Cadangan dan Perbincangan PBS di Malaysia

3. Cadangan dan Perbincangan PBS di Malaysia

Pentaksiran berterusan atau continuous assessment (CA) sudah sebati dalam sistem pentaksiran di sekolah dan sentiasa juga disalah erti kan makna sebenar pentaksiran ini. Pentaksiran berterusan telah dianggap sebagai pemeriksaan berkala terhadap keupayaan kognitif pelajar. Keseluruhan jumlah ujian tersebut dikira sebagai skor akhir pentaksiran berterusan sebanyak 40% dan ditambah kepada skor peperiksaan akhir sebanyak 60% untuk memperoleh gred. Penting untuk diberi perhatian bahawa ujian mingguan dan peperiksaan akhir adalah diperoleh daripada tajuk-tajuk modul yang tergolong menerusi program pengajian serta hanya menekankan kognitif (Oko, 2011). Justeru itu, amalan ini boleh diperihalkan sebagai pentaksiran kognitif berterusan.

Meskipun objektif dinyatakan dalam tiga domain pembelajaran, ujian memberi tumpuan hanya pada kognitif sahaja. Skala kedudukan bagi pemboleh ubah dalam domain afektif dan psikomotor tidak diterjemahkan mahupun ditransformasikan ke dalam skor bagi tujuan pengiraan gred akhir pelajar. Skala kedudukan bagi pemboleh ubah dalam domain afektif dan psikomotor tidak diterjemahkan mahupun ditransformasikan ke dalam skor bagi tujuan pengiraan gred akhir pelajar. Psikomotor dan afektif seolah-olah tidak membawa sebarang makna dalam gred. Gred pelajar dalam suatu kelas masih ditentukan dengan menambah skor dalam ujian kognitif berkala yang lebih dikenali sebagai pentaksiran berterusan yang merupakan sebanyak 40% dan skor peperiksaan akhir sebanyak 60% (Akanwa, 2004). Pemeriksaan balas terhadap skor atau gred dalam kad laporan semasa di sekolah rendah dan menengah yang membuktikan hal ini.

Dalam perbincangan ini, pentaksiran berasakan sekolah atau PBS akan digunakan untuk menerangkan konsep pentaksiran berterusan yang betul. Pentaksiran berasaskan sekolah ini tidak berbeza dari konsep betul pentaksiran berterusan. Kedua-duanya mempunyai skop yang sama, ciri-ciri yang sama serta menggunakan instrumen dan personel yang sama.

Jika diteliti daripada jadual 1 di atas, dapat dilihat bahawa kebanyakan negara- negara maju menggunakan pentaksiran berasaskan sekolah dalam sistem pendidikan. Ciri-ciri sistem bagi keseluruhan negara hampir sama tetapi cara yang berbeza. Sistem pendidikan di Malaysia juga mempunyai ciri-ciri pentaksiran tersebut akan tetapi tidak dapat diaplikasikan dengan baik kerana komuniti di sekolah tidak Jika diteliti daripada jadual 1 di atas, dapat dilihat bahawa kebanyakan negara- negara maju menggunakan pentaksiran berasaskan sekolah dalam sistem pendidikan. Ciri-ciri sistem bagi keseluruhan negara hampir sama tetapi cara yang berbeza. Sistem pendidikan di Malaysia juga mempunyai ciri-ciri pentaksiran tersebut akan tetapi tidak dapat diaplikasikan dengan baik kerana komuniti di sekolah tidak

Oleh itu, Malaysia perlu menggubal kurikulum bagi sistem pentaksiran ini dengan baik dan sistematik. Seharusnya, Malaysia mencontohi cara pelaksanaan PBS di negara-negara maju tersebut. Daripada jadual di atas, negara Finland, Queensland, International Baccalaureate, Hong Kong dan sekolah rendah di England, pentaksiran berasaskan sekolah telah direka bentuk, ditadbir, dan di skor oleh guru-guru berdasarkan kepada garis panduan sukatan pelajaran. Terdapat juga negara yang menggunakan kriteria pemarkahan untuk mentaksir hasil tugasan para pelajar tersebut. Kriteria pemarkahan ini bertujuan memudahkan proses untuk mentaksir dan memberi skor. Di Queensland, rich tasks dibangunkan oleh guru dengan membangunkan pentaksiran, diiringi oleh rubrik penskoran dan proses moderasi yang mana kualiti tugasan dan pemarkahan pelajar boleh dinilai. Rich tasks adalah tugasan yang kompleks, dan kepelbagaian disiplin yang menghendaki dalam penyelidikan, penulisan, serta pembangunan produk dari pelbagai aspek.

Walau bagaimanapun, sistem pentaksiran ini bukan sahaja perlu digubal dengan baik tetapi dilaksanakan dengan konsisten. Sistem ini juga perlu dikendalikan oleh guru-guru yang berpengetahuan dan berkemahiran bagi melaksanakan pentaksiran ini di sekolah. Guru-guru yang kurang mahir menggunakan PBS akan menghadapi kekangan untuk mentaksir para pelajar serta akan memberi kesan yang buruk pada pencapaian pelajar tersebut (Begum & Farooqui, 2008). Terdapat beberapa cadangan berkaitan dengan pelaksanaan sistem pentaksiran berasaskan sekolah di sekolah yang dicadangkan oleh (Begum & Farooqui, 2008) dalam jurnal bertajuk School Based Assessment: Will it Really Change the Education Scenario in Bangladesh? iaitu,

i. penyelia akademik perlu diberi tanggungjawab untuk memantau pelaksanaan sistem pentaksiran ini

ii. pengetua dan guru besar sepatutnya memanggil untuk mengadakan mesyuarat dan memeriksa rekod setiap guru pada setiap penggal

iii. suatu jawatankuasa perlu ditubuhkan dalam setiap sekolah untuk memeriksa rekod tersebut

iv. ibu bapa dan penjaga harus menyedari hakikat bahawa anak-anak atau pelajar tersebut tidak boleh menjadi mangsa keadaan akibat daripada mana-

mana guru, jika disyaki, penjaga perlu membuat aduan segera kepada guru besar mana guru, jika disyaki, penjaga perlu membuat aduan segera kepada guru besar

Ini adalah sebahagian cadangan yang terkandung dalam kertas ini, apa yang lebih baik adalah segala kebaikan tersebut dapat digunakan dan dikekalkan dengan betul, barulah boleh menjangkakan hasil yang diingini dari pentaksiran berasaskan sekolah.