Hasil Penemuan Kajian

5.3 Hasil Penemuan Kajian

Dalam bahagian kedua ini pengkaji akan membentangkan pula hasil penemuan kajian yang telah dijalankan terhadap 5 orang responden. Pembentangan hasil penemuan kajian tersebut adalah mengikut objektif kajian di mana bagi setiap satu soalan kajian yang telah ditemu bual kepada responden akan dibentangkan jawapan tersebut. Setelah pengkaji mengemukakan kesemua jawapan responden bagi setiap persoalan kajian, pengkaji akan mempamerkan pula kata kunci kepada jawapan-jawapan setiap responden dalam bentuk jadual untuk memudahkan lagi pembaca melihat secara jelas jawapan yang telah diberikan oleh responden.

5.3.1 Faktor Yang Menarik Minat Mahasiswa Untuk Terlibat Aktif Dalam Aktiviti Sukarelawan.

Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi, didapati kesemua responden menjelaskan dengan baik faktor yang menarik minat mereka untuk terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan. Pengkaji telah meletakkan 5 faktor utama untuk dikenal pasti sama ada ianya membawa pengaruh yang besar dalam menarik minat responden untuk terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan ataupun tidak.

5.3.1.1 Faktor Pengaruh Keluarga, Rakan Dan Universiti

a. Faktor Pengaruh Keluarga

Kesemua responden bersependapat dan setuju bahawasanya faktor keluarga memainkan peranan penting dalam menarik minat mereka untuk terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan;

“ Yes, Mak Ayah saya sendiri merupakan Sukarelawan kat Masjid, dimana mereka merupakan orang kuat Masjid sebenarnya dan bila ada program kat Masjid macam MauliduRasul, Qurban, diorang banyak participate, diorang yang ketuai program itu, jadi saya sebagai anak saya nampak benda itu jadi why not kita buat apa yang parents kita buat kan. Dan kalau balik kampung ada rewang memang kita akan buat benda itu. So faktor family memang sangat ada, macam itulah. ”

(R.1)

“ Untuk pengetahuan saudara, keluarga saya merupakan pengiat aktif Sukarelawan di Sabah juga sendiri, kerana apa dari aspek Sukarelawan itu apabila saya melihat saudara mara

contohnya keluarga yang terdekat misalnya saudara pakcik saya sendiri merupakan pengiat terhadap Sukarelawan di Sabah dan mereka telah mengadakan satu konsert dan menyumbang kepada mangsa-mangsa kebakaran di Tawau disana. Dan dalam aspek itulah saya lihat betapa mereka bersungguh-sungguh dalam membantu dan berkhidmat kepada komuniti Sabah khususnya. ”

(R.2)

“ Dalam ahli keluarga saya sendiri takde yang terlibat dalam aktiviti Sukarelawan ni, tapi ayah saya sendiri yang banyak mengajar melatih anak-anak dia untuk sentiasa berkhidmat

kepada masyarakat lain. Walaupun dia kerja sebagai Engineer, tapi dia still ada aktiviti mingguan dalam tempat kerja dia. Contohnya bagi sumbangan makanan kepada orang susah, jadi dilatihkan benda tu kepada anak-anak dia. ”

(R.3)

“ Yup, Keluarga saya sendiri merupakan ahli Sukarelawan dan juga penganjur kepada aktiviti-aktiviti Sukarelawan, mereka banyak memfokuskan kepada golongan-golongan

mualaf yang perlu dibantu, dari itulah saya mula mengikuti setiap aktiviti-aktiviti sukarelawan bersama keluarga saya. ”

(R.4)

“ Ok, untuk soalan ni, ada. Tetapi aktiviti sukarelawan biasalah seperti bagi sedekah dekat makcik-makcik kat pasar. Hmm, bagi sedekah dekat tabung masjid. ”

(R.5) (R.5)

Kelima-lima responden berpendapat sama dengan mengatakan faktor pengaruh rakan-rakan juga wujud dalam menarik minat mereka untuk terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan;

“ Yes, saya ramai kawan-kawan yang terlibat dalam aktiviti Sukarelawan, tapi kawan-kawan yang rapat, maksudnya kawan yang saya betul-betul rapat, takde. Saya kawan yang bukan

dalam kelas kecuali kawan saya sorang nilah nama dia Hazirah bt Wahid dimana dia juga merupakan Sukarelawan dan kiteorang sentiasa bila ada program “eh jom join Sukarelawan, ok on” tapi kawan -kawan lain, kurang sikit, mereka tak berapa minat sangat.

