Perbincangan Hasil Penemuan Kajian

6.3 Perbincangan Hasil Penemuan Kajian

6.3.1 Faktor Yang Menarik Minat Mahasiswa Untuk Terlibat Aktif Dalam Aktiviti Sukarelawan.

Berdasarkan dapatan kajian yang telah dibincangkan, pengkaji telah menetapkan 5 faktor yang perlu dikenal pasti responden sama ada ianya membawa pengaruh terhadap penglibatan mereka dalam aktiviti sukarelawan. Faktor yang pertama adalah faktor pengaruh keluarga, rakan dan juga universiti. Kelima-lima responden bersependapat bahawasanya faktor keluarga, rakan dan juga universiti membawa pengaruh yang besar kepada mereka untuk terlibat aktif dalam sukarelawan. Kelima-lima responden mempunyai latar belakang keluarga yang turut terlibat dalam aktiviti sukarelawan, ini secara tidak langsung mendorong anak remaja mereka terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan. Selain itu, mereka juga menyatakan bahawa mereka dikelilingi rakan-rakan yang sentiasa terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan, ini juga secara tidak langsung mendorong mereka untuk terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan. Tidak dikecualikan juga, kelima responden bersependapat bahawa pihak universiti banyak memberi peluang dan ruang kepada mereka untuk terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan.

Faktor yang kedua adalah faktor kepercayaan. Kajian dan perbincangan mengenai sikap terhadap aktiviti sukarelawan dipelopori oleh Clary et al. (1998) dan Law (2008) dengan menyenaraikan lima tahap kepercayaan seseorang individu untuk terlibat dengan aktiviti sukarelawan berasaskan fungsi serta peranan, iaitu yang pertama adalah memenuhi tuntutan orang lain berbanding tuntutan diri sendiri dengan membantu dan menghulurkan bantuan. Kedua memenuhi tuntutan sendiri, iaitu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran. Ketiga mempertingkatkan interaksi sosial. Keempat mendapatkan peluang kerjaya dan Faktor yang kedua adalah faktor kepercayaan. Kajian dan perbincangan mengenai sikap terhadap aktiviti sukarelawan dipelopori oleh Clary et al. (1998) dan Law (2008) dengan menyenaraikan lima tahap kepercayaan seseorang individu untuk terlibat dengan aktiviti sukarelawan berasaskan fungsi serta peranan, iaitu yang pertama adalah memenuhi tuntutan orang lain berbanding tuntutan diri sendiri dengan membantu dan menghulurkan bantuan. Kedua memenuhi tuntutan sendiri, iaitu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran. Ketiga mempertingkatkan interaksi sosial. Keempat mendapatkan peluang kerjaya dan

Tiga orang responden bersependapat bahawa apa yang mereka lakukan akan memberi kesan pada masa akan datang. Malahan mereka percaya ianya membantu untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka sendiri serta interaksi sosial apabila turun membantu masyarakat. Manakala dua responden lagi pula bersependapat dengan mengatakan mereka percaya apa yang mereka lakukan mampu membantu masyarakat yang lebih memerlukan.

Seterusnya faktor ketiga adalah faktor motivasi. Kajian mendapati motivasi dalam aktiviti sukarelawan turut dipengaruhi oleh pemboleh ubah seperti agama, pembangunan masyarakat, upah, sokongan, pembangunan kerjaya, trend, tahap pengetahuan dalam kerja- kerja sukarelawan dan tahap pengetahuan dalam pertubuhan sukarelawan mempunyai hubungan yang signifikan dengan aktiviti kesukarelawanan (Turiman et al., 2011). Hyde dan Knowles (2013) telah mengenal pasti sembilan aspek penting yang memotivasikan golongan belia untuk terlibat dengan aktiviti sukarela iaitu aspirasi dan keinginan untuk membantu orang yang kesusahan, membuat orang lain gembira dengan masa yang diberikan, menyokong masyarakat setempat, menyertai ahli keluarga yang terlibat, membalas budi kepada ahli sukarelawan. menyayangi insan yang memerlukan, menyumbang barang keperluan orang yang memerlukan, mengisi masa yang terluang dan bertanggungjawab kepada agensi sukarela.

