Tunjang Pentadbiran Kerajaan di Tanah Melayu Medium Yang Menyatukan Masyarakat Pelbagai Kaum Saluran Penyebaran budaya

BOSHM MPU 3123

7.0 RUJUKAN

1.0 PENDAHULUAN

Berdasarkan laman web Wikipedia, Bahasa Melayu ditakrifkan sebagai bahasa Melayu- Polinesia yang berada di bawah kumpulan bahasa Austronesia yang telah digunapakai sejak lebih 1 alaf bersamaan 1000 tahun lalu. Perkembangan bahasa Melayu dapat dikatakan berasal dari Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang. Sebuah batu bersurat bertarikh 682 Masihi yang dijumpai di Sumatera Selatan merupakan bukti terawal bahasa Melayu Kuno Kini, bahasa kebangsaan Malaysia ialah bahasa Melayu malah negara-negara lain seperti Indonesia, Brunei dan Singapura juga menggunakan bahasa Melayu.

2.0 FUNGSI BAHASA MELAYU SEBAGAI LINGUA FRANCA

Menurut laman web Wikipedia, bahasa perantara atau lebih dikenali sebagai Lingua franca dari bahasa Itali, bererti bahasa Frank merupakan bahasa perantaraan yang digunakan oleh orang-orang yang tidak sama bahasa ibundanya secara sistematik untuk tujuan perhubungan. Pada era Kesultanan Melayu Melaka, bahasa Melayu dinobatkan sebagai lingua franca di Kepulauan Melayu yang digunakan oleh penduduk tempatan dan juga pedagang asing yang datang berdagang di Melaka melalui Selat Melaka. Pada ketika itu, Bahasa Melayu telah mencapai status setaraf dengan bahasa-bahasa gergasi perhubungan antarabangsa iaitu bahasa Latin dan bahasa Perancis di benua Eropah.

2.1 Tunjang Pentadbiran Kerajaan di Tanah Melayu

Kepentingan bahasa Melayu diperakui oleh semua bangsa di Tanah Melayu. Menurut konteks Sejarah Melayu, situasi pedagang bersungguh-sungguh mempelajari dan menguasai bahasa Melayu untuk memudahkan urusan mereka dengan masyarakat dan kerajaan setempat yang sudah menggunakan bahasa Melayu buat sekian lama. Contoh 2 BOSHM MPU 3123 kepenggunaan bahasa Melayu dalam pentadbiran kerajaan di Tanah Melayu ialah surat- surat rasmi, undang-undang tubuh negeri-negeri Melayu dan dokumen perjanjian antarabangsa menggunakan bahasa Melayu dengan tulisan jawi. Selain itu, Contoh ini membuktikan kesinambungan bahasa Melayu yang mudah difahami oleh pelbahai pihak termasuk orang British, Portugis, dan Belanda. Tambahan pula, guru bahasa Melayu atau lebih dikenali sebagai Munsyi bahasa telah mengajar mereka yang tidak mahir menggunakan bahasa Melayu pada ketika itu. Pengendalian yang sistematik dan bahasa yang mudah difahami telah mendorong bahasa Melayu mencapai tahap yang tertinggi di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

2.2 Medium Yang Menyatukan Masyarakat Pelbagai Kaum

Peranan kedua bahasa Melayu sebagai lingua franca ialah menjadi alat perpaduan kaum. Bahasa Melayu menjadi jambatan yang menyatukan kepelbagaian etnik. Kehebatan bahasa Melayu yang mudah difahami telah mendorong masyarakat berbilang kaum untuk mempraktikkan bahasa Melayu dan secara tidak langsung telah mendorong perpaduan antara mereka. Contohnya, maklumat yang ingin disampaikan akan disalurkan dengan sempurna tanpa sebarang kekeliruan. Tambahan pula, penerima mesej pula dapat memahami maksud dan perasaan penghantar mesej dalam perbualan yang akan menyebabkan komunikasi menjadi lebih lancar lalu mendorong perpaduan antara mereka.

2.3 Saluran Penyebaran budaya

Berdasarkan tiga kepentingan bahasa Melayu sebagai lingua franca yang dinyatakan, maka bahasa Melayu juga boleh dikatakan sebagai teras kepada penyebaran budaya antara masyarakat tempatan mahupun antarabangsa. Setiap pengguna bahasa Melayu akan secara tidak langsung mempraktikkan amalan- amalan baik yang diterapkan melalui budaya Melayu. Sebagai contoh, konteks perbualan akan menjadi lebih sopan dengan mempraktikkan budaya memberi salam dan mengucap terima kasih sambil berjabat tangan. Hal ini telah mendorong penyebaran budaya Melayu ke persada dunia. 3 BOSHM MPU 3123 Menurut Hasnah Hussin dan Mardiana Nordin 2007, Melaka berperanan sebagai pusat pengembangan bahasa, kebudayaan, dan kesusasteraan. Bukti ini menunjukka betapa efektifnya bahasa Melayu berperanan sebagai penyebaran budaya.

2.4 Alat Komunikasi Efektif Untuk Urusan Perdagangan