PENGGUNAAN CATUR FILEM BUJANG LAPOK DALA (1)

PENGGUNAAN CATUR FILEM BUJANG LAPOK DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN KEMAHIRAN BERBAHASA BAHASA MELAYU
Oleh:
Mazura binti Sulaiman
Jabatan Pengajian Melayu
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim
Sungai Petani, Kedah
Kertas kerja ini akan membincangkan pengunaan catur filem Bujang Lapok dalam pengajaran
dan pembelajaran kemahiran berbahasa. Filem-filem yang menjadi fokus kajian ini ialah filem
Bujang Lapok (1957), filem Pendekar Bujang Lapok (1959), filem Seniman Bujang Lapok (1961)
dan filem Ali Baba Bujang Lapok (1961). Keempat-empat filem ini diarahkan dan dilakonkan
oleh Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Keempat-empat filem ini didapati cukup
signifikan untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran berbahasa yang
melibatkan kemahiran lisan, kemahiran membaca dan kemahiran menulis seperti yang
terkandung dalam hasil pembelajaran Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
(KBSR). Selain itu aspek sistem bahasa yang melibatkan unsur tatabahasa, sistem ejaan,
sebutan dan intonasi, kosa kata dan peribahasa juga mampu diajar menggunakan keempatempat filem ini. Penggunaan filem-filem ini juga sesuai dengan trenda semasa perkembangan
ilmu pedagogi di Malaysia yang mengaplikasikan unsur didik hibur dan unsur seni dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

1.0


PENGENALAN

Pengarah veteran, Allahyarham Omar Rojek pernah berkata, “Beri P. Ramlee sesuatu
yang baik, dia akan menjadikannya lebih baik”. Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P Ramlee
legenda tersohor filem Melayu. P. Ramlee telah di Tanah kembali ke Rahmatullah pada pagi
Selasa 29 Mei 1973. Meskipun sudah 40 tahun meninggalkan kita, namun namanya masih
diingati hingga kini. Filem lakonannya juga terus diminati bukan saja oleh generasi lama, malah
generasi baru yang lahir selepas pemergiannya juga mengagumi karya agungnya.

Nama sebenar P. Ramlee ialah Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh, dan beliau
dilahirkan di Pulau Pinang pada hari Rabu 22 Mac 1929 tepat pada pagi Hari Raya Idil Fitri.
Bapanya, Teuku Nyak Puteh merupakan seorang ahli pelayaran yang berasal dari Lho’
Seumawe, Aceh yang telah berkahwin dengan Che Mah Hussin pada 1925 di Kubang Buaya,
Butterworth.
Pada era 60- an dan 70-an itu kesedaran peri pentingnya pendidikan mungkin masih
kurang dalam kalangan masyarakat Melayu terutama mereka yang berada di kampungkampung. Mungkin juga akibat desakan hidup yang memaksa mereka terpaksa meminggirkan
pendidikan untuk anak-anak. Dan Dari Situasi Itulah Allahyarham Tan Sri P. Ramlee cuba untuk
mengubah pemikiran dan mentaliti sebilangan masyarakat Melayu yang tidak mementingkan
pendidikan ini agar keluar dari kepompong mereka. Dan perjuangan untuk menyedarkan

mereka betapa peri pentingnya pendidikan itu telah disampaikan dengan cara paling halus dan
tidaklah terlalu sinis. Meskipun kini kita telah melonjak maju dalam pelbagai bidang namun
filem-filem arahan dan lakonan beliau masih malar segar justeru adalah menjadi signifikan
filem-filem Allahyarham diaplikasikan penggunaannya dalam pendidikan.

Sukatan pelajaran Bahasa Melayu pula menitiberatkan konsep 5P dalam strategi
pengajaran dan pembelajaran. Konsep 5P ialah bermaksud adanya elemen
penggabungjalinan, penyerapan, pengayaan, pemulihan dan penilaian yang digarapkan
dalam satu pengajaran dan pembelajaran. Memasukkan aspek seni boleh dibuat
secara langsung dalam elemen penggabungjalinan dan penyerapan. Kemahiran atau
ilmu dalam seni perlu diintergrasikan kerana murid akan melibatkan perasaan, daya
kreativiti, penajaman intuisi, persepsi, konsepsi, imaginasi dan estetika melalui aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.

Justeru melalui Program Memartabatkan Bahasa

Melayu terdapat dua modul yang boleh dikaitan dengan senario ini iaitu Modul Seni
dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu dan Modul Kreativiti dan Didik
Hibur dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Filem pula merupakan
satu bahan yang boleh digunakan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran Bahasa

Melayu. Pemaduan antara teknik, kaedah dan bahan yang sesuai dapat memastikan
pendidikan Bahasa Melayu berjaya mencapai matlamat.
Kertas kerja ini akan membincangkan bagaimana filem-filem Bujang Lapok iaitu Bujang
Lapok (1957), Pendekar Bujang Lapok (1959) , Seniman Bujang Lapok (1961), dan Ali Baba
Bujang Lapok (1961) mampu digunakan sebagai wahana untuk mengajarkan kemahiran
berbahasa iaitu kemahiran lisan, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Garapan
keempat-empat filem ini mampu menjadikan pengajaran dan pembelajaran kemahiran
berbahasa

lebih menarik dan yang lebih penting mampu membantu mencapai objektif

pengajaran dan pembelajaran kemahiran berbahasa khususnya dalam pendidikan bahasa
Melayu. Kertas kerja ini juga hanya melihat signifikan keempat-empat filem ini dalam konteks
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) sahaja tanpa mengaitkan Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR). Selain itu kertas kerja ini juga akan menyentuh aplikasi catur filem
Bujang Lapok dengan unsur seni dan didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran
kemahiran bahasa.

2.0


KEMAHIRAN BERBAHASA BAHASA MELAYU

Aspek kemahiran berbahasa meliputi Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur,
Membaca dan Menulis. Walau bagaimanapun kemahiran mendengar dan bertutur merupakan
aspek asas yang paling penting dalam kemahiran berbahasa. Hal ini demikian kerana muridmurid yang menguasai kemahiran mendengar dan bertutur dengan baik biasanya berpotensi
dan cenderung menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan lebih baik. Kemahiran
mendengar yang baik membolehkan seseorang memperoleh dan memproses maklumat
dengan tepat. Demikian juga seseorang yang mempunyai kemahiran bertutur yang baik
membolehkan seseorang menyampaikan perasaan dan fikirannya dengan berkesan. Ini
bermakna seseorang pendengar dan penutur yang baik lebih berpotensi menguasasi
kemahiran membaca dan menulis dengan baik kerana keupayaan mendengar dan bertutur
dengan baik akan membantunya dalam proses membaca dan menulis.

2.1

Kemahiran Lisan

Kemahiran lisan melibatkan kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Dalam
konteks ini, kemahiran mendengar ialah proses yang melibatkan aktiviti pemerolehan mesej
atau maklumat; manakala kemahiran bertutur pula melibatkan proses menjana dan

menghasilkan penghasilan maklumat. Menurut Jalongo (1992), kemahiran lisan melibatkan tiga
perkara iaitu pendengaran, mendengar dan auding.
Kebolehan untuk mendengar dan bertutur dengan baik dan berkesan sangat penting
dalam kehidupan seharian. Ini bermakna, seorang pendengar yang baik dapat memahami dan
memperoses maklumat yang didengarinya dalam sesuatu interaksi.