So saya tak berapa kisah benda tu, at least kita ada kawan, even kalau takde kawan pun saya akan boleh bergerak sendiri. ”

(R.1)

“ Sebenarnya timbul minat Sukarelawan ini merupakan daripada aspek persekitaran saya sendiri iaitu dari aspek rakan-rakan saya sendiri bagaimana saya melihat rakan-rakan saya

beranjak demi satu demi satu tangga kejayaan apabila mereka terlibat dalam aspek Kesukarelawanan. Saya amek contoh saudara Ammar Rafiq (Pr esiden MPP UniSZA 2017/2018) sebabnya dia lebih dekat dengan saya dan juga merupakan rakan sekelas. Jadi saya melihat betapa kebanyakan kegiatannya melibatkan diri merupakan aspek Kesukarelawanan, jadi saya melihat itu merupakan salah satu faktor pendorong untuk saya lebih bergiat aktif bukan hanya akademik tetapi saya cuba mengimbangkan amtara keduanya Sukarelawan dan juga Akademik. ”

(R.2)

“ Ya ramai kawan-kawan saya yang terlibat aktif dalam aktiviti Sukarelawan ni, terutama kawan baik saya sendiri, kawan-kawan saya dari diploma sampai degree semua ada

penglibatan terhadap aktiviti Sukarelawan, contoh macam kawan saya PERSIS (Pertubuhan Sukarelawan Siswa), ada yang pergi misi Kemboja Qurban, lepastu ada yang ke Medan, Indonesia. Dan ianya memang membuktikan bahawasanya saya mempunyai ramai kawan yang terlibat aktif dalam aktiviti Sukarelawan dan ianya mempengaruhi saya untuk turut terlibat aktif dalam aktiviti Sukarelawan. ”

(R.3)

“ Ya ramai kawan-kawan saya yang terlibat aktif dalam aktiviti Sukarelawan ni, tetapi tidak semuanya dari kalangan rakan sekelas. Kebanyakan mereka dalam bidang Antropologi dan Dakwah, Perakaunan dan Perubatan. ”

(R.4)

“ Ya ada, hmm, saya ada ramai kawan yang turut terlibat secara aktif dalam aktiviti sukarelawan ni. Biasanya kalau saya ada program untuk join aktiviti sukarelawan ni, saya akan mengajak kawan-kawan saya untuk turut sertalah d engan program yang saya join tu.”

(R.5)

c. Faktor Pengaruh Universiti

Kelima-lima responden amat bersetuju dan bersependapat bahawa pengaruh universiti memainkan peranan penting dalam menarik minat mereka untuk terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan;

“ Universiti juga merupakan faktor yang penting sebenarnya untuk kita sebagai student, kalau universiti tak menggalakkan, kita pun tak boleh nak gerak dan kita pun susah nak gerak sebenarnya bawah universiti. Jadi universiti ni kalau kita nak buat program Sukarelawan mereka akan support, mereka akan bagi dana, mereka akan tolong apa yang patutlah, apa yang mereka boleh tolong. So universiti memang satu faktor yang pentinglah dalam Sukarelawan samada peringkat universiti mahupun peringkat kebangsaan. ”

(R.1)

“ Saya bersyukur kerana ditempatkan di Universiti Sultan Zainal Abidin kerana Universiti Hepa (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) khususnya amat menggalakkan kita untuk mengikuti

aktiviti Kesukarelawan lagi, apatahlagi apabila kita punya TNC (Timbalan Naib Canselor) sendiri menggalakkan mahaiswa turun kepada komuniti, sebab kita sedia maklum bahawa Universiti Sultan Zainal Abidin adalah merupakan Universiti yang dekat dengan komuniti. Jadi saya bersyukur kerana pihak Universiti menggalakkan semua mahasiswa terlibat dalam aspek Kesukarelawanan. ”

(R.2)

“ Setakat ni Alhamdulillah, Universiti sentiasa mendorong saya dari semasa kesemasa, Universiti banyak memberi peluang kepada saya untuk melibatkan diri dalam aktiviti Sukarelawan sehingga diberi peluang untuk menyertai Yayasan Sukarelawan Siswa dibawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di Laos selama 3 minggu. ”

(R.3)

“ Universiti sentiasa memberi peluang dan ruang kepada pelajar untuk terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan dan saya selalu memanfaatkan setiap peluang dan ruang yang mereka

beri. ” (R.4)

“ Ok, ya pihak Universiti sangat mengalukan dan memberi sokongan kepada Mahasiswa yang berminat untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti sukarelawan ni. Sebagai contohnya,

hmm, pihak Universiti meluluskan program-program yang beraspekkan sukarelawan. Seperti, hmm, yang saya pernah sertai adalah aktiviti sukarelawan membersih pantai teluk ketapang, dan ini dalah aktiviti saya yang first saya sertai ketika saya semester satulah. Dan ada banyak lagilah aktiviti sukarelawan yang saya join. ”

(R.5)

5.3.1.2 Faktor Kepercayaan

Responden 1,2 dan 4 bersependapat bahawa apa yang mereka lakukan akan memberi kesan pada masa akan datang. Malahan mereka percaya ianya membantu untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka sendiri serta interaksi sosial;

“ Hmmm, sebenarnya kepercayaan ni saya suka tengok orang, saya suka observe, saya suka perhatikan orang, jadi disebabkan orang tu saya nak turun buat Sukarelawan. Tak kisahlah program cikai-cikai kutip sampah ke, bersihkan kubur ke, sebenarnya kutip sampah, bersih kubur merupakan Sukarelawan pertama yang pernah saya buat, saya pergi je sebab kita nak benda tu kan. So kat situ saya percaya yang sebenarnya kita boleh belajar daripada orang- orang yang ada dekat situ. ”

