TRANSFORMASI KESATUAN SEKERJA DI SABAH

PENGENALAN

Di Malaysia, penubuhan kesatuan sekerja semakin bertambah pada masa kini khususnya penubuhan kesatuan sekerja di Sabah. Namun demikian seperti yang kita tahu pertubuhan kesatuan sekerja di Malaysia pada awalnya ditubuhkan pada tahun 1920 iaitu di bahagian semenanjung Malaysia. Seterusnya mula berkembang ke pantai barat iaitu di bahagian sabah pada awal tahun 1940. Walaupun pertubuhan kesatuan sekerja ini pada awalnya agak perlahan tetapi Negara Malaysia berusaha untuk mewujudkan lebih banyak kesatuan sekerja dan memastikan pekerja pada masa kini untuk menyertai kesatuan sekerja dengan tujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesatuan sekerja pada masa ini. Kesatuan sekerja ini pada awalnya wujud adalah disebabkan oleh munculnya sekumpulan pekerja atau lebih dikenali sebagai buruh. Institusi buruh ini bermula dengan kemasukan imigran Cina dan india ke Tanah Melayu melalui sistem kangcu dan kangani yang dibawa masuk oleh pihak penjajah iaitu British. Perkembangan buruh Cina dan India di Tanah Melayu majoritinya adalah berasal dari kawasan Kwangtung, Kwangsi dan Fukien di wilayah selatan China secara besar- besaran pada tahun 1848 iaitu selepas penemuan bijih timah di Larut, Perak. Manakala perkembangan buruh India di tanah melayu lebih menumpukan pekerjaan industri estet-estet seperti ladang getah, kelapa sawit dan sebagainya.

Menurut Wad (1998) dalam kajiannya mengenai kesatuan sekerja di malaysia boleh dibahagikan kepada dua peringkat. Menurut beliau dalam peringkat yang pertama merupakan dasar umum kesatuan sekerja dari tahun 1920-an sehingga kekalahan komunis pada tahun 1947-1948. Manakala, peringkat yang kedua dalam kajiannya ialah perkembangan kesatuan sekerja industri dari tahun 1948 sehinggalah pada masa kini. Di Malaysia, kesatuan sekerja pertama yang telah wujud pada tahun 1920-an bermula dengan dengan industri estet dan perlombongan. Dalam sektor tersebut kebanyakan dipelopori oleh orang cina yang lebih terlibat dalam industry perlombongan seperti bijih timah, melibatkan diri dalam pengeluaran bijih getah dan sebagainya. Perkembangan bidang perindustrian ini menyebabkan bidang perindustrian di Malaysia sangat penting dan diperlukan dalam pembinaan sebuah Negara yang maju menjelang wawasan 2020. Kewujudan kesatuan sekerja turut tidak ketinggalan dalam arus perkembangan dimana kita dapat lihat kesatuan sekerja ini semakin mendapat sokongan padu daripada pihak Menurut Wad (1998) dalam kajiannya mengenai kesatuan sekerja di malaysia boleh dibahagikan kepada dua peringkat. Menurut beliau dalam peringkat yang pertama merupakan dasar umum kesatuan sekerja dari tahun 1920-an sehingga kekalahan komunis pada tahun 1947-1948. Manakala, peringkat yang kedua dalam kajiannya ialah perkembangan kesatuan sekerja industri dari tahun 1948 sehinggalah pada masa kini. Di Malaysia, kesatuan sekerja pertama yang telah wujud pada tahun 1920-an bermula dengan dengan industri estet dan perlombongan. Dalam sektor tersebut kebanyakan dipelopori oleh orang cina yang lebih terlibat dalam industry perlombongan seperti bijih timah, melibatkan diri dalam pengeluaran bijih getah dan sebagainya. Perkembangan bidang perindustrian ini menyebabkan bidang perindustrian di Malaysia sangat penting dan diperlukan dalam pembinaan sebuah Negara yang maju menjelang wawasan 2020. Kewujudan kesatuan sekerja turut tidak ketinggalan dalam arus perkembangan dimana kita dapat lihat kesatuan sekerja ini semakin mendapat sokongan padu daripada pihak

Selain daripada itu, kesatuan sekerja juga dikenali sebagai institusi pekerjaan. Situasi ini, dapat dilihat dalam konteks hubungan industri yang menyatakan bahawa pertubuhan kesatuan sekerja dianggotai oleh pekerja-pekerja di dalam sesuatu organisasi di tempat kerja tersebut. Mereka iaitu pekerja-pekerja yang berada dalam organisasi bagi mencapai maktlamat dan berkongsi tujuan yang sama demi mewujudkan produktiviti dan keuntungan kepada sesebuah organisasi.

KONSEP KESATUAN SEKERJA

Kesatuan sekerja merupakan salah satu badan atau pertubuhan atau sekelompok kumpulan pekerja yang ditubuhkan bertujuan untuk memperhuangkan hak-hak dan kebajikan pekerja serta melindungi pekerja daripada tindakan majikan yang menindas pekerja. Secara ringkasnya kesatuan sekerja merupakan asas kepada pengabungan pekerja dan majikan dalam sesuatu industri, tred, di Malaysia. Sememangnya kewujudan kesatuan sekerja di Malaysia ini mempunyai banyak maktlamat dan kebaikannya seperti melindungi pekerja, menjaga kebajikan pekerja, menjamin hak dan faedah pekerja, dengan cara mengadakan rundingan kolektif dan perjanjian kolektif bersama majikan dengan kesatuan sekerja untuk menjamin kebajikan pekerja pada masa hadapan.

Berikutnya lagi, kesatuan sekerja yang ditubuhkan mempunyai peranannya yang tersendiri antaranya ialah apabila seseorang pekerja mempunyai hubungan yang tegang dengan majikan, kesatuan sekerja memainkan peranan dalam membuka ruang penyelesaian untuk melakukan rundingan bagi mengelakkan situasi tegang ini berpanjangan dan memastikan keharmonian dalam organisasi terus terjamin. Selain daripada itu juga, akibat dari munculnya ketegangan ini wujudnya kesatuan sekerja dimana ianya berfungsi sebagai wakil untuk pekerja menyampaikan suara mengenai hasrat dan maktlamat pekerja melalui kesatuan sekerja. Keadaan ini juga untuk memastikan apa-apa suara yang disuarakan oleh pekerja sampai kepada majikan. Apabila hubungan antara pekerja dan majikan semakin pulih masalah yang dihadapi oleh pekerja-pekerja dapat diselesaiakan melalui rundingan bersama antara kesatuan sekerja dengan majikan.

