PENGGUNAAN EASY BOARD MEMBANTU MENINGKAT

PENGGUNAAN „EASY BOARD‟ MEMBANTU MENINGKATKAN MINAT
DAN KEMAHIRAN MENGHASILKAN KRAF TRADISIONAL
ANYAMAN KERTAS BAGI MURID TAHUN TIGA DI
SEKOLAH KEBANGSAAN KEBOR AYER,
KUALA TERENGGANU
Oleh:
Fatin „Izzati binti Hussin Pakri, Rosnah binti Mustaffa
Jabatan Sains Sosial, IPG Kampus Dato‟ Razali Ismail
[email protected], [email protected]
ABSTRAK
Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan sewaktu sesi pengajaran dan
pembelajaran Dunia Seni Visual semasa praktikum, pengkaji mendapati bahawa
murid mengalami kesukaran dan kekeliruan semasa menyelit dan menarik kertas
warna pada bahagian bawah bingkai anyaman apabila melibatkan proses selang
dua dan tiga pada bingkai anyaman bagi menghasilkan kelarai. Kajian tindakan
ini menggunakan alat sebagai satu material pemudahcara yang dikenali sebagai
alat „Easy Board‟. Oleh itu, kajian tindakan ini dilaksanakan bertujuan untuk
membantu meningkatkan kemahiran menganyam murid dalam menghasilkan kraf
tradisional anyaman yang melibatkan tiga orang peserta kajian daripada murid
Tahun 3 Firdaus Sekolah Kebangsaan Kebor Ayer, Kuala Terengganu. Peserta
kajian terdiri daripada dua orang murid lelaki dan seorang murid perempuan

yang dipilih berdasarkan keputusan ujian pra dan ciri-ciri unik murid.
Pengumpulan data dilaksanakan menggunakan instrumen pemerhatian, temu
bual, ujian pra dan ujian pos serta analisis dokumen untuk menilai kemampuan
murid dalam meningkatkan minat dan kemahiran mereka dalam penghasilan
anyaman kertas. Data kualitatif dianalisis secara deskriptif mengikut peserta
kajian. Kajian dijalankan berkehendakkan pengkaji membaiki mutu amalan
pengajaran bagi membantu tiga orang peserta kajian yang telah dikenalpasti.
Pengkaji membina satu alat sebagai intervensi baru yang dinamakan „Easy
Board‟. Dapatan kajian menunjukkan intervensi yang digunakan berjaya
membantu semua peserta kajian menguasai kemahiran membuat anyaman
dengan baik dan menunjukkan peningkatan dalam meminati kraf tradisional
anyaman kertas. Kajian tindakan ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada
guru-guru dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
Dunia Seni Visual.

Kata kunci: Easy Board, kemahiran, meningkatkan, kraf, anyaman

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Berdasarkan pengajaran di beberapa kelas Tahap 1 dan Tahap 2, pengkaji mendapati kebanyakan murid
kurang meminati aktiviti anyaman dan menganggap anyaman sebagai satu kraf tradisional yang kompleks

berbanding kraf tradisional yang lain. Malahan, ada juga yang menganggap anyaman sebagai satu aktviti
yang membosankan dan kurang menarik. Pada minggu kedua, pengkaji telah mengajar mata pelajaran