Salah seorang responden menyatakan bahawa yang memotivasikan dirinya untuk terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan adalah memperolehi kawan-kawan baru dari pelbagai tempat dan budaya. Apabila kita terlibat dengan pelbagai aktiviti sukarelawan sudah pastinya akan berkenalan dan berinteraksi dengan sahabat dan suasana yang baru. Tiga orang responden pula bersependapat bahawa yang memotivasikan mereka adalah aspirasi dan keinginan mereka untuk membantu orang yang kesusahan serta menyayangi insan yang memerlukan seperti yang telah dinyatakan. Dan seorang respondan lagi menyatakan bahawa yang memotivasikan dirinya adalah apabila banyak rancangan-rancangan berkenaan sukarelawan yang ditayangkan di kaca televisyen dan itu menyebabkan beliau ingin melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan. Tidak dapat disangkalkan lagi, di zaman era globalisasi kini aktiviti-aktiviti sukarelawan sering mendapat liputan televisyen dan sebagainya apatah lagi ianya merupakan satu rancangan yang bermanfaat buat masyarakat dan bertujuan untuk mengalakkan lagi ramai belia remaja untuk terlibat dalam aktiviti sukarelawan.

Faktor keempat adalah faktor niat. Menurut Teori Gelagat Terancang Ajzen (1991), kawalan gelagat ditanggap adalah darjah kawalan individu terhadap sesuatu gelagat yang akan dilakukan. Dalam aktiviti sukarela, faktor niat ialah pemboleh ubah kawalan gelagat ditanggap yang mencerminkan persepsi seseorang individu. Sebagai contoh, banyak sumber luaran yang mempengaruhi niat untuk terlibat dalam aktiviti sukarela seperti bersedia menyumbang masa dan harta benda, berkongsi idea, berminat terhadap aktiviti yang dijalankan dan sebagainya. Manakala, sumber dalaman termasuklah kemahiran, keupayaan, maklumat, sumber manusia yang dimiliki, emosi, personaliti dan sebagainya. Pertembungan di antara kedua-duanya, iaitu sumber luaran dan dalaman akan menentukan kawalan gelagat ditanggap dapat diteruskan sehingga menggerakkan sesuatu tingkah laku untuk terlibat Faktor keempat adalah faktor niat. Menurut Teori Gelagat Terancang Ajzen (1991), kawalan gelagat ditanggap adalah darjah kawalan individu terhadap sesuatu gelagat yang akan dilakukan. Dalam aktiviti sukarela, faktor niat ialah pemboleh ubah kawalan gelagat ditanggap yang mencerminkan persepsi seseorang individu. Sebagai contoh, banyak sumber luaran yang mempengaruhi niat untuk terlibat dalam aktiviti sukarela seperti bersedia menyumbang masa dan harta benda, berkongsi idea, berminat terhadap aktiviti yang dijalankan dan sebagainya. Manakala, sumber dalaman termasuklah kemahiran, keupayaan, maklumat, sumber manusia yang dimiliki, emosi, personaliti dan sebagainya. Pertembungan di antara kedua-duanya, iaitu sumber luaran dan dalaman akan menentukan kawalan gelagat ditanggap dapat diteruskan sehingga menggerakkan sesuatu tingkah laku untuk terlibat

Salah seorang responden menyatakan bahawa niat beliau terlibat aktif dalam sukarelawan adalah untuk menjelajah seluruh dunia untuk mengenal budaya dan bangsa lain. Mengenal budaya dan bangsa lain secara tidak langsung dapat mengembangkan pola pemikiran seseorang. Tiga lagi responden pula bersependapat niat mereka terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan adalah untuk berbakti kepada masyarakat serta menyumbangkan tenaga buat mereka yang memerlukan. Manakala seorang lagi responden pula menjelaskan niat beliau adalah untuk menimba pengalaman buat dirinya. Tidak dapat dinafikan, penglibatan dalam aktiviti sukarelawan banyak memberikan pengalaman pahit manis yang mengajar kita tentang makna kehidupan.