Kesatuan sekerja di Malaysia boleh dikatrifkan sebagai sebuah pertubuhan yang wujud di bawah Akta Kesatuan Sekerja 1959 di mana Akta ini menerangkan bahawa yang mana kesatuan sekerja yang wujud di Malaysia adalah mengikut Akta yang telah termaktub dalam Akta Kesatuan Sekerja 1959 tersebut. Pada masa yang sama, kesatuan sekerja tidak boleh ditubuhkan sekiranya bercanggah dengan Akta yang termaktub dalam Akta Kesatuan Sekerja 1959. Hal ini kerana telah dijelaskan bahawa dalam Akta Kesatuan Sekera 1959 telah mendefinisikan kesatuan sekerja ini sebagai “apa-apa pertubuhan atau gabungan pekerja- pekerja atau majikan-majikan, yang menjadi pekerja di mana tempat pekerjanya adalah di Malaysia Barat termasuk Sabah dan Sarawak”. Oleh itu, sekumpulan pekerja hanya boleh menubuhkan kesatuan sekerja mengikut tempat dimana mereka bekerja iaitu di Malaysia Barat, Sabah ataupun Sarawak.

Menurut (Green 1994; Mankiw 2001), bependapat kesatuan sekerja merujuk kepada sebuah pertubuhan yang berdikari, yang akan membuat perundangan kolektif dan terpisah dengan majikan yang berperanan untuk mengekalkan dan meningkatkan keadaan, persekitaran dan syarat pekerja serta menggunakan haknya untuk mencapai tujuan dan keperluan pekerja. Berdasarkan situasi pada masa kini di Malaysia, kesatuan sekerja boleh diketogrikan sebagai satu persatuan atau gabungan kelompok pekerja atau majikan yang bekerja di Malaysia dan ahli-ahlinya terdiri daripada pekerja atau majikan dalam pertukangan, perkhidmatan dan perindustrian yang tertentu (Akta Kesatuan Sekerja 1959). Manakala menurut (Poon 2002), kesatuan sekerja terdiri daripada sebuah pertubuhan pekerja atau majikan yang ditubuhkan bertujuan untuk memajukan, memelihara, dan memperbaiki kepentingan sosial, ekonomi serta politik ahli-ahlinya melalui tindakan kolektif.

PERGERAKAN KESATUAN SEKERJA SEBELUM MERDEKA BURUH CINA DI SABAH

Malaysia merupakan sebuah Negara yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama, dan bangsa. Malaysia juga dikenali sebagai sebuah Negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk. Kaum Cina merupakan kaum yang telah lama wujud di Tanah Melayu iaitu sejak Malaysia merupakan sebuah Negara yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama, dan bangsa. Malaysia juga dikenali sebagai sebuah Negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk. Kaum Cina merupakan kaum yang telah lama wujud di Tanah Melayu iaitu sejak

Namun demikian akibat daripada kemasukan buruh daripada China ini menyebabkan negeri Sabah turut tidak terkecuali menerima kedatangan buruh-buruh cina ini. Sememangnya kemasukan buruh cina ini memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan Sabah. Keadaan ini jelas dapat dibuktikan bahawa pada tahun 1881 Sabah menerima kemasukan buruh cina secara besar-besaran apabila Sabah telah diambil oleh Syarikat Borneo Utara British. Pihak Syarikat Borneo Utara British membawa masuk buruh daripada Negara China kerana pada masa itu pihak British mengalami kekurangan tenga kerja yang tidak mencukupi untuk membangunkan negeri Sabah. Hal ini kerana, penduduk asal yang sedia ada di Sabah dikatakan tidak mampu untuk menampung dan memenuhi kekosongan tenaga kerja. Selain itu, pihak Syarikat Borneo Utara British mengambil tenaga buruh dari China adalah disebabkan oleh orang Cina lebih berkemahiran dan berpengalaman untuk membangunkan sabah dalam pelbagai aspek. Sebagai contohnya Syarikat Borneo Utara British melihat pembagunan yang pesat telah dicapai di Hong Kong dan Singapura hasil daripada tenaga buruh Cina. Kemasukan buruh dari China secara besar-besaran adalah disebabkan pengenalan Tiga Skim yang telah diperkenalkan oleh pihak Syarikat Borneo Utara British iaitu Skim Sir Walter Medhurst, Basel Skim Persatuan Mubaligh dan Skim Laluan Bebas.

Skim pertama yang telah diperkenalkan oleh Syarikat Borneo Utara British iaitu Skim Sir Walter Medhurst yang telah dilaksanakan pada tahun 1882 hingga 1886. Skim ini merupakan salah satu cara yang digunakan untuk membawa masuk tenaga buruh Cina dan juga petani. Pada tahun 1882 Medhurst telah diberikan peruntukan sebanyak $50000 untuk beliau pergi ke Negara China bagi tujuan untuk mendapatkan buruh- buruh yang ingin datang bekerja ke Sabah. Melalui skim ini, Medhurst telah berjaya membawa masuk tenaga buruh cina sebanyak

5 buah kapal. Seramai 818 orang yang berjaya dibawa masuk ke Sabah yang terdiri daripada 5 peringkat kemasukkan. Seramai 43 orang merupakan kumpulan pertama, manakala seramai 225 orang bagi kumpulan kedua, 340 orang bagi kumpulan ketiga dan 96 orang untuk kumpulan keempat serta 114 orang buruh untuk kumpulan yang kelima. Kesemua mereka ini dibawa masuk dengan menggunakan kapal SS Hainan, kapal Thaiess ss, kapal SS Fukkien. Terdapat segelintir buruh dari China yang dibawa ke Sabah mendapat tajaan berupa tiket tambang ke Sabah secara percuma. Dengan pengenalan Skim Sir Walter Medhurst telah membuktikan bahawa pihak British sangat memerlukan buruh dari Negara China untuk menguruskan dan membangunkan tempat jajahan mereka.

Skim kedua yang telah diperkenalkan untuk menarik buruh dari Negara China untuk datang ke Sabah ialah melalui Skim Persatuan Mubaligh Basel. Skim Persatuan Mubaligh Basel ini telah diperkenalkan pada tahun 1905 hingga 1914. Pada tahun 1905 pihak British telah mengambil pekerja yang telah lama bekerja di Kudat, Sabah untuk dihantar kembali ke Negara China bagi tujuan untuk menarik atau menggalakkan penduduk di China untuk datang bekerja di Sabah. Antara contoh pekerja yang pernah di hantar pulang ke China iaitu Yong Ah Kit dan Lee Ah Pin. Kedua-dua pekerja tersebut telah kembali semula ke Sabah dan berjaya membawa sejumlah 150 buruh termasuk lelaki, wanita dan juga kanak-kanak dan mereka ditempatkan di beberapa kawasan di Sabah antaranya, Inanam, Mengatal, dan Tuaran. Bagi buruh yang masuk melalui Skim Persatuan Mubaligh Basel, mereka diberikan bantuan berbentuk tanah, dan kewangan. Selain itu, pada November 1912 satu perjanjian antara Syarikat Borneo Utara British dengan Basel Missionary Society telah diadakan. Melalui perjanjian ini setiap keluaga akan mendapat 10 ekar tanah apabila sampainya mereka ke Sabah dan mereka hanya perlu membayar premium $ 1 untuk seeker dan mereka juga dikecualikan cukai tanah dalam tempoh dua pertama. Apabila mencapai tahun ketiga dan seterusnya mereka akan dikenakan cukai tanah tahunan hanya sebanyak 50 sen seeker sahaja.