Dunia Seni Visual kepada murid-murid Tahun 3 Naim dan Tahun 3 Firdaus semasa menjalani Praktikum
Fasa 3 di Sekolah Kebangsaan Kebor Ayer, Kuala Terengganu, Terengganu. Sesi pengajaran dan
pembelajaran kali ini berfokuskan kepada bidang Mengenal Kraf Tradisional. Murid-murid Tahun 3
Naim dan Tahun 3 Firdaus masing-masing terdiri daripada 19 orang murid dan 16 orang murid. Tahun 3
Naim dikategorikan sebagai murid-murid cemerlang dari segi akademiknya manakala Tahun 3 Firdaus
pula boleh dikategorikan dalam kalangan murid tahap lemah. Hal ini demikian kerana hanya terdapat
hanya dua kelas Tahun 3 di sekolah tersebut. Pengkaji memfokuskan kajian pada murid-murid Tahun 3
Firdaus memandangkan mereka terdiri daripada murid tahap lemah dan semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran mereka tidak mampu mencapai standard pembelajaran yang ditetapkan.
Terdapat beberapa orang murid yang kurang minat dengan aktiviti yang dijalankan manakala ada juga
yang tidak mampu membuat anyaman dengan memasukkan kertas warna pada bingkai anyaman. Akibat
kesukaran yang dihadapi, murid yang kurang mencapai standard sering berkata “kita dok panda cikgu”
meskipun penerangan yang jelas telah diberikan. Kebanyakan mereka tetap mencuba membuat anyaman
dengan memasukkan kertas warna pada bingkai anyaman berdasarkan contoh kelarai yang diberikan
tetapi hasilnya gagal ditambah pula dengan aktiviti anyaman yang dianggap sebagai aktiviti yang
membosankan dan menjemukan. Hasilnya, anyaman yang dibuat hanya sekadar separa siap dan ada juga
yang meminta masa tambahan kerana tidak mampu menyiapkan anyaman tersebut dalam tempoh masa

yang ditetapkan.

Foto 1 : Murid berasa bosan dan
tidak mahu mencuba membuat
anyaman semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran

Foto 2 : Pengkaji perlu sentiasa
membimbing dan memberi
penerangan satu persatu secara
berulang-ulang semasa murid
membuat hasil karya anyaman

Foto 3 : Murid kelihatan keliru dan
mengambil tempoh masa yang lama
menghasilkan anyaman

Masalah yang dialami oleh murid-murid tersebut ialah masih belum mampu membuat anyaman dengan
memasukkan kertas warna pada bingkai anyaman. Hal ini demikian kerana berlaku kesukaran untuk
menyelit kertas warna pada bahagian bawah bingkai anyaman tambahan pula anyaman yang dihasilkan

memerlukan mereka merujuk kepada kelarai yang diberikan. Jika sebelum ini mereka hanya
menghasilkan anyaman mudah dengan berpandukan anyaman biasa atau dikenali sebagai anyaman
ghadas (anyaman tanpa kelarai) namun kini mereka perlu beralih untuk menguasai kemahiran membuat
anyaman kelarai siku keluang yang kelihatan sedikit sukar berbanding anyaman biasa jika tidak dikuasai
dengan baik. Selain itu, mereka melihat anyaman sebagai jalinan yang membosankan pada garis-garis
lurus sahaja. Dengan adanya masalah tersebut, mereka tidak dapat menghasilkan anyaman dan mencapai
standard pembelajaran yang ditetapkan oleh guru.
Pengkaji dapat merumuskan bahawa murid-murid masih belum mampu menghasilkan anyaman dan
belum menguasai kemahiran membuat anyaman dengan memasukkan kertas warna pada bingkai
anyaman. Murid-murid ini mengalami kesukaran untuk menyelit dan menarik kertas warna pada bahagian
bawah bingkai anyaman lebih-lebih lagi apabila bahagian kelarai yang dihasilkan lebih sukar dan
melibatkan selang dua dan tiga.

Foto 4 dan Foto 5 :
Murid berasa kecewa apabila tidak berjaya menghasilkan
karya dengan baik

Foto 6 : Sikap murid yang suka bermainmain semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran


Hal ini dapat dilihat dengan jelas apabila murid-murid cuba membuat anyaman dengan memasukkan
kertas warna pada bingkai anyaman namun tidak berjaya. Anyaman yang dihasilkan daripada kertas ini
kelihatan bengkok dan tidak kemas. Apabila tiba masa untuk membuat anyaman dengan memasukkan
kertas warna pada bingkai anyaman itu, ada juga yang mengoyakkan bingkai kertas kerana sukar
memasukkan kertas warna pada garis-garis lurus yang telah dipotong menyebabkan ianya kelihatan tidak
kemas dan sempurna.

