Undang-Undang Acara Malaysia TINJAUAN TEORETIS TENTANG UNDANG-UNDANG ACARA

BAB II TINJAUAN TEORETIS TENTANG UNDANG-UNDANG ACARA

MALAYSIA DAN INDONESIA Untuk mempelajari dan mengetahui sesuatu perlu dikenal latar belakang atau sejarahnya. Terkait dengan Undang-Undang Acara di Malaysia dan Indonesia, masing-masing mempunyai pegangan dan hukum tersendiri. Undang-Undang Acara di Malaysia, tertuang dalam Akta 4 Keterangan 1950 Akta 56 sedangkan di Indonesia, hukumnya tertuang dalam Kitab Undang-Undang Hukum Acara Pidana atau lebih dikenal dengan KUHAP. Maka dengan itu, seharusnya kita mengetahui latar belakang sejarah lahirnya kedua-dua undang-undang ini.

A. Undang-Undang Acara Malaysia

Undang-Undang Acara di Malaysia, seperti yang telah diketahui, ia tertuang dalam Akta Keterangan 1950 Akta 56. Penerimaan awal Undang-Undang Keterangan di Malaysia terkait dengan penerimaaan Islam dan implementasi undang- undangnya dalam konteks setempat seawal abad ke-15. Melaka yang melaksanakan undang-undang Islam melalui penggubalan 5 yang telah diatur dalam Undang-Undang 4 Akta= adalah suatu undang-undang yang dibentuk atau digubal oleh Parlimen. Manakala enakmen adalah suatu undang-undang yang dibentuk atau digubal oleh Dewan Undangan Negeri masing-masing Negara Bagian di Malaysia dan berlaku mengikat bagi Negara Bagian tersebut selama mana tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Istilah “Ordinan” digunakan untuk Negara bagian Sarawak. Lihat Noor Aziah Mohd Awal, Pengenalan Kepada Sistem Perundangan di Malaysia, Selangor: International Law Book Services, 2007, h.48. 5 Penggubalan = peraturan Kanun Melaka, mengatur undang-undang yang terkait dengan jenayah hudud, qisas, serta takzir. 6 Bagi tujuan pelaksanaannya maka sudah tentu secara logiknya undang-undang keterangan turut diberlakukan. Jika dilihat dalam bentuk kesaksian, seperti yang diatur dalam seksyen 37 dan 38. Dalam hal ini, seksyen 37.1 mengaturkan: Pasal yang ketiga puluh tujuh pada menyatakan hukum saksi yang harusnya di atas empat martabat. Pertamanya tahu ia akan halal dan haram, kedua tahu ia akan sunat dan fardu, ketiga tahu ia akan salah dan benar, keempat tahu ia akan baik dan jahat. Itulah harus diperbuat saksi. Begitu juga dengan dasar umum prosedur dalam sesuatu tuntutan yang dibuat oleh seseorang, semestinya memenuhi prasyaratnya termasuk soal penerimaan sumpah sebagai bahan bukti turut dikanunkan dalam seksyen 38. 7 Demikian penjelasan tentang Undang-Undang Keterangan dan implimentasinya di Melaka. Yang jelas ialah tiga bentuk Undang-Undang Keterangan yang disyariatkan Islam Ikrar, Kesaksian dan Sumpah telah diatur dalam sistem perundangan Melaka pada masa itu. Walau bagaimanapun, pelaksanaan Undang-Undang Keterangan terhalang apabila Inggris meluaskan daerah jajahannya. Dikarenakan itu, maka undang-undang 6 Lihat Hamid Jusoh, Undang-Undang Keterangan Islam dan Perkembangan Pelaksanaannya di Malaysia, dalam Nasimah Hussin, dkk, Undang-Undang Islam: Jenayah, Keterangan dan Prosedur, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007, h. 136- 138. Segala bentuk jenayah selain di atas, hukuman yang akan dikenakan adalah atas budi bicara seseorang hakim berasaskan semangat dan prinsip keislaman. 