(R.1)

“ Saya percaya bahawa satu pepatah mengatakan apa yang kita beri kita akan dapat lebih banyak daripada apa yang kita berikan dan sebagai kesukarelawanan ini kita lakukan dengan sukarela dengan hati yang ikhlas dan niat yang ikhlas. Jadi apabila kita turun kepada komuniti misalnya kita dekat dengan komuniti dan memberi pertolongan dan kepercayaan saya ini apabila kita memberi InshaAllah kita akan dapat lebih banyak lagi dimasa akan datang. ”

(R.2)

“ Faktor kepercayaan, hmm, saya percaya apa yang kita lakukan pada hari ini akan memberi kesan pada masa akan datang. ”

(R.4)

Responden 3 dan 5 pula bersependapat dengan mengatakan mereka percaya apa yang mereka lakukan mampu membantu masyarakat yang lebih memerlukan;

“ Kepercayaan kepada diri saya sendiri, kemampuan saya untuk berkhidmat dalam menyumbangkan tenaga dan kudrat saya kepada masyarakat lain. Jadi saya percaya diri

saya mampu untuk buat orang lain tersenyum kembali. ” (R.3)

“ Kat sini saya percaya bahawa, sekecil-kecil bantuan yang kita hulurkan itu adalah sebesar- besar pertolongan bagi mereka yang memerlukan bantuan. Jadi saya rasa amat berbesar

hatilah, sekiranya saya diberi peluang, memang saya akan bergerak secara aktiflah dalam aktiviti sukarelawan ni. ”

(R.5)

5.3.1.3 Faktor Motivasi

Responden 1 menyatakan bahawa yang memotivasikan dirinya untuk terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan adalah memperolehi kawan-kawan baru dari pelbagai tempat dan budaya.

“ Yang memotivasikan saya adalah kawan baru. Asalkan perkataan kawan tu saya nak join Sukarelawan sebab saya pergi program ni akan dapat kawan baru, saya pergi program tu saya dapat kawan baru. Sebab faktor kawan tu saya nak join program Sukarelawan. Tak kisahlah apa-apapun asalkan kita dapat berhubung dengan orang baru. Sebab kita nak berhubung dengan orang dan kita perlukan banyak link and ada banyak connection so melalui Sukarelawan ni saya rasa saya ada banyak connection untuk saya mudah untuk next planning pada masa akan datang. ”

(R.1)

Responden 2,4 dan 5 pula bersependapat bahawa yang memotivasikan mereka adalah aspirasi dan keinginan mereka untuk membantu orang yang kesusahan serta menyayangi insan yang memerlukan;

“ Yang memotivasikan saya adalah diri saya sendiri, sebab kita tidak tahu apa masalah yang berada ditempat komuniti tersebut. Jadi kita sebagai mahasiswa kita perlu dekat dengan

komuniti, kita perlu turun dengan komuniti dan kita perlu lihat apa masalah yang ada dengan komuniti pada hari ini dan sebagai pengerak mahasiswa pada hari ini kita perlu lihat bagaimana masalah-masalah yang dihadapi dan kita pun merasai kerana kita tidak merasai apa yang mereka rasakan dan itu merupakan salah satu motivasi yang kuat dalam diri saya untuk turun sebagai seorang Sukarelawan. ”

(R.2)

“ Yang memotivasikan diri saya adalah apabila saya melihat tidak semua manusia mempunyai apa yang kita ada. Jadi saya ingin berkongsi dengan mereka apa yang saya

miliki dan mampu. ” (R.4)

“ Ok, apa yang memotivasikan saya adalah mereka itu sendiri, ataupun mereka yang memerlukan bantuan daripada kita semua ni, daripada saya, daripada mahasiswa -

mahasiswa lainlah. Ataupun pihak-pihak tertentu. Ok, kita sebagai seorang hamba Allah ni tak mampu untuk menghapuskan rasa empati dalam diri kita, jadi apabila timbulnya perasaan empati tu, mesti kita akan rasa macam nak menolong. Jadi merekalah yang menjadi motivasi yang terbesar bagi saya. ”

(R.5)

Manakala responden 3 pula menjelaskan bahawa yang memotivasikan dirinya adalah apabila banyak rancangan-rancangan berkenaan sukarelawan yang ditayangkan di kaca televisyen dan itu menyebabkan beliau ingin melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan;

“ Yang memotivasikan diri saya adalah apabila saya menceburi bidang sukarelawan ni firstly, motivasi diri saya sebab join ceramah Sukarelawanan, tengok program-program

banyak kat TV, jadi saya nak rasa berada dalam situasi tersebut. Dan program pertama yang saya rasa saya pernah join yang ke Turki, keluar TV dan sebagainya. ”

(R.3)

5.3.1.4 Faktor Niat

Responden 1 menyatakan bahawa niat beliau terlibat aktif dalam sukarelawan adalah untuk menjelajah seluruh dunia untuk mengenal budaya dan bangsa lain;

