PERBANDINGAN PENGGUNAAN TELEFON PINTAR U

International Conference on Education and Regional Development 2016 (ICERD 2016)
“Cross-Cultural Education for Sustainable Regional Development”
Bandung, Indonesia.
31 October & 1 November 2016

PERBANDINGAN PENGGUNAAN TELEFON PINTAR
UNTUK TUJUAN UMUM DAN PEMBELAJARAN
DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI
Fariza Khalid a, Md Yusoff Daud a, Mohd Khalid Mohamad Nasir a,
a

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor Malaysia.

Abstrak

Penggunaan telefon bimbit kini tidak lagi semata-mata berfungsi sebagai alat berkomunikasi, malah
dengan wujudnya telefon pintar yang menawarkan pelbagai aplikasi turut memberi manfaat dalam bidang
pendidikan. Kajian ini bertujuan mengenalpasti pola penggunaan telefon pintar dalam kalangan pelajar
universiti. Penggunaan tersebut dilihat dari dua perspektif; penggunaan umum dan penggunaan untuk
pembelajaran. Satu set soal selidik digunakan untuk mengumpul data daripada 113 pelajar pra-siswazah. Data
dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 23. Bagi kategori penggunaan umum, min tertinggi dicatat bagi

tujuan khidmat mesej seperti WhatsApp dan Telegram, diikuti rangkaian sosial (Facebook, Twitter),
manakala min terendah adalah untuk emel dan mencari arah (Google maps, Waze). Untuk tujuan
pembelajaran pula, penggunaan tertinggi dicatat untuk tujuan berkomunikasi dengan rakan pelajar, manakala
min terendah adalah untuk tujuan menyemak markah peperiksaan. Kertas kerja ini turut mengupas perbezaan
antara jantina dan program dari sudut penggunaan untuk tujuan umum dan pembelajaran di samping
membincangkan isu-isu berkaitan potensi serta kelangsungan penggunaan telefon pintar dan aplikasi
mudahalih untuk tujuan pembelajaran di insitusi pengajian tinggi.
Kata Kunci: m-pembelajaran; kemahiran Abad ke-21; pengajaran & pembelajaran; e-pembelajaran

1. Pendahuluan
Telefon pintar merupakan alat yang sofistikated, dinamik serta bersifat mudahalih yang memberi ruang
kepada pengguna untuk mendapat akses maklumat tidak kira bila dan di mana (Al-Barashdi et al, 2015;
Alfawareh dan Jusoh, 2014). Kapasiti telefon pintar yang mampu beroperasi seperti komputer memberi
banyak kemudahan kepada pengguna dan sekaligus meningkatkan tahap pemilikan telefon pintar serta cara
dan tujuan penggunaannya (Lay-Yee et al., 2013; Weinberg, 2012). Melalui penggunaan telefon pintar,
banyak aktiviti boleh dilaksanakan termasuklah perkongsian maklumat, komunikasi, pelayaran internet,
penghasilan dan pengeditan dokumen dan pelbagai aktiviti lain (Al-Barashdi et al, 2015). Kemudahan untuk
merakam gambar serta video secara mudah serta apps yang pelbagai turut menyumbang kepada meningkatkan
penggunaan telefon pintar (Weinberg, 2012). Dengan wujudnya pelbagai aplikasi pada telefon pintar, ia
menjadi popular dalam kalangan pengguna khususnya untuk tujuan sosialisasi yang mampu meningkatkan

komunikasi (Hong et el., 2012).

