan Kajian
Populasi dikenali sebagai satu set ciri-ciri yang mempunyai cerapan atau unjuran ke atas sekumpulan individu atau objek yang dicerap (Mohd. Masjid Konting, 2011). Setiap individu atau objek yang dicerap itu mestilah mempunyai ciri sifat yang sama walaupun mempunyai perbezaan dari segi aspek lain.
Kajian ini menggunakan kaedah persampelan yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat atau data yang berkaitan dengannya. Persampelan bertujuan untuk mendapatkan maklumat dan data kajian yang melibatkan suatu jalan penyelesaian masalah dan iainya perlu dikenal pasti dengan teliti dan tepat. Justeru itu, dalam menyelesaikan suatu fenomena ia memerlukan masa yang panjang, maka ianya perlu melibatkan keseluruhan individu atau objek yang dicerap dalam populasi.
Sehubungan dengan itu, respondan utama kajian adalah terdiri daripada guru- guru, pelajar-pelajar dan pihak pengurusan di Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 27, Jakarta, Indonesia. Di sekolah ini para pelajar menerima pendidikan kemahiran seakan sama dengan pendidikan vokasional di Malaysia.
Respondan kajian berjumlah seorang pihak pengurusan sekolah, 9 orang dari kalangan guru –guru dan 60 orang pelajar–pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 27, Jakarta, Indonesia. Pengetua sekolah SMKN 27, Jakarta, Indonesia, telah menjadi calon dari kalangan pihak pengurusan sekolah untuk Respondan kajian berjumlah seorang pihak pengurusan sekolah, 9 orang dari kalangan guru –guru dan 60 orang pelajar–pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 27, Jakarta, Indonesia. Pengetua sekolah SMKN 27, Jakarta, Indonesia, telah menjadi calon dari kalangan pihak pengurusan sekolah untuk
Selain itu, pengambilan 60 orang pelajar yang terdiri daripada 20 orang pelajar dari aliran kemahiran tata boga (masakan), 20 orang pelajar dari aliran kemahiran tata busana (fesyen) dan 20 orang pelajar dari aliran kemahiran tata kecantikan (kosmitologi). Kumpulan pelajar ini dipilih kerana pengkaji ingin mengkaji faktor yang mendorong para pelajar untuk mendapat pencapaian yang terbaik bagi meningkatkan nama dan prestasi Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 27, Jakarta, Indonesia. Selain itu juga, guru- guru dan pelajar-pelajar ini dipilih sebagai respondan kerana mereka memenuhi kriteria yang dikehendaki oleh penyelidik di mana mereka sedang mengikuti kursus yang berkenaan di sekolah tersebut.
Dalam menjalankan penyelidikan ini, penyelidik menggunakan seluruh populasi yang disasarkan sebagai subjek kajian sebelum menggunakan sebilangan persampelan untuk mendapatkan maklumat dan data kajian. Dengan menggunakan keseluruhan semua populasi sebagai subjek kajian, keputusan yang diperolehi adalah tepat kerana tiada ralat persampelan berlaku, (Sidik, 2002).
3.4 Lokasi Kajian
Kajian ini dijalankan di Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 27, Jakarta, Indonesia. Sekolah ini dipilih sebagai lokasi kajian kerana mempunyai prestasi dan pencapaian pelajar yang cemerlang di peringkat antarabangsa dalam kemahiran tata boga, tata kecantikan dan tata busana. Selain itu juga lokasi ini dipilih kerana bagi meneruskan impak hasil daripada lawatan para pelajar pengajian sains rumahtangga yang telah dijalankan di sekolah ini pada bulan Febuari 2015 yang lalu. Hal ini juga dapat memberikan peluang kepada pengkaji untuk mengenengahkan dan mengupas rahsia dan faktor-faktor yang boleh didapati daripada hasil kajian kes ini bagi memberikan nilai tambah pada rancangan pengajaran dalam sistem pendidikan di Malaysia.
3.5 Instrumen Kajian
Kajian dilakukan berpandukan dua kaedah utama iaitu rujukan primer dan pengumpulan data mentah. Data-data primer diperolehi daripada buku, jurnal dan tesis yang diperolehi dari perpustakaan Universiti Putra Malaysia dan Perpustakaan Fakulti Pengajian Pendidikan UPM serta maklumat yang didapatkan sendiri di SMKN 27, Jakarta, Indonesia dan koleksi peribadi pengkaji sendiri. Pengkaji juga memanfaatkan teknologi maklumat terkini dengan mendapatkan maklumat-maklumat melalui internet. Kaedah ini digunakan sepenuhnya untuk menyiapkan bab kedua dan ketiga.