“ Salah satu faktor niatnya saya suka travel. Bagi saya kalau saya join Sukarelawan saya boleh travel. Sambal Sukarelawan sambil tu kita boleh travel, boleh explore, kita boleh

observe dan macam sebelum ni kami ke Sarawak, Kemboja dan itu merupakan niat saya, saya nak travel dan sambil Sukarelawan. ”

(R.1)

Responden 2,3 dan 5 pula bersependapat niat mereka terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan adalah untuk berbakti kepada masyarakat serta menyumbangkan tenaga buat mereka yang memerlukan;

“ Niat muncul dan teringin mengikuti Sukarelawan ni kita ingin lebih dekat dengan komuniti dan kita ingin lihat apa masalah yang mereka hadapi sekarang. Macam saya sendiri saya

duduk dibandar dan saya pun tidak tahu persekitaran dikawasan perkampungan, dikawasan luar bandar misalnya. Jadi kita sebagai seorang yang ingin tahu dan ingin lebih dekat. Niat itu terbina dan terjalin apabila kita lihat bagaimana masalah itu berlaku dan kita sebagai duduk dibandar dan saya pun tidak tahu persekitaran dikawasan perkampungan, dikawasan luar bandar misalnya. Jadi kita sebagai seorang yang ingin tahu dan ingin lebih dekat. Niat itu terbina dan terjalin apabila kita lihat bagaimana masalah itu berlaku dan kita sebagai

(R.2)

“ Kalau sentuh tentang niat ni, niat pertama saya adalah first sekali adalah memang untuk berkhidmatlah untuk masyarakat, waktu saya ssekolah menengah, saya memang nak

berbakti untuk Masyarakat, sebab saya tahu saya ni tidak sesempurna seperti orang lain, amalan saya ke, apa ke, mungkinlah kurang, jadi saya nak buktikan pada orang lain yang saya mampu standing dengan diorang walaupun saya ada masalah sakit macamni tapi saya mampu untuk berdiri dengan diorang, untuk bagi sumbangan dengan diorang, untuk sumbangkan tenaga walaupun tenaga saya tak banyak macam diorang. Jadi saya nak buktikanlah pada diri saya, itulah niat saya. ”

(R.3)

“ K, niat saya dari sampailah sekarang hanyalah satu, iaitu untuk membantu mereka diluar sana, dengan harapan agar mereka ni dapat hidup dalam kesejahteraan dan mereka merasa

bahagia dengan nikmat kehidupan dan tidak terasa asing daripada masyarakat. Maksudnya semua sama, semua dapat merasa nikmat kehidupan tu. ”

(R.5)

Manakala responden 4 pula menjelaskan niat beliau adalah untuk menimba pengalaman buat dirinya;

“ Niat saya adalah untuk menimba pengalaman dan saya pernah berjanji dalam diri saya sendiri, sekali aku melangkah kealam Sukarelawan, tak akan aku berundur walaupun

terpaksa membahagikan masa dengan pelbagai komitmen. ” (R.4)

5.3.1.5 Faktor Lain

Setiap responden telah menjelaskan faktor lain yang mempengaruhi mereka untuk terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan. Responden 1 menjelaskan bahawa faktor lain yang mempengaruhi beliau adalah faktor minat;

“ Faktor-faktor lain mungkin sebab minat kot. Sebab saya cakap tadi saya suka travel dan saya suka hunter something, saya suka food hunter, bagi saya kalau Sukarelawan kita boleh buat macam-macam. Bukan sahaja kita tolong orang tapi pada masa yang sama kita boleh sambil menyelam sambil minum air, dia macam tulah. Jadinya satu yang menyeronokkanlah, dan sebenarnya ianya satu kepuasan kalau kita betul-betul memang minat. Kita akan dapat satu kepuasan yang orang lain tak dapat rasalah, susahlah nak cakap dengan kata -kata. ”

(R.1)

Responden 2 pula menjelaskan bahawa faktor pengalaman mempengaruhi beliau untuk terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan. Ianya kerana bagi beliau pengalaman merupakan guru pertama dalam mengajar makna kehidupan;

“ Faktor-faktor lain adalah pengalamanlah, kerana bagi saya pengalaman adalah guru pertama yang mengajar tentang kehidupan. ”

(R.2)

Responden 3 menjelaskan bahawa faktor lain yang mempengaruhi beliau adalah faktor masa hadapan. Bagi beliau penglibatannya dalam aktiviti sukarelawan akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan beliau;

“ Faktor-faktor lain, saya lihat kepada masa hadapan sayalah kot, untuk kerjaya, sebab saya memang nak bidang Sukarelawan. Jadi faktornya saya kena minat dan selalu join program

– program Sukarelawan. Untuk masa hadapanlah. ” (R.3)

Responden 4 pula menjelaskan bahawa faktor lain yang mempengaruhi beliau adalah faktor ingin membantu golongan yang memerlukan tidak kira sesiapapun;

“ Hmm, Faktor lain adalah saya ingin membantu golongan yang memerlukan. Tidak kira mangsa banjir, orang asli atau apa-apa yang boleh dikaitkan dengan bidang sukarelawan. ”