International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia

174

Kini, pemilikan telefon pintar telah menjadi sebahagian daripada keperluan dalam hidup seharian. Song et
al (2013) melaporkan bahawa sebanyak 40% daripada rakyat Malaysia secara individu mempunyai lebih
daripada dua telefon bimbit. Ciri mudah alih serta aplikasi yang sangat mirip kepada penggunaan komputer
memudahkan pengguna mendapatkan sebarang akses maklumat samada yang formal atau tidak formal.
Penggunaan untuk tujuan pembelajaran merupakan salah satu potensi telefon pintar. Hal ini sejajar dengan
perkembangan semasa di mana semua maklumat dapat disalurkan dengan cepat, proses kolaborasi boleh
berlaku secara pantas dalam talian, serta perkongsian maklumat merupakan satu bentuk pendekatan
pembelajaran yang bermakna. Potensi ini juga menyebabkan proses pembelajaran berasaskan telefon pintar
semakin pesat berkembang. Penggunaan telefon pintar juga pernah dilaporkan sebagai mempunyai
hubungannya dengan faktor jantina seseorang. Misalnya, Jenaro et al. (2007) dan Kawasaki et al. 2006)
menyifatkan penggunaan telefon pintar yang tinggi lebih banyak dikaitkan dengan pengguna wanita
berbanding lelaki. Hal yang sama turut dilaporkan oleh Howell et al. (2008) dengan menegaskan bahawa
selain tinggi tahap penggunaan telefon pintarnya, pengguna wanita turut menunjukkan sikap yang lebih positif
terhadap khidmat aplikasi mudahalih dalam telefon mereka.

Kajian-kajian yang telah dijalankan di beberapa negara menunjukkan perkembangan dan penerimaan yang
positif dalam kalangan pengguna khususnya para pelajar universiti. Di United Kingdom misalnya Dayne,
Wharrad & Watts (2012) melaporkan bahawa para pelajar menyokong penuh usaha penggunaan telefon pintar
serta aplikasi mudah alih digunakan dalam pembelajaran. Hal ini banyak disokong oleh kebolehan telefon
pintar untuk mengakses capaian Internet secara efektif menyebabkan ramai pengguna lebih gemar mencari
dan mendapatkan maklumat menggunakan telefon pintar. Uys et al. (2012) melaporkan para pelajar dalam
kajian mereka menghabiskan masa sebanyak 16 jam sehari secara purata untuk penggunaan telefon pintar.
Walau bagaimanapun, kebanyakan masa ini digunakan untuk tujuan berinteraksi secara sosial bersama para
rakan serta tiada data tentang penggunaan untuk pembelajaran dilaporkan.
Kajian oleh Park & Lee (2012) terhadap pelajar-pelajar universiti di Korea memberi satu tanda aras yang
positif tentang bagaimana telefon pintar boleh digunakan secara berkesan dalam membantu meningkatkan
pembelajaran pelajar. Park & Lee (2012) melaporkan bahawa secara purata, responden kajian mereka
mempunyai sekitar 80 aplikasi mudahalih dalam telefon bimbit, manakala 16% daripada aplikasi tersebut
digunakan secara langsung untuk tujuan pembelajaran. Namun demikian, secara keseluruhan, potensi sebenar
aplikasi mudahalih dalam telefon pintar sebagai platform atau sumber pengayaan pembelajaran pelajar masih
perlu diperkasakan. Hal ini turut dijelaskan oleh Alfawareh & Jusoh (2014) bahawa meskipun telefon pintar
mempunyai banyak potensi untuk digunakan secara optimum untuk pembelajaran, namun tahap
penggunaannya untuk tujuan ini masih pada tahap yang rendah (Alfawareh & Jusoh, 2014). Dapatan ini
secara tidak langsung memberi ruang kepada penyelidikan yang lebih khusus dilaksanakan untuk memahami
bagaimana pola penggunaan telefon pintar dalam kalangan pelajar universiti sekiranya lebih banyak aplikasi

mudahahlih hendak dilaksanakan secara lebih proaktif dan menyeluruh di universiti atau institusi pengajian
tinggi. Hal ini merupakan satu keperluan yang perlu diisi, justeru kajian Mohtar et al. (2013) membuktikan
bahawa majoriti pelajar universiti dalam kajian mereka menunjukkan minat yang tinggi dalam penggunaan
telefon pintar untuk tujuan pembelajaran dan menganggap ia sebagai satu kemestian seiring dengan era
perkembangan teknologi telefon masa kini. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti secara lebih
mendalam ciri-ciri pengguna telefon pintar dalam kalangan pelajar universiti, serta pola penggunaan aplikasi
mudahalih sama ada untuk tujuan umum atau pembelajaran. Kajian ini turut meninjau sikap pelajar terhadap
penggunaan aplikasi mudahalih untuk pembelajaran.
2. Metodologi
Kajian ini dijalankan secara tinjauan di mana data dikumpul menggunakan satu set soal selidik yang
diubahsuai daripada kajian Bowen & Pistilli (2012). Soal selidik mengandungi tiga bahagian: Bahagian A
melibatkan demografi responden yang mengandungi maklumat seperti jantina, serta program; Bahagian B
mengukur penggunaan telefon pintar secara umum yang melibatkan jenama telefon pintar, operasi sistem,
bilangan apps, serta tahap pengalaman menggunakan telefon pintar; Bahagian C pula mengandungi item