Berikutnya lagi, dalam Skim Persatuan Mubaligh Basel ini juga pihak British telah banyak memberi kemudahan kepada buruh Cina iaitu memberi tanah untuk dijadikan Gereja, sekolah-sekolah, tanah perkuburan, dan menyediakan geran bantuan untuk penjaga mereka. Sememangnya Skim Persatuan Mubaligh Basel yang telah diperkenalkan oleh pihak British ini telah bejaya menarik sebanyak 26 keluarga iaitu dengan jumlah 111 orang dan mereka ditempatkan di Inanam dan British telah memperuntukkan tanah seluas 500 ekar. Seterusnya, Berikutnya lagi, dalam Skim Persatuan Mubaligh Basel ini juga pihak British telah banyak memberi kemudahan kepada buruh Cina iaitu memberi tanah untuk dijadikan Gereja, sekolah-sekolah, tanah perkuburan, dan menyediakan geran bantuan untuk penjaga mereka. Sememangnya Skim Persatuan Mubaligh Basel yang telah diperkenalkan oleh pihak British ini telah bejaya menarik sebanyak 26 keluarga iaitu dengan jumlah 111 orang dan mereka ditempatkan di Inanam dan British telah memperuntukkan tanah seluas 500 ekar. Seterusnya,

Dalam usaha British membawa masuk lebih ramai buruh dari China ke Sabah adalah melaluai skim yang tiga iaitu Skim Penumpang Percuma. Skim ini telah diperkenalkan oleh British pada awal tahun 1921 hingga 1941. Di bawah Skim Penumpang Percuma ini, kerajaan British tidak terlibat secara langsung seperti skim yang terdahulu seperti Skim Sir Walter Medhurst dan Skim Persatuan Mubaligh Basel yang terdahulu. Hal ini kerana, skim ketiga ini lebih mengutamakan kepada mereka yang benar-benar ingin behijrah ke Sabah secara percuma. Hal ini demikian, pada tahun 1920 keperluan peneroka sangat diperlukan berbanding dengan buruh kerana pihak British ingin membuka kawasan-kawasan baru untuk diterokai dengan tujuan bagi mendapatkan hasil baru. Bagi menyampaikan maklumat pihak pengurus mengedarkan risalah bagi menarik minat lebih ramai lagi peneroka untuk datang ke Sabah. Situasi ini jelaslah menunjukkan bahawa dengan cara memperkenalkan skim telah menarik ramai minat buruh dari China untuk meneroka kawasan baru di Sabah ini. Sebagai contoh yang dapat dilihat, pada tahun 1924 sebanyak 800 pas percuma telah dikeluarkan oleh pihak penyelia dan pengurusan di Sabah. Pada tahun 1927 pula, jumlah pas yang dikeluarkan meningkat kepada 1054 pas, dan terus meningkat kepada 1665 pas pada tahun 1929. Skim ini juga dikatakan berjaya adalah disebabkan golongan hakka yang datang ke Sabah dengan membawa saudara mara dan keluarga mereka kerana mereka bependapat dengan cara ini sahaja mereka mampu untuk mengusahakan kawasan yang ingin diterokai.

PEMBENTUKAN KESATUAN SEKERJA DI SABAH SEBELUM MERDEKA

Selepas kemasukan British ke Sabah pihak British telah membawa masuk sejumlah besar buruh daripada China dan India ke Sabah untuk tujuan membangunkan Negeri Sabah. Hal ini dapat dilihat salah satu pembangunan yang telah diwujudkan di Sabah ini dengan membina satu landasan kereta api yang menghubungkan perjalanan dari Tanjung Aru ke Melalap. Pihak British telah membina landasan kereta api ini sejauh 123 kilometer yang dapat menghubungkan pelbagai daerah seperti Tanjung Aru, Kinarut, Kwang, Papar, Kimanis, Benoni, Beufort, Weston, Saliwangan, Haligolat, Rayoh, Pangi, Tenom dan Melalap. Tujuan utama pembinaan landasan kereta api ini adalah bertujuan untuk membawa keluar hasil hutan dan Selepas kemasukan British ke Sabah pihak British telah membawa masuk sejumlah besar buruh daripada China dan India ke Sabah untuk tujuan membangunkan Negeri Sabah. Hal ini dapat dilihat salah satu pembangunan yang telah diwujudkan di Sabah ini dengan membina satu landasan kereta api yang menghubungkan perjalanan dari Tanjung Aru ke Melalap. Pihak British telah membina landasan kereta api ini sejauh 123 kilometer yang dapat menghubungkan pelbagai daerah seperti Tanjung Aru, Kinarut, Kwang, Papar, Kimanis, Benoni, Beufort, Weston, Saliwangan, Haligolat, Rayoh, Pangi, Tenom dan Melalap. Tujuan utama pembinaan landasan kereta api ini adalah bertujuan untuk membawa keluar hasil hutan dan

Selain daripada penggunaan memunggah hasil perlombongan dan pembalakan pihak Biritsh juga menggunakan kereta api untuk tujuan pengangkutan kepada penduduk tempatan dan juga pelancong yang datang ke Sabah dengan mengenakan tambang untuk setiap destinasi yang ingin dituju. Hal ini kerana pihak British menganggap dengan bahawa membawa penumpang boleh menjana sumber pendapatan yang lumayan kepada ekonomi pihak British. Di samping itu juga pada tahun 1894 pengurus besar Syatikat Berpiagam Utara Borneo iaitu Wiliam Clarke Cowie bercadang untuk memanjangkan landasan kereta api yang sedia ada bagi tujuan untuk mehubungkan pelabuhan baru di perairan Brunie. Dalam pembinaan memanjangkan landasan kereta api ini pihak Syarikat Berpiagam Utara Borneo menggunakan buruh-buruh yang dibawa dari China.

