Analisis Statistik Inferensi

7.2 Analisis Statistik Inferensi

Dapatan analisis kolerasi dalam Jadual 1.2 menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan diantara sikap terhadap tingkah laku, norma subjektif dan efikasi kendiri dengan hasrat keusahawan dimana nilai sig. adalah 0.000 < 0.05. Ini bermaksud hubungan (positif) yang kuat antara sikap terhadap tingkah laku dengan hasrat keusahawanan pelajar (r = .749, p < .01). Manakala hubungan yang signifikan (positif) yang kuat antara norma subjektif dengan hasrat keusahawanan pelajar (r = .621, p < .01). Bagi efikasi kendiri dengan hasrat keusahawanan pelajar (r = .844, p < .01) juga menunjukkan hubungan yang signifikan (positif) yang sangat kuat.

Ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan sangat kuat (positif) antara efikasi kendiri dengan hasrat keusahawanan dalam kalangan pelaajr. Manakala bagi pemboleh ubah sikap terhadap tingkah laku dan norma subjektif mempunyai hubungan yang kuat dengan hasrat keusahawanan pelajar. Kesimpulannya, nilai skor hasrat keusahawanan Pelajar dalam kalangan responden di Politeknik (pemboleh ubah bersandar) akan meningkat sekiranya nilai efikasi kendiri, sikap terhadap tingkah laku dan norma subjektif (pemboleh ubah bebas) bertambah.. Maka hipotesis nul 1 bagi ketiga-tiga pemboleh ubah iaitu tidak terdapat hubungan yang signifikan diantara sikap terhadap tingkah laku, norma subjektif dan efikasi kendiri dengan hasrat keusahawanan di Politeknik bagi kajian ini adalah ditolak. Ini bermakna ketiga-tiga pemboleh ubah sikap terhadap tingkah laku, norma subjektif dan efikasi kendiri mempunyai hubungan yang singnifikan terhadap hasrat keusahawanan dalam kalangan pelajar. Jadual 1.2 adalah jadual kolerasi pearson bagi menunjukkan hubungan antara pemboleh ubah sikap terhadap tingkah laku, norma subjektif dan efikasi kendiri terhadap hasrat keusahawanan pelajar

Jadual 1.2: Kolerasi Pearson antara Sikap Terhadap Tingkah Laku, Norma Subjektif Dan Efikasi Kendiri Dengan Hasrat Keusahawanan Pelajar.

subjektif kendiri keusahawanan

Tingkah Laku Pearson

1 .214 ** .682 ** .749 ** Correlation Terhadap

.214 ** 1 .538 ** .621 ** Correlation Norma

.682 ** .538 ** 1 .844 ** Correlation Efikasi

Correlation keusahawan

**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

Manakala bagi menjawab hipotesis kajian yang berikut iaitu:

Bagi Statistik inferensi, ujian regresi berganda digunakan untuk menguji hipotesis nul kedua iaitu tidak terdapat pembolehubah bebas yang menjadi faktor peramal dan signifikan kepada pembolehubah bersandar dalam kalangan responden-responden di Politeknik. Keputusan analisis regresi b erganda menggunakan prosedur ‘stepwise’ menunjukkan bahawa bagi saiz sampel ini (n=360), Faktor Sikap Terhadap Tingkah Laku, norma subjektif dan efikasi kendiri merupakan peramal yang signifikan [F(2,253 )= 83.9, p = .000] kepada hasrat keusahawanan pelajar-pelajar di Politeknik.

Ini bermakna terdapat bukti-bukti yang kukuh untuk membuat kesimpulan bahawa pemboleh ubah-pemboleh ubah bebas (sikap terhadap tingkah laku, norma subjektif dan efikasi kendiri) menjadi faktor peramal dan signifikan kepada pemboleh ubah bersandar (hasrat keusahawanan pelajar) dalam kalangan pelajar-pelajar di Politeknik. Kombinasi ketiga-tiga pemboleh ubah peramal ini telah menyumbang sebanyak 83.9.% varians dalam

pemboleh ubah kriterion (Hasrat Keusahawanan ), (R 2 = .839). Ini bererti bahawa faktor Sikap terhadap tingkah laku (b 1 = .563, p < .05) Efikasi Kendiri (b 2 = .359, p < .05) dan faktor norma subjektif b3= .311, p < .05) dapat meramalkan Hasrat Keusahawanan dalam kalangan pelajar-pelajar di Politeknik Seberang Perai. Manakala pemboleh ubah yang mempunyai pengaruh yang kuat terhadap hasrat keusahawanan pelajar adalah pemboleh ubah Memandangkan nilai kebarangkalian yang diperolehi daripada program SPSS (.000) kurang daripada nilai alfa yang ditentukan (.025), maka hipotesis nul kedua ditolak. Jadual

1.3 di bawah menunjukkan ringkasan analisa regresi berganda berkaitan:

Jadual 1.3 : Ringkasan analisa regresi berganda: Faktor Sikap terhadap tingkah laku, norma subjektif dan efikasi kendiri dan mempengaruhi hasrat keusahawanan dalam kalangan pelajar Politeknik.

Pemboleh ubah