Selain itu, terdapat juga faktor lain yang mempengaruhi penglibatan responden secara aktif dalam aktiviti sukarelawan. Salah seorang responden menjelaskan bahawa faktor lain yang mempengaruhi beliau adalah faktor minat. Minat akan sesuatu membolehkan seseorang bergerak tanpa batasan kerana ianya sudah sebati dalam dirinya. Seorang lagi responden turut menyatakan bahawa faktor pengalaman mempengaruhi beliau untuk terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan. Ianya kerana bagi beliau pengalaman merupakan guru pertama dalam mengajar makna kehidupan. Faktor masa hadapan turut dinyatakan oleh salah seorang responden. Bagi beliau penglibatannya dalam aktiviti sukarelawan akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan beliau. Selain itu, salah seorang responden juga menyatakan faktor lain yang mempengaruhi adalah faktor ingin membantu golongan yang memerlukan tidak kira sesiapapun. Dan yang terakhir, salah seorang responden turut menyatakan bahawa Selain itu, terdapat juga faktor lain yang mempengaruhi penglibatan responden secara aktif dalam aktiviti sukarelawan. Salah seorang responden menjelaskan bahawa faktor lain yang mempengaruhi beliau adalah faktor minat. Minat akan sesuatu membolehkan seseorang bergerak tanpa batasan kerana ianya sudah sebati dalam dirinya. Seorang lagi responden turut menyatakan bahawa faktor pengalaman mempengaruhi beliau untuk terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan. Ianya kerana bagi beliau pengalaman merupakan guru pertama dalam mengajar makna kehidupan. Faktor masa hadapan turut dinyatakan oleh salah seorang responden. Bagi beliau penglibatannya dalam aktiviti sukarelawan akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan beliau. Selain itu, salah seorang responden juga menyatakan faktor lain yang mempengaruhi adalah faktor ingin membantu golongan yang memerlukan tidak kira sesiapapun. Dan yang terakhir, salah seorang responden turut menyatakan bahawa

Daripada dapatan kajian mengenai faktor yang menarik minat mahasiswa untuk terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan ini, dapat disimpulkan bahawa faktor keluarga, rakan dan universiti memainkan peranan penting dalam penglibatan mahasiswa dalam aktiviti sukarelawan. Malahan faktor kepercayaan, motivas, niat dan faktor-faktor lain turut mempengaruhi mahasiswa untuk terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan.

6.3.2 Kaedah Pembelajaran Yang Berkesan Dan Juga Pembahagian Masa Belajar Dan Beraktiviti.

Hasil kajian menunjukkan beberapa responden memiliki kaedah pembelajaran dan juga cara pembahagian masa yang sama yang digunakan bagi memastikan memperolehi pencapaian akademik yang cemerlang. Kaedah pembelajaran yang baik merupakan satu kaedah dalam usaha kita menghadapi pelajaran yang terbaik sebagai langkah untuk memperolehi kejayaan yang cemerlang di dalam bidang pembelajaran. Pelajar perlu memahami bahawa tidak ada satu 'formula' yang mesti dan tepat bagi merumuskan satu kaedah yang paling baik untuk menghadapi pelajaran melainkan ia banyak bergantung kepada diri pelajar itu sendiri. Apa yang penting untuk dijelaskan ialah beberapa garis panduan yang besar sahaja dikenal pasti untuk dijadikan landasan bagi seseorang pelajar bergerak menghadapi peperiksaan.

Salah seorang responden menyatakan bahawa perlu sentiasa hadir ke kuliah supaya tidak ketinggalan info-info penting tentang subjek pembelajaran. Mahasiswa sering terikat Salah seorang responden menyatakan bahawa perlu sentiasa hadir ke kuliah supaya tidak ketinggalan info-info penting tentang subjek pembelajaran. Mahasiswa sering terikat

Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa pentingnya bersungguh-sungguh ketika menghadapi peperiksaan. Sesetengah mahasiswa hanya mengambil inisiatif untuk lulus sahaja tanpa memikirkan keputusan peperiksaan yang bakal diperolehi.

Dua lagi responden bersependapat bahawasanya perlu adanya perbincangan bersama rakan-rakan dan juga pensyarah. Sikap berlagak pandai tidak akan membawa keberuntungan kepada sesiapapun. Setiap mata pelajaran yang tidak difahami perlulah bertanya kepada rakan-rakan yang memahami ataupun bertanyakan langsung kepada pensyarah pelajaran yang berkaitan.