Begitu juga, seorang

penutur yang baik dapat menyampaikan perasaan dan pemikirannya dengan tepat dan
berkesan dalam interaksi tersebut.
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (KBSR) 2003 menegaskan bahawa
Kemahiran Mendengar merupakan keupayaan murid mendengar dengan teliti , memahami
perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan maklum
balas manakala Kemahiran Bertutur merupakan keupayaan murid berbual untuk menjalin

hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif
dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberi kepada penggunaan
pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai.
Sesuai dengan itu dalam KBSR kemahiran lisan diterjemahkan sebagai:
Kemahiran Mendengar dan Bertutur merupakan keupayaan murid memahami perkara yang

didengar dan dituturkan dalam pelbagai situasi pengucapan sama ada perbualan harian atau
situasi

formal.

Kemahiran

ini

bertujuan

menimbulkan

kemesraan

dan

mengeratkan

persahabatan serta dapat membincangkan topik yang lebih mencabar. Semua perbualan harus

mengambil kira aspek sosiobudaya dan tatasusila untuk menjamin kesejahteraan hubungan.
Hasil Pembelajaran bagi Kemahiran Mendengar dan Bertutur ialah berbual, bercerita,
menyampaikan maklumat, dan berbincang.
1.0

Berbual dengan keluarga, rakan sebaya, dan pihak lain dalam situasi formal dan
tidak formal

1.1

Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan dengan kehidupan seharian menggunakan
kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi, dan nada yang sesuai.

1.2

Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila.

1.3

Memberikan dan memahami arahan serta pesanan tentang sesuatu perkara.


1.4

Menyatakan permintaan secara berterus terang dan meyakinkan dengan intonasi dan
paralinguistik yang sesuai untuk menguatkan permintaan.

1.5

Memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara yang tersurat dan tersirat.

1.6

Menyatakan sesuatu kemahuan semasa menjalankan transaksi dalam urusan harian
untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan.

2.0

Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang didengar, ditonton, dibaca , atau
dialami


2.1

Bercerita menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas.

2.2

Melaporkan sesuatu perkara dengan bahasa yang sesuai dan tepat.

3.0

Menyampaikan maklumat dalam pengucapan yang mudah, betul, menarik, dan
berkesan

3.1

Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara atau tajuk menggunakan kata, istilah,
frasa, struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai.

3.2


Menghuraikan maklumat dengan alasan yang meyakinkan.

3.3

Menyampaikan maklumat kepada pihak lain dalam aktiviti yang terancang.

4.0

Berbincang tentang tajuk-tajuk yang relevan secara bertatasusila

4.1

Mengemukakan idea, pandangan, dan pendapat tentang sesuatu perkara secara
terperinci, tepat , dan tersusun.

4.2

Mengemukakan komen yang sesuai berdasarkan pemerhatian, pengalaman, dan
maklumat yang disampaikan oleh pihak lain.


4.3

Mengemukakan hujah untuk menyokong atau menentang sesuatu pendirian dengan
memberikan alasan yang sesuai secara sopan dalam aktiviti yang terancang.

4.4

Menyatakan pilihan untuk menerima atau menolak pandangan dan pendapat dalam
perundingan bagi mencapai kata sepakat.

2.2

Kemahiran Membaca
Kemahiran membaca merujuk keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi,

jeda, dan kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan pada aspek pemahaman dan
penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca. Di
samping itu, murid juga berupaya menghayati teks yang dibaca.Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (2010) . KBSR (2003) menegaskan Kemahiran Membaca merupakan keupayaan
murid membaca ayat dengan lancar serta sebutan, intonasi, dan jeda yang betul. Penekanan
perlu diberi kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan
menggunakan pelbagai teknik membaca.
Dalam KBSR (2003) Kemahiran Membaca merupakan kebolehan murid membaca
bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta
memahami bahan yang dibaca. Penekanan diberikan kepada aspek pemahaman dan
penaakulan kandungan teks secara kritis. Pelbagai teknik membaca diajarkan kepada murid
untuk memastikan keefisienan membaca. Hasil Pembelajaran bagi kemahiran membaca ialah
membaca kuat, memahami maklumat , menaakul , dan menghayati teks.

5.0

Membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi, dan gaya pembacaan yang
sesuai

5.1

Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan
memahami perkara yang dibaca.

5.2

Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar
serta memahami perkara yang dibaca.

6.0

Membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam pelbagai teks

6.1

Merujuk pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat bagi tajuk yang sedang dikaji
termasuk maklumat daripada internet.

6.2

Mengenal pasti pelbagai genre penulisan.

6.3

Membaca dan mengenal pasti isi utama dan isi sampingan daripada teks.

6.4

Membaca pantas secara luncuran untuk mendapatkan maklumat yang menyeluruh.

6.5

Membaca pantas secara imbasan untuk mendapatkan maklumat khusus.

6.6

Membuat ramalan berdasarkan sesuatu cerita atau maklumat yang diberi dalam bahan
ilmu.

7.0

Membaca, menaakul , dan menghayati kandungan teks yang dibaca

7.1

Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang tersurat dan tersirat.

7.2

Membaca dan mengenal pasti perkataan, pelbagai jenis ayat, dan gaya bahasa
daripada bahan sastera dan bukan sastera yang dapat membawa kesan tertentu
kepada pembaca.

7.3

Membaca dan menghayati pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang berkualiti
untuk meningkatkan dan memperkukuh minat membaca.

2.3

Kemahiran Menulis
Kemahiran Menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan membina ayat,

serta dapat mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan. Ini termasuk penulisan tentang
pengalaman peribadi yang dilalui, bahan sastera serta bahan berunsur ilmu. Penulisan
hendaklah menggunakan ayat yang gramatis serta tanda baca dan ejaan yang betul. Tulisan
berangkai yang jelas dan cantik hendaklah digalakkan. Hasil pembelajaran bagi Kemahiran

Menulis ialah keupayaan menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana, mencatat dan
menyusun maklumat, menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif, dan membuat ulasan.
(PPK:2003).
Berdasarkan KBSR (2003) Kemahiran Menulis merupakan keupayaan murid menulis
perkataan dan membina ayat, serta dapat mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan.
Ini termasuk penulisan tentang pengalaman peribadi yang dilalui, bahan sastera serta bahan
berunsur ilmu. Penulisan hendaklah menggunakan ayat yang gramatis serta tanda baca dan
ejaan yang betul. Tulisan berangkai yang jelas dan cantik hendaklah digalakkan. Hasil
pembelajaran bagi Kemahiran Menulis ialah keupayaan menggunakan pelbagai jenis ayat dan
wacana, mencatat dan menyusun maklumat, menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif,
dan membuat ulasan.
8.0

Menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana dalam penulisan

8.1

Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.

8.2

Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks
tentang sesuatu tajuk.

8.3

Menulis perkataan dan ayat dengan tulisan berangkai yang kemas.

8.4

Membina dan menulis ayat topik dan ayat huraian berdasarkan sesuatu perkara.

8.5

Mengenal pasti dan menggunakan penanda wacana yang sesuai dalam satu perenggan
bagi sesebuah karangan.

8.6

Membina wacana yang sempurna bagi keseluruhan karangan.

9.0

Mencatat dan menyusun maklumat

9.1

Mengambil imlak bahan yang diperdengarkan.

