Latar Belakang Hasan Al-Banna

22 BAB II BIOGRAFI DAN PEMIKIRAN HASAN AL BANNA 2.1 Biografi Hasan Al-Banna

2.1.1 Latar Belakang Hasan Al-Banna

Datuk Imam Hasan Al-Banna bernama Syeikh Abdur-Rahman Al-Banna. Beliau tinggal di sebuah kampung bernama Syamsyirah. Dua orang anak lelaki bernama Ahmad dan Muhammad. Ahmad Al-Banna menuntut di Universitas Al- Azhar dan Muhammad Al-Banna pula terlibat dalam bidang pertanian. Selepas beberapa tahun, Syeikh Abdur-Rahman pun meninggal dunia. Perselisihan faham terjadi antara kedua orang anaknya itu mengenai pembagian harta pusaka. Muhammad ingin memiliki bagian tanah pusaka yang lebih luas karena dia telah bersusah payah menjaga tanah pertanian bapak mereka. Perselisihan ini membawa kepada pertengkaran tetapi Ahmad Al-Banna menyelesaikannya dengan menyerahkan semua bagiannya kepada Muhammad dan pindah ke Mahmoodiah untuk menetap di sana. Ahmad bin Abdur-Rahman Al-Banna adalah bapak Imam Hasan Al-Banna, Di Mahmoodiah, Ahmad Al-Banna bekerja sebagai tukang refarasi jam. Beliau lulusan dari Universitas Al-Azhar. Separuh hari dihabiskannya untuk mencari rezeki dan masanya yang lain digunakan untuk mengkaji dan belajar Al- Quran dan As-Sunnah. Di samping itu, Ahmad Al- Banna juga mempunyai sebuah perpustakaan yang memiliki berbagai buku berharga mengenai Islam dan sunnah. 26 26. Hasan Al-Banna, Risalah Pergerakan Ikhwanul Muslimin 1, terj : Anis matta, Rofi’ Munawar, Wahid Ahmadi, Solo : Era Adicitra Intermedia,2011, hlm 20-23. Universitas Sumatera Utara 23 Apabila penduduk kampung mengadakan pengajian di masjid mereka, mereka meminta Ahmad Al-Banna menjadi imam sholat Jum’at yang pertama di situ. Kepandaianya bercakap dan khutbahnya yang ilmiah itu telah menarik hati orang ramai. Beliau pun dilantik menjadi Imam dan Khatib tetap masjid tersebut atas permintaan jamaah mesjid tersebut. Ahmad Al-Banna menerima tugas tersebut karena mencari keridhaan Allah dan bukan karena menginginkan keuntungan belaka. Dia meneruskan kerjanya sebagai tukang refarasi jam untuk memenuhi kebutuhan hidupnya dan masa lapangnya digunakan dalam mengkaji hadis. Ahmad bin Abdur Rahman Al-Banna menyusun banyak buku mengenai hadis. Beliau menyusun semula Musnad Ahmad bin Hanbal menurut bab-bab di segi ilmu Fiqh. Kitab ini dinamakannya ‘Al-Fathur-Rabbani Fi Tartib Musnad-ul Imam Ahmad bin Asy-Syebani’. Kemudian beliau menulis pula uraian terperinci mengenai kitab tersebut dan menamakannya ‘Bulugh-ul-Amani Min Asrarul Fath- ur-Rabbani’. Beliau juga menulis uraian mengenai kitab Abu Dawud dan menamakannya ‘Minhatul Mabud’. Di samping itu, beliau telah menyunting Musnad dan Sunnan Imam Syafi’e dan menulis uraian mengenainya. Karyanya dinamakannya ‘Badayi’-al Musnad Fi Jama Wa Tartib Musnad-as-Syafi’e wal Sunnan’. Akhirnya beliau menyusun sebuah buku yang menyentuh Masanid keempat Imam tadi. Ahmad Al-Banna adalah seorang ulama yang cerdik. Kajiannya terhadap Islam telah menunjukkan kecakapannya itu. Beliau telah melakukan kerja akademik secara professional. Syeikh Ahmad bin Abdur- Rahman adalah seorang manusia alim yang hebat. Dia wara’, berakhlak mulia dan bertaqwa. Isterinya juga berkepribadian mulia serta wara. Isterinya berasal dari Bani Abu Qurah. Dengan isteri pertamanya ini, Ahmad Al- Banna memperolehi Universitas Sumatera Utara 24 tujuh orang anak iaitu lima lelaki dan 2 perempuan. Anak anaknya itu bernama Hasan Al-Banna yang sulung, Abdur-Rahman Al-Banna, Fatimah Al-Banna, Muhammad Al-Banna, Abdul Basit Al-Banna, Jamal Al-Banna dan Fauziah Al- Banna. Syeikh Ahmad Al-Banna mempunyai seorang lagi isteri. Dengan isteri kedua ini, dia memperolehi seorang anak perempuan yang bernama Faridah Al- Banna. 27

2.1.2 Kelahiran dan Pendidikan Hasan Al-Banna