Penglibatan Mahasiswa secara Aktif dalam (5)

SUKARELAWAN DAN KESAN TERHADAP PENCAPAIAN AKADEMIK: SUATU KAJIAN KES DI FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FSSG), UNISZA GONG BADAK

Oleh: MOHAMAD AIZUDDIN BIN ZAMZAM LATIHAN ILMIAH YANG DIKEMUKAKAN SEBAGAI MEMENUHI SYARAT PENGIJAZAHAN SARJANA MUDA KERJA SOSIAL DENGAN KEPUJIAN PUSAT PENGAJIAN KERJA SOSIAL FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN

PERAKUAN HAKCIPTA

Nama : No Matrik

Saya dengan ini memperlakukan bahawa Latihan Ilmiah ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali untuk petikan dan ringkasan yang telah diperakui.

Tandatangan:

Tarikh:

Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang dan atau membuat salinan mana- mana bahagian bab, ilustrasi atau isi kandungan Latihan Ilmiah ini dalam apa jua bentuk dan dengan cara apa jua pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanika, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis dari Dekan Pusat Pengajian Kerja Sosial, FSSG, UniSZA.

PERAKUAN PELAJAR

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali petikan, huraian dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah dinyatakan sumbernya. Saya juga menyerahkan hak cipta ini kepada pihak Pengajian Kerja Sosial, Fakulti Sains Sosial Gunaan, Universiti Sultan Zainal Abidin bagi tujuan penerbitan jika didapati sesuai.

Tarikh serahan _______________ ____________________ MOHAMAD

AIZUDDIN BIN ZAMZAM PERAKUAN PENERIMAAN

Setelah diteliti Latihan Ilmiah yang bertajuk Penglibatan Mahasiswa Secara Aktif Dalam

Aktiviti Sukarelawan Dan Kesan Terhadap Pencapaian Akademik: Suatu Kajian Kes

Di Fakulti Sains Sosial Gunaan (Fssg), Unisza Gong Badak yang diusahakan oleh Mohamad Aizuddin bin Zamzam no. matrik 037338, diterima sebagai memenuhi syarat Pengijazahan Program Sarjana Muda Kerja Sosial Dengan Kepujian.

Diperakui oleh:

…………………………….. Dr. Mohamad Fauzi bin Abdul Talib Pusat Pengajian Kerja Sosial Fakulti Sains Sosial Gunaan Universiti Sultan Zainal Abidin

Tarikh………………..

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji mengenai penglibatan mahasiswa secara aktif dalam aktiviti sukarelawan dan kesan terhadap pencapaian akademik di Fakulti Sains Sosial Gunaan, UniSZA, Rata-rata ramai yang menganggap bahawa menyertai aktiviti sukarelawan adalah penyumbang utama kepada kemerosotan prestasi akademik mahasiswa tersebut menyebabkan mahasiswa mengabaikan pelajaran seterusnya menyebabkan CGPA mereka merosot. Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk melihat adakah benar kenyataan tersebut atau sebaliknya. Objektif kajian ini adalah mengenal pasti faktor yang menarik minat mahasiswa untuk terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan, mengkaji kaedah pembelajaran yang berkesan dan juga pembahagian masa belajar dan beraktiviti serta kesan kepada pencapaian akademik apabila terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan. Kajian ini melibatkan lima orang mahasiswa sebagai responden yang mana sampel dipilih secara sampel bermatlamat dan kaedah penyelidikan kualitatif iaitu temubual yang mendalam. Hasil kajian menunjukkan bahawa mahasiswa yang melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sukarelawan tidak memberi kesan yang negatif terhadap pencapaian akademik tetapi sebaliknya keputusan mereka lebih meningkat dan cemerlang.

Kata Kunci: Mahasiswa, Aktiviti Sukarelawan, Kecemerlangan Akademik.

ABSTRACT

The purpose of this research is to study student's that are actively involved in volunteering activities and it's effect towards the academic achievement of students from the Faculty of Applied Social Science, UniSZA. Most argue that joining volunteering activities is the main factor for their dwindling academic performance, students ignored their studies completely causing their CGPA to slump. This study is to see whether that statement is true or otherwise. The objectives of this research is to identify the factors that attract students to actively involved themselves in volunteering activities, study effective learning methods and students time management and involvement in activities and its effect towards their academic achievement due to their active involvement in volunteering activities. This research involves

5 students as respondents which was picked through objectified sample and the reasearch method used was qualitative by interview. Research findings show that students that by involving themselves in volunteering activities does not give a negative effect on their academic performance but it is the opposite.

Keywords: students, volunteering activities, academic achievement

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur ke-hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya saya telah dikurniakan segala nikmat yang tidak ternilai ini. Tidak lupa juga selawat serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W., keluarga baginda serta para sahabat- sahabat baginda. Ribuan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada penyelia saya, Dr. Mohamad Fauzi bin Abdul Talib kerana sedia menunjuk ajar dan membimbing saya dalam menyiapkan kajian ini sejak dari awal permulaan sehingga ke akhir penulisan kajian ilmiah ini. Segala tunjuk ajar yang diberikan amat dihargai.

Selain itu, tidak dilupakan juga ucapan ribuan terima kasih kepada warga pendidik Fakulti Sains Sosial Gunaan yang lain yang turut memberi ilmu yang sungguh berharga bagi membantu saya dalam menyiapkan kajian ilmiah ini. Tidak dilupakan juga kepada staf-staf perpustakaan UniSZA dan Perpustakaan Awam Terengganu kerana banyak membantu saya dalam mencari bahan-bahan ilmiah sebagai rujukan saya.

Disamping itu juga, jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua ibu bapa saya iaitu Zamzam bin Othman dan Maimunah binti Jaafar yang tercinta kerana telah berkorban masa, tenaga dan duit serta seluruh ahli keluarga saya yang sentiasa memberi semangat kepada saya untuk menyiapkan kajian ilmiah ini. Ribuan terima kasih juga kepada responden-responden saya yang merupakan mahasiswa dari Fakulti Sains Sosial Gunaan, UniSZA kerana sudi membantu saya dalam menjawab soalan yang telah ditemubual seterusnya membantu saya menyiapkan kajian ilmiah ini.

Seterusnya ribuan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sentiasa berkongsi idea dan maklumat serta sentiasa memberi semangat dalam menghasilkan kajian ilmiah yang terbaik. Akhir sekali, terima kasih kepada individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penghasilan kajian ilmiah ini. Segala yang baik datangnya daripada Allah S.W.T. dan segala kekurangannya atas asbab kelemahan diri saya sendiri.

