PERUBAHAN DARI ASPEK POLISI KESATUAN SEKERJA

PERUBAHAN DARI ASPEK POLISI KESATUAN SEKERJA

Kesatuan sekerja juga telah banyak berubah dan menjadi lebih baik berbanding sebelum merdeka. Kesatuan sekerja telah membantu kerajaan untuk menangani krisis ekonomi yang melanda negara Dimana pihak kesatuan sekerja telah menyertai Jawatankuasa Bertindak NGO untuk Mempertahankan Kedaulatan Ekonomi Negara (Tindakan) dengan meneruskan kempen “Belanja Berhemat kita Selamat”. Dalam hal ini kesatuan telah mengadakan sendiri kempen dengan mendorong ahli-ahlinya membeli barangan yang perlu dan barang tempatan sahaja untuk memulihkan krisis ekonomi serba sedikit.

Namun begitu, keadaan ekonomi yang berlaku menbimbingkan majikan bertindak membuang para pekerja. Dengan ada kesatuan sekerja, ianya dapat menjadi perantaraan untuk menolong pekerjaan yang dibuang untuk mendapatkan pampasan yang sewajarnya dan majikan asal perlu menyediakan pekerjaan di tempat lain untuk pekerja yang malang terbabit. Selain itu, kesatuan perlu membanteras isu penamatan pekerja asing. Sekiranya pekerja asing dibuang tanpa sebab yang munasah ianya akan memberi kesan yang negatif terhadap negara Malaysia dan jangan menyebabkan situasi ini Malaysia dianggap sebagai negara yang menjemput pekerja asing memberi manfaat kepada mereka bagi mengekploitasi Sabah. Dari itu, kesannya pihak penjajah Inggeris telah mengambil peluang atas kelemahan-kelemahan dan akibatnya para pekerja di Sabah ketika itu telah ditindas tanpa disedari oleh mereka. Namun begitu, setelah kemerdekaan Tanah Melayu dan kemasukan Sabah ke Malaysia telah menyebabkan Ordinan Buruh Sabah telah dipindah dari semasa ke semasa bagi memberi manfaat dan kebaikan terhadap pekerja dalam mengelak daripada pekerja terus ditindas.

Kesatuan sekerja di sabah telah wujud semasa penjajahan Inggeris lagi, diaman tujuan penubuhan kesatuan sekerja adalah bermotifkan politik. ketika itu, kesatuan sekerja sememangnya memainkan perana yang sangat penting dalam memperjuangkan negeri Sabah dariapada ancaman pihak penjajah iaitu British seperti kesatuan sekerja di semenanjung. Ketika itu, kesatuan sekerja kebanyakannya terdiri dariapda orang cina dan mereka telah menubuhkan Malayan General Labour Union (MGLU). Penubuhan MGLU tersebut tidak ditentang oleh pihak Inggeris kerana ianya boleh menyekat kedatangan pihak Jepun ke Sabah.

Manakala, selepas kemasukan Sabah ke Malaysia kesatuan sekerja ini lebih menumpukan kepada menjaga kebajikan pekerja-pekerja. Kesatuan sekerja ini lebih menumpukan kepada perubahan struktur, pembangunan sumber manusia, kesihatan dan keselamatanpekerja, kualiti kehidupan pekerja dan keselamatan sosial (PERKESO).

Bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir mohamad telah memperkenalkan polisi Dasar Pandang ke Timur, Dasar Pensyarikatan dan dasar Penswastaan untuk dijadikan satu panduan atau motivasi untuk pekerja-pekerja lebih meningkat dari pelbagai. Polisi yang telah diperkenalkan tersebut boleh diaplikasikan dalam kesatuan sekerja untuk bekerja-pekerja lebih bermotivasi.

Melalui dasar Pandang ke Timur yang telah diperkenalkan ini boleh memberi banyak pendedahan dan contoh yang berguna untuk pekerja meningkatkan keupayaan dalam menghasilkan sesuatu pekerjaan. Pekerja-pekerja di Malaysia perlu melihat dan mengaplikasikan contoh- contoh dan teladan yang baik dari negara Jepun dan Korea untuk diamalkan di Malaysia. Pekerja-pekerja di Malaysia perlu mencontohi pekerja dari negara tersebut. Hal ini kerana mereka telah membangun dengan pesat dari segi ekonomi di mana para pekerja di sana begitu rajin dan berdisiplin apabila bekerja serta begitu setia terhadap organisasi yang diceburi.

Dasar Pensyarikatan yang telah diperkenalkan pula adalah untuk mewujudkan hubungan yang baik dan erat di antara pihak sektor awam dengan pihak swasta. Sememangnya kerjasama yang baik antara kedua-dua sektor ini amat penting dalam menjayakan pembangunan dan memajukan negara. Melalui pendekatan ini ianya dilihat sebagai jalan yang terbaik apabila wujudnya kerjasama antara pihak awam dan swasta dapat memperjuangkan hak-hak pekerja melalui kesatuan sekerja.