Tanggungjawab Pusat Didikan dan Asuhan Tanggungjawab pihak kerajaan

BOSHM MPU 3123 Sebagai contoh, rancangan televisyen, siaran radio, terbitan majalah, buku teks, surat khabar mahupun laman web yang menggunakan bahasa Melayu harus disemak penggunaannya supaya sesiapa yang berkunjung atau melihat penggunaan bahasa Melayu itu secara tidak langsung mempelajari serba sedikit ilmu tentang penggunaan istilah, tatabahasa atau ejaan perkataan bahasa Melayu yang betul dan berkualiti. Hal ini membuktikan bahawa media massa tanah air yang menggunakan bahasa Melayu sebagai medium terbitan mereka memainkan peranan penting dalam memartabatkan lalu memperkasa bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat jelata. Selain itu, media massa harus memastikan bahawa tiada unsur-unsur pencemaran bahasa Melayu seperti penggunaan bahasa Rojak terdapat dalam penerbitan mereka. Hal ini akan membolehkan penonton atau pembaca kandungan tersebut tidak keliru lalu bertanggapan salah memandang rendah potensi bahasa Melayu.

5.3 Tanggungjawab Pusat Didikan dan Asuhan

Pusat didikan dan asuhan juga memainkan peranan penting dalam memartabatkan dan memperkasa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang dihargai ramai. Hal ini kerana, pusat didikan dan asuhan merupakan pendedahan awal kepada anak-anak yang dahagakan ilmu. Oleh itu, pendedahan terhapat penggunaan bahasa Melayu yang betul harus diusahakan dari peringkat ini lagi. Bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Jadi, pihak pusat didikan dan asuhan terutamanya pihak sekolah harus menunjukkan inisiatif dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar yang penuntut di pusat pengajian mereka. Menurut laman web Wikipedia, sekolah merupakan satu institusi yang direka untuk menyediakan ruang pembelajaran dan persekitaran pembelajaran untuk tujuan pembelajaran bagi pelajar atau murid di bawah arahan guru. Kebanyakan negara mempunyai sistem pendidikan formal, yang biasanya wajib. 11 BOSHM MPU 3123 Sebagai contoh, pihak pusat didikan dan asuhan harus mengadakan aktiviti-aktiviti yang memperlihatkan keistimewaan dan kepentingan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian. Mengadakan Bulan Bahasa Melayu juga akan mendorong keberkesanan usaha ini. Pertandingan-pertandingan seperti pidato, debat dan pantun boleh dijadikan agenda Bulan Bahasa Melayu yang akan memperkasa ilmu bahasa Melayu dalam kalangan pelajar. Selain itu, penekanan kepentingan bahasa Melayu dalam silibus juga harus dibuat. Sebagai contoh, memberi topik kepentingan bahasa Melayu dalam karangan bahasa Melayu akan memberi impak positif yang akan menyedarkan pelajar-pelajar betapa pentingnya bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi utama di Malaysia.

5.4 Tanggungjawab pihak kerajaan

Akhir sekali, kerajaan Malaysia memikul tanggungjawab utama dalam usaha memperkasa dan memartabatkan bahasa Melayu di Malaysia. Hal ini kerana, kerajaan mempunyai pengaruh yang kuat dalam kalangan masyarakat sesebuah negara. Oleh itu, kerajaan Malaysia harus menekankan kepentingan bahasa Melayu dalam pentadbiran mereka. Sebagai contoh, mewajibkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi urusan kerajaan dan penggunaan bahasa Melayu dalam urusan surat-menyurat kerajaan. Selain itu, pihak kerajaan menerusi Kementerian Pelajaran Malaysia MOE dan Kementerian Pendidikan Tinggi MOHE juga memainkan peranan yang paling penting dalam usaha ini. Menurut laman web rasmi MOE, MOE berperanan membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi supaya lebih banyak perkataan daripada bahasa Melayu dihasilkan di dalam bidang- bidang yang pesat berkembang sperti bidang sains dan teknologi. Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan menerusi MOE dan MOHE harus mengendalikan program-program yang akan menimbulkan kesedaran kepentingan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat Malaysia. Sebagai contoh, bengkel memperkasa Bahasa Melayu dan seminar kepentingan penggunaan bahasa Melayu yang betul dan berkualiti pada peringkat kebangsaan dapat memberi impak positif kepada masyarakat jelata. Secara 12 BOSHM MPU 3123 langsung, penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat Malaysia akan menjadi lebih berkualiti. Disamping itu, pihak kerajaan dengan usaha MOE dan MOHE juga harus mengemaskini bahasa Melayu supaya ianya selaras dengan perkembangan teknologi yang pesat di era globalisasi ini. Usaha ini akan membuahkan hasil dimana penutur bahasa Melayu akan mempunyai pilihan perkataan dalam bahasa Melayu untuk menyampaikan informasi yang diingini. Jadi, penutur bahas Melayu tidak akan melompat kepada bahasa Inggeris untuk menyampaikan maklumat yang ingin disampaikan. Tambahan lagi, pihak kerajaan menerusi MOE dan MOHE harus menyelaraskan perbendaharaan kata dan tatabahasa dalam penggunaan bahasa Melayu seluruh dunia. Hal ini kerana, usaha ini akan menghindarkan kekeliruan antara penutur lalu menjadikan proses komunikasi menjadi lebih efektif dan produktif. Sebagai contoh, filem yang diterbitkan dalam Bahasa Melayu yang menjadi pilihan ramai akan menyebabkan penontonya terikut-ikut gerak-geri pelakon kegemaran mereka. Jadi, dengan usaha pihak DBP memastikan penggunaan bahasa Melayu yang betul dan berkualiti dalam filem bahasa Melayu akan menyebabkan penontonya mempelajari ilmu pengetahuan tentang bahasa Melayu secara tidak langsung. Untuk kesan yang lagi memberangsangkan, filem bahasa asing yang menjadi tumpuan penutur bahasa Melayu seluruh dunia harus juga diberikan sarikata yang menggunakan tatabahasa dan struktur ayat bahasa Melayu yang berkualiti. Pihak MOE dan MOHE juga memainkan peranan penting dalam memastikan penterjemahan bahasa dilaksanakan dengan betul dan diselia oleh pakar bahasa yang ditetapkan.

6.0 KESIMPULAN