Kajian Perbandingan Kesan Pembelajaran

2. Kajian Perbandingan Kesan Pembelajaran

2.1 Pernyataan Masalah dan Tujuan Kajian Kajian empirikal untuk meninjau perbandingan kesan pendekatan pembelajaran berasaskan contoh, penyelesaian masalah dan gandingan contoh-penyelesaian masalah sangat kurang, terutama kajian di dalam negara. Berdasarkan kajian literatur, beberapa persoalan dibangkitkan: Apakah kesan pendekatan pembelajaran sama ada pembelajaran berasaskan contoh, penyelesaian masalah dan gandingan keduanya terhadap hasil pembelajaran? Apakah tahap usaha kognitif yang dilaburkan oleh seseorang pelajar apabila menggunakan salah satu pendekatan pembelajaran tersebut? Apakah hubungan di antara usaha kognitif dan hasil pembelajaran pelajar novis mahupun pakar apabila menggunakan salah satu pendekatan pembelajaran tersebut?

Justeru, tujuan kajian ini ialah untuk membandingkan ketiga-tiga pendekatan pembelajaran, iaitu PBC, PBM dan gandingan PBC-PBM di dalam domain teknologi elektrik, khususnya dalam analisa litar elektrik, terhadap pelajar di Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. Kajian akan membandingkan perbezaan kesan- kesan di antara PBC, PBM dan gandingan PBC-PBM terhadap (1) pemerolehan pengetahuan, (2) prestasi pemindahan dekat dan jauh, dan, (3) usaha kognitif pelajar pakar dan pelajar novis; seterusnya, (4) menentukan kecekapan pembelajaran berdasarkan hubungan usaha kognitif dan prestasi pembelajaran.

2.2 Objektif Kajian Objektif kajian ini adalah:

i. Untuk membangunkan model PBC, PBM dan gandingan PBC-PBM bagi analisa litar elektrik.

ii. Untuk menentukan keberkesanan PBC, PBM dan gandingan PBC-PBM terhadap:

 pemerolehan pengetahuan pelajar pakar dan novis.

 prestasi pemindahan dekat dan jauh pelajar pakar dan novis.  usaha kognitif pelajar pakar dan novis.

2.3 Kerangka Konseptual Kajian Pengetahuan asas merupakan ciri-ciri kognitif yang paling penting yang mempengaruhi prestasi pembelajaran terutama bagi kajian perbandingan pelajar pakar dan novis. Teori beban kognitif mencadangkan bahawa proses pembelajaran akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dalam keadaan yang selaras dengan reka bentuk kognitif manusia (Sweller, 1998). Teori ini menerangkan terdapat tiga beban kognitif yang berbeza semasa pembelajaran, iaitu, intrinsik, ekstraneous dan germane. Beban kognitif intrinsik merujuk kepada permintaan terhadap kapasiti ingatan kerja yang disebabkan oleh kerumitan bahan pembelajaran atau tugas pengajaran. Beban kognitif ekstraneous pula disebabkan oleh format arahan, bukannya oleh ciri-ciri dalaman bahan atau tugasan pembelajaran. Beban kognitif ekstraneous biasanya dikatakan sebagai beban yang tidak mendatangkan faedah kerana ia tiada kaitan langsung dengan pembelajaran dan menganggu permerolehan skema. Skema merupakan sejenis struktur yang terdiri daripada kandungan ingatan jangka panjang yang berstruktur kompleks (Sweller, 1998). Struktur ini membolehkan kita untuk menerima, memikir dan menyelesaikan masalah dan seterusnya menyumbang kepada asas pengetahuan individu. Menurut Sweller (1998), untuk memastikan proses pemerolehan skema dapat berlaku, beban peringatan bekerja dikurangkan dengan membangunkan arahan yang berkesan.

Seperti beban kognitif ekstraneous, beban kognitif germane juga dipengaruhi oleh format arahan atau aktiviti pembelajaran luaran. Namun perbezaan penting di antara kedua-dua jenis beban kognitif ini ialah beban kognitif germane disebabkan oleh aktiviti pengajaran yang memudahkan pemerolehan skema dan pengetahuan baru.