MOHAMAD AIZUDDIN BIN ZAMZAM BJL14037338 ISM KERJA SOSIAL

SENARAI JADUAL

No. Jadual Halaman

Jadual 5.1 Faktor Yang Menarik Minat Mahasiswa Untuk Terlibat Aktif Dalam Aktiviti Sukarelawan 61 Jadual 5.2

Kaedah Pembelajaran Yang Berkesan Dan Juga Pembahagian Masa Belajar Dan Beraktiviti 66 Jadual 5.3

Kesan Kepada Pencapaian Akademik Apabila Terlibat Aktif Dalam Aktiviti Sukarelawan

69

SENARAI RAJAH

No. Rajah Halaman Rajah 2.1

25

Kerangka Konseptual Kajian

SENARAI SINGKATAN

FSSG

-Fakulti Sains Sosial Gunaan

KPT -Kementerian Pendidikan Tinggi IPTA

-Institut Pelajaran Tinggi Awam ISM

-Ijazah Sarjana Muda UNISZA

-Universiti Sultan Zainal Abidin

SENARAI KANDUNGAN KANDUNGAN MUKASURAT

Perakuan ii-iii Abstrak iv

Abstract v Penghargaan vi Senarai Jadual vii Senarai Gambar Rajah

viii Senarai Singkatan ix Senarai Kandungan x

BAB 1: PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

1.2 Latar Belakang Kajian

1.3 Pernyataan Masalah

1.4 Persoalan Kajian

1.5 Objektif Kajian

1.6 Kepentingan Kajian

1.7 Batasan Kajian

1.8 Rumusan

BAB 2: TINJAUAN LITERATUR

2.3 Kesan Penglibatan Mahasiswa Dalam Sukarelawan

2.4 Faktor Penglibatan Dalam Aktiviti Sukarelawan

2.5 Kaedah Pembelajaran Berkesan

2.6 Kesan Penglibatan Dalam Sukarelawan Terhadap Pencapaian Akademik 18

2.7 Rumusan

BAB 3: KERANGKA KAJIAN

3.2 Kerangka Teoritikal

3.2.1 Teori Pertukaran Sosial

3.2.2 Teori Peranan Identiti

3.2.3 Teori Hibrid

3.3 Kerangka Konseptual

3.4 Definisi Konsep @ Operasional

3.4.3 Pencapaian Akademik

3.5 Rumusan

BAB 4: METODOLOGI

4.2 Reka Bentuk Kajian

4.3.1 Populasi Kajian

4.3.2 Sampel Kajian

4.3.3 Kaedah Pemilihan Sampel Kajian

4.4 Lokasi Kajian

4.5 Kaedah Penjanaan Data

4.6 Temu Bual Mendalam

4.7 Pengurusan Data

4.8 Penganalisisan Data

4.9 Kesahan Dan Kebolehpercayaan

4.10 Etika Dan Kerahsiaan

4.11 Pengkaji Sebagai Instrumen

4.12 Instrumen Kajian

4.13 Etika Kajian

4.14 Rumusan

BAB 5: DAPATAN KAJIAN

5.2 Sosio-Demografi Responden Kajian

5.2.1 Responden 1 (Nadia)

5.2.1.1 Latar Belakang Diri

5.2.1.2 Pengalaman Dalam Aktiviti Sukarelawan

5.2.2 Responden 2 (Wan)

5.2.2.1 Latar Belakang Diri

5.2.2.2 Pengalaman Dalam Aktiviti Sukarelawan

5.2.3 Responden 3 (Fikah)

5.2.3.1 Latar Belakang Diri

5.2.3.2 Pengalaman Dalam Aktiviti Sukarelawan

5.2.4 Responden 4 (Tehah)

5.2.4.1 Latar Belakang Diri

5.2.4.2 Pengalaman Dalam Aktiviti Sukarelawan

5.2.5 Responden 5 (Mimi)

5.2.5.1 Latar Belakang Diri

5.2.5.2 Pengalaman Dalam Aktiviti Sukarelawan

5.3 5.3 Hasil Penemuan Kajian

5.3.1 Faktor Yang Menarik Minat Mahasiswa Untuk Terlibat Aktif Dalam Aktiviti Sukarelawan

5.3.1.1 Faktor Pengaruh Keluarga, Rakan Dan Universiti

5.3.1.2 Faktor Kepercayaan

5.3.1.3 Faktor Motivasi

5.3.1.4 Faktor Niat

5.3.1.5 Faktor Lain

5.3.2 Kaedah Pembelajaran Yang Berkesan Dan Juga Pembahagian Masa Belajar Dan Beraktiviti

5.3.3 Kesan Kepada Pencapaian Akademik Apabila Terlibat Aktif Dalam Aktiviti Sukarelawan.

5.4 Rumusan Hasil Kajian

BAB 6: PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

6.2 Maklumat Sosio-Demografi Responden

6.3 Perbincangan Hasil Penemuan Kajian

6.3.1 Faktor Yang Menarik Minat Mahasiswa Untuk Terlibat Aktif Dalam Aktiviti Sukarelawan

6.3.2 Kaedah Pembelajaran Yang Berkesan Dan Juga Pembahagian Masa Belajar Dan Beraktiviti

6.3.3 Kesan Kepada Pencapaian Akademik Apabila Terlibat Aktif Dalam Aktiviti Sukarelawan

6.5 Implikasi Kajian

6.6 Kesimpulan 83

85

BIBLIOGRAFI

88

LAMPIRAN

Mahasiswa merupakan aset penting dalam memacu pembangunan negara pada masa akan datang. Perkataan “Mahasiswa” merupakan sebuah ungkapan yang secara terminologinya melambangkan pendirian anak muda yang mempunyai jiwa dan semangat yang sentiasa membara dalam mempersiapkan diri menuju kehidupan yang lebih baik. Mahasiswa juga diharapkan untuk memimpin negara di masa akan datang. Selaras dengan hal berkenaan, ramai mahasiswa masa kini yang melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sukarelawan. Hal ini sinonim dengan satu frasa yang menyatakan bahawa “Mahasiswa agen transformasi masyarakat”. Melalui aktiviti sukarelawan mahasiswa mampu mengembangkan potensi diri mereka dan secara tidak langsung dapat berinteraksi dengan masyarakat dengan lebih dekat. Mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ketiga, (1996) mendefinisikan sukarela sebagai dengan kehendak sendiri, tidak dipaksa-paksa, tidak dikerah, dengan rela hati, pekerja yang tidak digaji atau diupah. Manakala sukarelawan pula merupakan seorang yang melakukan sesuatu dengan sukarela iaitu ingin memberikan khidmat mereka kepada golongan tertentu dan tidak diperlukan mempunyai kelayakan tertentu.

Namun penglibatan secara aktif dalam sukarelawan secara tidak langsung memberi kesan terhadap prestasi kecemerlangan akademik mereka sendiri. Memperoleh pencapaian akademik yang cemerlang merupakan matlamat utama bagi setiap mahasiswa yang berjaya menjejakkan kaki ke peringkat menara gading. Pencapaian akademik yang cemerlang merupakan jaminan masa hadapan yang cerah dalam apa jua bidang yang diceburi apabila Namun penglibatan secara aktif dalam sukarelawan secara tidak langsung memberi kesan terhadap prestasi kecemerlangan akademik mereka sendiri. Memperoleh pencapaian akademik yang cemerlang merupakan matlamat utama bagi setiap mahasiswa yang berjaya menjejakkan kaki ke peringkat menara gading. Pencapaian akademik yang cemerlang merupakan jaminan masa hadapan yang cerah dalam apa jua bidang yang diceburi apabila

Dalam latar belakang kajian, pengkaji akan menyentuh sedikit sebanyak pengenalan berkenaan kajian yang dilakukan. Dalam penyataan masalah pengkaji akan membincangkan mengenai sebab dan isu yang menyebabkan pengkaji berminat dan timbulnya idea untuk melakukan kajian ini. Selain itu, bahagian ini juga akan membincangkan mengenai persoalan kajian yang berkaitan dengan perkara yang menjadi persoalan dan perlu dijawab dalam kajian ini. Pengkaji juga membincangkan objektif kajian dalam bahagian ini dan ditetapkan untuk dicapai melalui kajian ini.

