Tanggungjawab Setiap Pengguna Bahasa Melayu Kewajiban Penekanan Kepentingan Bahasa oleh Media Massa

BOSHM MPU 3123

5.0 LANGKAH-LANGKAH MEMPERKASA DAN MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA

Melihat cabaran-cabaran yang dibincangkan dan bukti-bukti pencemaran bahasa Melayu yang semakin berleluasa dapa era globalisasi ini, beberapa langkah harus diambil untuk membendung masalah yang dihadapi bahasa Melayu dan sekaligus memperkasa dan memartabatkan bahasa Melayu di persada dunia.

5.1 Tanggungjawab Setiap Pengguna Bahasa Melayu

Antara langkah yang paling efektif dalam melentur kewibawaan bahasa Melayu ialah tanggungjawab setiap pengguna bahasa Melayu terutamanya masyarakat Malaysia untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang menekankan keistimewaan dan kepentingan penggunaan bahasa Melayu di era globalisasi ini. Contoh aktiviti-aktiviti yang boleh disertai ramai ialah seminar kepentingan bahasa Melayu dan Hari Bahasa Melayu peringkat negara. Dengan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti ini, masyarakat akan sedar dan mempunyai sikap positif terhadap bahasa Melayu dan menjunjung tinggi keistimewaannya. Tambahan pula, program-program yang dikatakan tadi boleh menyebabkan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan penuturnya akan menjadi lebih tepat dan berkualiti. Penggunaan bahasa Melayu yang betul dan berkualiti juga akan mendorong maruah bahasa Melayu terjaga di peringkat antarabangsa.

5.2 Kewajiban Penekanan Kepentingan Bahasa oleh Media Massa

Selain itu, penekanan kepentingan penggunaan bahasa Melayu yang tepat juga harus diusahakan oleh Meida Massa tanah air. Hal ini demikian kerana, media massa yang menggunakan bahasa Melayu akan mempunyai pengaruh yang tinggi dalam kalangan masyarakat yang melihat, membaca dan menonton karya mereka. 10 BOSHM MPU 3123 Sebagai contoh, rancangan televisyen, siaran radio, terbitan majalah, buku teks, surat khabar mahupun laman web yang menggunakan bahasa Melayu harus disemak penggunaannya supaya sesiapa yang berkunjung atau melihat penggunaan bahasa Melayu itu secara tidak langsung mempelajari serba sedikit ilmu tentang penggunaan istilah, tatabahasa atau ejaan perkataan bahasa Melayu yang betul dan berkualiti. Hal ini membuktikan bahawa media massa tanah air yang menggunakan bahasa Melayu sebagai medium terbitan mereka memainkan peranan penting dalam memartabatkan lalu memperkasa bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat jelata. Selain itu, media massa harus memastikan bahawa tiada unsur-unsur pencemaran bahasa Melayu seperti penggunaan bahasa Rojak terdapat dalam penerbitan mereka. Hal ini akan membolehkan penonton atau pembaca kandungan tersebut tidak keliru lalu bertanggapan salah memandang rendah potensi bahasa Melayu.

5.3 Tanggungjawab Pusat Didikan dan Asuhan