Seterusnya, salah seorang responden berpendapat bahawa fokus ketika sesi kuliah dijalankan juga merupakan antara kaedah terbaik dalam pembelajaran. Kebanyakan mahasiswa sekarang lebih cenderung untuk bermain whatsapp , instagram dan juga twitter ketika sesi kuliah sedang dijalankan. Tindakan tersebut bukan sahaja melalaikan malahan akan memberi kesan yang negatif kepada sesi pembelajaran.

Salah seorang responden juga berpendapat bahawa belajar perlu ikut kepada mood dan juga masa lapang. Ini kerana dengan lambakan kerja yang kita ada terkadang akan membuat kita hilang mood study dan juga stress dengan keadaan sekililing. Masa lapang yang ada juga jangan disia-siakan, perlu mengulangkaji pelajaran dengan memanfaatkan masa lapang yang ada.

Selain itu juga, beliau berpendapat bahawa tugasan yang sedia ada perlu disiapkan terlebih dahulu bagi memastikan proses pembelajaran dapat dijalankan dengan sempurna. Sikap suka menangguh pekerjaan ini ibarat virus atau barah yang senang membejati setiap mahasiswa. Hasilnya setiap kerja yang ditangguhkan tidak dapat disiapkan dan akhirnya mengganggu proses pembelajaran.

Selain kaedah pembelajaran, cara pembahagian masa juga penting dalam mengimbangi antara pembelajaran dan juga sukarelawan. Dua responden bersependapat bahawa waktu hujung minggu adalah waktu khas untuk beraktiviti dan juga bersukarelawan. Ini kerana ianya tidak akan menganggu sesi perkuliahan dan mahasiswa tidak perlu tinggal kuliah hanya kerana ingin terlibat dalam aktiviti sukarelawan.

Selain itu juga, tiga responden bersependapat bahawa perlu adanya jadual tahunan bagi memastikan segala perancangan aktiviti juga pembelajaran dapat dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Perancangan tahunan yang tersusun secara tidak langsung memudahkan mahasiswa untuk sentiasa bergerak aktif dalam aktiviti sukarelawan tanpa menganggu sesi pembelajaran mereka.

Yang terakhir, salah seorang responden berpendapat bahawa perlu mengorbankan waktu tidur dan juga beriadah. Kerana baginya tidur yang berlebihan mampu memudaratkan dan mengganggu sistem saraf otak untuk berfikir.

Bersandarkan dapatan mengenai kaedah pembelajaran dan juga cara pembahagian masa belajar dan juga beraktiviti ini, dapat disimpulkan disini bahawa mahasiswa yang berkualiti sentiasa memiliki kaedah pembelajaran yang tersendiri serta jadual masa yang terancang bagi memastikan mereka dapat terus terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan tanpa menganggu sesi pembelajaran.

6.3.3 Kesan Kepada Pencapaian Akademik Apabila Terlibat Aktif Dalam Aktiviti Sukarelawan.

Melalui kajian ini, didapati bahawa kesemua responden menyatakan impak yang positif serta pelbagai. Dua responden menyatakan bahawa aktiviti sukarelawan banyak memberikan input tambahan dan juga ilmu pengetahuan yang baru. Ilmu yang diperolehi tidak sama dengan ilmu yang diperolehi dalam sesi kuliah. Jelas, penglibatan di dalam kesukarelawanan ini bukan sahaja membuahkan hasil yang positif di dalam kemaslahatan sosial. Secara langsung ataupun tidak langsung, penglibatan di dalam kesukarelawanan ini memberikan impak positif

kepada mereka yang menceburinya. Penglibatan di dalam pelbagai aktiviti sukarelawan seringkali memberi peluang kepada para sukarelawan untuk mengaplikasikan pelbagai ilmu dan kemahiran yang ada pada diri mereka. Melalui pelbagai jaringan hubungan dan sumbangan yang disalurkan semasa aktiviti, sama ada dalam bentuk tenaga, masa, idea, pengalaman, kemahiran atau kepakaran serta idea, mereka akan mempelajari perkara baru dan juga meningkatkan tahap ilmu dan kemahiran sedia ada.