Kepentingan kajian pula akan membincangkan mengenai sumbangan yang boleh diberikan oleh kajian ini kepada mahasiswa umumnya. Melalui batasan kajian, pengkaji secara tidak langsung akan membincangkan mengenai kekangan-kekangan yang wujud dalam memastikan kajian dapat dijalankan dengan lancar.

Di penghujung bab 1 ini, terdapat sebuah rumusan yang akan dirumuskan oleh pengkaji. Rumusan ini berkaitan dengan rangkuman keseluruhan bahagian kajian yang dibincangkan di dalam bab 1 ini. Rumusan ini tidak dianggap sebagai kesimpulan kajian Di penghujung bab 1 ini, terdapat sebuah rumusan yang akan dirumuskan oleh pengkaji. Rumusan ini berkaitan dengan rangkuman keseluruhan bahagian kajian yang dibincangkan di dalam bab 1 ini. Rumusan ini tidak dianggap sebagai kesimpulan kajian

1.2 Latar Belakang Kajian

Kajian ini adalah berkaitan dengan penglibatan mahasiswa secara aktif dalam aktiviti sukarelawan dan kesannya terhadap pencapaian akademik. Lebih menjurus lagi, kajian ini adalah sebuah kajian yang melibatkan Mahasiswa Fakulti Sains Sosial Gunaan, UniSZA, Kuala Terengganu khususnya yang terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan dan keberkesanannya terhadap pencapaian akademik mereka. Kajian ini diilhamkan apabila munculnya mahasiswa yang cemerlang dan dijadikan sebagai tokoh mahasiswa diperingkat Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia kerana penglibatan aktif mereka dalam aktiviti sukarelawan serta memperoleh pencapaian akademik yang begitu memberangsangkan.

Mengenai mahasiswa yang terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan, pengkaji telah melihat ramai Mahasiswa Fakulti Sains Sosial Gunaan, UniSZA sendiri yang terlibat secara aktif dalam aktiviti sukarelawan. Hal ini disebabkan UniSZA itu sendiri yang diiktiraf sebagai “Universiti Komuniti” semenjak tahun 2014 ianya telah menjadikan satu galakan kepada mahasiswa UniSZA untuk terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan.

Pengkaji membayangkan bahawa dengan galakan seperti itu, sudah tentu terdapat impak yang besar kepada mahasiswa itu sendiri. Atas dasar ini, pengkaji telah mendapat ilham untuk menjalankan kajian ini. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penglibatan mahasiswa secara aktif dalam aktiviti sukarelawan dan kesannya terhadap pencapaian akademik. Secara khususnya, pengkaji ingin mendapatkan dapatan kajian daripada

Mahasiswa Fakulti Sains Sosial Gunaan, UniSZA, Kampus Gong Badak, Kuala Terengganu. Maka untuk tujuan ini, kajian ini adalah yang paling sesuai untuk dijalankan.

1.3 Pernyataan Masalah

Mahasiswa mempunyai peranan yang penting di masa akan datang dalam pembangunan negara. Keterlibatan mereka secara aktif dalam aktiviti sukarelawan secara tidak langsung membantu mereka membangun potensi diri di samping membina kehidupan masyarakat ke arah yang lebih baik. Peranan mahasiswa terhadap masyarakat dapat dilihat dengan jelas antaranya mahasiswa berperanan sebagai agen dalam perubahan masyarakat. Pemikiran- pemikiran yang individualisme dari mahasiswa seharusnya dibuang dan beralih kepada pemikiran sosial dengan mewujudkan kehidupan berbangsa dan bernegara. Mahasiswa yang bertoleransi dan berjiwa sosial terhadap lingkungan sekitar dalam era globalisasi ini sangat diperlukan oleh masyarakat masa ini. Mahasiswa harus berfikir untuk mengembalikan dan mengubah keadaan negara kita ini menjadi negara ideal dan mampu bersaing. Namun perubahan yang dimaksud tentu perubahan ke arah yang positif dan tidak menghilangkan jati diri kita sebagai mahasiswa dan rakyat Malaysia sebagai bangsa yang sopan, ramah, bermoral dan memiliki akhlak yang mulia. Pada hakikatnya, realiti kehidupan kini menunjukkan kebanyakan mahasiswa menyertai aktiviti sukarelawan secara aktif di atas sebab ingin berseronok dan mencipta memori tanpa memikirkan soal prestasi kecemerlangan akademik mereka, bahkan fenomena ini semakin berleluasa dan sangat membimbangkan. Hanya segelintir mahasiswa sahaja di negara ini yang sentiasa mengambil berat soal pelajaran dan menjadikan aktiviti sukarelawan sebagai pemangkin diri dengan menyemai nilai-nilai murni dalam diri mereka.

Melihat kepada permasalahan ini, pengkaji menjalankan kajian khusus ini terhadap Mahasiswa Fakulti Sains Sosial Gunaan, UniSZA, Kampus Gong Badak, Kuala Terengganu sendiri, untuk mengenal pasti sebab, kaedah pembelajaran, cara pembahagian masa dan kesan terhadap pencapaian akademik apabila mereka terlibat secara aktif dalam aktiviti sukarelawan.

1.4 Persoalan Kajian

Dalam kajian ini, terdapat tiga persoalan yang perlu dijawab. Soalan-soalannya adalah seperti berikut:

a. Apakah faktor yang menarik minat mahasiswa terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan?

b. Bagaimanakah kaedah cara pembelajaran dan juga pembahagian masa belajar dan beraktiviti?

c. Apakah kesan kepada pencapaian akademik apabila terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan?

1.5 Objektif Kajian

Antara objektif kajian yang ingin dicapai oleh pengkaji adalah:

a. Mengenal pasti sebab yang menarik minat mahasiswa untuk terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan.

b. Mengkaji kaedah pembelajaran yang berkesan dan juga pembahagian masa belajar dan beraktiviti.

c. Mengkaji kesan kepada pencapaian akademik apabila terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan.

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini mempunyai impak yang tersendiri. Ini kerana terdapat beberapa manfaat yang boleh diperolehi melalui kajian ini. Manfaat ini pula boleh digunapakai oleh pelbagai pihak bukan kepada pihak-pihak yang tertentu sahaja. Antara pihak yang memperoleh manfaat daripada kajian ini adalah mahasiswa universiti, pihak universiti, kerajaan negeri dan juga Kementerian Pendidikan Tinggi.