International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia

175

tentang bagaimana responden menggunakan telefon pintar mereka untuk tujuan umum dan pembelajaran serta

persepsi mereka terhadap penggunaan aplikasi telefon pintar di intitusi pengajian tinggi. Data yang dikumpul
telah dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 23 yang melibatkan analisis deskriptif, t-test, ANOVA serta
korelasi.
Kajian ini disasarkan terhadap semua pelajar tahun pertama di Fakulti Pendidikan iaitu seramai 151 pelajar
dan seramai 113 orang telah memulangkan soal selidik. Sebagaimana ditunjukkan dalam Jadual 1, seramai 37
pelajar lelaki (32.7%) dan 76 pelajar perempuan (67.3%) telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Dari
sudut taburan program pula, 38 orang adalah daripada program Pendidikan Khas, 39 daripada program Sukan
dan Rekreasi manakala selebihnya (n=36) adalah pelajar TESL.
Jadual 1: Jumlah responden kajian
Jantina
Lelaki
Perempuan
Program
Pendidikan Khas
Sukan dan Rekreasi
TESL
Jumlah

N
37

76
N
38
39
36
113

%
32.7
67.3
%
33.6
34.5
31.9
100.0

3. Dapatan kajian
3.1. Jenama telefon bimbit

Analisis yang dijalankan (Jadual 2) menunjukkan jumlah pengguna telefon bimbit tertinggi yang dimilik

responden kajian adalah dari jenama Samsung (n=33, 29.2%) diikuti oleh iPhone (n=26, 23.0%). Namun
demikian, terdapat juga responden yang menggunakan jenama lain seperti Sony, Oppo, HTC, Alcatel, Nokia
dan lain-lain. Dapatan ini merupakan sesuatu yang dijangka kerana menurut The Star (2012), meskipun
terdapat banyak jenama telefon bimbit di pasaran, namun dua jenama yang terkenal terdiri daripada iPhone
dan Samsung, di mana menurut laporan ini juga, jenama Samsung semakin menguasai pasaran meninggalkan
iPhone sebagai pesaing terdekat di belakang.
Jadual 2: Jenama telefon bimbit responden
Jenama
Samsung
iPhone
Nokia
Oppo
Sony
HTC
Alcatel
Lain-lain
Jumlah

n
33

26
1
11
8
2
1
31
113

%
29.2
23.0
.9
9.7
7.1
1.8
.9
27.4
100.0


Penggunaan sistem operasi (Jadual 3) pula menunjukkan majoriti responden menggunakan Android (n=87,
77.0%), diikuti iOS (n=24, 21.2%). Jumlah terendah adalah sistem operasi Windows iaitu seramai 2 orang
(1.8%).

International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia

176

Jadual 3: Sistem operasi telefon bimbit
Sistem Operasi
Android
iOS
Windows
Jumlah

n
87
24
2
113


%
77.0
21.2
1.8
100.0

Kajian turut mengenalpasti bilangan aplikasi mudahalih pada telefon bimbit responden. Sebagaimana yang
diringkaskan dalam Jadual 3, majoriti responden (n=32, 28.3%) mempunyai antara tujuh hingga sembilan
aplikasi mudahalih diikuti seramai 28 orang (24.8%) mempunyai empat hingga enam aplikasi mudahalih.
Seramai 25 (22.1%) responden mempunyai lebih daripada 13 aplikasi mudahalih manakala 5 (4.4%)
responden tidak mempunyai apa-apa aplikasi mudahalih.
Jadual 3: Jumlah aplikasi mudahalih
Jumlah aplikasi mudahalih
Kekerapan
Peratus
0
5
4.4
1-3