9.2

Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan yang didengar atau
dibaca.

9.3

Menyusun maklumat daripada nota atau catatan hasil daripada bahan yang didengar
atau dibaca secara kohesif.

10.0

Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif

10.1

Menghasilkan pelbagai genre (prosa dan puisi) termasuk e-mel yang mudah, menarik
dan bermakna.

10.2

Mengedit dan memurnikan hasil penulisan.

10.3

Membuat ringkasan daripada bahan yang didengar dan dibaca.

11.0

Membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton, atau dibaca

11.1

Menyatakan pandangan tentang perkara yang menarik dalam sesebuah karya.

11.2

Mengulas karya bukan sastera dari segi penggunaan perkataan, idea, ayat, wacana,
nilai dan pengajaran.

11.3

Mengulas karya sastera yang mudah secara umum dari segi tema dan persoalan, watak
dan perwatakan, nilai dan pengajaran, dan gaya bahasa.

11.4

Memberikan komen dan pandangan tentang pendapat yang disampaikan oleh pihak
lain.

Dalam mencapai objektif kemahiran berbahasa ini, dalam pendidikan bahasa Melayu
aspek sistem bahasa juga hendaklah diutamakan. KBSR (2003) menyatakan sistem bahasa ini
seperti berikut:

2.4

Sistem Bahasa

Sistem Bahasa berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran tatabahasa, ejaan, sebutan dan
intonasi, kosa kata, dan peribahasa.
Tatabahasa
Tatabahasa hendaklah dijadikan dasar kecekapan berbahasa dan diajarkan secara terancang
dalam konteks untuk ketepatan berbahasa. Kandungan tatabahasa terdiri daripada morfologi
dan sintaksis.

a)

Morfologi

Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk kata, dan penggolongan
kata. Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambing (tulisan) yang menjadi unit
bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada berbentuk
tunggal atau hasil daripada proses

pengimbuhan, pemajmukan , dan penggandaan.

Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan
fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Aspek morfologi yang diberi tumpuan
adalah seperti yang berikut:
a.

Struktur kata merujuk kepada pola suku kata bagi

i.

kata asli bahasa Melayu

ii.

kata pinjaman bahasa Melayu

b.

Bentuk kata

i.

kata tunggal

ii.

kata terbitan

iii.

kata majmuk

iv.

kata ganda

• Proses pembentukan kata bahasa Melayu ialah:
i.

pengimbuhan

ii.

penggandaan

iii.

pemajmukan

Antara ketiga-tiga proses pembentukan kata, yang amat kompleks ialah sistem imbuhan
bahasa Melayu. Oleh itu, penekanan hendaklah diberi kepada aspek penggunaan imbuhan
yang betul dari segi bentuk dan makna.
c.

Golongan kata

i.

kata nama

ii.

kata kerja

iii.

kata adjektif

iv.

kata tugas

b)

Sintaksis

Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur , dan binaan atau konstruksi
ayat. Ini bermakna, bidang sintaksis ialah kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang
mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk
membentuk ayat. Aspek sintaksis yang diberi tumpuan
adalah seperti yang berikut :
a.

unsur utama yang terdiri daripada kata, frasa, klausa, dan aspek pembinaannya serta
pembahagian subjek dan predikat,

b.

jenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seruan,

c.

ragam ayat, iaitu ayat aktif dan ayat pasif, d. susunan ayat, iaitu susunan biasa dan
songsang,

e.

binaan dan proses penerbitan ayat:

i.

ayat dasar

ii.

ayat tunggal

iii.

ayat terbitan atau ayat majmuk, dan

f.

aspek tanda baca

Sistem Ejaan
Perkara yang diberi penekanan ialah:
i.

pola keselarasan huruf vokal

ii.

ejaan kata pinjaman

iii.

ejaan kata dasar dan kata terbitan

Sebutan dan Intonasi
Sebutan dan intonasi diajarkan supaya murid dapat menyebut perkataan dan ayat dengan betul
serta memahami intonasi dan jeda. Kemahiran yang dipupuk ialah kebolehan mengenal pasti
dan membezakan pelbagai aspek dalam sebutan dan intonasi supaya murid dapat
menyampaikan sesuatu makna dengan tepat. Sebutan bahasa Melayu yang diajarkan di
sekolah hendaklah sebutan bahasa Melayu baku.
i.

Sebutan

Sebutan diajarkan supaya murid dapat menyebut sesuatu kata dengan betul. Sebutan bahasa
Melayu yang diajarkan di sekolah hendaklah sebutan bahasa Melayu baku.
ii.

Intonasi

Intonasi ayat bahasa Melayu hendaklah diajarkan mengikut pola yang berikut:
a.

Jenis ayat

i.

ayat penyata

ii.

ayat tanya

iii.

ayat seruan

iv.

ayat perintah

b.

Susunan ayat

i

ayat biasa

ii.

ayat songsang

c.

Ragam ayat

i

ayat aktif

ii.

ayat pasif

Kosa kata
Kosa kata terdiri daripada kosa kata umum dan istilah. Penguasaan kosa kata perlu
dipertingkatkan dan diperkembang selaras dengan pertambahan ilmu dalam mata pelajaran
peringkat sekolah rendah.
Peribahasa
Peribahasa yang merangkumi simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan, perbilangan ,
kata-kata hikmat , dan bahasa kiasan perlu diajarkan dalam pendidikan Bahasa Melayu.
Pemilihan peribahasa, kata-kata hikmat, dan bahasa kiasan hendaklah mengutamakan
falsafah, keperibadian, dan nilai murni masyarakat Malaysia.

3.0

SENI DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

Seni dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting ke arah perkembangan
kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya. Matlamatnya ialah
untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian,
berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan tiga jenis seni
yang terdiri seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan
yang lebih bersifat holistik dan menyeluruh.
Perkaitan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani amat berkaitan dengan
matlamat pelaksanaan Seni dalam Pendidikan Bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana aspek
seni boleh mempengaruhi intelek, rohani, emosi dan jasmani kanak-kanak.
Aspek ini jika dimasukkan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan memberi
peluang kepada kanak-kanak dan remaja untuk meneroka pelbagai sudut yang mereka lihat,
dengar, sentuh, bergerak dan berfikir dengan setiap aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah.
Oleh itu pewujudan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani boleh terhasil.
3.1

Konsep Seni dalam Pendidikan Bahasa Melayu
Secara umumnya Seni merupakan sesuatu yang halus dan indah. Seni boleh ditakrifkan

sebagai kesanggupan akal manusia untuk menciptakan sesuatu karya yang bermutu dan
bernilai tinggi. Seni adalah salah satu manifestasi dan pancaran rasa keindahan, pemikiran,
kesenangan dan perasaan yang lahir dari seniman. Ini merupakan hasil idea para seniman
yang berlandaskan imaginasi, pengetahuan, pendidikan, inspirasi, dan tenaga seniman. Seni
juga merupakan suatu medium pendidikan yang dapat membentuk kehidupan dan sifat-sifat
peribadi seseorang kanak-kanak Seni itu haruslah digalakkan demi meningkatkan daya
kreativiti dan pemahaman terhadap kehidupan itu sendiri.
Integrasi Seni dalam pendidikan boleh meningkatkan perkembangan insan dan minda
secara holistik dan membantu meningkatkan kreativiti dan ekspresi kendiri seseorang. Hal ini
disokong oleh teori-teori dari ahli psikologi kognitif dan konstruktivisme yang telah membuktikan

kanak-kanak tidak memperolehi pengetahuan secara pasif, tetapi mereka membina
pengetahuan secara aktif. Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner telah menyokong
seni diberi peranan yang lebih penting dalam kurikulum. Ini kerana manusia memperolehi
pengetahuan melalui kecerdasan yang pelbagai.

