Cabaran Bahasa Melayu Menempuh Pencemaran Bahasa Cabaran Bahasa Melayu Dalam Menghadapi Abad Ke-21

BOSHM MPU 3123

3.1 Cabaran Bahasa Melayu Menempuh Pencemaran Bahasa

Pada era globalisasi ini, dilema serius yang dialami dalam penggunaan bahasa Melayu ialah pencemaran Bahasa iaitu penggunaan bahasa yang salah dan bercampur-aduk tetapi masih dianggap relevan dalam konteks perbualan. Pengaruh media massa telah memberi impak negatif kepada masalah ini dari segi cara pertuturan, struktur ayat, penggunaan istilah dan bahasa rojak dan banyak lagi. Remaja merupakan golongan yang ramai dilanda dengan kerosakan bahasa. Kini, telah menjadi satu tradisi terumatanya golongan remaja untuk terikut-ikut media massa dan mengadaptasikan penggunaan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian. Kejadian ini masih bermaharajalela dan jika tidak mengambil langkah-langkah untuk menghindar perkara ini dari terus tersebar, bahasa Melayu bakal tidak berkumandang lagi. Sebagai contoh, kebanyakan program televisyen dan radio telah mewajibkan campuraduk bahasa untuk menarik perhatian masyarakat. Kesannya, masyarakat yang mengikut dan menonton rancangan tersebut terdedah kepada perkataan-perkataan yang tidak betul seperti penggunan ‘karang’ menggantikkan ‘sekarang’ dan ‘korang’ menggantikkan ‘kamu’. Keracunan bahasa Melayu seperti telah menjadi cabaran utama yang berpotensi merosakkan keteraturan, kehalusan dan keintelektualan bahasa Melayu yang dijunjung tinggi dalam kalangan pengguna bahasa Melayu. Dalam jangka masa panjang, dilema ini berpotensi untuk meruntukkan maruah bahasa Melayu lalu disisihkan sedikit demi sekidit oleh pengguna Bahasa Melayu itu sendiri.

3.2 Cabaran Bahasa Melayu Dalam Menghadapi Abad Ke-21

Setelah 52 tahun Malaysia merdeka dan 32 tahun pelaksanaan sepenuhnya dasar bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan, bahasa Melayu telah menghadapi cabaran yang tidak diduga apabila Akta Pendidikan 1996 dan Akta IPTS 1996 diluluskan, maka 5 BOSHM MPU 3123 semua IPTS dibenarkan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Keadaan belum reda, satu cabaran telah muncul iaitu pada tahun 2003, penggunaan bahasa Inggeris bagi semua matematik dan sains dalam semua peringkat. Namun, pejuang-pejuang bahasa bersatu tenaga untuk memastikan bahasa Melayu mendapat tempat di negara ini seperti termaktub dalam Perlembagaan Negara, Perkara 152. Akhirnya, tahun 2012 penggunaan bahasa Inggeris dalam sains dan matematik dihapuskan.

3.3 Cabaran Bahasa Melayu menempuh Kemajuan Teknologi Maklumat