(R.4)

Responden 5 juga menjelaskan wujudnya faktor lain yang mempengaruhi beliau untuk terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan. Faktor lain yang dimaksudkan adalah faktor ingin mencontohi tokoh-tokoh hebat dalam aktiviti sukarelawan;

“ Ya, saya akui ada, saya mendengar kisah daripada orang-orang yang hebatlah dari aktiviti sukarelawan ni seperti Muhammad Jantan, Presiden Muslim Volunteer Malaysia, dimana

diusia beliau, beliau telah banyak membantu saudara Muslim kita sendiri dan juga non muslim didalam dan juga luar negara. Dan dia merupakan salah satu aspirasilah dan juga pendorong untuk saya terus terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan. ”

(R.5)

Daripada dapatan mengenai faktor yang menarik minat mahasiswa untuk terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan ini, dapat disimpulkan bahawa ke lima-lima faktor yang ditetapkan oleh pengkaji amat mempengaruhi responden untuk terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan. Jadual 5.1 di bawah mempamerkan kata kunci kepada jawapan setiap responden berkaitan dengan faktor yang menarik minat mahasiswa untuk terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan.

Jadual 5.1:

Faktor Yang Menarik Minat Mahasiswa Untuk Terlibat Aktif Dalam Aktiviti Sukarelawan

Faktor Yang Menarik Minat Mahasiswa Untuk Terlibat Responden Aktif Dalam Aktiviti Sukarelawan

1. Faktor pengaruh keluarga, rakan dan Universiti.

2. Faktor kepercayaan: Boleh belajar dengan masyarakat setempat.

3. Faktor motivasi: Memperolehi kawan-kawan baru dari Responden 1

pelbagai tempat dan budaya.

4. Faktor niat: Menjelajah seluruh dunia untuk mengenal budaya dan bangsa lain.

5. Faktor lain: Minat.

1. Faktor pengaruh keluarga, rakan dan Universiti.

2. Faktor kepercayaan: Segala yang disumbangkan kepada masyarakat akan memperolehi manfaat yang lebih banyak.

Responden 2

3. Faktor motivasi: Aspirasi dan keinginan untuk membantu orang yang kesusahan.

4. Faktor niat: Ingin lebih dekat dengan komuniti.

5. Faktor lain: Pengalaman.

1. Faktor pengaruh keluarga, rakan dan Universiti.

2. Faktor kepercayaan: Kemampuan diri sendiri untuk menyumbang kepada masyarakat.

3. Faktor motivasi: Rancangan Sukarelawan yang Responden 3

ditayangkan di kaca televisyen.

4. Faktor niat: Untuk buktikan kepada orang lain dirinya mampu menyumbang untuk orang lain.

5. Faktor lain: Masa hadapan.

1. Faktor pengaruh keluarga, rakan dan Universiti.

2. Faktor kepercayaan: Segala yang dilakukan pada hari ini akan memberi kesan dimasa akan datang.

3. Faktor motivasi: Ingin berkongsi setiap apa yang Responden 4

dimiliki.

4. Faktor niat: Menimba pengalaman buat diri sendiri.

5. Faktor lain: Ingin membantu golongan yang memerlukan tidak kira sesiapapun.

1. Faktor pengaruh keluarga, rakan dan Universiti.

2. Faktor kepercayaan: Sekecil-kecil bantuan yang dihulurkan adalah sebesar-besar pertolongan bagi mereka yang memerlukan bantuan.

Responden 5

3. Faktor motivasi: Sifat empati kepada mereka yang memerlukan bantuan.

4. Faktor niat: Untuk berbakti kepada masyarakat.

5. Faktor lain: Ingin mencontohi tokoh-tokoh hebat dalam aktiviti sukarelawan.

5.3.2 Kaedah Pembelajaran Yang Berkesan Dan Juga Pembahagian Masa Belajar Dan Beraktiviti

Bahagian ini pula pengkaji akan membentangkan hasil dapatan kajian berdasarkan kepada objektif kedua kajian. Bahagian ini telah pun mengenalpasti kaedah pembelajaran yang berkesan dan juga pembahagian masa belajar dan beraktiviti yang selalu digunakan oleh responden. Berdasarkan hasil temubual mendalam ke atas semua responden, kaedah pembelajaran serta cara pembahagian masa yang digunakan oleh responden telah dikemukakan. Berikut merupakan perkongsian yang telah diberikan oleh responden mengenai kaedah pembelajaran yang berkesan dan juga pembahagian masa belajar dan beraktiviti:

Responden 1:

Mengikut responden pertama iaitu Nadia, apabila diajukan soalan berkenaan kaedah pembelajaran berkesan, perkongsian yang telah diberikan adalah:

“ Saya satu je, bila saya belajar, saya belajar. Maksudnya kalau time kuliah saya tak akan skip kelas untuk program. Melainkan kalau terpaksa. Macam Sukarelawan, dan nama pun Suka-rela-wan jadi bila kita masa je kita akan join. Jadi kalau time kelas memang saya tak akan skip, seminggu kelas memang akan seminggu saya akan ke kelas, saya tak akan masuk dalam mana-mana program. Dan kebanyakkannya Sukarelawan ni, program dia pada hujung minggu, Jumaat Sabtu, ataupun ketika cuti semester, mid sem. Bila ada saya join. So saya takde masalah untuk kita belajar, bila time final pun saya tak kan kacau, final final, bila final akan memang final. Saya struggle. ”

(R.1)

Berikut pula perkongsian mengenai cara pembahagian masa belajar dan juga beraktiviti:

“ Macam tadi saya cakaplah, bila belajar, belajar. Dan saya takdelah seorang yang belajar sangat. Kekadang, kita dah study seminggu kelas 5 hari and then Jumaat Sabtu ada Program

Sukarelawan, kita pergi program Sukarelawan. Tapi bila ada assignment group, kita kena pandai-pandailah. Maksudnya saya tak tetapkan masa saya tapi saya ada jadual saya sendiri. Kita memang kena ada calendar. ”

(R.1)

Responden 2:

Mengikut responden kedua iaitu Wan, apabila diajukan soalan berkenaan kaedah pembelajaran berkesan, perkongsian yang telah diberikan adalah:

“ Saya pun macam pelajar biasa juga, saya pun taklah hebat sangat mana, dari aspek pengurusan masa pun saya masih still terikat dengan jadual pembelajaran, cumanya apa

saya ingin kongsikan pada waktu saya semester 3 saya telah mengikuti satu Sukarelawanan sepanjang waktu kuliah iaitu saya telah tinggalkan 3 minggu waktu kuliah, yang begitu lamalah bagi saya. Jadi cara saya untuk mengatasi benda-benda yang saya tertinggal dalam aspek pembelajaran adalah dengan adanya jadual belaja r itu sendiri. Dan saya juga ada satu kumpulan perbincangan dalam akademik, misalnya. Dan apabila memerlukan perbincangan barulah baru saya akan turun. Jadi dengan adanya jadual belajar juga study group itu merupakan salah satu faktor yang membantu saya untuk mengimbangi antara Sukarelawan dan juga Akademik. Jadi dua faktor ini yang mendorong saya dan memberi bantuan sebanyaknya untuk saya lebih fokus dan tidak ketinggalan jauh dari aspek Akademik. ”

(R.2)

Berikut pula perkongsian mengenai cara pembahagian masa belajar dan juga beraktiviti:

“ hah, macamtulah. Macam sekarang ni saya turut memegang jawatan sebagai P residen Majlis Kolej Kediaman. Jadi untuk saya mengimbangkan waktu pelajaran dan juga waktu

Sukarelawan khususnya, saya tidak mencampur adukkan, maksudnya saya kalau akademik, waktu belajar saya akan fokus belajar and kalau waktu Sukarelawan saya fokus Sukarelawan. Cuma khususnya waktu Sukarelawan ni saya akan lakukan pada hujung Sukarelawan khususnya, saya tidak mencampur adukkan, maksudnya saya kalau akademik, waktu belajar saya akan fokus belajar and kalau waktu Sukarelawan saya fokus Sukarelawan. Cuma khususnya waktu Sukarelawan ni saya akan lakukan pada hujung

(R.2)

Responden 3:

Mengikut responden ketiga pula iaitu Fikah, apabila diajukan soalan berkenaan kaedah pembelajaran berkesan, perkongsian yang telah diberikan adalah:

“ Cara pembelajaran tersendiri tu takdelah, sebab saya pun Cuma lebih fokuskan kepada study sendiri, dekat library, buat ulangkaji sendiri, mana yang tak faham saya akan tanya pada lecturer. Untuk kaedah pembelajaran sendiri tu takdelah, setakat ni belajar sendiri jelah kat library tak boleh study ramai-ramai. ”

(R.3)

Berikut pula perkongsian mengenai cara pembahagian masa belajar dan juga beraktiviti:

“ Sepanjang saya join Kesukarelawanan ni, cara saya bahagikan masa belajar dan beraktiviti ni dengan adanya jadual tahunan saya, jadi setiap dalam jadual tu akan tulis

minggu ni ko ada misi ni, minggu ni aku ada misi ni, minggu ni aku ada program ni. Semuanya aka nada dalam time table saya. ”

(R.3)

Responden 4:

Mengikut responden keempat iaitu Tehah, apabila diajukan soalan berkenaan kaedah pembelajaran berkesan, perkongsian yang telah diberikan adalah:

“ Kaedah pembelajaran saya adalah selalu fokus didalam kelas serta sentiasa mengulang pelajaran bersama rakan-rakan. Jika ada yang tak faham saya akan bertanya kepada

lecturer ataupun rakan-rakan yang tahu. ” (R.4)

Berikut pula perkongsian mengenai cara pembahagian masa belajar dan juga beraktiviti:

“ Hmm, cara saya membahagikan masa adalah dengan adanya time table saya sendiri. Jadual waktu belajar dan juga bersukarelawan. ”

(R.4)

Responden 5:

Dan mengikut responden kelima pula iaitu Mimi, apabila diajukan soalan berkenaan kaedah pembelajaran berkesan, perkongsian yang telah diberikan adalah:

“ Ok, secara jujurnyalah, saya tidak ada kaedah pembelajaran yang tersendiri, sebab saya bukan yang jenis mengikut jadual beajar. Kaedah pembelajaran saya adalah mengikut mood dan juga waktu lapang. Itupun depend pada mood kalau tak busy dengan kerja lain kita studylah. Tapi yang tugasan kita kena buat kenalah buat, orang kata nak taknak kena buat. ”

(R.5)

Berikut pula perkongsian mengenai cara pembahagian masa belajar dan juga beraktiviti:

“ K, sebagai Mahasiswa masa tu betulah amat penting kan, saya rasa dalam pembahagian masa ni saya takde cara yang khusus, tapi dalam pengurusan masa ni boleh dikatakan saya

banyak berkorbanlah, berkorban dari segi waktu tidur dan beriadah. Sebabnya kita banyak terlibat dengan aktiviti-aktiviti dan sebagai seorang pelajar kita ada assignment, kita kena siapkan. Bagi saya kenala h korbankan waktu tidur tu, tapi kenalah qada’ balik.”

(R.5)

Bersandarkan kepada dapatan mengenai kaedah pembelajaran yang berkesan dan juga pembahagian masa belajar dan beraktiviti ini, dapat disimpulkan disini bahawa mahasiswa yang sibuk dengan aktiviti sukarelawan sekalipun mempunyai kaedah pembelajaran yang tersendiri dan juga acara pembahagian masa belajar dan juga beraktiviti. Jadual 5.2 di bawah akan mempamerkan kata kunci kepada jawapan setiap responden berkaitan dengan kaedah pembelajaran yang berkesan dan juga pembahagian masa belajar dan beraktiviti.

Jadual 5.2: Kaedah Pembelajaran Yang Berkesan Dan Juga Pembahagian Masa Belajar Dan

Beraktiviti

Kaedah Pembahagian Masa Responden

Kaedah Pembelajaran Yang

Berkesan

Belajar Dan Beraktiviti

1. Hujung minggu khas

untuk aktiviti Responden 1

1. Tidak skip kuliah kerana

program.

sukarelawan.

2. Struggle ketika final exam.

2. Perlu ada jadual sendiri atau calendar .

1. Hujung minggu khas Responden 2

1. Adanya jadual belajar yang

khusus.

untuk aktiviti

2. Study group.

sukarelawan.

1. Mengulangkaji pelajaran di

1. Adanya jadual tahunan library. atau time table sendiri.

Responden 3

2. Bertanyakan kepada lecture subjek yang kurang difahami.

1. Sentiasa fokus ketika

1. Buat jadual sendiri dan

didalam kelas.

juga planner .

2. Mengulangkaji pelajaran bersama-sama rakan-rakan

Responden 4

kuliah.

3. Bertanyakan kepada pensyarah subjek yang kurang difahami.

1. Ikut mood dan juga masa

1. Banyak korbankan

waktu tidur dan juga Responden 5

lapang.

2. Sentiasa siapkan tugasan

beriadah.

yang harus dilakukan.

5.3.3 Kesan Kepada Pencapaian Akademik Apabila Terlibat Aktif Dalam Aktiviti Sukarelawan.

Bahagian ini pula pengkaji akan membentangkan hasil kajian berdasarkan objektif kajian yang ketiga. Bahagian ini telah mengenalpasti kesan kepada pencapaian akademik responden apabila terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan. Melalui kajian ini, didapati bahawa kesemua responden telah menyatakan impak yang positif. Berikut adalah kenyataan-kenyataan yang telah diberikan oleh responden berkaitan dengan isu ini:

“ Kesan, saya rasa bergantung pada individu itu sendiri. Kalau macam saya, mindset saya tak dekan takpe asalkan CGPA maintain. Jangan terlalu jatuh, naik bagus, tapi jangan

terlalu jatuh. Kalau kita target 3.50 ok, maintain 3.50 sampai habis, kalau naik Alhamdulillah lah, tapi dalam pembelajaran ni sepanjang 5 semester ni saya pernah drop

3.20 something so dia sangat menyedihkanlah waktu tu. Kena ada inisiatif sendiri untuk bantu naikkan balik kita punya pointer. Busy busy juga tapi belajar jangan lupa. Sebab belajar ni benda utama kita. ”

(R.1)

“ Orang kata kalau kita terlalu aktif khususnya dalam Sukarelawan kita akan terabai dalam aspek pembelajaran, kita akan ketinggalan sebab kita terlalu aktif. Jadi pandangan saya pada pendapat itu adalah salah sebenarnya, kerana ianya bergantung kpada diri kita sendiri sebenarnya bagaimana kita dapat mengimbangkan masa dengan Akademik dan juga Sukarelawan. Tapi Alhamdulillah bagi saya ianya adalah kepercayaan diri kita sendiri, bagi saya juga Alhamdulillah nampak peningkatan dari semester by semester Alhamdulillah saya dapat kekal pointer saya pada tahap dekan itu still saya pegang. Jadi masalah pendapat mengatakan kita aktif dalam Sukarelawan, kita aktif Persatuan dan Akademik diabaikan itu adalah pendapat yang tidak betul sebenarnya, ianya terpulang pada diri sendiri bagaimana kita nak imbangkan waktu dan bahagikan masa kita untuk beraktiviti dan belajar. ”