11
9.7
4-6
28
24.8
7-9
32
28.3
10-12
12
10.6
lebih dari 13
25
22.1
Total
113
100.0
Hasil analisis terhadap tahap penggunaan telefon pintar (Jadual 4) menunjukkan majoriti pelajar (n=66,
58.4%) mengatakan yang mereka telah menggunakan telefon pintar lebih dari 2 tahun serta mempunyai lebih
daripada 10 aplikasi mudahalih pada telefon pintar mereka. Golongan ini juga kadangkala memuatnaik lebih
daripada 1 aplikasi mudahalih untuk fungsi yang sama untuk mereka membuat perbandingan. Penggunaan
bagi tahap ini diintepretasikan sebagai pengguna yang maju. Tahap kedua tertinggi yang menjadi pilihan
responden adalah pada tahap pertengahan (n=36, 31.9%). Pada tahap ini, responden telah menggunakan
telefon pintar lebih daripada 6 bulan serta mempunyai sebilangan aplikasi mudahalih pada telefon pintar
mereka (4 hingga 9 apps). Hanya 11 responden (9.7%) merupakan pengguna novis yang baharu menggunakan
telefon pintar iaitu di bawah 6 bulan serta mempunyai bilangan aplikasi mudahalih yang sangat sedikit.
Jadual 4: Tahap penggunaan telefon pintar
Tahap penggunaan
Saya menggunakan telefon pintar kurang dari 6 bulan dan hanya
mempunyai beberapa apps (1 hingga 3) pada telefon saya
Saya menggunakan telefon pintar lebih dari 6 bulan dan mempunyai agak
banyak apps (4 hingga 9) yang sering saya gunakan
Saya menggunakan telefon pintar lebih dari 2 tahun dan menggunakan
pelbagai apps (lebih dari 10). Kadangkala saya memuatnaik lebih
daripada 1 apss untuk fungsi yang sama utk membuat perbandingan
Saya pernah membangunkan mobile apps sendiri

N

%

Interpretasi
Novis

11

9.7

35

31.9

66

58.4

Advanced
Maju

-

-

Mahir

Pertengahan

Selain tahap penggunaan, kajian ini turut mengenalpasti tujuan penggunaan telefon pintar dalam kalangan
responden. Penggunaan dalam kajian ini terbahagi kepada dua; umum dan untuk pembelajaran. Berdasarkan
analisis di Jadual 5, terdapat beberapa tujuan penggunaan yang menunjukkan intepretasi min yang agak tinggi
iaitu Khidmat mesej seperti WhatsApp, WeChat dan Telegram (M=4.46, S.P=0.80), Jaringan sosial (M=4.00,
S.P=1.04) serta pencarian maklumat (M=4.00, S.P=0.94). Dapatan ini sekaligus memberi gambaran terhadap

177

International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia

pola penggunaan telefon bimbit dalam kalangan responden yang lebih kepada tujuan sosialisasi dan
perhubungan atau komunikasi. Penggunaan yang lain adalah untuk tujuan permainan ( games) (M=3.84,
S.P=9.11). Penggunaan yang agak rendah dicatat bagi tujuan khidmat pesanan ringkas (M=3.35, S.P=1.21).
Min yang sama turut dicatatkan untuk tujuan membuat panggilan telefon (M=3.35, S.P=1.11) manakala untuk
emel, min yang dicatat adalah sebanyak (M=3.34, S.P=0.96). Min terendah adalah bagi tujuan pencarian arah
seperti Google Map atau Waze (M=2.71, S.P=0.99). Dapatan ini juga menunjukkan bahawa panggilan telefon
serta emel bukanlah penggunaan yang paling kerap digunakan, sebaliknya pola penggunaan tertinggi lebih
bertumpu kepada penggunaan aplikasi mudahalih untuk proses sosialisasi dan komunikasi. Responden juga
didapati kurang menggunakan telefon untuk membuat panggilan. Hal ini mungkin disebabkan wujudnya
banyak aplikasi mudahalih yang memberi ruang panggilan secara percuma atau hanya dengan talian Internet
yang jauh lebih murah berbanding kos panggilan telefon menggunakan talian berbayar seperti Maxis, Celcom
dan sebagainya.
Jadual 5: Pengguna telefon pintar untuk tujuan umum
Tujuan penggunaan
Jaringan Sosial (Twitter, Facebook dll)
Membaca bahan (e-book/articles)
Beremel
Pesanan ringkas (SMS)
Membuat panggilan
Khidmat mesej (Whatsapps, WeChat dll)
Pencarian maklumat (Google Search dll)
Pencarian arah (Google maps, waze dll)
Bermain games
Mendengar muzik, radio dll
Menonton video (YouTube dll)