Namun demikian pada tahun 1930 telah berlaku satu kemelesetan ekonomi yang amat teruk di seluruh dunia. Kemelesetan ekonomi yang berlaku ini juga memberi banyak kesan kepada pembinaan landasan kereta api ini. Hal ini kerana, setelah berlaku kemelesetan ekonomi pihak Syarikat Berpiagam Utara Borneo telah melakukan pembuangan pekerja di sektor pembinaan landasan kereta api tersebut secara besar-besaran. Pembuangan pekerja buruh keretapi tersebut boleh memberi kesan yang negatif kepada buruh-buruh terbabit. Situasi yang berlaku ini telah menyebabkan peningkatan pengangguran kepada buruh Cina. Di samping itu juga akibat daripada kemelesetan ekonomi ini juga pekerja yang di buang terbabi tidak dapat menyara diri sendiri dan keluarganya.

Dengan ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati pekerja buruh landasan kereta api akibat daripada tindakan yang diambil oleh pihak Syarikat Berpiagam Utara Borneo dalam membuang pekerja tanpa membayar wang pampasan. Keadaan ini juga telah menimbulkan perspektif dan tanggapan yang buruk daripada pekerja-pekerja pembinaan landasan kereta api bahawa mereka adalah sedang ditindas oleh majikan. Tindakan yang diambil oleh pihak Syarikat Berpiagam Borneo Utara adalah tidak wajar dan pekerja-pekerja pembinaan landasan kereta api telah bersepakat untuk melancarkan mogok secara besar-besaran di hadapan Syarikat Berpiagam Utara Borneo. Tidakan yang dilakukan dan diambil oleh Syarikat Berpiagam Utara Borneo, yang membuang pekerja atas alasan kemelesetan ekonomi menyebabkan para Dengan ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati pekerja buruh landasan kereta api akibat daripada tindakan yang diambil oleh pihak Syarikat Berpiagam Utara Borneo dalam membuang pekerja tanpa membayar wang pampasan. Keadaan ini juga telah menimbulkan perspektif dan tanggapan yang buruk daripada pekerja-pekerja pembinaan landasan kereta api bahawa mereka adalah sedang ditindas oleh majikan. Tindakan yang diambil oleh pihak Syarikat Berpiagam Borneo Utara adalah tidak wajar dan pekerja-pekerja pembinaan landasan kereta api telah bersepakat untuk melancarkan mogok secara besar-besaran di hadapan Syarikat Berpiagam Utara Borneo. Tidakan yang dilakukan dan diambil oleh Syarikat Berpiagam Utara Borneo, yang membuang pekerja atas alasan kemelesetan ekonomi menyebabkan para

Kewujudan kesatuan sekerja pada masa dahulu jelaslah dapat dibuktikan bahawa akibat daripada berlakunya pembuangan pekerja yang dilakukan oleh Syarikat Berpiagam Utara Borneo telah menyebabkan pekerja-pekerja pembinaan landasan kereta api menubuhkan sebuah kesatuan untuk melindungi hak mereka. Mereka juga sedar dengan penubuhan kesatuan ini sahajalah yang dapat memastikan hak dan kebajikan mereka terjamin. Sehingga ke hari ini pekerja-pekerja amnya di Malaysia dan khususnya di Sabah mengenai pentingnya kewujudan kesatuan sekerja di dalam sesebuah organisasi. ( Temubual bersama Encik Jamion, Presiden kesatuan sekerja kereta api Sabah)

KESATUAN SEKERJA SELEPAS MERDEKA DI SABAH

Selepas Malaysia telah mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Negara Malaysia telah mencapai banyak kemajuan dalam pelbagai sektor termasuklah sektor perindustian, pembinaan, pertanian, perkhidmatan dan sebagainya. Akibat daripada perubahan dan perkembangan yang dilalui oleh Malaysia kesatuan sekerja tidak terkecuali dalam mengalami arus perubahan. Situasi ini kita dapat lihat selepas berlaku kemerdekaan kesatuan sekerja dikatakan “bagai cendawan tumbuh selepas hujan”. Hal ini demikian kerana, kesatuan sekerja merupakan satu elemen yang sangat penting dalam sesebuah syarikat. Kesatuan sekerja juga mengalami perubahan yang sangat drastik adalah disebabkan mulanya timbul rasa kesedaran oleh para pekerja akan kepentingan kesatuan sekerja dalam setiap organisasi bagi melindungi hak dan kebajikan pekerja pada masa ini. Seperti yang kita tahu, dalam sesebuah organisasi hubungan antara pihak majikan dan pekerja tidak selalunya mempunyai maktlamat atau pendapat yang sama. Akibat daripada perbezaan ini boleh menimbulkan situasi tegang diantara pihak majikan dan pekerja. Oleh itu, penubuhan kesatuan sekerja memainkan peranan yang penting dalam menjadi medium perantaraan bagi kedua-dua belah pihak untuk mewujudkan situasi yang harmoni.

JENIS-JENIS KESATUAN

Kesatuan-kesatuan yang terdapat di Malaysia terdiri daripada dua jenis kesatuan iaitu pertamanya merupakan kesatuan sekerja majikan atau pada dahulu ianya lebih dikenali sebagai kesatuan kuning dan kesatuan yang keduanya ialah kesatuan sekerja untuk pekerja atau dahulunya lebih dipanggil sebagai kesatuan tulen. Kesatuan tulen ini terdiri daripada dua pertubuhan dalam menjadi wakil kepada pekerja untuk menyelesaikan sesuatu isu yang timbul dan berbangkit iaitu Malaysian Trades Union Kongress (MTUC) dan Kongres Kesatuan Pekerja- pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPAC). Sememangnya kesatuan-kesatuan yang telah diwujudkan ini memainkan peranan masing-masing dalam sesebuah kesatuan yang menjaga dan melindungi nasib dan kebajikan ahli-ahlinya mempunyai masalah di dalam pekerja atau organisasi.

KESATUAN SEKERJA MAJIKAN (KUNING)

