PERNYATAAN MASALAH

3. PERNYATAAN MASALAH

Di Politeknik, pendidikan keusahawanan ditawarkan kepada semua pelajar merentasi pelbagai bidang pengajian diikuti pelajar, sama ada dalam bidang kejuruteraan mahupun jurusan perdagangan. Disamping itu, Politeknik turut melaksanakan pelbagai program dan aktiviti berbentuk pembudayaan dan pengukuhan keusahawanan bagi menambah penglibatan pelajar-pelajar dalam bidang keusahawanan. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti amali perniagaan, seminar dan perkongsian pengalaman dari pihak industri, dengan tujuan memperkukuhkan ciri-ciri keusahawanan di dalam diri pelajar.

Walau bagaimanapun, hubungan antara pendidikan keusahawanan atau aktiviti yang dianjurkan dalam membina hasrat keusahawanan dalam kalangan pelajar, masih memerlukan kajian untuk melihat impaknya. Ini adalah kerana matlamat pendidikan keusahawanan sama ada di peringkat sekolah mahu pun IPT, adalah untuk menggalakkan pelajar memulakan perniagaan sendiri, meningkatkan keupayaan keusahawanan diri serta menyediakan sokongan untuk mereka menceburi bidang perniagaan (Zaidatol dan Hisyamuddin, 2010; Ghina, 2014; Zaidatol, Abd. Rahim & Mohd. Majid, 2002). Manakala Kelly et al., (2016), mendapati skor hasrat keusahawanan dalam kalangan penduduk Malaysia berada di tahap yang rendah iaitu sebanyak 11.60%. Seharusnya hasrat keusahawanan dalam kalangan lulusan juga perlu dilihat kadar peratusannya setelah mereka diberikan pendedahan bidang keusahawanan melalui kursus pendidikan Walau bagaimanapun, hubungan antara pendidikan keusahawanan atau aktiviti yang dianjurkan dalam membina hasrat keusahawanan dalam kalangan pelajar, masih memerlukan kajian untuk melihat impaknya. Ini adalah kerana matlamat pendidikan keusahawanan sama ada di peringkat sekolah mahu pun IPT, adalah untuk menggalakkan pelajar memulakan perniagaan sendiri, meningkatkan keupayaan keusahawanan diri serta menyediakan sokongan untuk mereka menceburi bidang perniagaan (Zaidatol dan Hisyamuddin, 2010; Ghina, 2014; Zaidatol, Abd. Rahim & Mohd. Majid, 2002). Manakala Kelly et al., (2016), mendapati skor hasrat keusahawanan dalam kalangan penduduk Malaysia berada di tahap yang rendah iaitu sebanyak 11.60%. Seharusnya hasrat keusahawanan dalam kalangan lulusan juga perlu dilihat kadar peratusannya setelah mereka diberikan pendedahan bidang keusahawanan melalui kursus pendidikan

Nyatanya minat untuk bekerja makan gaji masih merupakan pilihan utama dalam kalangan lulusan. Laporan Pengesanan Graduan (2014) menyatakan bahawa trend pemilihan pekerjaan dalam kalangan lulusan pada tahun 2014, dimana majoriti lulusan masih memilih untuk bekerja di sektor swasta sebanyak (44.50%), kerajaan atau badan berkanun (20.60%), syarikat multinational (17.70%) dan bekerja di organisasi bukan kerajaan atau lain-lain pertubuhan sebanyak (6.6%). Secara ringkasnya, hasil dapatan dari laporan berkenaan masih menunjukkan, kebanyakan lulusan memilih untuk bekerja dengan orang lain berbanding dengan memilih untuk bekerja sendiri atau berniaga.

Usaha untuk melahirkan seorang usahawan juga, bukanlah satu perkara yang mudah. Selain dari pengetahuan dalam bidang keusahawanan, lulusan juga memerlukan kemahiran yang bersesuaian dengan dunia perniagaan yang pantas berubah. Kemahiran ini boleh didapati melalui latihan yang diberikan secara berterusan sebelum mereka menceburi bidang perniagaan. Pelajar perlu diberikan peluang untuk mengendalikan perniagaan sendiri semasa di kampus. Selain itu pendedahan pembelajaran secara simulasi juga dapat membantu pelajar memperoleh kemahiran perniagaan diperlukan mereka. Dapatan kajian oleh Rezai, Zainalabadin dan Mohd Nasir (2012) menyatakan bahawa pendidikan keusahawanan di IPT masih belum dapat memenuhi kemahiran diperlukan pelajar sebagai persediaan untuk menjadi seorang usahawan.

Selain dari itu, kesan dari Pendidikan Keusahawanan juga perlu dapat membentuk Selain dari itu, kesan dari Pendidikan Keusahawanan juga perlu dapat membentuk

Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan mengenalpasti hubungan diantara pendidikan keusahawanan dengan hasrat keusahawanan dalam kalangan bakal lulusan dari Politeknik yang diukur melalui pemboleh ubah yang diadoptasi dari teori tingkah laku terancang oleh Ajzen (1991). Tiga pemboleh ubah iaitu sikap terhadap tingkah laku, norma subjektif dan efikasi kendiri telah banyak digunakan di dalam kajian lain (Tkachev dan Kolvereid, 1999; Ajzen dan Fishbein, 1980; Linan dan Rodrigue, 2004; Linan dan Chen, 2009; Zaidatol, 2007; Afsaneh dan Zaidatol; 2014).