KERANGKA KONSEPTUAL

5. KERANGKA KONSEPTUAL

Kerangka konseptual adalah bertujuan untuk menerangkan tentang pemboleh ubah yang akan digunakan di dalam kajian ini serta menjadi panduan kepada pengkaji bagi mencapai objektif kajian. Menurut Creswell (2012) kerangka konseptual dibina berasaskan dari dapatan pengkaji-pengkaji lepas yang berkaitan dengan bidang yang sama. Pembentukan kerangka konseptual kajian ini berasaskan kepada objektif kajian ini, disamping merujuk kepada model dan teori yang telah dikemukakan oleh pengkaji lepas. Kajian ini dijalankan berasaskan kepada pendekatan psikologi dalam keusahawanan yang berhubung kait dengan hasrat seseorang untuk memulakan perniagaan. Model tekad keusahawanan dikemukakan oleh Krueger dan Carsrud, (1993) diadaptasi kerana berkaitan dengan mengkaji tingkah laku seseorang terhadap hasrat memilih usahawan sebagai kerjaya. Rajah 1.1 menunjukkan kerangka konseptual yang digunakan di dalam kajian ini.

Sikap terhadap tingkah laku

Hasrat Keusahawanan

Rajah 1.1: Kerangka Konseptual Kajian di adaptasi daripada Model Tekad Keusahawanan

Oleh Krueger dan Casrud (1993)

Hasrat merupakan pernyataan seseorang individu mengenai niatnya untuk melakukan sesuatu tingkah laku dimasa akan datang. Di dalam bidang keusahawanan, hasrat keusahawanan seseorang individu itu akan memberikan gambaran samada seseorang telah mempunyai perancangan untuk bekerja sendiri mahupun akan membuka perniagaan pada masa akan datang. Pembentukan sesuatu hasrat dalam diri seseorang adalah merupakan kombinasi dari pemboleh ubah seperti sikap seseorang terhadap tingkah laku berkenaan, pengaruh persekitaran, dan kebolehan diri untuk melakukan sesuatu tanggung jawab tersebut. Ajzen (1991) menyatakan bahawa terdapat tiga pemboleh ubah yang mendahului sebelum terbentuknya tekad keusahawanan dalam diri seseorang. Pemboleh ubah yang dimaksudkan oleh Ajzen itu adalah sikap seseorang terhadap tingkah laku dimana ia dipengaruhi oleh perasaan suka atau tidak kepada tingkah laku berkenaan, norma subjektif iaitu tanggapan individu terhadap pandangan dari orang yang hampir dengan kehidupannya, dan kawalan tertanggap dimana individu membuat penilaian kendiri samada sukar atau mudahnya untuk melakukan tingkah laku berkenaan.

Sikap banyak dipengaruhi oleh kepercayaan individu itu melihat samada secara positif atau negatif terhadap sesuatu tingkah laku. Sekiranya individu melihat sesuatu tingkah laku itu secara positif makanya ia akan melaksanakan tingkah laku dan menjadi satu yang kekal dalam dirinya. Sebaliknya sekiranya seseorang itu melihat secara negatif sesuatu tingkah laku itu, sudah tentu ia tidak mempunyai keyakinan untuk mempunyai tingkah laku tersebut. Ia akan mempengaruhi hasratnya untuk mengamalkan tingkah laku berkenaan dimasa akan datang.

Selain dari itu pengaruh persekitaran diri individu itu juga, turut memainkan peranan dalam membentuk sesuatu hasrat seseorang itu. Pengaruh persekitaran yang dimaksudkan adalah dikenali sebagai norma subjektif, iaitu individu membuat persepsi Selain dari itu pengaruh persekitaran diri individu itu juga, turut memainkan peranan dalam membentuk sesuatu hasrat seseorang itu. Pengaruh persekitaran yang dimaksudkan adalah dikenali sebagai norma subjektif, iaitu individu membuat persepsi