Kesatuan majikan atau kesatuan kuning merupakan kesatuan yang secara tidak langsung yang diwakili oleh pihak-pihak majikan dan kapitalis dalam menghalang perpaduan dan gerakan pekerja yang tidak berpuas hati dengan terma dan kondusi pekerjaan yang telah ditetapkan dalam sesebuah organisasi. Selain itu, kesatuan kuning juga memainkan agendanya yang tersendiri untuk menghalang dan menghindarkan pekerja-pekerja untuk menyertai kesatuan tulen atau kesatuan pekerja. Denagan cara-cara dan tindakan ini membolehkan pihak kapitalis menidas menindas dan memberi tekanan dalam pelbagai aspek apabila pekerja tidak bersatu padu dan lemah. Seterusnya lagi, kesatuan majikan ini mempunyai kepentingan yang tersendiri dengan menyakinkan kepada para pekerja bahawa kepentingan kapitalis dan pekerja tidak bertenttangan antara satu sama lain. Menurut kesatuan ini, pekerja boleh mendapatkan apa-apa sahaja yang mereka mahukan melalui hubungan kerjasama pekerja dengan pihak majikan dan kapitalis sendiri. Tujuan kesatuan majikan adalah bertindak untuk melemahkan kesatuan sekerja yang dianggap menyusahkan pihak majikan dengan pelbagai keranah-keranah pekerja. Melalui kesatuan ini, ianya digunakan oleh pihak kerajaan untuk menguasai dan menghancurkan perjuangan kesatuan sekerja, dan menggalakkan harapan palsu terhadap majikan, kerajaan, undang-undang, perundingan antara tiga pihak dan serta rancangan lain Kesatuan majikan atau kesatuan kuning merupakan kesatuan yang secara tidak langsung yang diwakili oleh pihak-pihak majikan dan kapitalis dalam menghalang perpaduan dan gerakan pekerja yang tidak berpuas hati dengan terma dan kondusi pekerjaan yang telah ditetapkan dalam sesebuah organisasi. Selain itu, kesatuan kuning juga memainkan agendanya yang tersendiri untuk menghalang dan menghindarkan pekerja-pekerja untuk menyertai kesatuan tulen atau kesatuan pekerja. Denagan cara-cara dan tindakan ini membolehkan pihak kapitalis menidas menindas dan memberi tekanan dalam pelbagai aspek apabila pekerja tidak bersatu padu dan lemah. Seterusnya lagi, kesatuan majikan ini mempunyai kepentingan yang tersendiri dengan menyakinkan kepada para pekerja bahawa kepentingan kapitalis dan pekerja tidak bertenttangan antara satu sama lain. Menurut kesatuan ini, pekerja boleh mendapatkan apa-apa sahaja yang mereka mahukan melalui hubungan kerjasama pekerja dengan pihak majikan dan kapitalis sendiri. Tujuan kesatuan majikan adalah bertindak untuk melemahkan kesatuan sekerja yang dianggap menyusahkan pihak majikan dengan pelbagai keranah-keranah pekerja. Melalui kesatuan ini, ianya digunakan oleh pihak kerajaan untuk menguasai dan menghancurkan perjuangan kesatuan sekerja, dan menggalakkan harapan palsu terhadap majikan, kerajaan, undang-undang, perundingan antara tiga pihak dan serta rancangan lain

KESATUAN SEKERJA PEKERJA (TULEN)

Kesatuan yang kedua ialah kesatuan tulen atau kesatuan sekerja merupakan kesatuan- kesatuan yang terdiri daripada gabungan-gabungan pekerja. Kesatuan ini berjuang untuk mendapatkan keadilan yang lebih baik akibat daripada perbuatan majikan yang lebih menindas para pekerjanya seperti di kilang-kilang, atau tempat kerja yang lain. Dalam hal ini, kesatuan sekerja lebih menekankan kepentingan pekerja dan majikan yang lebih bertentangan dengan peraturan-peraturan yang telah wujud. Kenaikan upah dan serta faedah untuk pekerja hanya akan berjaya apabila kesatuan sekerja berjuang untuk mendapatkan hasilnya. Tindakan yang dilakukan secara bersungguh, teguh, bersatu padu boleh berjaya dalam usaha mencaapi matlamat yang diinginkan oleh pekerja melalui tindakan mogok dan piket. Hal ini demikian kerana mogok dan piket merupakan senjata yang amat berguna dalam mencapai tuntutan pekerja.

FUNGSI KESATUAN SEKERJA PERUNDINGAN KOLEKTIF

Menurut badan ILO ataupun Internasional Labour Organization mendefinisikan perundingan kolektif sebagai satu kaedah untuk menentukan terma dan syarat pekerjaan melalui perundingan di antara majikan dan kesatuan sekerja untuk mencapai matlamat persetujuan bersama (Balakrishnan Parasuraman, 2003). Manakala, terma perundingan kolektif yang pertama oleh Sidney dan Webb pula mendefinisikan perundingan kolektif adalah satu kaedah, di mana kesatuan boleh mengekalkan dan memperbaiki terma dan kondisi pekerjaan di kalangan ahlinya (Micheal Salamon: 1998).

Tujuan utama penubuhan kesatuan sekerja dalam sesebuah organisasi pada awalnya bertujuan dalam melindungi hak-hak dan kebajikan ahli-ahlinya daripada ditindas oleh majikan Tujuan utama penubuhan kesatuan sekerja dalam sesebuah organisasi pada awalnya bertujuan dalam melindungi hak-hak dan kebajikan ahli-ahlinya daripada ditindas oleh majikan

Secara amnya, perundingan kolektif ini boleh didefinisikan sebagai semua perjanjian yang bertulis berkenaan tentang keadaan pekerjaan dan syarat pekerjaan yang menjuruskan sekumpulan majikan, satu atau lebih majikan atau satu atau lebih kesatuan sekerja majikan dengan satu atau lebih perwakilan pekerja iaitu kesatuan skerja untuk mewakili pekerja yang diberi kuasa menurut undang-undang kebangsaan dan peraturan (Pertubuhan Buruh Antarabangsa : cadangan No 91). Perundingan kolektif juga boleh dikatakan satu proses tawar- menawar secara kolektif iaitu secara terancang di antara majikan dan kesatuan sekerja bagi mencapai sebuah perjanjian kolektif. Proses tawar menawar ini perlu oleh mana-mana pihak iaitu sama ada majikan atau kesatuan sekerja boleh tanpa membuat perlawaan kepada satu pihak yang lain secara bertulis untuk mengadakan perundingan kolektif (Akta Perhubungan Perusahaan Seksyen 13(1) (a) (b)).

Sekiranya sesuatu masalah yang timbul kesatuan sekerja memainkan peranan yang sangat penting untuk mengadakan rundingan bersama-sama dengan majikan untuk duduk berbincang bagi menyelesaikan masalah yang bakal dihadapi oleh pekerja sekiranya majikan melakukan perubahan di dalam sesutu perkara sebagi contoh dalam perubahan upah pekerja, tempoh masa bekerja, cuti, polisi syarikat dan sebaginya.

PERJANJIAN KOLEKTIF

Apabila sesuatu masalah atau pertikaian itu timbul dalam sesebuah syarikat semasa proses rundingan damai dilakukan iaitu perundingan kolektif pihak kesatuan sekerja perlu melakukan proses perjanjian kolektif. Perjanjian kolektif ini hanya boleh dilakukan dengan cara Apabila sesuatu masalah atau pertikaian itu timbul dalam sesebuah syarikat semasa proses rundingan damai dilakukan iaitu perundingan kolektif pihak kesatuan sekerja perlu melakukan proses perjanjian kolektif. Perjanjian kolektif ini hanya boleh dilakukan dengan cara

Situasi ini merujuk, apabila sesuatu persetujuan ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak, kedua-dua belah pihak yang terbabit telah terikat dengan tempoh tertentu iaitu tidak kurang tiga tahun atau lebih. Keadaan ini adalah bertujuan untuk memastikan perjanjian yang di persetujuai oleh majikan dapat dilaksanakan dan juga untuk memastikan kebajikan pekerja- pekerja terjamin. Jelaslah bahawa perjanjian kolektif ini adalah sangat penting untuk dilakukan apabila kedua-dua belah yang bersetuju bagi memastikan sebarang tindakan perusahaan tidak diambil oleh pekerja buat kali kedua.