Selain itu, salah seorang responden berpendapat bahawa penglibatan dirinya secara aktif dalam sukarelawan sentiasa membuatkan dirinya berinisiatif untuk meningkatkan kualiti akademik. Sebagai seorang mahasiswa yang berkualiti secara tidak langsung bukan hanya ingin cemerlang dalam aktiviti sukarelawan sahaja malahan perlu cemerlang dalam pencapaian akademik juga. Secara kebiasaannya mereka yang cemerlang dalam bidang kesukarelawanan akan dipandang tinggi oleh mahasiswa lain, oleh sebab itu kualiti akademik perlu dijaga juga.

Salah seorang responden turut mengatakan kesan daripada penglibatan dalam aktiviti sukarelawan secara tidak langsung membantu meningkatkan keputusan peperiksaan setiap Salah seorang responden turut mengatakan kesan daripada penglibatan dalam aktiviti sukarelawan secara tidak langsung membantu meningkatkan keputusan peperiksaan setiap

Selain itu juga, salah seorang responden menjelaskan bahawa penglibatan secara aktif dalam aktiviti sukarelawan membantu meningkatkan daya pemikiran yang kreatif. Penglibatan di dalam aktiviti kesukarelawanan kerap kalinya dapat mencungkil potensi dan bakat terpendam di dalam diri ses eorang. Bak kata pepatah lama, “belakang parang kalau makin diasah lagikan tajam”.

Bersandarkan dapatan mengenai kesan kepada pencapaian akademik apabila terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan ini, dapatlah disimpulkan bahawa bergiat aktif dalam aktiviti sukarelawan dapat membantu mahasiswa mempertingkatkan daya potensi diri dan juga pemikiran yang kreatif dalam melahirkan mahasiswa yang berkualiti.

Dokumen yang terkait

OPTIMASI FORMULASI dan UJI EFEKTIVITAS ANTIOKSIDAN SEDIAAN KRIM EKSTRAK DAUN KEMANGI (Ocimum sanctum L) dalam BASIS VANISHING CREAM (Emulgator Asam Stearat, TEA, Tween 80, dan Span 20)

97 464 23

MOTIF MAHASISWA BANYUMASAN MENYAKSIKAN TAYANGAN POJOK KAMPUNG DI JAWA POS TELEVISI (JTV)Studi Pada Anggota Paguyuban Mahasiswa Banyumasan di Malang

20 244 2

PEMAKNAAN MAHASISWA TENTANG DAKWAH USTADZ FELIX SIAUW MELALUI TWITTER ( Studi Resepsi Pada Mahasiswa Jurusan Tarbiyah Universitas Muhammadiyah Malang Angkatan 2011)

59 326 21

PENGARUH PENGGUNAAN BLACKBERRY MESSENGER TERHADAP PERUBAHAN PERILAKU MAHASISWA DALAM INTERAKSI SOSIAL (Studi Pada Mahasiswa Jurusan Ilmu Komunikasi Angkatan 2008 Universitas Muhammadiyah Malang)

127 505 26

PENERAPAN MEDIA LITERASI DI KALANGAN JURNALIS KAMPUS (Studi pada Jurnalis Unit Aktivitas Pers Kampus Mahasiswa (UKPM) Kavling 10, Koran Bestari, dan Unit Kegitan Pers Mahasiswa (UKPM) Civitas)

105 442 24

Analisis tentang saksi sebagai pertimbangan hakim dalam penjatuhan putusan dan tindak pidana pembunuhan berencana (Studi kasus Perkara No. 40/Pid/B/1988/PN.SAMPANG)

8 102 57

Diskriminasi Perempuan Muslim dalam Implementasi Civil Right Act 1964 di Amerika Serikat

3 55 15

Kekerasan rumah tangga terhadap anak dalam prespektif islam

7 74 74

Isolasi Senyawa Aktif Antioksidan dari Fraksi Etil Asetat Tumbuhan Paku Nephrolepis falcata (Cav.) C. Chr.

2 95 93

Kesesuaian konsep islam dalam praktik kerjasama bagi hasil petani desa Tenggulun Kecamatan Solokuro Kabupaten Lamongan Jawa Timur

0 86 111