Manakala efikasi kendiri merupakan satu konsep di dalam sosial kognitif. Ianya merupakan persepsi seseorang bagaimana ia melihat kemampuan dirinya untuk melaksanakan sesuatu tingkah laku atau melakukan sesuatu tugas dalam keadaan tertentu. Menurut Afsaneh dan Zaidatol (2014), dengan mengenalpasti tahap efikasi kendiri seseorang, kita dapat mengetahui kemampuan diri, usaha-usaha individu, serta kemampuan seseorang menghadapi cabaran dalam melaksanakan sesuatu tingkah laku atau tugas yang dibakal dilaksanakan di masa akan datang. Efikasi kendiri juga merupakan satu proses individu itu menilai kebolehan mereka untuk melaksanakan sesuatu usaha baharu serta dapat memberikan gambaran tentang tingkah laku dan juga pemikiran mereka dalam tugas yang mencabar sebagaimana tugas untuk membuka sesebuah perniagaan baharu dalam bidang keusahawanan.

5.1 Teori Tingkah Laku Terancang

Sebagai panduan pengkaji menggunakan teori yang telah dikemukakan oleh Azjen (1991) iaitu teori tingkah laku terancang (Theory of Planned Behavior). Teori ini memberikan gambaran tentang tahap keinginan atau hasrat seseorang itu yang mendorong seseorang itu tingkah laku sebagaimana dipersembahkan. Sebarang tingkah laku yang dilaksanakan boleh memberikan gambaran tentang hasrat yang ada dalam dirinya. Ajzen (1991) turut menjelaskan bahawa terdapat tiga pemboleh ubah yang boleh meramalkan hasrat seseorang itu. Perkara pertama adalah kepercayaan atau sikap seseorang ke arah melakukan tingkah laku berkenaan.

Sikap yang dimaksudkan itu, bergantung kepada persepsi dirinya melihat sesuatu perkara itu samada secara positif atau sebaliknya. Sikap ini akan mempengaruhi hasrat atau keinginan yang ada di dalam diri individu berkenaan samada untuk melaksanakan

Manakala faktor kedua yang dikemukakan oleh Azjen (1991), adalah merupakan faktor sosial yang diistilahkan sebagai norma subjektif. Faktor ini merujuk kepada tekanan sosial daripada persekitaran individu berkenaan untuk melaksanakan atau tidak tingkah laku berkenaan. Contohnya pelajar mungkin berhadapan dengan ibu bapa yang pernah gagal dalam perniagaan. Ini akan memberikan pengalaman negatif terhadap.

Manakala faktor ketiga adalah faktor efikasi kendiri iaitu tanggapan seseorang terhadap dirinya sendiri untuk melakukan . Sesuatu tingkah laku sebenar itu berlaku tidak hanya bergantung pada niat atau motivasi yang diterima oleh seseorang tetapi ia juga bergantung pada persepsi bagaimana kesukaran atau mudahnya untuk bertingkah laku berkenaan dapat dilaksanakan. Persepsi ini berlaku hasil dari penglihatan atau pengalaman yang dilalui seseorang individu berkenaan.

Oleh yang demikian, perubahan tingkah laku pelajar merupakan hasil pembelajaran dari sesuatu modul. Ajzen (1991) menyatakan keseluruhan sesuatu tingkah laku itu berlaku adalah disebabkan oleh faktor-faktor yang boleh memotivasikan seseorang itu untuk bertingkah laku seperti dikehendaki. Ini termasuklah, setakat mana seseorang telah diberikan peluang dan sumber, dan yang paling penting niat diri individu itu juga untuk melakukan tingkah laku itu, merupakan pendorong kuat untuk individu itu berjaya berbuat demikian .

Kesimpulannya teori ini meramalkan bahawa lebih besar sikap yang baik dan norma subjektif berkenaan dengan tingkah laku, digabungkan dengan kawalan yang kukuh dianggap tingkah laku, lebih besar niat untuk melakukan tingkah laku yang tertentu itu. Teori ini telah digunakan untuk ramalan pelbagai tingkah laku manusia (Fayolle, Gailly & Lassas-Clerc, 2006) termasuk niat keusahawanan.