Namun demikian, semasa melakukan perjanjian kolektif antara kesatuan sekerja dengan majikan, kuasa kesatuan sekerja dalam mempertikaikan sesuatu juga mempunyai batasannya. Hal ini kerana terma dan syarat perkhidmatan yang dilarang atau cadangan kepada perjanjian kolektif itu adalah progratif pihak pengurusan. Terma dan syarat-syarat adalah seperti yang berikut :

a) Kenaikan pangkat oleh majikan terhadap mana-mana dari kategori atau gred yang lebih rendah kepada kategori atau gred yang lebih tinggi. Hal ini tidak boleh dipertikaikan langsung bergantung kepada budi bicara pihak pengurusan syarikat tersebut.

b) Pertukaran pekerja oleh majikan dalam profesion,perdagangan atau kerja dengan syarat apa-apa pertukaran itu tidak menyebabkan perubahan yang merugikan pekerja dengan terma-terma pekerjaannya. Keadaan seperti biasa berlaku kepada kerja kontrak dalam perkhidmatan apabila tempoh masa berkhidmat di suatu kawasan telah pun tamat maka pekerja ini akan dipindahkan ke kawasan yang lain terutamnya golongan profesional.

c) Perlantikan mana-mana pekerja oleh majikan sekiranya ada kekosongan dalam organisasinya. Perlantikan ini terdiri daripada dua bahagian dimana lantikan secara dalaman dan lantikan secara luaran. Lantikan dalaman ini lebih dikenali sebagai lantikan di kalangan pekerja-pekerja organisasi tersebut yang sememangnya sudah berkhidmat dan apabila berlaku kekosongan pihak pengurusan atasan akan memberi peluang kepada mereka untuk mengisi jawatan tersebut. Manakala lantikan secara luaran pula,pihak pengurusan akan mengiklankan jawatan kekosongan itu secara umum samada dalam media elektronik ataupun media massa namun mengambil masa yang agak lama.

d) Penamatan perkhidmatan pekerja oleh majikan atas sebab lebihan pekerja atau penyusunan semula profesion, perdagangan atau kerja majikan atau sebab-sebab bagi penamatan tersebut. Penamatan kontrak ini kebiasaanya akan dilakukan mengikut permintaan dan penawaran kerja dimana bergantung kepada pihak pengurusan dan tidak boleh sewenang-wenangnya menamatkan kontrak perkhidmatan tersebut tanpa runding damai.

e) Pemecatan dan pengambilan semula seorang pekerja oleh majikan. Keadaan ini bergantung kepada pihak pengurusan atasan sendiri yang menentukan samada pekerja ini layak di pecat kerana mempunyai sebab yang tersendiri dan keputusan yang dibuat oleh pihak majikan adalah muktamad dan tidak boleh di pertikaikan. Begitu juga dari segi pengambilan pekerja, hak pengambilan kerja juga tidak boleh dipersoalkan walaupun dasarnya kelihatan ada lebihan kerja namun pihak pembuat keputusan yang menentukan dalam mencorakkan organisasi tersebut. Majikan juga hendaklah mengambil aspek kebajikan pekerja dalam melakukan pemecatan pekerja dan pemecatan itu hendaklah berdasarkan alasan yang kukuh berdasarkan bukti yang nyata bagi mengelakkan pekerja tersebut ditindas.

f) Penyerahan hak atau peruntukan tugas-tugas atau tugas khas kepada pekerja oleh majikan yang selaras atau sesuai dengan terma-terma pekerjaannya. Majikan berperanan dalam mengemukakan syarat dan terma perkhidmatan yang jelas kepada para pekerja. Begitu juga mengenai tugas-tugas khas yang diberikan haruslah f) Penyerahan hak atau peruntukan tugas-tugas atau tugas khas kepada pekerja oleh majikan yang selaras atau sesuai dengan terma-terma pekerjaannya. Majikan berperanan dalam mengemukakan syarat dan terma perkhidmatan yang jelas kepada para pekerja. Begitu juga mengenai tugas-tugas khas yang diberikan haruslah

TINDAKAN PENGURUS TERHADAP KESATUAN SEKERJA LOCKOUT (TUTUP PINTU)

Lockout membawa maksud suatu tindakan industri yang berlaku dalam sesebuah organisasi. Tindakan ini merujuk kepada situasi di mana pekerja ditahan oleh majikannya daripada masuk ke tempat kerja disebabkan mogok atau piket yang telah dilakukan oleh seseorang pekerja yang melibatkan diri dalam tindakan industri tersebut. Para pekerja akan dilarang untuk masuk bekerja disebabkan tindakan pekerjanya yang menyertai piket dan mogok. Keadaan yang berlaku ini di mana pekerja tidak puas hati terhadap terma dan kondisi pekerjaan yang lebih memihak majikan dan piket dan mogok yang dilakukan sebenarnya untuk memperjuangkan hak dan nasib pekerja yang lebih ditindas oleh pihak majikan. Oleh sebab itu tindakan yang dilakukan oleh pekerja ini dapat mewujudkan pertikaian dan hubungan yang renggang serta tidak elok antara pihak majikan dan pekerja.

Selain daripada itu, tindakan majikan yang tidak membenarkan seseorang pekerja masuk ke tempat kerja telah menimbulkan keraguan pekerja terhadap kepentingan pekerja dalam organisasi tersebut. Hak ini kerana, meningikut Akta kerja 1955, seksyen 2(1) mengatakan bahawa setiap majikan perlu menyediakan pekerjaan kepada pekerja. Keadaan ini amat jelas telah melanggar Akta yang telah ditetapkan iaitu dalam aspek kewajipan majikan dalam menyediakan pekerjaan kepada pekerja dan bukanyan menghalang pekerjanya daripada masuk ke pejabat untuk melakukan pekerjaan.