3.2

Objektif Seni dalam Pendidikan Bahasa Melayu
Secara umumnya, pengajaran dan pembelajaran seni dalam pengajaran Bahasa Melayu

digubal untuk memenehi beberapa matlamat.

Menurut Sukatan Pelajaran Kurikulum

Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu sekolah Menengah (KBSM)
2011, seni dalam pengajaran Bahasa Melayu tergolong di dalam hasil pembelajaran bidang
Seni Berbahasa untuk sekolah rendah dan bidang estetik untuk sekolah menengah. Ia
diharapkan dapat mempertingkatkan keupayaan pelajar di dalam penguasaan aspek
kebahasaan, keindahan dan kehalusan bahasa.

Di samping itu, komponem ini juga

mengutamakan penikmatan hasil karya yang indah, penglahiraan perasaan dan penghayatan.
Sehubungan itu, seni dalam pengajaran Bahasa Melayu diajarkan untuk memenuhi
objektif-objektif berikut :
(i)

Menerapkan minat membaca dan kemahiran berbahasa sebagai amalan ke arah
membina budaya pembelajaran berterusan.

(ii)

Memupuk semangat keyakinan diri.

(iii)

Mengaplikasikan pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran
bahasa.

(iv)

Mengaplikasikan pengetahuan seni dalam pengajaran bahasa Malaysia di peringkat
sekolah rendah dan menengah.

(v)

Memperkembang kekuatan imaginasi,

kreativiti,

pemikiran

kritis dan berunsur

pengetahuan menggunakan kemahiran menulis.
(vi)

Menghargai dan menghayati nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme, dan
perasaan cintakan Negara.

(vii)

Bertutur petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam pelbagai situasi.

(viii)

Membaca pelbagai bahan berunsurkan pengetahuan menggunakan teknik membaca
yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara
kritis.

3.3

Kepentingan Seni dalam Pendidikan Bahasa Melayu
Seni dalam Pendidikan melibatkan ekspresi, emosi dan imaginasi.

(a)

Peranan ekspresi
Seni dalam pendidikan Bahasa Melayu menyarankan pelbagai aktiviti melalui perasaan,
pernyataan emosi, idea dan manifestasi pemikiran. Aktiviti seperti ini memberi peluang
kepada murid-murid untuk membina keyakinan, menajamkan persepsi, meningkatkan
kreativiti dan meningkatkan nilai estetik.

(b)

Peranan emosi
Emosi merupakan perasaan jiwa yang kuat seperti sedih, gembira, takut dan geli.
Manakala emosi yang mempengaruhi ingatan pula boleh digolongkan dalam dua jenis,
iaitu seronok dan tenang, serta kurang seronok dan cemas.

(c)

Peranan imaginasi
Proses kreativiti dan imaginasi boleh melibatkan;
(i) Perasaan dalaman kanak-kanak, imaginasi dan kreativiti
(ii) Pengalaman kanak-kanak melalui interaksi dan tindakan yang diambil
(iii) Kebolehan kanak-kanak meluahkan perasaannya secara lahiriah.

3.4

Unsur Seni dalam Pendidikan Bahasa Melayu
Seni dalam pendidikan Bahasa Malaysia adalah menjurus kepada seni visual, seni

muzik dan seni pergerakan. Ia tidak merujuk kepada bidang seni lain seperti seni teater, seni
sastera, seni fotografi dan seni mempertahankan diri. Seni dalam pendidikan Bahasa Melayu
peringkat sekolah rendah dan menengah lebih menegaskan kepada aspek pemahaman,
penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu
melalui penajaman intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Guru akan memberi murid
untuk

menjalankan

aktiviti

untuk

meneroka,

mengalami

dan

mengekspresi

citarasa

pancaindera. Murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, seni muzik dan
seni pergerakan dalam meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi untuk mencapai
pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan.

3.5

Kesan Positif Seni dalam Pendidikan Bahasa Melayu

Menjadikan P&P
lebih seronok
Memupuk nilai
kerjasama

Memahami
potensi diri murid

Kesan
Positif
Murid berpeluang
meneroka

Luahan perasaan
dan keyakinan

Memenuhi
keperluan sosial

Rajah 1.1 Kesan Positif Seni dalam Pendidikan Bahasa Malaysia

4.0

DIDIK HIBUR DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

Didik hibur merupakan satu pembaharuan yang cuba diperkenalkan kepada murid-murid
sebagai kaedah alternatif semasa proses pengajaran Bahasa Malaysia. Tujuannya supaya sesi
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia menjadi seronok untuk diikuti murid-murid.
Fokus pelaksanaan adalah kepada penguasaan kemahiran asas Bahasa Malaysia dalam
kalangan murid melalui pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. Penghayatan dan
apresiasi juga akan diberikan kepada Kesusasteraan Melayu untuk murid-murid sekolah
menengah.
Penumpuan memperkasa penguasaan Bahasa Malaysia amat ditekankan. Oleh itu,
Kerajaan akan mula melaksanakan transformasi kurikulum Bahasa Malaysia di sekolah rendah
dan menengah yang mana akan memberi fokus kepada penguasaan asas kemahiran
berbahasa dalam kalangan murid melalui pendekatan modular yang bersepadu, seimbang dan
holistik merangkumi aspek kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis serta
penguasaan tatabahasa dan seni bahasa.

Di sekolah rendah, kerajaan berhasrat memperkenalkan pendekatan didik hibur dan
apresiasi

bahasa

bagi

merealisasikan

hasrat

transformasi

berkenaan.

Manakala

di peringkat sekolah menengah pula, transformasi kurikulum Bahasa Malaysia akan memberi
penekanan kepada penghayatan dan apresiasi aspek Kesusasteraan Melayu. Kaedah
pengajaran akan lebih interaktif, iaitu berkonsepkan didik hibur supaya pengajarannya lebih
mudah dihayati dan difahami.

4.1

Konsep Didik Hibur
Didik Hibur bemaksud mendidik sambil menghibur. Kamus Dewan (2000) mentakrifkan

didik sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar, manakala hibur bermaksud
menyenangkan atau menggirangkan hati.
Rumusannya didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur dengan penekanan pelaksanaannya terhadap
empat komponen sastera iaitu nyanyian, bercerita, lakonan dan puisi. Oleh itu, keseronokan
murid secara total dalam mempelajari Bahasa Malaysia akan dapat direalisasikan secara
terancang dan bersistematik.
4.2

Ciri-Ciri Didik Hibur
(i)

Sesi pembelajaran yang menyeronokkan kerana terkandung unsur kelakar,
kecindan, ada unsur estetik, permainan muzik, lakonan dan sebagainya.

( ii )

Mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan murid kepada guru. Seperti
yang dijelaskan sebelum ini didik hibur berkonsepkan santai dan berhibur.
Justeru murid-murid sentiasa berada dalam keadaan pembelajaran yang positif
dan tertunggu-tunggu untuk melalui sesi pembelajaran pada hari berikutnya.