3.5.1 Soal Selidik
Soal selidik ini adalah hasil daripada pengubahsuaian yang dilakuakn pengkaji daripada tesis-tesis terdahulu. Sebelum instrumen soal selidik ini diedarkan kepada respondan, iainya perlu disemak dan disahkan oleh pensyarah yang berkaitan dan berpengalaman dalam bidang yang dikaji untuk mendapatkan kesahan kandungan kajian supaya selaras dengan objektif kajian yang telah dibentuk. Instrumen ini mengandungi dua bahagian iaitu:
BAHAGIAN A : Latar Belakang Respondan
Fokus bahagian ini ialah soalan yang berkaitan dengan maklumat latar belakang seperti jantina, umur, jurusan, taraf pendidikan, kursus yang diajar (guru), kursus yang diambil(pelajar), agama dan pencapaian sepanjang pengajian di SMKN 27, Jakarta, Indonesia. Respondan dikehendaki untuk menandakan (/) pada ruangan kosong yang disediakan.
BAHAGIAN B : Item-item bagi aspek Faktor Kejayaan Sebuah Sekolah SMKN 27, Jakarta, Indonesia (Guru)
Soalan yang berkaitan dengan faktor yang mempengaruhi kepada keyakinan dan tahap pengurusan guru dalam menguruskan suatu kelas dan sesi pembelajaran dan pengajaran selain langkah pengurusan dan pengendalian pelajar –pelajarnya di SMKN 27, Jakarta, Indonesia. Bilangan item bagi temua bual yang dijalankan keatas guru ialah sebanyak tujuh (7) dimana setiap satu item mempunyai lima (5) pilihan jawapan yang hampir dengan jawapan yang akan diberikan oleh guru sewaktu sesi temu ramah. Setiap item yang terdapat dalam instrumen soal selidik temu ramah ini dibentuk berdasarkan item yang dibuat berdasarkan teori –teori pengajaran dan setiap jawapan bagi setiap item tersebut dibentuk mengikut skala likert.
BAHAGIAN B : Item –Item Bagi Aspek Faktor Kejayaan Sebuah Sekolah SMKN 27, Jakarta, Indonesia (Pelajar)
Bahagian ini berkaitan dengan aspek faktor kejayaan sekolah SMKN
27, Jakarta, Indonesia, daripada pendapat pelajar –pelajarnya. Terdapat lima (5) aspek yang dikaji dalam bahagian ini dan antaranya ialah aspek pengaruh daripada cara penyampaian guru di dalam kelas, aspek pengaruh daripada kemudahan dan persediaan makmal amali, aspek pengaruh daripada sikap pelajar dalam mempelajari kursus yang diambil dan aspek penglibatan pihak pengurusan pentadbiran sekolah. Setiap aspek yang dikaji mengandungi lima
(5) item yang dikenalpasti. Responden diminta untuk menjawab setiap item yang terdapat dalam setiap aspek permasalahan yang dikaji mengikut situasi atau keadaan yang pernah dilalui.
3.5.2 Temubual
Penerangan yang lebih mendalam dapat diperolehi melalui temu bual. Dalam penyelidikan ini, temu bual tidak berstruktur dengan guru-guru di SMKN 27, Jakarta, Indonesia, digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang salah silah budaya pendidikan di SMKN 27, Jakarta, Indonesia, sendiri. Rakaman audio turut dibuat semasa sesi temu bual dilancarkan.
3.5.3 Pemerhatian
Pengkaji akan menggunakan protokol pemerhatian sebagai garis panduan dalam bentuk soalan yang perlu dijawab oleh pengkaji semasa melaksanakan sesi pemerhatian. Soalan yang menjadi garis panduan untuk sesi pemerhatian adalah dalam bentuk senarai semak seperti yang dicadangkan oleh Spradley (1980). Senarai semak tersebut disediakan terlebih dahulu oleh pengkaji sebelum sesi pemerhatian dilaksanakan. Ia bertujuan untuk memudahkan pengkaji membuat pemerhatian pada skop yang harus diberi keutamaan.