(R.2)

“ Setakat ni memuaskanlah Alhamdulillah, tak setanding orang lain juga, tapi walaupun tak masuk kelas apa semua, tapi still saya boleh backup semua tu, still saya boleh mantainkan

pointer dan ada peningkatan. Saya peroleh ilmu yang banyak dari aktiviti Sukarelawan ni. ” (R.3)

“ Alhamdulillah, kesan terhadap pencapaian akademik amatlah positif, aktiviti sukarelawan banyak membantu dan memberi ilmu tambahan kepada saya lebih-lebih lagi saya mengambil

bidang yang berkait rapat dengan kesukarelawan. ” (R.4)

“ Kesannya bagi saya amat positif, mungkin ianya sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan daya pemikiran yang kreatif kerana pembelajaran dalam aktiviti sukarelawan

ni takkan dapat dipelajari dalam bilik kuliah. Contohnya dalam kuliah kita sering mendengar tentang teori tetapi secara praktikalnya kita mungkin dapat tapi sikit, ia tak sama dengan pengalaman apabila berada diluar. Jadi dengan penglibatan dala m aktiviti sukarelawan ni, saya amat banggalah, sebabnya kita boleh belajar benda yang kita tak boleh dapat dalam kelas. ”

(R.5)

Bersandarkan kepada hasil dapatan kajian mengenai kesan kepada pencapaian akademik responden apabila terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan, dapat disimpulkan bahawa terlibat aktif dalam sukarelawan bukan asbab untuk tidak cemerlang dalam bidang akademik, malahan ianya banyak membantu mahasiswa untuk mempertingkatkan potensi diri serta daya pemikiran yang kreatif. Jadual 5.3 di bawah akan mempamerkan kata kunci kepada jawapan Bersandarkan kepada hasil dapatan kajian mengenai kesan kepada pencapaian akademik responden apabila terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan, dapat disimpulkan bahawa terlibat aktif dalam sukarelawan bukan asbab untuk tidak cemerlang dalam bidang akademik, malahan ianya banyak membantu mahasiswa untuk mempertingkatkan potensi diri serta daya pemikiran yang kreatif. Jadual 5.3 di bawah akan mempamerkan kata kunci kepada jawapan

Jadual 5.3:

Kesan Kepada Pencapaian Akademik Apabila Terlibat Aktif Dalam Aktiviti Sukarelawan

Dokumen yang terkait

OPTIMASI FORMULASI dan UJI EFEKTIVITAS ANTIOKSIDAN SEDIAAN KRIM EKSTRAK DAUN KEMANGI (Ocimum sanctum L) dalam BASIS VANISHING CREAM (Emulgator Asam Stearat, TEA, Tween 80, dan Span 20)

97 464 23

MOTIF MAHASISWA BANYUMASAN MENYAKSIKAN TAYANGAN POJOK KAMPUNG DI JAWA POS TELEVISI (JTV)Studi Pada Anggota Paguyuban Mahasiswa Banyumasan di Malang

20 244 2

PEMAKNAAN MAHASISWA TENTANG DAKWAH USTADZ FELIX SIAUW MELALUI TWITTER ( Studi Resepsi Pada Mahasiswa Jurusan Tarbiyah Universitas Muhammadiyah Malang Angkatan 2011)

59 326 21

PENGARUH PENGGUNAAN BLACKBERRY MESSENGER TERHADAP PERUBAHAN PERILAKU MAHASISWA DALAM INTERAKSI SOSIAL (Studi Pada Mahasiswa Jurusan Ilmu Komunikasi Angkatan 2008 Universitas Muhammadiyah Malang)

127 505 26

PENERAPAN MEDIA LITERASI DI KALANGAN JURNALIS KAMPUS (Studi pada Jurnalis Unit Aktivitas Pers Kampus Mahasiswa (UKPM) Kavling 10, Koran Bestari, dan Unit Kegitan Pers Mahasiswa (UKPM) Civitas)

105 442 24

Analisis tentang saksi sebagai pertimbangan hakim dalam penjatuhan putusan dan tindak pidana pembunuhan berencana (Studi kasus Perkara No. 40/Pid/B/1988/PN.SAMPANG)

8 102 57

Diskriminasi Perempuan Muslim dalam Implementasi Civil Right Act 1964 di Amerika Serikat

3 55 15

Kekerasan rumah tangga terhadap anak dalam prespektif islam

7 74 74

Isolasi Senyawa Aktif Antioksidan dari Fraksi Etil Asetat Tumbuhan Paku Nephrolepis falcata (Cav.) C. Chr.

2 95 93

Kesesuaian konsep islam dalam praktik kerjasama bagi hasil petani desa Tenggulun Kecamatan Solokuro Kabupaten Lamongan Jawa Timur

0 86 111