Oleh yang demikian Paas, Renkl dan Sweller (2003) berpendapat bahawa beban kognitif germane adalah beban kognitif yang bermanafaat. Kesimpulannya, teori beban kognitif menjelaskan bahawa beban kognitif adalah terdiri daripada gabungan beban kognitif intrinsik, ekstraneous dan germane; yang mana jumlah dari ketiga-tiga beban kognitif ini tidak sepatutnya melebihi kapasiti ingatan bekerja bagi memudahkan pembelajaran. Adalah penting untuk tidak mendorong peningkatkan beban kognitif ekstraneous kerana ia boleh menjejaskan pembelajaran, sebaliknya, meningkatkan beban kognitif germane pula mampu menyumbang secara langsung kepada pembelajaran. Hubungan di antara pembolehubah dengan pembolehubah yang lain adalah ditunjukkan seperti Rajah 1.

2.4 Persoalan Kajian dan Hipotesis  Adakah terdapat perbezaan signifikan dalam pemerolehan pengetahuan

selepas rawatan di antara kumpulan rawatan PBC, kumpulan rawatan PBM dan kumpulan rawatan PBC-PBM bagi pelajar pakar dan novis?

H1: Tidak terdapat perbezaan signifikan dalam pemerolehan pengetahuan secara purata selepas rawatan di antara pelajar pakar dan novis.

H2: Tidak terdapat perbezaan signifikan dalam pemerolehan pengetahuan secara purata selepas rawatan di antara kumpulan rawatan PBC, kumpulan rawatan PBM dan kumpulan rawatan PBC- PBM.

 Adakah terdapat perbezaan signifikan dalam prestasi pemindahan dekat dan jauh selepas rawatan di antara kumpulan rawatan PBC, kumpulan rawatan

PBM dan kumpulan rawatan PBC-PBM bagi pelajar pakar dan novis?

H3: Tidak terdapat perbezaan signifikan dalam prestasi pemindahan dekat dan jauh secara purata selepas rawatan di antara pelajar pakar dan novis.

H4: Tidak terdapat perbezaan signifikan dalam prestasi pemindahan dekat dan jauh secara purata selepas rawatan di antara kumpulan rawatan PBC, kumpulan rawatan PBM dan kumpulan rawatan PBC- PBM.

 Adakah terdapat perbezaan signifikan dalam usaha kognitif selepas rawatan di antara kumpulan rawatan PBC, kumpulan rawatan PBM dan kumpulan

rawatan PBC-PBM bagi pelajar pakar dan novis? H5: Tidak terdapat perbezaan signifikan dalam usaha kognitif secara purata selepas rawatan di antara pelajar pakar dan novis.

H6: Tidak terdapat perbezaan signifikan dalam usaha kognitif secara purata selepas rawatan di antara kumpulan rawatan PBC, kumpulan rawatan PBM dan kumpulan rawatan PBC-PBM.

 Adakah terdapat hubungan signifikan antara usaha kognitif dan prestasi pembelajaran?

H7: Tidak terdapat hubungan signifikan antara usaha kognitif dan prestasi pembelajaran.

 Adakah terdapat hubungan signifikan antara usaha kognitif dan prestasi pembelajaran terhadap kecekapan pembelajaran?

H8: Tidak terdapat hubungan signifikan antara usaha kognitif dan prestasi pembelajaran terhadap kecekapan pembelajaran.

Penget ahuan Aw al

Pelajar Novis

H5 Usaha

Pendekat an

Penget ahuan

Pembelajaran

Prest asi

Kecekapan

Berasaskan

H6 Pemindahan

Pem belajaran Cont oh

M asalah

Cont oh- M asalah

Pembolehubah Tidak Bersandar

Rajah 1: Kerangka Konseptual Kajian

2.5 Kajian Literatur

Beberapa kajian yang membandingkan kesan pendekatan yang berbeza terhadap hasil pembelajaran dapat diringkaskan seperti dalam Jadual 1.

Jadual 1: Ringkasan Kajian Empirikal

Penyelidik (Domain Pembelajaran)

Persoalan Kajian / Objektif