( iii )

Sesi pembelajaran yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan
pelbagai. Menerusi aktiviti nyanyian dan lakonan umpamanya, murid-murid boleh
main peranan dengan menyertai aktiviti tersebut sambil berhibur. Yang penting,
arahan guru perlu jelas dan ringkas di samping penggunaan ICT dan BBM untuk
menarik penglibatan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran.

( iv )

Objektif aktiviti cenderung kepada

pelbagai cara penyelesaian masalah dan

kepelbagaian cara persembahan yang tiada unsur kalah atau menang, tiada

ganjaran atau dendaan serta latihan dan penggunaannya menjurus kepada
aktiviti Bahasa Malaysia.
(v)

Salah atau tidak bukan matlamat aktiviti didik hibur, tetapi yang penting berjaya
melibatkan seramai mungkin murid dan aktivitinya bersahaja dan santai.

( vi )

Aktiviti yang dipilih lebih menjurus kepada aktiviti berkumpulan atau berpasangan
supaya wujud semangat kerja berpasukan, kerjasama dan toleransi.

( vii )

Murid bebas bersuara, mengeluarkan pendapat dan idea secara logik tetapi
terkawal untuk memberikan satu persembahan yang menarik.

( viii ) Murid bebas untuk bergerak, berlakon, menyanyi dan sebagainya tetapi
terkawal.
( ix )

4.3

Aktiviti didik hibur banyak menggunakan komunikasi melalui bahasa tubuh.

Objektif Didik Hibur
Terdapat tiga objektif pelaksanaan pendekatan didik hibur dalam pengajaran Bahasa

Malaysia di sekolah rendah dan menengah, iaitu:
(i)

Mengguna dan memahami lirik lagu secara didik hibur;

( ii )

Mengguna dan memahami bahasa yang indah dan bahasa badan

dalam

lakonan dan bercerita; dan
( iii )

4.4

Mengguna dan memahami pantun dua kerat secara didik hibur.

Pelaksanaan Didik Hibur dalam Pendidikan Bahasa Melayu
Didik hibur dilaksanakan secara penyerapan dalam pengajaran Bahasa Malaysia

dengan berfokuskan kepada aktiviti mengguna dan memahami lirik lagu, bahasa indah, bahasa
badan dan berpantun (dua kerat). Penyerapan ialah proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu,
nilai, murni, dan kemahiran bernilai tambah yang dipelajari semasa pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Malaysia (Kementerian Pendidikan Malaysia 2001).
Terdapat empat unsur penyerapan sedia ada dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu, iaitu:
(i)

Pelbagai bidang ilmu serta tema,

( ii )

Semangat kewarganegaraan dan nilai murni masyarakat Malaysia,

( iii )

Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, dan
kemahiran bernilai tambah.

Didik hibur termasuk dalam penyerapan jenis pertama iaitu pelbagai bidang ilmu serta
tema kerana iaitu penyerapan didik hibur menekankan empat bidang utama iaitu nyanyian,
bercerita, lakonan dan puisi. Dalam modul ini, penyerapan bermaksud proses menyerapkan
pelbagai aktiviti nyanyian, bercerita, lakonan dan berpantun dua kerat dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Malaysia sekolah rendah dan menengah.

5.0

PENGGUNAAN FILEM DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Dalam usaha memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran kemahiran berbahasa

dalam pendidikan Bahasa Melayu tercapai, seorang guru yang baik perlu memiliki cirri-ciri
seperti sahsiah yang baik, memiliki latar belakang pengetahuan yang hendak diajar, dan
berkemampuan dalam penyampaian (Atan Long, 1982).

Schulman (1986, 1987) pula

menganggap untuk menjadi guru yang efektif guru perlu menonjolkan kecekapan dalam
penguasaan isi kandungan, pengetahuan pedagogi dan pengetahuan kandungan pedagogi.
Dalam konteks ini pengetahuan kandungan pedagogi meliputi kebolehan menyampaikan
pengetahuan kandungan untuk meningkatkan pemehaman dan pencapaian. Sehubungan itu,
pedagogi guru perlu mengambil kira keperluan penggunaan bahan bantu mengajar untuk
menjadikan pengajaran lebih menarik. Kebanyakan guru bergantung kepada bahan bantu yang
sesuai untuk mewujudkan pembelajaran yang berkesan. Medium filem merupakan salah satu
bahan yang boleh digunakan untuk tujuan tersebut.
Mohamed Izzat Mohamed Sarip yang membuat kajian tentang penggunaan video dan
perisian Creaza kajian ini memberi fokus kepada pembelajaran dan penulisan karangan melalui
penggunaan video dan perisian Creaza dalam penulisan karangan di Sekolah Rendah Elias
pula mendapati murid dapat menghasilkan peta minda berdasarkan video yang dipaparkan.
Berdasarkan rubrik yang diberikan untuk setiap karangan, secara kuantitatif ada peningkatan
dalam bilangan murid yang lulus iaitu terdapat peningkatan daripada 50% kepada 60%.
Berdasarkan penggunaan peribahasa dan frasa yang sesuai mengikut keadaan, terdapat
peningkatan markah sebanyak 15-20%.

Dari segi mutu penulisan murid, terdapat peningkatan dari segi pemerengganan,
penjanaan dan kesinambungan idea dalam karangan murid. Dari sudut menjana idea pula,
murid dapat berfikir sambil menghasilkan frasa dan kata-kata yang sesuai berkenaan karangan
yang ditulis. Secara tidak langsung, murid bukan sahaja dapat mempelajari dan memperkaya
kosa kata, mereka juga dapat menghayati penulisan dari kaca mata watak dalam gambar
tersebut. Murid juga dapat menerapkan unsur perasaan, insiden serta pengajaran yang
terdapat dalam gambar yang diberikan. Secara keseluruhan, murid dapat mempamerkan sikap
yang positif semasa mengikuti aktiviti pembelajaran yang dijalankan.
Manakala Bayu Seno Aji (2012) telah membuat kajian tentang penggunaan media filem
pendek dalam pembelajaran menulis cerpen. Kajian beliau yang bertajuk “Keefektifan media
filem pendek dalam pembelajaran menulis cerpen . Dapatan kajian yang dilakukan ke atas
siswa kelas x SMAN 1 Wadaslintang Kec. Wadaslintang, Kab Wonosobo mendapati

terdapat

perbezaan keterampilan menulis cerpen yang signifikan antara kelompok yang diajar dengan
menggunakan media “film pendek” dan yang tidak diajar dengan media “film pendek”. Hasil
perhitungan uji scheffe, diperoleh skor F’ hitung (F’h) sebesar 756.919 dengan db 72 dan p
sebesar 0.00, skor tersebut dikonsultasikan dengan skor F’ tabel. Skor F’ tabel (F’t) sebesar
30.485. Dengan demikian skor F’ hitung lebih besar daripada skor tabel (F’h. 756.919 > F’t
30.485). Hasil analisis tersebut menunjukkan bahwa pembelajaran keterampilan menulis cerpen
menggunakan media “film pendek” lebih efektif daripada pembelajaran keterampilan menulis
cerpen tanpa menggunakan media “film pendek”.
Kajian oleh Mulyati (2011) iaitu ‘Penggunaan filem fiksi dalam menulis karangan narasi’
dalam kalangan siswa kelas vii SMPN3 Bandong, Indonesia menunjukkan kemampuan menulis
karangan bentuk narasi dalam kalangan siswa semakin meningkat setelah melalui proses
pengajaran dan pembelajaran menggunakan media filem fiksi.
Sumaryati (2009) melalui kajian beliau tentang “Penggunaan media tayangan filem
television dalam pembelajaran menulis cerpen pula menunjukkan terdapat peningkatan
pencapaian pelajar setelah penggunaan media filem dalam pengajaran dan pembelajaran.
Oktaviyani (2011), kajian beliau ke atas siswa kelas III SMP Negeri Bandong, Indonesia
tentang penggunaan media stik wayang bagi meningkatkan ketrampilan penulisan skrip drama.
Dapatan kajian menunjukkan penggunaan media stik wayang ini membantu meningkatkan daya