Min
4.00
3.55
3.34
3.35
3.35
4.46
4.00
2.71
3.84
3.71
3.59

S.P
1.04
0.95
0.96
1.21
1.11
0.80
0.94
0.99
9.11
1.14
1.16

Selain untuk tujuan umum, kajian ini turut mengenalpasti penggunaan telefon bimbit untuk tujuan
pembelajaran. Hasil analisis yang dijalankan sepertimana dalam Jadual 6 menunjukkan pola kekerapan
penggunaan tertinggi bertumpu kepada penggunaan untuk tujuan berkomunikasi dengan rakan pelajar (M=
3.81, S.P=0.940, diikuti oleh pencarian bahan berkaitan kursus (M=3.76, S.P=1.08), mendapatkan nota kursus
(M=3.65, S.P=1.02) dan membaca bahan yang dikongsi oleh pensyarah (M=3.60, S.P=0.95). Walau
bagaimanapun, beberapa tujuan mencatatkan nilai skor min agak rendah iaitu untuk tujuan menyemak markah
(M=3.10, S.P=1.10) dan bertanya soalan kepada pensyarah (M=3.15, S.P=0.94).
Jadual 6: Pengguna telefon pintar untuk tujuan pembelajaran
Penggunaan mobile untuk tujuan pembelajaran
Merujuk jadual kursus/proforma
Menyemak markah semasa
Menyemak makluman terkini kursus
Berkomunikasi dengan rakan pelajar
Membaca bahan bacaan yang dikongsi pensyarah/rakan
Perbincangan maya
Bertanya soalan kepada pensyarah
Berkongsi bahan/rujukan dengan rakan
Menonton video yang dikongsi pensyarah
Mendapatkan nota kursus
Menghantar tugasan kursus kepada pensyarah
Mengambil bahagian dalam kuiz
Mencari bahan berkaitan kursus

Min
3.28
3.10
3.58
3.81
3.60
3.48
3.15
3.47
3.24
3.65
3.50
3.35
3.67

S.P
1.02
1.10
0.91
0.94
0.95
0.93
0.94
1.01
1.01
1.02
1.11
1.02
1.08

178

International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia

3.1.1. Persepsi pelajar tentang penggunaan telefon pintar dalam pengajaran dan pembelajaran

Selain melihat pola penggunaan telefon pintar untuk tujuan umum dan pembelajaran, kajian ini turut
mendapatkan data berkaitan pandangan pelajar tentang penggunaan telefon pintar untuk tujuan pembelajaran.
Sebagaimana yang ditunjukkan dalam Jadual 7, responden menunjukkan persetujuan yang tinggi terhadap
penyataan bahawa ‘Pensyarah harus lebih banyak menggunakan telefon pintar untuk pembelajaran’ (M=4.22,
S.P=0.91). Min yang tinggi juga dicatat untuk penyataan ‘Pembelajaran akan menjadi lebih menyeronokkan
jika pensyarah mengintegrasikan penggunaan telefon pintar dalam aktiviti pembelajaran’ (M=4.03, S.P=.96).
Penggunaan telefon pintar sebagai sebahagian daripada alat mempermudah pembelajaran turut dilihat oleh
responden sebagai mampu menarik minat pelajar untuk meneroka topik yang dipelajari dengan lebih
mendalam (M=3.84, S.P=.7763). Di samping itu, responden juga menunjukkan sikap yang positif terhadap
kepentingan pembelajaran melalui telefon pintar sesuai dengan perkembangan di abad ke-21 ini. Ini dapat
dilihat dalam penyataan ‘Penggunaan telefon pintar merupakan satu cara pembelajaran yang penting
dilakukan dalam era sekarang’ (M=3.80, S.P=.83).
Jadual 7: Persepsi pelajar tentang penggunaan telefon pintar untuk pengajaran dan pembelajaran
Penggunaan telefon bimbit untuk P&P
Pembelajaran akan menjadi lebih menyeronokkan jika pensyarah
mengintegrasikan penggunaan telefon pintar dalam aktiviti pembelajaran
Pensyarah harus lebih banyak menggunakan telefon pintar untuk pembelajaran
Penggunaan telefon pintar merupakan satu cara pembelajaran yang mudah
Penggunaan telefon pintar merupakan satu cara pembelajaran yang penting
dilakukan dalam era sekarang
Penggunaan telefon pintar merupakan satu cara pembelajaran yang mampu
meningkatkan kefahaman dan pembelajaran pelajar
Penggunaan telefon pintar mampu menarik minat pelajar untuk meneroka topik
yang dipelajari dengan lebih mendalam
Fakulti harus menyediakan kursus pembangunan mobile app untuk para pelajar