Bagi mahasiswa universiti, kajian ini akan membantu mereka untuk mengenal pasti kaedah pembelajaran yang berkesan dan juga cara pembahagian masa yang betul bagi melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sukarelawan tanpa menjejaskan pretasi pelajaran di universiti. Ini bermakna kajian ini dapat membantu mahasiswa sendiri dalam mengenal pasti potensi diri mereka dan kemampuan mereka untuk memberi komitmen dalam aktiviti sukarelawan dan juga pembelajaran. Ini secara tidak langsung membantu mereka memperbaiki kelemahan diri dan merancang jadual mereka dengan teratur tanpa mengganggu pembelajaran walaupun terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan.

Bagi pihak universiti pula, kajian ini akan memberikan maklumat terkini berkenaan prestasi kecemerlangan mahasiswa yang terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan. Lebih tepat lagi, maklumat berkenaan boleh dijadikan sebagai garis panduan pihak universiti dalam melahirkan mahasiswa yang mampu berdaya saing di peringkat yang lebih tinggi. Malahan ianya juga boleh menaikkan lagi ‘rangking’ universiti sendiri dengan adanya mahasiswa yang berkualiti dan cemerlang tidak kira dalam akademik mahupun aktiviti sukarelawan.

Bagi pihak kerajaan negeri, kajian ini akan membantu kerajaan negeri sendiri untuk mengenal pasti dan menggalakkan mahasiswa untuk terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan. Hal ini boleh kita lihat sendiri melalui inisiatif daripada Kerajaan Negeri Johor mewujudkan

Duta Jauhar di seluruh IPTA/IPTS seluruh Malaysia yang disertai oleh Mahasiswa Johor itu sendiri. Ini secara tidak langsung membantu kerajaan negeri untuk memajukan masyarakat yang kurang bernasib baik dalam bentuk keusahawanan sosial.

Bagi pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), kajian ini secara tidak langsung akan membantu untuk mengenal pasti program-program yang bersesuaian dalam menghasilkan bakal graduan yang kompeten untuk memenuhi keperluan guna tenaga negara dan antarabangsa dengan sasaran 75% graduan mendapat pekerjaan dalam bidang relevan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian. Kajian ini juga secara tidak langsung membantu pihak KPT dalam mempertingkatkan keberkesanan program-program sukarelawan yang dianjurkan seperti Yayasan Sukarelawan Siswa yang melibatkan mahasiswa yang terpilih seluruh IPTA di Malaysia.

1.7 Batasan Kajian

Dalam kajian ini, terdapat beberapa batasan yang telah ditetapkan. Tujuan batasan-batasan ini diwujudkan adalah untuk memastikan kredibiliti kepada kajian yang dilakukan. Batasan- batasan kajian ini adalah berkaitan dengan lokasi, skop kajian, dan juga subjek kajian. Dalam bahagian ini, pengkaji akan menerangkan tentang batasan-batasan yang dimaksudkan.

Dalam batasan lokasi, pengkaji hanya menetapkan kajian ini dilakukan di UnisZA, Kampus Gong Badak, Kuala Terengganu sahaja. Ini bagi memastikan dapatan kajian yang diperoleh juga adalah daripada kawasan UnisZA, Kampus Gong Badak, Kuala Terengganu sahaja. Ini juga bagi mengelakkan pencemaran dapatan daripada kawasan lain akan berlaku terhadap dapatan kajian yang bakal diperolehi.

Kajian ini juga menetapkan batasan skop kajian terhadap penglibatan mahasiswa secara aktif dalam aktiviti sukarelawan dan kesan terhadap pencapaian akademik. Ini bermakna pengkaji ingin melihat kesan aktiviti sukarelawan terhadap pencapaian akademik. Pengkaji tidak akan melakukan kajian terhadap kos atau cara sukarelawan yang dilakukan di universiti. Sebaliknya, pengkaji hanya akan melakukan kajian terhadap kesan penglibatan aktif dalam sukarelawan terhadap pencapaian akademik di kalangan Mahasiswa Fakulti Sains Sosial Gunaan, UniSZA. Ini bagi memastikan dapatan bagi skop kajian yang dikaji tidak akan bercampur aduk dengan dapatan kajian yang lain.

Dalam kajian ini juga, pengkaji menetapkan batasan kajian terhadap subjek kajian. Walaupun kajian ini berkenaan mahasiswa yang aktif terlibat dalam aktiviti sukarelawan, namun begitu, bukan semua mahasiswa boleh dilibatkan di dalam kajian ini. Mahasiswa yang akan dipilih untuk kajian ini adalah Mahasiswa Fakulti Sains Sosial Gunaan, UniSZA yang terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan dan mempunyai pencapaian akademik yang memberansangkan. Ini bagi memastikan tiada dapatan kajian berkenaan dengan mahasiswa di universiti lain bercampur dengan dengan dapatan kajian ini. Ini akan membuatkan dapatan kajian ini lebih jelas.

1.8 Rumusan

Secara keseluruhannya, pengkaji memilih tajuk berkaitan dengan penglibatan mahasiswa secara aktif dalam aktiviti sukarelawan dan kesan terhadap pencapaian akademik ini bertujuan untuk mengetahui secara jelas perkara yang berkaitan dengan kesan penglibatan mahasiswa secara aktif dalam aktiviti sukarelawan yang akan mempengaruhi pencapaian akademik mereka di peringkat universiti.

Di samping itu juga, bahagian ini telah membincangkan mengenai dengan perkara- perkara yang menjadi asas kepada kajian ini. Dalam bahagian ini, terdapat latar belakang kajian, penyataan masalah, persoalan kajian dan objektif kajian. Selain itu, kepentingan kajian serta batasan kajian juga telah dibincangkan dalam bahagian ini.

Oleh yang demikian, segala perincian yang lebih jelas berkaitan tajuk ini akan dibincangkan dalam bab seterusnya. Semoga kajian ini akan memberi manfaat dan kebaikan untuk diri sendiri serta semua yang membaca segala yang ditulis dalam kajian ini.

BAB 2 TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan

Bab ini dibahagikan kepada beberapa bahagian yang merangkumi kajian-kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji terdahulu. Kajian-kajian yang dirumuskan adalah kajian yang berkait rapat dengan kajian ini.

2.2 Kesukarelawanan

Dalam kajian Shweiki & Mauck (1993) mendefinisikan sukarelawan sebagai suatu pekerjaan tanpa upah. Definisi ini dilihat selari dengan definisi yang diungkapkan oleh Kemp (2002) dan Finkelstein et al., (2007) yang merujuk sukarelawan sebagai individu yang melibatkan diri dengan kerja-kerja amal tanpa mengharapkan sebarang bentuk ganjaran. Manakala Cnaan et al., (1996) pula mendefinisikan sukarelawan sebagai golongan yang meluangkan masa lapang mereka dengan memberikan perkhidmatan kepada anggota masyarakat lain tanpa mengharapkan sebarang bentuk ganjaran daripada mana-mana pihak atau organisasi tertentu. Seseorang yang gemar melibatkan diri dengan aktiviti dan program berbentuk sukarelawan dilihat mempunyai tahap keperibadian diri yang lebih baik berbanding dengan mereka yang tidak pernah terlibat dengan mana-mana aktiviti berbentuk kesukarelawanan (Mellor et al., (2009).