imaginasi dan memotivasikan siswa dalam pembelajaran menulis skrip drama. Selain itu, mutu
hasil penulisan mereka juga semakin meningkat. Hal ini membuktikan bahawa media filem
memiliki pengaruh yang besar dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan
prestasi pelajar.
6.0

FILEM-FILEM BUJANG LAPOK
PELAKON dan pengarah Allahyarham P. Ramlee adalah sebuah nama yang cukup

terkenal di persada seni tanah air. Allahyarham banyak mengarah filem dan mendapat
perhatian di peringkat antarabangsa di era 1950-an dan 1960-an. Hingga kini, filem arahan
Allahyarham P. Ramlee masih ditonton oleh semua lapisan generasi dan kaum di Malaysia.
Daripada 34 buah filem yang diarah oleh Allahyarham, 18 buah filem adalah dari genre komedi.
Filem komedi pertama beliau adalah Bujang Lapok diarahkan pada tahun 1957.
Filem-filem arahan Allahyarham

jika diteliti dan dihalusi mampu menterjemahkan

sesuatu yang positif dalam bidang pendidikan amnya dan pendidikan bahasa khususnya. Catur
filem yang menggunakan watak “Bujang Lapok” merupakan antara filem komedi beliau yang
masih malar segar hingga kini. Jalan ceritanya agak santai dan dipenuhi dengan unsur komedi,
samada kita sedari atau tidak banyak memberi penekanan isu-isu pendidikan di sepanjang plot
cerita. Yang utamanya adalah berkenaan dengan situasi buta huruf dalam kalangan
masyarakat Melayu pada waktu Itu. Rata-rata memahami bahawa masyarakat Melayu agak
jauh ketinggalan dalam bidang pendidikan semasa dan selepas zaman penjajahan British.
Kamus Dewan Edisi Ketiga (halaman 181) memberi maksud bujang sebagai tidak
beristeri, tidak (belum) bersuami manakala lapuk (halaman 767) sebagai bercendawan kerana
buruk atau terlalu lama merujuk kepada kayu dan lain-lain atau mungkin juga reput. Walau
bagaimana pun P.Ramlee lebih selesa menggunakan vokal o daripada vokal u dalam ejaan
perkataan Lapok bagi disesuaikan dengan sebutan yang enak didengar oleh khalayak. Bujang
Lapok dalam konteks filem-filem arahan P.Ramlee ini boleh dikatakan merujuk kepada orang
lelaki yang belum berkahwin meskipun telah lewat usia atau dalam bahasa mudahnya “bujang
terlajak”. Dalam catur filem Bujang Lapok ini watak “bujang terlajak” ini diwakili oleh watak
Ramlee, Sudin dan Aziz.

Poster-poster filem Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok dan Ali
Baba Bujang Lapok.
6.1

Sinopsis Filem Bujang Lapok
Ramli, Aziz dan Sudin tinggal di rumah sewa kepunyaan Normah. Sudin dan Zaiton

ingin berkahwin tetapi emak Zaiton tidak setuju. Ayu, adik kepada Zaiton, sentiasa meminta
upah untuk menutup rahsia perhubungan Sudin dan Zaiton. Namun hubungan mereka akhirnya
diketahui oleh ibu Zaiton. Disebabkan darjat yang berbeza menyebabkan pelbagai halangan
yang timbul dalam perhubungan mereka. Meskipun

dapat bertunang dengan Zaiton tetapi

timbul masalah pabila perkahwinan hendak dilaksanakan kerana Sudin tidak mempunyai wang.
Namun hasil muslihat
masalah.

Zaiton yang mengambil cincin ibunya telah dapat menyelesaikan

Aziz pula membantu Sapiah yang menderita di tangan bapa angkatnya yang kejam.
Pertolongan Aziz, Ramlee, Sudin dan Normah akhirya Berjaya melembutkan hati dan memberi
kesedaran kepada bapa tiri Safiah. Dia akhirnya insaf. Ramlee pula begitu disayangi oleh
Normah tuan punya rumah yang disewa Ramlee, Sudin dan Aziz. Tapi Normah hanya
memendam rasa. Ramlee juga sebenarnya ada hati dengan Normah. Selepas beberapa lama,
ketiga-tiga sahabat ini berkahwin dengan gadis pilihan masing-masing - Sudin dengan Zaiton,
Aziz dengan Sapiah dan Ramli dengan Normah.
6.2

Sinopsis Filem Pendekar Bujang Lapok
Tiga pemuda "bujang lapok" yang terdiri daripada Ramli, Sudin dan Ajis sedang

menunggu sampan di tengah-tengah pengembaraan mereka untuk menyeberang sungai.
Syarikat sampan tersebut dimiliki seorang kaya bernama Ahmad Nisfu, yang menggunakan
samseng untuk memastikan perniagaannya berjalan lancar. Seorang tua bernama Pendekar
Mustar mahu menyeberang sungai tetapi dilarang samseng-samseng tersebut, tetapi dia
berjaya menewaskan kesemua samseng yang rata-ratanya muda dan perkasa.
Ramli, Sudin dan Ajis terpesona dengan kehandalan Pendekar Mustar dan mengambil
keputusan berguru dengannya. Mereka bersemuka dengan Pendekar Mustar sambil
menyarakan hasrat untuk belajar silat dengannya. Pendekar Mustar menerima ketiga-tiga
pemuda tersebut dan mula mengajar mereka silat, tetapi mendapat tahu mereka bertiga
kesemuanya buta huruf. Maka dia menghantar pemuda-pemuda tersebut ke sekolah orang
dewasa di mana anak perempuan Pendekar Mustar, Ros, mengajar mereka menulis dan
membaca.
Ahmad Nisfu tiba di rumah Pendekar Mustar dengan gerombolan samsengnya. untuk
menuntut ganti rugi terhadap kecederaan yang dialami anak buahnya, tetapi dihalau oleh
Pendekar Mustar menolak, dan trio bujang lapok. Suatu malam, Pendekar Mustar menghantar
pemuda-pemuda tersebut bertapa di tanah perkuburan berhampiran., pada malam itu juga
kumpulan penyangak Ahmad Nisfu menculik Ros. Mereka melalui kubur tersebut tetapi tidak
diendahkan si bujang lapok itu, dengan anggapan ia hanyalah "cubaan". Hanya setelah isteri
Pendekar Mustar sendiri yang memujuk mereka, barulah mereka pergi menyelamatkan Ros
dari tangan Ahmad Nisfu.