Melalui tindakan lockout yang dilakukan oleh pihak majikan dengan tidak membenarkan pekerja masuk ke tempat kerja ianya akan memberi kesan yang sangat besar kepada Melalui tindakan lockout yang dilakukan oleh pihak majikan dengan tidak membenarkan pekerja masuk ke tempat kerja ianya akan memberi kesan yang sangat besar kepada

TINDAKAN KESATUAN SEKERJA KEPADA PIHAK PENGURUS

Pertikaian industri yang berlaku telah didefinisikan oleh Akta Hubungan Industri sebagai “Apa-apa pertikaian antara majikan dengan pekerja yang berhubung dengan pekerjaan atau bukan pekerjaan atau syarat-syarat pekerjaan atau peraturan-peraturan kerja bagi mana-mana pekerja tersebut”. Oleh itu, dalam Akta Hubungan Industri 1967, mendefinisikan pihak “merujuk kepada pertikaian industri, ertinya kesatuan sekerja pekerja yang bertindak bagi semua atau mana-mana anggotanya dalam pertikaian industri. Situasi ini jelas menunjukkan bahawa kesatuan sekerja pekerja atau majikan boleh menjadi pihak kepada pertikaian yang berlaku.

Apabila wujudnya pertikaian dalam industri antara majikan dan pekerja, maka pekerja boleh mengambil tindakan industri berhubung dengan pertikaian yang berlaku tersebut iaitu piket dan mogok. Sememangnya piket dan mogok merupakan sesuatu tindakan yang tidak digalakkan oleh kerajaan tetapi dalam Akta Hubungan Industri masih membenarkan pekerja- pekerja mengambil tindakan tersebut dengan syarat tidak melanggar undang-undang yang terdapat dalam piket dan mogok tersebut. Dalam hal berkaitan dengan tindakan industri, tindakan ini hanya dibenarkan apabila pihak yang berusaha memulakan telah membuktikan bahawa tindakan industri adalah sah di sisi undang-undang negara yang termaktub.

PIKET

Piket merupakan salah satu bentuk tindakan perusahaan yang sering kali diambil oleh pekerja-pekerja. Dalam seksyen 40 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 membenarkan seorang Piket merupakan salah satu bentuk tindakan perusahaan yang sering kali diambil oleh pekerja-pekerja. Dalam seksyen 40 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 membenarkan seorang

Piket adalah suatu alternatif yang dilakukan oleh pekerja-pekerja di luar waktu kerja mereka iaiti waktu makan tengahari, sebelum atau selepas waktu kerja. Piket adalah salah cara atau usaha kesatuan untuk mendesak majikan supaya menurut kehendak pekerja seperti gaji, tempoh bekerja, cuti dan sebagainya. Walau bagaimanapun dalam melakukan tindakan perusahaan ini terdapat beberapa syarat yang menyukarkan pekerja pekerja dalam melancarkan tindakan mogok secara sah. Menurut seksyen 40 (3), Akta Perhubungan Perusahaan 1967, mana-mana pekerja yang melanggar syarat-syarat piket seperti membuat huru-hara, mnenjejaskan ketenteraman awam, menghalang laluan masuk dan keluar majikan ke premis atau pejabat akan dikenakan tindakan undang-undang. Tindakan seperti pekerja yang melakukan kesalahan tersebut akan dikenakan penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau denda tidak melebihi satu ribi ringgit atau kedua-duanya.

Biasanya piket dilakukan dengan cara pekerja berdiri atau berarak secara beramai-ramai berhampiran premis perniagaan atau pejabat dengan membawa pelekat poster, sepanduk yang menyatakan tuntutan dan permintaan pekerja bagi tujuan mendedahkan kepada orang ramai tentang rungutan pekerja atau apa-apa bantahan yang pekerja tidak puas hati terhadap pihak majikan. Piket, mogok dan tutup pintu perlu dibendung oleh pihak yang terbabit iaitu pihak Jabatan Perhubungan Perusahaan dalam memastikan kejadian tindakan industri ini tidak tercetus dalam kalangan pekerja-pekerja. Situasi yang teruk akan berlaku sekiranya tindakan tersebut tidak dipatuhi mengikut saluran-saluran yang betul yang mampu membawa keadaan huru-hara dan suasana atau persekitaran yang tidak kondusif. Lebih parah lagi apabila sesuatu pertikaian antara kesatuan sekerja dan majikan tidak dapat diselesaikan secara baik. Pihak yang bertikai akan menggunakan pelbagai cara untuk menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap majikan.

Dalam membina dan mengekal keharmonian antara majikan dengan pekerja atau kesatuan sekerja. Mereka perlu melakukan rundingan damai secara efisyen dan sistematik iaitu duduk semeja bagi membincangkan masalah yang timbul dan mewujudkan jalan penyelesaian yang terbaik bagi kepuasan semua pihak antara majikan dan pekerja. Justeru itu, suasana yang harmoni ini akan dapat membantu pertumbuhan ekonomi negara demi kebahagiaan rakyat secara keseluruhannya serta mampu menjana produktiviti kepada organiasi apabila pertelingkahan dapat diselesaikan. Kejayaan penyelesaian ini akan dapat mewujudkan hubungan yang harmoni antara pihak majikan dan pekerja.

MOGOK

Tindakan industri kedua yang diambil oleh pihak kesatuan sekerja sekiranya rundingan yang dijalankan tidak mendapat penyelesaian atau gagal ialah mogok. Mogok merupakan suatu tindakan dimana pekerja bersatu, berpakat dengan menyekat, mengurang,melambatkan kerja (go slow) dan enggan membuat kerja atau tugasa-tugasan yang berkaitan dengan pekerjaan mereka. Pekerja-pekerja yang bertikai dengan majikan dan masih tidak sefaham akan menyebabkan wujudnya perasaan tidak puas hati yang mana boleh dianggap sebagai suatu tindakan perusahaan. Terdapat tiga jenis tindakan perusahaan yang telah dibenarkan oleh undang-undang perusahaan iaitu mogok, piket dan juga tutup pintu.

Kini, banyak syarikat atau organisasi telah terlibat dengan mogok akibat wujudnya rasa tidak ketidapuasan hati pekerja terhadap segelintir pekerja. Mogok yang berlaku dalam sesebuah organisasi disebabkan pihak majikan melanggar terma dan kondisi pekerjaan yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat dengan majikan tidak membayar gaji yang lebih terhadap pekerja yang bekerja melebihi masa (overtime). Situasi yang terjadi ini menimbulkan rasa tidak puas hati dan seterusnya pekerja meluahkan perasaan tersebut melalui tindakan mogok. Teori sistem oleh Dunlop (1958) juga telah menjelaskan bahawa dalam keadaan normal juga wujudnya konflik atau kerjasama antara pekerja-pekerja.. oleh itu, konflik tidak dapat dielakkan dalam sistem hubungan industri. Konflik antara majikan dan pekerja sememangnya boleh menyebabkan terjadinya mogok kerana masalah yang timbul akan membawa kepada wujudnya konflik, pertikaian dan mogok.