Min

S.P

4.03

0.96

4.22
3.69

0.91
0.86

3.80

0.83

3.66

0.84

3.84

0.76

3.93

0.78

3.1.2. Perbezaan penggunaan telefon pintar untuk tujuan umum berdasarkan jantina
Analisis ujian-t telah dijalankan untuk mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan antara pelajar lelaki dan
perempuan dari sudut penggunaan telefon pintar untuk tujuan umum. Secara deskriptif (Jadual 8), pelajar
perempuan menunjukkan min penggunaan telefon pintar untuk tujuan umum yang lebih tinggi (M=4.02,
S.P=1.28) berbanding pelajar lelaki (M=3.89, S.P=0.75). Walau bagaimanapun, hasil ujian-t tidak
menunjukkan perbezaan yang signifikan antara kedua kumpulan jantina ini dalam penggunaan untuk tujuan
umum, t (-.572) = .569 , p

Dokumen yang terkait

VARIASI PENGGUNAAN AGREGAT BENTUK PECAH DAN BENTUK BULAT PADA CAMPURAN ASPAL BETON TERHADAP KARAKTERISTIK MARSHALL

6 148 2

STUDI PENGGUNAAN ANTIBIOTIKA EMPIRIS PADA PASIEN RAWAT INAP PATAH TULANG TERTUTUP (Closed Fracture) (Penelitian di Rumah Sakit Umum Dr. Saiful Anwar Malang)

11 138 24

STUDI PENGGUNAAN SPIRONOLAKTON PADA PASIEN SIROSIS DENGAN ASITES (Penelitian Di Rumah Sakit Umum Dr. Saiful Anwar Malang)

13 140 24

STUDI PENGGUNAAN ACE-INHIBITOR PADA PASIEN CHRONIC KIDNEY DISEASE (CKD) (Penelitian dilakukan di Instalasi Rawat Inap Rumah Sakit Muhammadiyah Lamongan)

15 136 28

STUDI PENGGUNAAN ANTITOKSOPLASMOSIS PADA PASIEN HIV/AIDS DENGAN TOKSOPLASMOSIS SEREBRAL (Penelitian dilakukan di RSUD Dr. Saiful Anwar Malang)

13 158 25

PENGARUH PENGGUNAAN BLACKBERRY MESSENGER TERHADAP PERUBAHAN PERILAKU MAHASISWA DALAM INTERAKSI SOSIAL (Studi Pada Mahasiswa Jurusan Ilmu Komunikasi Angkatan 2008 Universitas Muhammadiyah Malang)

127 505 26

PENGGUNAAN BAHASA JURNALISTIK PADA TERAS BERITA HEADLINE HARIAN UMUM GALAMEDIA

8 75 43

PENGGUNAAN APLIKASI KOMPUTER PADA PEMBEL

0 1 1

UPAYA PENINGKATAN PROSES DAN HASIL BELAJAR SISWA MELALUI PENGGUNAAN ALAT PERAGA PADA MATA PELAJARAN IPA DI KELAS IV (EMPAT) SDN 3 TEGALSARI KECAMATAN GADINGREJO KABUPATEN PRINGSEWU TAHUN PELAJARAN 2011/2012

23 110 52

PENGGUNAAN BAHAN AJAR LEAFLET DENGAN MODEL PEMBELAJARAN THINK PAIR SHARE (TPS) TERHADAP AKTIVITAS DAN HASIL BELAJAR SISWA PADA MATERI POKOK SISTEM GERAK MANUSIA (Studi Quasi Eksperimen pada Siswa Kelas XI IPA1 SMA Negeri 1 Bukit Kemuning Semester Ganjil T

47 275 59