6.3

Sinopsis Filem Seniman Bujang Lapok
Filem ini mengisahkan kehidupan tiga orang bujang Ramlee, Aziz dan Sudin yang

mendiami kawasan perumahan yang sesak. Bujang Lapok yang menganggur berusaha untuk
mendapatkan pekerjaan. Mereka tinggal di dalam satu rumah yang besar dan dihuni bersama
beberapa kelamin beraneka bangsa dan ragam. Suatu hari, setelah melihat siar raya (iklan)
bagi filem terbaru Shaw Brothers Limited, mereka mendapat ilham untuk menjadi seniman.
Merekapun bersiap-siap untuk pergi ke studio Jalan Ampas.
Pengurus studio telah berjanji untuk memberikan peluang kepada mereka untuk
berlakon sekiranya mereka boleh membuktikan bakat lakonan mereka dalam ’screen test’.
Ternyata telatah dan bakat lakonan mereka telah menarik perhatian pengurus studio tersebut.
Sebagai pelakon mereka perlu menghafal dialog. Suasana aman dan tenteram tidak pernah
dialami di rumah yang penuh sesak itu. Kasihan mereka kerana sukar unutk menumpukan
perhatian. Esoknya mereka berlakon. Oleh kerana karenah mereka yang memeningkan kepala
Director Ahmad Nesfu pengsan.
Ada satu lagi masalah besar. Ramlee cintakan Salmah dan mahu berkahwin
dengannya. Tetapi Ramlee tidak mempunyai wang. Sementara itu, Salmah disuruh ibunya
untuk berkahwin denga Shariff Dol, seorang samseng yang kaya dan berpengaruh.
Pertunangan Salmah dan Shariff diputuskan apabila ibu Salmah mengetahui hal yang sebenar.
Sebagai rakan sebilik Ramlee, Sudin menolong dengan batu ajaibnya. Tapi ternyata sia-sia.
Mujurlah Salmah mempunyai wang simpanan dan dapat menyelamatkan keadaan. Pada suatu
malam, pulang dari temujanji Ramlee dan Salmah terperanjat apabila mendapati bahawa rumah
mereka sedang galak dijilat api. Jelas itu merupakan perbuatan Shariff Dol. Ramlee dan
penduduk kampong ke rumah Shariff dan Ramlee telah membelasah Shariff secukup-cukupnya
sehingga Shariff menyerah kalah. Shariff Dol ditangkap dan diserahkan kepada pihak polis.
Sesudah itu, Salmah membawa berita gembira buat Ramlee. Mereka boleh berkahwin kerana
duit yang disangkakan terbakar sebenarnya telah selamat disimpan oleh ibunya di Pejabat Pos.

6.4

Sinopsis Filem Ali Baba Bujang Lapok
Ali Baba adalah seorang yang miskin dan papa kedana. Dia sering menghantar isterinya

ke rumah Kassim Baba untuk meminjam gandum supaya mereka dapat makan, tetapi Kassim
Baba yang kedekut kecewa dengan adiknya itu dan seringkali memberitahu isterinya bahawa
Ali Baba ialah seorang yang tidak berguna. Suatu hari, semasa Ali Baba sedang keluar mencari
kayu api, dia terlihat sekumpulan 40 penyamun berkawad melalui hutan sambil membawa hasil
rompakan. Dia bersembunyi di sebatang pokok dan melihat ketua penyamun berdiri di hadapan
sebuah gunung batu sambil menyanyikan mentera di dalam Bahasa Jawa untuk membuka
mulut gua batu tersebut. Ali Baba menunggu sehingga kesemua penyamun meninggalkan gua
sebelum dia turun dari atas pokok dan menggunakan mentera itu untuk membuka mulut gua
tersebut. Dia mendapati di dalam gua tersebut penuh dengan harta-benda dan barang kemas,
tetapi dia hanya mengambil satu peti berisi syiling emas sahaja.
Dengan wang emas tersebut Ali Baba mampu membayar balik kesemua hutangnya
pada abangnya serta hidup dalam keadaan mewah. Kassim Baba berasa ingin tahu lalu
memujuk Ali Baba untuk memberitahunya bagaimana dia boleh jadi cepat kaya. Ali Baba terus
memberitahu mengenai gua tersebut serta mentera untuk membuka gua itu, tetapi belum
sempat

dia

memberitahu

mentera

penutup

ataupun

mengenai

penyamun

yang

menggunakannya, Kassim Baba terus meluru untuk mencari gua tersebut. Kassim Baba,
dengan penuh rasa tamak, cuba mencuri kesemua yang ada di dalam gua penyamun tersebut.
Dia tertangkap semasa para penyamun pulang semula ke gua lalu membunuhnya. Ali Baba
pergi semula ke gua itu dan menemui mayat abangnya itu. Dia membawa pulang mayat itu dan
menghantar mayat Kassim Baba untuk dijahit dan dikebumikan.
Ketua penyamun tersebut menyedari kekayaan Ali Baba dan menjadikannya sasaran
untuk rompakan seterusnya. Setelah anak buahnya dua kali gagal, si ketua itu sendiri pergi ke
rumah Ali Baba dan menyamar sebagai saudagar minyak, sementara anak-anak buahnya
bersembunyi di dalam tong minyak yang disimpan di halaman rumah. Hamba Ali Baba, Marjina,
menemui rancangan untuk menewaskan para penyamun itu, di mana minyak sebenar yang
mendidih dicurahkan ke dalam setiap tong minyak. Setelah kesemua penyamun ditewaskan,
dia sendiri menyerang dan membunuh ketua penyamun itu. Ali Baba yang terhutang budi
kepada Merjina seterusnya membebaskannya.

7.0

PENGGUNAAN CATUR FILEM BUJANG LAPOK DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN KEMAHIRAN BERBAHASA
Filem Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok dan Ali Baba

Bujang Lapok tetap mendapat tempat dalam kalangan pelbagai generasi tidak kira yang sudah
pada usia emas mahu pun yang masih di bangku sekolah tadika. Justeru penggunaan filemfilem ini didapati mampu menjadi wahana dalam pengajaran dan pembelajaran am nya dan
pendidikan kemahiran bahasa Melayu khususnya.
Jalan ceritanya yang santai, dengan unsur humor , penyerapan
budaya, adat dan agama jika

nilai-nilai murni,

digarap dengan baik dan kreatif mampu memudahkan

pencapaian hasil pembelajaran pendidikan Bahasa Melayu khususnya dalam pengajaran dan
pembelajaran kemahiran berbahasa yang melibatkan kemahiran lisan (mendengar dan
bertutur), kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Bahagian ini akan membincangkan
bagaimana keempat-empat filem Bujang Lapok ini dapat digunakan untuk hasrat tersebut.
7.1

Penggunaan Catur Filem Bujang Lapok dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Kemahiran Lisan.