Selaras dengan misi pembentukan modal insan seperti yang dilaungkan oleh bekas Menteri Belia dan Sukan Malaysi a, Dato’ Shabery Cheek, penglibatan golongan belia secara sukarela dalam mana-mana bidang kemasyarakatan juga perlu ditingkatkan.

Melihat kepada kajian lepas, didapati bahawa kesukarelawanan memiliki tiga gabungan penting, iaitu kerja sukarela, sukarelawan dan sektor sukarela (Azizan, 2015). Kerja sukarela yang dimaksudkan adalah khidmat atau aktiviti yang dijalankan tanpa mengharapkan sebarang ganjaran. Manakala sukarelawan pula didefinisikan sebagai individu atau kelompok manusia yang melakukan kegiatan sukarela dan sektor sukarela adalah organisasi sukarela yang meliputi jaringan, pergerakan dan sebagainya.

Kajian mengenai peranan kesukarelawanan terhadap pembinaan kesihatan jiwa dari pandangan Islam, didapati ramai yang tidak menyadari bahawa kegiatan-kegiatan kesukarelawanan memupuk nilai yang tinggi di sisi agama, di samping memiliki peranan dalam membina kesihatan jiwa seseorang individu (Nasir, 2014)

Kesimpulannya, dapat dilihat bahawa kesukarelawanan memberikan sumbangan yang pelbagai demi pembangunan masyarakat. Semua pihak perlulah memahami secara kritis serta turut terlibat dalam kegiatan bermanfaat ini.

2.3 Kesan Penglibatan Mahasiswa Dalam Sukarelawan

Penglibatan mahasiswa universiti dalam aktiviti sosial komuniti banyak mendatangkan manfaat samada secara lansung atau tidak langsung. Mahasiswa adalah sebahagian golongan dari belia. Menurut definisi data Kementerian Belia dan Sukan (1997) belia adalah mereka yang berusia antara umur 15-40 tahun. Husain Mohamed (1997) mentakrifkan belia sebagai golongan ‘orang muda’ yang bertenaga, produktif, dan menguntungkan dari aspek guna tenaga kerja ekonomi.

Universiti merupakan tempat pendedahan mahasiswa kepada kemahiran insaniah yang berbeza dari institusi lain samada dari aspek berkomunikasi dan juga budaya bekerja berpasukan disemai dalam kalangan rakan pelbagai etnik dan bangsa misalnya menganjurkan acara sambutan perayaan, program mobiliti mahasiswa dan khidmat masyarakat dengan rakan sebaya, pensyarah dan anggota masyarakat. Walaupun aktiviti ini menjanjikan pengalaman, pembangunan keperibadian dan kebolehpasaran yang baik, namun mahasiswa agak keberatan memainkan peranan memberi sumbangan sewaktu dan tindak balas yang baik dalam aktiviti bersifat kemasyarakatan dan kebajikan.

Musick & Wilson (2003) dalam kajiannya mendapati bahawa penglibatan seseorang individu dengan aktiviti berbentuk kesukarelawanan boleh membawa kesan positif dalam diri seseorang individu berkenaan. Ini kerana ia secara tidak langsung membantu meningkatkan kesejahteraan fizikal mereka, membentuk jaringan sosial yang lebih luas dan seterusnya membantu menyelesaikan isu-isu sosial yang wujud dalam kalangan masyarakat. Memandangkan aspek-aspek yang berkaitan dengan kesukarelawanan dalam kalangan mahasiswa mampu memberi nilai tambah ke arah pembentukan peribadi dan sahsiah yang positif, maka kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti penglibatan dan motivasi Musick & Wilson (2003) dalam kajiannya mendapati bahawa penglibatan seseorang individu dengan aktiviti berbentuk kesukarelawanan boleh membawa kesan positif dalam diri seseorang individu berkenaan. Ini kerana ia secara tidak langsung membantu meningkatkan kesejahteraan fizikal mereka, membentuk jaringan sosial yang lebih luas dan seterusnya membantu menyelesaikan isu-isu sosial yang wujud dalam kalangan masyarakat. Memandangkan aspek-aspek yang berkaitan dengan kesukarelawanan dalam kalangan mahasiswa mampu memberi nilai tambah ke arah pembentukan peribadi dan sahsiah yang positif, maka kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti penglibatan dan motivasi

Kajian yang dijalankan oleh Musick & Wilson (2008) mendapati bahawa penglibatan mahasiswa dengan aktiviti kesukarelawanan sebenarnya bergantung kepada latar belakang serta pengalaman peribadi seseorang individu berkenaan. Individu yang terlibat dengan kerja-kerja amal sejak diperingkat awal usia muda dikatakan lebih bersikap terbuka untuk menolong orang ramai apabila mereka menjadi dewasa.

Manakala kajian yang dijalankan oleh Ekerdt (1986) menyatakan bahawa keterlibatan mahasiswa dengan aktiviti berbentuk kesukarelawanan adalah berhubungan dengan faktor jantina. Hasil kajian beliau mendapati majoriti daripada kaum lelaki lebih gemar menjalankan kerja-kerja kesukarelawanan walaupun selepas mendirikan rumah tangga. Keadaan ini berbeza dengan kaum wanita yang dilihat kurang aktif untuk melibatkan diri dengan aktiviti berbentuk sukarelawan selepas berkahwin memandangkan mereka mempunyai tanggungjawab yang lebih besar untuk menjaga dan mendidik anak-anak.

Hasil dapatan Ekerdt (1986) dilihat bertentangan dengan hasil kajian yang dijalankan oleh Knauft, 1992 yang mendapati bahawa kaum wanita dianggap lebih positif untuk terlibat dengan aktiviti sukarelawan dan membantu masyarakat berbanding dengan kaum lelaki. Ini adalah kerana kaum wanita dilihat lebih mempunyai sifat prihatin mengenai isu-isu yang berkaitan dengan kemasyarakatan dan kebajikan berbanding dengan kaum lelaki.

Program kesukarelawanan dalam kalangan mahasiswa mampu melahirkan seseorang mahasiswa yang bertanggungjawab terhadap isu-isu sosial yang wujud dalam kalangan Program kesukarelawanan dalam kalangan mahasiswa mampu melahirkan seseorang mahasiswa yang bertanggungjawab terhadap isu-isu sosial yang wujud dalam kalangan

Menurut kajian yang dijalankan oleh Mabry (1998), mahasiswa yang terlibat dengan aktiviti yang berkaitan dengan kesukarelawanan dikenalpasti mempunyai perubahan yang ketara daripada aspek nilai sosial yang dimiliki oleh mereka. Keadaan ini wujud memandangkan mereka mempunyai pengalaman berkomunikasi dengan pelbagai lapisan masyarakat berbanding dengan mereka yang tiada pengalaman langsung dalam aktiviti berbentuk kemasyarakatan.

Astin & Sax (1998) menyatakan bahawa penglibatan mahasiswa dengan aktiviti sukarelawan bukan sahaja mampu meningkatkan tahap pencapaian mereka daripada aspek kurikulum dan ko-kurikulam, malahan mereka mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi untuk membantu komuniti sekeliling yang berada dalam keadaan yang memerlukan.