7 Walaupun ia lebih mementingkan aspek kanun acara, namun perkara-perkara yang terkaitan dengan undang-undang keterangan tidak dapat dipisahkan. Dalam s.38.1, perkara yang terkait dengan plaintif dan defendanpendakwa dan terdakwa, manakala s.38.2 dan 38.3 terkait dengan sumpah. S.38.4 menggariskan hukuman yang boleh dikenakan kepada saksi yang berdusta serta larangan kepada para hakim daripada terlibat dengan korupsi. yang terkait dengan hudud, qisas dan takzir telah dikesampingkan dan digantikan dengan Undang-Undang Inggris melalui perjanjian dengan sultan-sultan 8 serta kehakiman dan kemudiannya disusuli secara perundangan apabila Undang-Undang Sivil 1937 dikenalkan. Secara khusus dalam zaman pendudukan pihak Inggris, aspek Undang-Undang Keterangan Islam tidaklah diberi perhatian walaupun undang-undang yang terkait dengan kekeluargaan dan jenayah telah diatur secara formil. Semuanya ini adalah implikasi daripada penerimaan Undang-Undang Keterangan Inggris sebagaimana yang dimuat dalam Ordinan Keterangan 1893. 9 Apabila diteliti perkembangan sebelum merdeka 1957, ternyata tiada peruntukan yang jelas yang diatur bagi tujuan undang-undang keterangan Islam, kecuali beberapa buah negeri 10 yang tertentu. Dalam hal ini, Selangor mendahului keadaan dengan mengkanunkan Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1952 yang merupakan penyatuan beberapa undang-undang yang terpisah sebelum itu. Turut sama dimasukkan dalam enakmen ini ialah yang terkait dengan prinsip Undang-Undang Keterangan Islam seperti yang diatur dalam seksyen 53, yang 8 Ibid, h. 140. Seperti Perjanjian Pangkor, 1874 untuk penguasaan Inggris di Perak. Begitu jugalah selepas itu siri perjanjian dimateraikan. 9 Ibid. 10 Negeri = Negara bagian. Malaysia mempunyai 14 buah negeri. Selangor. Perak, Pahang dan Negeri Sembilan dikenal sebagai Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Manakala Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor dikenal sebagai Negeri-Negeri Melayu tidak Bersekutu. Melaka dan Pulau Pinang termasuk di dalam Negeri-Negeri Selat. Tiga lagi negeri di Malaysia ialah Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan. kemudian diikuti oleh Terengganu pada tahun 1955, seksyen 33 2 dan 3 seperti berikut: 33 2: Maka hendaklah dipegang seorang saksi itu supaya bercakap benar dan hendaklah ia mengangkat ikrar sebagaimana berikut setelah ia mengaku yang dirinya menjadi seorang saksi: “ Adalah saya …………..nama dengan ini mengaku berdiri sebagai saksi di dalam perbicaraan ……... melawan ……….”. Di dalam 33 3, ia menyatakan Jika pada fikiran Mahkamah mana-mana saksi itu dengan sengaja telah memberi keterangan bohong dalam mana-mana perbicaraan maka bolehlah Mahkamah memberitahu perkara itu kepada Pendakwa Raya atau wakilnya atau sebaliknya bolehlah menjalankan segala kuasa-kuasa sebagaimana yang diberi oleh Pasal 12 Undang-Undang Sumpah dan Ikrar Tahun 1949, kepada Majistret tingkat pertama di dalam suatu perkara yang sedemikian, dengan senantiasa tunduk kepada peraturan dan syarat-syarat yang ditetapkan dengan pasal itu. Sebarang orang yang dihukumkan di bawah syarat kepada pasal ini hendaklah mempunyai hak pada mengangkat ipil seolah-olah seperti ianya telah dihukumkan di bawah Undang- Undang Sumpah dan Ikrar yang tersebut. Peruntukan di atas, turut diatur bahwa Undang-Undang Keterangan yang berkuat kuasa pada masa berkaitan hendaklah dirujuk sekadar yang perlu. Dalam hal ini Undang-Undang Keterangan yang dimaksud adalah Akta Keterangan 1950. Disebabkan ketiadaan peraturan khusus, maka rujukan tentang Undang-Undang Keterangan tidak menonjol. Walau bagaimanapun, ini tergantung pada kebijaksanaan para hakim yang berkaitan dalam merujuk kepada sumbernya. Adapun kedudukan sebenar Akta Keterangan 1950, ia terbagi kepada tiga bagian. 11 Kedudukan saksi serta pemeriksaan saksi teletak dalam aturan yang ada pada bagian III.

B. Undang-Undang Acara Indonesia