Selain itu, jenis tindakan industri yang dilakukan oleh pihak pekerja yang berkaitan dengan mogok ialah pekerja bekerja mengikut peraturan dan mereka enggan bekerja lebih masa sekiranya majikan memberi arahan berkenaan. Menerusi tindakan tersebut pekerja akan bekerja seperti biasa mengikut tempoh waktu bekerja. Namun begitu tindakan pekerja bekerja tidak melebihi masa akan mengakibatkan pengeluaran akan berkurangan dengan sengaja dan ini dikatakan salah satu tindakan mogok yang dilakukan oleh pekerja.

Tindakan mogok yang dilakukan oleh pekerja atau kesatuan sekerja tidak boleh dilakukan secara suka hati. Sesebuah kesatuan sekerja yang ingin melakukan mogok perlu mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dibawah Akta Kesatuan Sekerja 1959. Kesatuan sekerja juga perlu mematuhi syarat bagi perkhidmatan yang ditakrifkan sebagai perkhidmatan dengan mengikut peraturan di bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967. Prosedur yang perlu diikuti dalam melakukan mogok ialah kesatuan perlu mematuhi peruntukan-peruntukan di bawah Seksyen 43 Akta Perhubungan Perusahaan 1967. Prosedur- prosedur untuk mogok pihak kesatuan sekerja perlu memberi notis terlebih dahulu kepada majikan selama 42 hari sebelum melancarkan mogok dalam tempoh 21 hari selepas memberi notis itu dan pihak kesatuan tidak melancarkan mogok sebelum luputnya tarikh yang telah ditetapkan dalam notis tersebut.

Mogok yang sah apabila kesatuan sekerja mengikut segala peraturan-peraturan dalam Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan Akta kesatuan sekerja 1959. “Wildcat Strike” merupakan suatu tindakan mogok yang dilakukan oleh pekerja-pekerja yang tidak berkesatuan atau kesatuan dan mereka ini tidak mematuhi prosedur yang ditetapkan. Menurut Akta Perhubungan Perusahaan 1967, mogok akan dianggap sebagai mogok haram sekiranya ianya melanggar peruntukan Seksyen 43 Akta yang sama atau mana-mana undang bertulis ianya mempunyai objektif lain selain kepada pertikaian perusahaan antara pekerja dengan majikan. Oleh itu, pihak kesatuan yang ingin melakukan mogok terhadap pihak majikan perlu mengikut syarat-syarat dan peraturan yang telah ditetapkan secara sah.

MELAMBATKAN KERJA (GO SLOW)

Tindakan yang diambil oleh pekerja dalam menentang pihak majikan akibat perasaan tidak kepuasan hati pekerja dengan melambatkan kerja (go slow). Perbuatan melambatkan Tindakan yang diambil oleh pekerja dalam menentang pihak majikan akibat perasaan tidak kepuasan hati pekerja dengan melambatkan kerja (go slow). Perbuatan melambatkan

BOIKOT

Boikot pada awalnya berasal dari nama seorang pesara tentera yang bernama Kapten Charles Cunnigham Boycott. Sikap angkuh Kapten Charles Cnningham Boycoot yang, kejam dan tidak bertimbang rasa serta enggan bertolak ansur telah menambah perbendaharaan kata kepada perkataan “boikot” oleh penduduk pada masa dahulu. Penggunaan perkataan boikot ini juga digunakan untuk menggambarkan rasa masa atau benci terhadap sesuatu perkara ataupun sesuatu pelaksanaan yang telah dilakukan oleh seseorang. Boikot juga dapat dibuat bagi tujuan untuk mengambarkan perasaan marah atau tidak suka kepada sesuatu seperti barangan, individu dan Negara. Dalam kesatuan sekerja perbuatan boikot merupakan tindakan yang diambil oleh kesatuan sekerja sekiranya majikan enggan bertolak ansur dan juga sekiranya perundingan kolektif yang dijalankan tidak berjaya. Perbuatan Mogok ini juga merupakan senjata utama yang diguna pakai oleh kesatuan sekerja dalam melakukan di dalam tindakan perusahaan.

Situasi ini dapat digambarkan apabila majikan terbabit menolak sesuatu tuntutan daripada pekerja yang disuarakan oleh wakil pekerja iaitu kesatuan sekerja dalam perundingan kolektif, kesatuan sekerja akan memintak ahli-ahlinya untuk melakukan mogok di tempat kerja. Antara mogok yang kita dapat lihat adalah dimana pekerja-pekerja ini enggan untuk melakukan sesuatu pekerjaan lebih masa sekiranya mereka diarahkan oleh majikan. Hal ini kerana para pekerja hanya akan melakukan pekerjaannya mengikut masa pekerjaan yang ditetapkan oleh polisi syarikat sahaja. Keadaan ini akan mengakibatkan perusahaan majikan terbabit akan mengalami kerugian kerana pekerja-pekerjanya enggan untuk melakukan pekerjaan lebih masa. Keadaan ini akan menjejaskan pengeluaran produk yang dihasilkan kerana kekurangan pekerja Situasi ini dapat digambarkan apabila majikan terbabit menolak sesuatu tuntutan daripada pekerja yang disuarakan oleh wakil pekerja iaitu kesatuan sekerja dalam perundingan kolektif, kesatuan sekerja akan memintak ahli-ahlinya untuk melakukan mogok di tempat kerja. Antara mogok yang kita dapat lihat adalah dimana pekerja-pekerja ini enggan untuk melakukan sesuatu pekerjaan lebih masa sekiranya mereka diarahkan oleh majikan. Hal ini kerana para pekerja hanya akan melakukan pekerjaannya mengikut masa pekerjaan yang ditetapkan oleh polisi syarikat sahaja. Keadaan ini akan mengakibatkan perusahaan majikan terbabit akan mengalami kerugian kerana pekerja-pekerjanya enggan untuk melakukan pekerjaan lebih masa. Keadaan ini akan menjejaskan pengeluaran produk yang dihasilkan kerana kekurangan pekerja

Dengan melakukan tindakan perusahaan seperti melakukan boikot ditempat kerja ini terbukti dapat melemahkan majikan. Situasi ini adalah disebabkan boleh mendatangkan kerugian yang besar kepada pihak majikan kerana perlu mengeluarkan kos yang lebih untuk memastikan perusahaan mereka berjalan dengan lancar. Akibatnya majikan terbabit akan melakukan rundingan semula dengan pihak kesatuan sekerja bagi mastikan tuntutan yang disuarakan oleh pekerja bawahanya dapat dilaksanakan bagi mengelakkan perkara sebegini dari terus berlarutan.

PERUBAHAN-PERUBAHAN KESATUAN SEKERJA DI SABAH SELEPAS MERDEKA PERUBAHAN DARI ASPEK PERANAN KESATUAN SEKERJA