Manakala kajian yang dijalankan oleh Haski-Leventhal et al., (2008) pula menunjukkan bahawa mahasiswa universiti yang melibatkan diri dengan aktiviti berbentuk kesukarelawanan mempunyai gaya kehidupan yang lebih berdisiplin dan kebanyakan mereka dilihat lebih mempunyai keyakinan diri dan mampu menpensyarahs masa dengan lebih sistematik.

Kesimpulannya aktiviti sukarelawan banyak memberikan kesan yang positif kepada perkembangan mahasiswa universiti. Keterlibatan mahasiswa dengan aktiviti kesukarelawanan dilihat sebagai petanda yang baik ke arah pembentukan pemikiran yang positif dan pembangunan personaliti yang mantap dalam kalangan mahasiswa.

2.4 Faktor Penglibatan Dalam Aktiviti Sukarelawan

Berhubung dengan faktor keterlibatan seseorang individu dengan kerja-kerja kesukarelawanan, hasil kajian yang dijalankan oleh Nichols & King (1999) mendapati bahawa majoriti individu yang terlibat dengan aktiviti kesukarelawanan adalah disebabkan oleh keinginan yang tinggi untuk membantu masyarakat. Hasil kajian ini dilihat selari dengan kajian yang dijalankan oleh Jago & Deery (2002) yang mendapati bahawa kebanyakan individu yang terlibat dengan kerja-kerja sukarelawan adalah bertujuan untuk membantu memenuhi keperluan asas masyarakat yang memerlukan.

Clary, Snyder & Stukas (1996) dalam kajiannya pula mendapati bahawa seseorang individu terlibat dengan aktiviti kesukarelawanan adalah bertujuan untuk memenuhi matlamat sosial dan psikologi yang berbeza-beza seperti sikap keprihatinan terhadap orang lain, keinginan untuk meningkatkan tahap pengetahuan, mencari pengalaman baru dalam kehidupan, kesediaan untuk memenuhi keperluan bagi masyarakat yang mengalami kegagalan dalam kehidupan dan bertujuan untuk meningkatkan nilai-nilai positif dalam diri mereka (Hutchison, 2003).

Thapa (2001) juga pernah mengkaji pengaruh demografi seseorang sukarelawan. Beliau mendapati demografi mempunyai peranan besar dalam usaha pengambilan sukarelawan kerana mereka adalah bakal pendidik, penggubal dasar, perancang dan pentadbir. Hal ini dibuktikan juga oleh Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim (2004) berkaitan dengan pengambilan pelatih bagi tujuan sukarelawan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) iaitu profil peserta yang terlibat, permasalahan pelatih dan perkembangan diri boleh mempengaruhi kejayaan semangat kesukarelawanan. Malah, majoriti pelatih yang berumur

18 tahun masih tidak matang dari segi emosi dan akal serta mengamalkan gaya hidup sosial 18 tahun masih tidak matang dari segi emosi dan akal serta mengamalkan gaya hidup sosial

Kesimpulannya terdapat banyak faktor-faktor penglibatan mahasiswa dalam aktiviti sukarelawan yang telah dinyatakan pengkaji terdahulu dan kesemua faktor yang telah dinyatakan amat memberi pengaruh besar kepada penglibatan mahasiswa dalam aktiviti sukarelawan.

2.5 Kaedah Pembelajaran Berkesan

Kaedah pembelajaran merupakan satu set ciri-ciri peribadi yang mempengaruhi bagaimana seseorang menerima, mengumpul dan memproses maklumat (Ismail dan Marzuki, 2000). Dalam bilik kuliah, setiap mahasiswa mempunyai kaedah pembelajaran yang berbeza. Oleh itu pensyarah perlu membantu mahasiswa untuk memilih kaedah pembelajaran yang sesuai untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam pembelajaran mereka (Ahmad et al. 2002). Menurut Ahmad (2004), kaedah pembelajaran ialah cara mempelajari sesuatu mengikut kecenderungan individu, proses memperolehi maklumat dan pegetahuan, penguasaan kemahiran dan pembentukan sikap serta kepercayaan. Terdapat pelbagai kaedah atau strategi pengajaran yang digunakan oleh pensyarah bagi menggalakkan proses pembelajaran mahasiswanya seperti pembelajaran koperatif, pembelajaran aktif, pembelajaran kendiri, pembelajaran visual, pembelajaran auditori, pembelajaran kinestetik dan sebagainya (Murdoch Teacher Centre, 2002).

Mahasiswa perlu mengetahui kepelbagaian kaedah pembelajaran tersebut supaya mereka dapat mengenalpasti kaedah pembelajaran yang sesuai untuk diri mereka supaya mereka mencapai keputusan pembelajaran yang lebih baik dalam Matematik (Dunn dan Dunn, 2008). Amalan pembelajaran yang tidak berkesan akan banyak membazirkan tenaga, masa dan hasil yang diperolehi tidak setimpal dengan usaha (Kagan, 1994). Oleh itu, penting bagi setiap mahasiswa memilih kaedah pembelajaran yang mampu meningkatkan pemahaman dan pencapaian dalam setiap mata pelajaran. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai akan memberi kesan yang positif terhadap prestasi mahasiswa dalam suatu pelajaran (Johnson dan Johnson, 2003). Untuk memenuhi kaedah pembelajaran mahasiswa yang berbeza, pensyarah perlu memberi penekanan kepada kaedah pembelajaran yang sesuai yang dapat memberikan manfaat yang berkesan kepada mahasiswa. Berdasarkan kajian-kajian lalu didapati kaedah pembelajaran koperatif ternyata banyak memberikan manfaat kepada mahasiswa (Panitz, 2009; Dunn dan Dunn, 2008; Johnson, Johnson dan Smith, 2003; Slavin 1995; Dumas, 1984). Pembelajaran koperatif menggalakkan mahasiswa belajar bersama-sama dengan berkesan melalui pembentukan kumpulan yang heterogenous dan ia sesuai bagi semua peringkat umur mahasiswa dan semua mata mahasiswaan (Philips, 2002).

Teknik belajar ialah cara tertentu yang dapat melipatgandakan keberkesanan pembelajaran. Mengikut Siti Hawa (1987), teknik belajar adalah penting. Kajian beliau mendapati ramai pelajar tidak dapat bimbingan tentang teknik belajar yang berkesan seperti penggunaan masa, membaca dan mencatat nota, mengadakan rundingcara dan masalah menghadapi peperiksaan. Walaupun ilmu mengenai kaedah pembelajaran berkesan memang sudah lama wujud, malangnya tidak ramai pelajar yang mengetahuinya. Ramai pelajar belajar mengikut cara yang diamalkan melalui percubaan dan pengalaman. Ada juga yang Teknik belajar ialah cara tertentu yang dapat melipatgandakan keberkesanan pembelajaran. Mengikut Siti Hawa (1987), teknik belajar adalah penting. Kajian beliau mendapati ramai pelajar tidak dapat bimbingan tentang teknik belajar yang berkesan seperti penggunaan masa, membaca dan mencatat nota, mengadakan rundingcara dan masalah menghadapi peperiksaan. Walaupun ilmu mengenai kaedah pembelajaran berkesan memang sudah lama wujud, malangnya tidak ramai pelajar yang mengetahuinya. Ramai pelajar belajar mengikut cara yang diamalkan melalui percubaan dan pengalaman. Ada juga yang

Kesimpulannya, kaedah pembelajaran yang berkesan perlu dititik beratkan oleh mahasiswa bagi menjamin keputusan peperiksaan yang cemerlang.

