Macam-Macam Saksi TINJAUAN TEORETIS TENTANG UNDANG-UNDANG ACARA

D. Macam-Macam Saksi

i. Syahadah al-Hisbah Saksi hanya akan memberikan keterangan apabila dakwaan yang terkait dengan hak yang disaksikannya dikemukakan dan pendakwa atau penuntut umum memanggilnya untuk memberi keterangan. 23 Syahadah al-Hisbah ini merupakan keadaan di mana saksi itu tampil dengan sendiri dan memberi kesaksian tanpa didahului oleh sebarang dakwaan dan tidak ada permintaan daripada mana-mana pihak. Sesungguhnya para fuqaha telah mentakrifkan Syahadah al-Hisbah ini dengan bahwa ia adalah ibarat daripada pemberian kesaksian oleh saksi pada permulaan tanpa sebarang permintaan dan dakwaan yang dikemukakan oleh mana-mana pihak yang menuntut maupun yang mendakwa. Kesaksian ini akan diterima pakai pada hak-hak yang terkait dengan Allah SWT, seperti minum khamar, mencuri, merampok. Ia juga diterima pakai pada zakat, pemerdekaan budak, wasiat dan wakaf pada fuqara’ serta maslahat umum. 24 23 Abdul Karim Zaidan, Sistem Kehakiman Islam, Kuala Lumpur: Pustaka Haji Abdul Majid, 1997, h.75. 24 Ibid, h. 76. ii. Kesaksian atas Kesaksian Secara eksplisit, titik tolak perkara pidana adalah mencari, mendapatkan kebenaran material dan mempertahankan kepentingan publik. Prinsip pemeriksaan dalam persidangan sangat penting eksistensinya karena merupakan salah satu elemen agar persidangan dinyatakan sah dan tidak diancam supaya adanya pembatalan. 25 Dalam usaha mendapatkan kesaksian, adakalanya saksi asal tidak berupaya atau gagal memberikan kesaksian mereka atas alasan tertentu baik dikarenakan saksi itu mati, hilang, sakit, atau dalam tawanan musuh. Dalam keadaan semacam ini, tentulah persidangan menjadi terganggu, manakala hak orang yang bertikai akan tersekat dan keadilan tidak dapat dicapai. 26 iii. Kesaksian Dengar Cakap Secara umumnya, setiap peradilan memerlukan keterangan kesaksian secara langsung untuk memberikan pembuktian atau menolak sesuatu fakta persoalan. Kesaksian dengar cakap lebih diketahui daripada difahami. Ini disebabkan perkataan dengar cakap boleh memberikan berbagai-bagai maksud dan juga ianya mempunyai makna yang kabur. 27 25 Lilik Mulyadi, ibid, Bandung: PT Alumni, 2007, h. 140. 26 Lihat Afridah Abas, ibid, h. 218. 27 Ahmad Ibrahim, Al-Ahkam Penghakiman dan Kepeguaman,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997, h. 115. Kesaksian berdasarkan dengar cakap ialah kesaksian yang diberi oleh seseorang di hadapan hakim berdasarkan apa yang didengar oleh saksi tersebut berkenaan sesuatu perkara yang informasinya telah tersebar luas dan diketahui. Menurut Muhammad Zaid al-Anbani, informasi itu perlulah masyhur dan tersebar luas serta sampai secara mutawatir kepada orang yang menjadi saksi kepada khabar tersebut. 28 Muhammad Zaid al-Anbani berpandangan pada asalnya seorang saksi tidak harus memberikan kesaksiannya melainkan dalam perkara yang dilihat dan dipastikannya. Berdasarkan prinsip istihsan dan keperluan, maka ulama telah mengharuskan kesaksian melalui cara ini karena jika tidak, kebenaran akan hilang dan keadilan tidak akan dapat ditegakkan. 29 Kesaksian pada asalnya dibuat bagi perkara yang telah dilihat dan dipastikan sendiri oleh saksi. Fuqaha telah membuat beberapa pengecualian dalam beberapa masalah. Mereka mengharuskan seseorang itu memberi kesaksiannya walaupun ia tidak melihat dan tidak dapat memastikannya dalam perkara nasab, kematian, nikah, persetubuhan dengan istri, perlantikan hakim dan wakaf. Selain enam perkara tersebut, sebahagian ulama telah menambah tiga perkara lagi yaitu perbudakkan, memerdekakan budak dan mahar. Kesaksian berdasarkan dengar cakap merupakan salah satu cara memberi keterangan berdasarkan kesaksian. Cara ini 28 Mahmod Saedon, ibid, h. 93. 29 Ibid, h. 94. bukan keterangan biasa dan bukan juga sekadar memberi keterangan berdasarkan khabar yang didengar atau diperolehi daripada orang ramai pada tahap keterangan, tetapi hendaklah pada tahap kesaksian. 30 Walaupun prinsip ini terdapat persamaan dengan prinsip khabar mutawatir, khabar istifadah dan khabar ahad dalam undang-undang keterangan Islam yang telah disebutkan oleh Ibnu Qayyim al-Jauziyah di dalam al-Turuq al-Humiah, cara penyampaiannya disampaikan berdasarkan kesaksian, tetapi setakat keterangan sudah cukup memadai. iv. Saksi Mahkota Saksi mahkota dikenal dalam praktik pengadilan di Nederland, yaitu salah seorang terdakwa yang paling ringan peranannya dalam pelaksanaan kejahatan itu, misalnya delik narkoba atau terorisme dikeluarkan dari daftar terdakwa dan dijadikan saksi. Dasar hukumnya ialah asas oportunitas yang ada di tangan jaksa untuk menuntut atau tidak menuntut seseorang ke pengadilan baik dengan syarat maupun tanpa syarat. Dalam hal saksi mahkota, syaratnya ialah dia bersedia membongkar komplotan itu. Di Italia sudah diciptakan suatu undang-undang mengenai saksi mahkota. Jika terdakwa yang paling ringan kesalahannya dalam komplotan itu tidak dapat dibiarkan begitu saja tanpa mendapat pidana karena perbuatannya juga dipandang sangat serius, maka jaksa dapat berunding dengan dia jika dia bersedia 30 Ibid membongkar jaringan komplotan itu dia akan dituntut pidana lebih ringan dibanding teman berbuatnya. 31 31 Andi Hamzah, ibid, h.271-272.

BAB III KEDUDUKAN SAKSI PERKARA PIDANA DALAM UNDANG-UNDANG