FILEM

Bujang Lapok

BABAK

ASPEK BAHASA
APLIKASI DALAM P&P BM

Babak Sudin dan Aziz berbual 1.0 Berbual dengan keluarga, rakan
dengan
mak
Sudin
dengan sebaya, dan pihak lain dalam
mengemukakan
beberapa
ayat situasi formal dan tidak formal
tanya.
1.1 Berbual tentang sesuatu perkara
1. Bila mak sampai?
berkaitan dengan kehidupan seharian
2. Siapa yang tinggal di belakang
menggunakan kata, ungkapan,ayat,
rumah makcik?
sebutan, intonasi, dan nada yang
3. Mengapa engkau orang berdua
sesuai.
ni?
4. Apa yang dah berhenti?
1.2 Bertanya dan menjawab tentang
sesuatu perkara secara bertatasusila
Sistem Bahasa - Sistem tatabahasa –
morfologi - kata tugas-kata tanya,
Sistem bahasa - sebutan dan intonasi
(ayat tanya)

2.0 Bercerita dan melaporkan
sesuatu perkara yang didengar,
ditonton, dibaca , atau dialami

Pendekar
Bujang
Lapok

Pendekar Mustar menyebut nama 2.1 Bercerita menggunakan kata,
alat muzik “bengo”
frasa, ayat serta sebutan dan intonasi
yang baik dan jelas.
Sistem bahasa - sebutan
3.0 Menyampaikan maklumat dalam
pengucapan yang mudah, betul,
menarik, dan berkesan
Bujang Lapok membaca surat 3.1 Menyampaikan maklumat tentang
daripada Ros dalam pelbagai bentuk sesuatu
perkara
atau
tajuk
intonasi
menggunakan kata, istilah, frasa,
struktur ayat yang betul dan laras
bahasa yang sesuai.
Sistem bahasa - intonasi

Seniman
Bujang
Lapok

2.0 Bercerita dan melaporkan
sesuatu perkara yang didengar,
Ramlee menegur Sudin sebutan ditonton, dibaca , atau dialami
“filam stadio”
sebenarnya “filem
studio”
dan “sunting” yang 2.1 Bercerita menggunakan kata,
sepatutnya “shooting”
frasa, ayat serta sebutan dan intonasi
yang baik dan jelas.
Sistem bahasa - sebutan dan intonasi
1.0 Berbual dengan keluarga, rakan
sebaya, dan pihak lain dalam
Sudin
menegur
pengawal situasi formal dan tidak formal
keselamatan menggunakan sapaan
“hoi”
1.2 Bertanya dan menjawab tentang
sesuatu perkara secara bertatasusila
Sistem bahasa - morfologi-kata nama

Apek di rumah Kasim Baba untuk 1.0 Berbual dengan keluarga, rakan
menjahit tubuh Kasim Baba. Dialog sebaya, dan pihak lain dalam
Ali
Baba yang dituturkan Apek.
situasi formal dan tidak formal
Bujang Lapok
1. Lu cakap lekat, tapi nyalan-nyalan

talak sampei.
2. Lu bikin gua punya mata manyak
gilap
3. Gua jayit kasut bukan jayit olang

1.1 Berbual tentang sesuatu perkara
berkaitan dengan kehidupan seharian
menggunakan kata, ungkapan, ayat,
sebutan, intonasi, dan nada yang
sesuai
Sistem bahasa-morfologi-kosa kata &
sintaksis

7.1

Penggunaan Catur Filem Bujang Lapok dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Kemahiran Membaca

FILEM

Bujang Lapok

BABAK

ASPEK BAHASA
APLIKASI DALAM P&P BM

7.0 Membaca, menaakul , dan
menghayati kandungan teks yang
Permulaan filem yang memuatkan dibaca
maklumat berkaitan filem
7.2 Membaca dan mengenal pasti
perkataan, pelbagai jenis ayat, dan
1. Starring – pelakon
gaya bahasa daripada bahan sastera
2. co-starring – pelakon pembantu
dan bukan sastera yang dapat
3.Story – cerita
4. Play-back singers – penyanyi latar membawa kesan tertentu kepada
pembaca.
Sistem bahasa-sistem ejaan (ejaan
salah)

Pendekar
Bujang Lapok

5.0
Membaca
kuat
dengan
kelancaran sebutan, intonasi, dan
Bujang Lapok tidak dapat membaca gaya pembacaan yang sesuai
surat daripada Ros kerana buta huruf
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat
dengan sebutan dan intonasi yang
betul dan memahami perkara yang
dibaca.
Bujang Lapok tidak dapat kenal huruf
semasa menghadiri kelas buta huruf Sistem bahasa-sistem ejaan (tidak
kenal huruf – tidak dapat membaca)
5.0
Membaca
kuat
dengan
kelancaran sebutan, intonasi, dan

Seniman
Bujang Lapok

Ramlee membaca ayat pada dinding gaya pembacaan yang sesuai
studio
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat
dengan sebutan dan intonasi yang
betul dan memahami perkara yang
dibaca.
Sistem bahasa-sistem ejaan (tidak
kenal huruf – tidak dapat membaca)
5.0
Membaca
kuat
dengan
kelancaran sebutan, in

Dokumen yang terkait

VARIASI PENGGUNAAN AGREGAT BENTUK PECAH DAN BENTUK BULAT PADA CAMPURAN ASPAL BETON TERHADAP KARAKTERISTIK MARSHALL

6 148 2

STUDI PENGGUNAAN ANTIBIOTIKA EMPIRIS PADA PASIEN RAWAT INAP PATAH TULANG TERTUTUP (Closed Fracture) (Penelitian di Rumah Sakit Umum Dr. Saiful Anwar Malang)

11 138 24

STUDI PENGGUNAAN SPIRONOLAKTON PADA PASIEN SIROSIS DENGAN ASITES (Penelitian Di Rumah Sakit Umum Dr. Saiful Anwar Malang)

13 140 24

STUDI PENGGUNAAN ACE-INHIBITOR PADA PASIEN CHRONIC KIDNEY DISEASE (CKD) (Penelitian dilakukan di Instalasi Rawat Inap Rumah Sakit Muhammadiyah Lamongan)

15 136 28

STUDI PENGGUNAAN ANTITOKSOPLASMOSIS PADA PASIEN HIV/AIDS DENGAN TOKSOPLASMOSIS SEREBRAL (Penelitian dilakukan di RSUD Dr. Saiful Anwar Malang)

13 158 25

PENGARUH PENGGUNAAN BLACKBERRY MESSENGER TERHADAP PERUBAHAN PERILAKU MAHASISWA DALAM INTERAKSI SOSIAL (Studi Pada Mahasiswa Jurusan Ilmu Komunikasi Angkatan 2008 Universitas Muhammadiyah Malang)

127 505 26

PENGGUNAAN BAHASA JURNALISTIK PADA TERAS BERITA HEADLINE HARIAN UMUM GALAMEDIA

8 75 43

PENGGUNAAN APLIKASI KOMPUTER PADA PEMBEL

0 1 1

UPAYA PENINGKATAN PROSES DAN HASIL BELAJAR SISWA MELALUI PENGGUNAAN ALAT PERAGA PADA MATA PELAJARAN IPA DI KELAS IV (EMPAT) SDN 3 TEGALSARI KECAMATAN GADINGREJO KABUPATEN PRINGSEWU TAHUN PELAJARAN 2011/2012

23 110 52

PENGGUNAAN BAHAN AJAR LEAFLET DENGAN MODEL PEMBELAJARAN THINK PAIR SHARE (TPS) TERHADAP AKTIVITAS DAN HASIL BELAJAR SISWA PADA MATERI POKOK SISTEM GERAK MANUSIA (Studi Quasi Eksperimen pada Siswa Kelas XI IPA1 SMA Negeri 1 Bukit Kemuning Semester Ganjil T

47 275 59