2.6 Kesan Penglibatan Dalam Sukarelawan Terhadap Pencapaian Akademik

Menurut kajian Lee Wee Lim dan Yahya bin Buntat (2006) sememangnya penglibatan dalam aktiviti berpersatuan bukanlah satu-satunya punca kemerosotan akademik pelajar. Data-data kajian telah menunjukkan bahawa walaupun pelajar tersebut begitu aktif dalam JKM, tetapi masih lagi mampu menunjukkan peningkatan yang mantap. Begitu juga dengan GPA/CPA mereka yang masih berada dalam kedudukan Kelas pertama dan Kelas Kedua Tinggi. Banyak faktor sebenarnya yang menyebabkan kemerosotan akademik pelajar. Antaranya, pengurusan masa yang tidak teratur, kaedah pembelajaran yang tidak sesuai, kurangnya motivasi diri, sikap malas, masalah cinta dan sebagainya. Pelajar yang cemerlang akademik adalah pelajar yang pandai menguruskan masa, mempunyai motivasi diri yang tinggi serta kaedah pembelajaran yang betul. Pelajar yang cemerlang mestilah seimbang dari segi pencapaian akademik dan sahsiah diri. Dengan berpersatuan, sifat kepimpinan pelajar dapat dipupuk. Malah, terdapat beberapa sifat pemimpin yang membezakan mereka daripada individu biasa. Antaranya ialah fizikal yang sihat dan bersemangat, personaliti yang meyakinkan, jujur dan amanah, keyakinan diri yang tinggi, kemampuan bersosial dan bekerjasama, berdiplomasi, bijak dan adil serta mahir dan mampu membuat keputusan dalam apa jua situasi. Pelajar yang berpersatuan juga dilatih dari segi pengurusan, seperti Menurut kajian Lee Wee Lim dan Yahya bin Buntat (2006) sememangnya penglibatan dalam aktiviti berpersatuan bukanlah satu-satunya punca kemerosotan akademik pelajar. Data-data kajian telah menunjukkan bahawa walaupun pelajar tersebut begitu aktif dalam JKM, tetapi masih lagi mampu menunjukkan peningkatan yang mantap. Begitu juga dengan GPA/CPA mereka yang masih berada dalam kedudukan Kelas pertama dan Kelas Kedua Tinggi. Banyak faktor sebenarnya yang menyebabkan kemerosotan akademik pelajar. Antaranya, pengurusan masa yang tidak teratur, kaedah pembelajaran yang tidak sesuai, kurangnya motivasi diri, sikap malas, masalah cinta dan sebagainya. Pelajar yang cemerlang akademik adalah pelajar yang pandai menguruskan masa, mempunyai motivasi diri yang tinggi serta kaedah pembelajaran yang betul. Pelajar yang cemerlang mestilah seimbang dari segi pencapaian akademik dan sahsiah diri. Dengan berpersatuan, sifat kepimpinan pelajar dapat dipupuk. Malah, terdapat beberapa sifat pemimpin yang membezakan mereka daripada individu biasa. Antaranya ialah fizikal yang sihat dan bersemangat, personaliti yang meyakinkan, jujur dan amanah, keyakinan diri yang tinggi, kemampuan bersosial dan bekerjasama, berdiplomasi, bijak dan adil serta mahir dan mampu membuat keputusan dalam apa jua situasi. Pelajar yang berpersatuan juga dilatih dari segi pengurusan, seperti

Di sini jelaslah bahawa penglibatan mahasiswa dalam aktiviti sukarelawan bukan menjadi sebab kemerosotan pencapaian akademik seseorang mahasiswa malahan ianya memberikan kesan yang positif kepada pencapaian akademik mahasiswa itu sendiri.

2.7 Rumusan

Dalam bahagian ini, dapatlah dirumuskan bahawa pengkaji telah membincangkan mengenai kajian-kajian lepas yang telah dijalankan oleh pengkaji terdahulu dengan lebih terperinci dan mendalam. Pengkaji mendapati bahawa terdapat perkaitan antara faktor penglibatan mahasiswa secara aktif dalam aktiviti sukarelawan dan kaedah pembelajaran yang berkesan dan pembahagian masa belajar dan beraktiviti yang memberi kesan kepada pencapaian akademik.

BAB 3 KERANGKA KAJIAN

3.1 Pendahuluan

Dalam bahagian ini, pengkaji akan membincangkan mengenai kerangka teoritikal, konseptual dan juga definisi konsep yang berkaitan dengan kajian. Aspek-aspek ini akan ditekankan secara menyeluruh bagi menunjukkan gambaran mengenai kajian yang telah dijalankan.

Melalui kerangka teoritikal, pengkaji akan membincangkan mengenai teori-teori yang terlibat bagi tujuan untuk memberikan pemahaman bahawasanya yang dilakukan pengkaji ini mempunyai asas teorinya. Selain itu juga, kerangka konsep pula merupakan bahagian di mana kerangka bagi kajian ini dapat dilihat secara kasar. Di samping itu, pengkaji juga mengambil kira definisi-definisi yang boleh menunjuk arah tuju bagi kajian ini. Akhir sekali, rumusan akan dibincangkan bagi merumuskan keseluruhan bab ini.

3.2 Kerangka Teoritikal

3.2.1 Teori Pertukaran Sosial

Menurut Roloff (1981) dalam Corrigan (2001), teori pertukaran sosial merupakan satu pertukaran sukarela antara objek atau aktiviti yang rawak daripada seseorang kepada orang lain bagi tujuan mendapatkan objek lain atau aktiviti lain. Foa dan Foa (1974) dalam Corrigan

(2001) turut memberikan pandangan bahawa perilaku antara individu berlaku untuk mendapatkan sumber atau sesuatu yang berguna (Corrigan, 2001).

Menurut West dan Tunner (2000) pula mengatakan teori pertukaran sosial yang lebih khusus, iaitu teori kebergantungan adalah teori yang menyatakan bahawa terdapat kelompok yang melihat kehidupan sebagai sebuah pasaran yang mempunyai ganjaran yang boleh didapati bergantung kepada kosnya. Ini berlaku apabila seseorang berinteraksi dengan orang lain dengan tujuan untuk memperoleh ganjaran yang maksimum dan mengurangkan kos. Disebabkan hal ini, setiap kumpulan manusia bergantung kepada kelakuan kelompok yang lain dan juga kelakuan dan motif mereka. Secara teorinya, ganjaran yang dicari oleh seseorang itu akan mempengaruhi kos kelompok orang lain itu sendiri (Corrigan, 2001).

Dalam sudut hubungan antara sukarelawan dan orang yang dibantu mereka, kita dapat melihat dua interaksi yang boleh dikatakan sebahagian daripada teori pertukaran sosial. Dari perspektif orang yang dibantu sukarelawan, sukarelawan merupakan orang yang boleh membantu mereka untuk mendapatkan ganjaran. Ganjaran yang dimaksudkan adalah dalam bentuk bantuan makanan, tenaga, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain. Ganjaran bagi orang yang dibantu oleh sukarelawan ini adalah sering kali melibatkan pengeluaran kos oleh sukarelawan itu sendiri. Bagi sukarelawan pula, mereka melihat orang yang perlu dibantu itu sebagai orang yang boleh memberikan ganjaran kepada mereka. Ganjaran yang dimaksudkan bukanlah ganjaran daripada segi kewangan mahupun barangan, namun lebih kepada kepuasan, pengalaman dan juga ilmu baru dalam melakukan kerja amal.

3.2.2 Teori Peranan Identiti

Identiti merupakan sebuah terma yang boleh diguna pakai bagi perkara yang mewakili sesuatu atau meletakkannya di dalam sesebuah kelompok. Melalui proses pengelompokan diri sendiri atau pengenalan diri sendiri, sebuah identiti akan terbentuk. Menurut Burke dan Tully (1997) dalam Stets dan Burke (2000), identiti adalah berteraskan kepada pengelasan diri sendiri yang menjadi pengisi kepada sesebuah peranan, makna peranan tersebut dan juga makna yang akan memberikan sebuah perkara yang akan membantu membimbing peranan tersebut (Stets & Burke, 2000). Melalui pernyataan ini, dapat dijelaskan bahawa seorang mahasiswa yang menganggap dirinya seorang sukarelawan akan mempunyai perlakuan dan peranan yang dijangkakan daripada seorang sukarelawan. Ini kerana perkara tersebut sering dijadikan sebagai panduan bagi dirinya untuk memberikan khidmat sukarelawan kepada mereka yang memerlukan.

Teori peranan identiti menggariskan bahawa seseorang mahasiswa itu mempunyai pelbagai identiti yang dibentuk menerusi hubungan dan jangkaan. Ini bermakna, apabila seseorang mahasiswa menganggap atau memainkan peranan seorang sukarelawan, dia menggabungkan peranan tersebut bersama konsep dirinya. Apabila seseorang itu mempunyai tahap kaitan identiti dan pembatinan yang tinggi, terdapat kemungkinan yang tinggi bahawa mereka akan berterusan melakukan kesukarelawanan (Finkelstein, 2009). Menurut Penner (2002), reputasi sesebuah organisasi dan budaya pekerja dan faktor lain seperti ciri-ciri personaliti, kepercayaan, dan nilai juga mempengaruhi keputusan seseorang untuk menjadi sukarelawan.

Dalam teori ini, seseorang mahasiswa akan secara tidak langsung melihat peranan identiti mereka berputik daripada persepsi yang mereka punyai tentang diri mereka dan

peranan mereka. Peranan ini diperolehi mereka apabila mereka melakukan peranan sosial mereka. Ini menjadikan peranan identiti tersebut sebagai satu perkara yang akan mempengaruhi kehidupan seseorang mahasiswa kerana menjadi sumber rujukan utama untuk rancangan tindakan peribadi mereka. Ini menunjukkan bahawa mereka mampu untuk melakukan tugasan dengan kreatif dan improvisasi yang masih termaktub dalam lingkungan kedudukan sosial mereka (Owens, Robinson & Smith-Lovin, 2010). Apabila kita mengambil pendekatan ini dan membandingkanya dengan peranan seseorang sukarelawan, kita akan dapat melihat bahawasanya seseorang itu akan menjiwai peranannya sebagai seorang sukarelawan, namun masih tidak akan melangkaui kedudukan sosial mereka. Ini mungkin boleh dikaitkan dengan peranan mereka di luar aktiviti sukarelawan iaitu peranan sebagai seorang mahasiswa. Sebagai contoh, sekiranya seorang mahasiswa itu boleh bertutur dan mahir dalam mengajarkan sesuatu perkara, tidak mustahil mereka mampu menyumbangkan segala ilmu yang mereka miliki kepada mereka yang memerlukan. Di sini adalah di mana mereka melakukan improvisasi terhadap peranan sukarelawan di dalam lingkungan peranan sosial mereka yang lain.

3.2.3 Teori Hibrid

Teori Hibrid ini mengabungkan tiga jenis teori lain yang dikaitkan dengan satu sama lain. Akhirnya, ketiga-tiga teori ini digabungkan, dijalinkan dan dihubungkaitkan sehingga menjadi sebuah Teori Hibrid yang melengkapi satu sama lain. Tiga teori ini adalah Teori Konteks Sosial, Teori Integrasi Sosial dan Teori Peranan Sosial. Dalam Teori Hibrid ini, setiap kerangka teori ini mempunyai pandangan yang tersendiri (Einolf & Chambre, 2011).

Dokumen yang terkait

OPTIMASI FORMULASI dan UJI EFEKTIVITAS ANTIOKSIDAN SEDIAAN KRIM EKSTRAK DAUN KEMANGI (Ocimum sanctum L) dalam BASIS VANISHING CREAM (Emulgator Asam Stearat, TEA, Tween 80, dan Span 20)

97 464 23

MOTIF MAHASISWA BANYUMASAN MENYAKSIKAN TAYANGAN POJOK KAMPUNG DI JAWA POS TELEVISI (JTV)Studi Pada Anggota Paguyuban Mahasiswa Banyumasan di Malang

20 244 2

PEMAKNAAN MAHASISWA TENTANG DAKWAH USTADZ FELIX SIAUW MELALUI TWITTER ( Studi Resepsi Pada Mahasiswa Jurusan Tarbiyah Universitas Muhammadiyah Malang Angkatan 2011)

59 326 21

PENGARUH PENGGUNAAN BLACKBERRY MESSENGER TERHADAP PERUBAHAN PERILAKU MAHASISWA DALAM INTERAKSI SOSIAL (Studi Pada Mahasiswa Jurusan Ilmu Komunikasi Angkatan 2008 Universitas Muhammadiyah Malang)

127 505 26

PENERAPAN MEDIA LITERASI DI KALANGAN JURNALIS KAMPUS (Studi pada Jurnalis Unit Aktivitas Pers Kampus Mahasiswa (UKPM) Kavling 10, Koran Bestari, dan Unit Kegitan Pers Mahasiswa (UKPM) Civitas)

105 442 24

Analisis tentang saksi sebagai pertimbangan hakim dalam penjatuhan putusan dan tindak pidana pembunuhan berencana (Studi kasus Perkara No. 40/Pid/B/1988/PN.SAMPANG)

8 102 57

Diskriminasi Perempuan Muslim dalam Implementasi Civil Right Act 1964 di Amerika Serikat

3 55 15

Kekerasan rumah tangga terhadap anak dalam prespektif islam

7 74 74

Isolasi Senyawa Aktif Antioksidan dari Fraksi Etil Asetat Tumbuhan Paku Nephrolepis falcata (Cav.) C. Chr.

2 95 93

Kesesuaian konsep islam dalam praktik kerjasama bagi hasil petani desa Tenggulun Kecamatan Solokuro Kabupaten Lamongan Jawa Timur

0 86 111