Rajah 1 : Hasil karya anyaman murid yang tidak kemas dan kelarai tidak tepat

Jika dikaji semula, murid-murid telah didedahkan dengan mata pelajaran Dunia Seni Visual sejak Tahun
1 lagi malahan aktiviti seni itu sendiri telah diajar semenjak murid-murid menjejakkan kaki di tadika
mahupun prasekolah lagi. Masalah ini seharusnya tidak berlaku seandainya mereka menguasai kemahiran
membuat anyaman mudah dengan memasukkan kertas warna pada bingkai anyaman. Hal ini demikian
kerana sekiranya murid-murid ini telah melalui persekolahan Tahun 1 dan Tahun 2, mereka seharusnya
telah menguasai kemahiran membuat anyaman dengan mudah kerana kemahiran ini akan digunakan pada
tahap yang lebih tinggi bagi menghasilkan anyaman berdasarkan kelarai yang lebih sukar.
Pada peringkat pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Dunia Seni Visual Tahun 1 dan Tahun 2,
murid-murid perlu menguasai kemahiran membuat anyaman biasa atau dikenali sebagai anyaman ghadas
(anyaman tanpa kelarai) iaitu dengan cara selang satu setiap jalur anyaman. Pada peringkat seterusnya
iaitu Tahun 3, murid-murid perlu menghasilkan anyaman kelarai siku keluang iaitu dengan cara selang

satu, selang dua dan selang tiga setiap jalur anyaman. Justeru, kemahiran membuat anyaman ini amat
penting untuk dikuasai pada peringkat awal kerana ianya memberi impak yang amat besar apabila muridmurid melangkah ke tahap seterusnya.

Bagi mengatasi masalah di atas, pengkaji telah menjalankan suatu kajian tindakan bagi membantu murid
menguasai kemahiran menganyam dalam menghasilkan kraf tradisional anyaman.
SOROTAN LITERATUR
Merujuk Dokumen Standard Dunia Seni Visual Tahap 1, dokumen ini disediakan bagi memberi peluang
kepada murid memupuk daya imaginasi melalui seni visual berasaskan budaya setempat dan persekitaran.
Dokumen ini digubal untuk mewujudkan pembelajaran yang dapat mencetuskan kreativiti dan
keseronokan melalui aktiviti dalam bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan
membuat binaan dan mengenal kraf tradisional bersesuaian dengan kecenderungan mereka selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Menjurus kepada fokus pengkaji dalam bidang Mengenal Kraf Tradisional, Peter Dormer (1997)
menyatakan kraf tangan dikaitkan dengan aktiviti kreativiti berkemahiran yang berkait dengan proses
membuat dekorasi atau membuat sesuatu ke atas objek dengan menggunakan tangan. Kraf tangan
merujuk kepada penciptaan sesuatu objek yang asli melalui kebolehan artis melakukan perubahan
terhadap bahan dan sejarah kewujudan kraf tangan dikenal pasti kerana keperluannya dalam kehidupan.
Pengertian ini ada kaitannya dengan pendapat Edward Lucie-Smith (1981) yang menyatakan bahawa
semua proses pembuatan menggunakan tangan sama ada untuk tujuan ritual atau tujuan hiasan sematamata adalah objek kraf tangan. Menurut Rose Slivka (1968) pula, kraf didefinisikan sebagai suatu
tindakan pengubahsuaian bahan menurut kehendak pandai tukang yang dapat mengekalkan realiti

kehendak manusia. Alam sebenar kewujudan objek menjadi sebagai seni dan mempunyai fungsinya.
Melalui sejarahnya yang panjang, kraf telah menjadi objek yang mempunyai nilai dan kerangka terhadap
tujuan manusia membuat dan menggunakannya.
Dalam penyelidikan tindakan ini, anyaman menjadi fokus utama dan ianya dilihat sebagai seni yang
mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan masyarakat Melayu. Pernyataan ini disokong oleh Marzita
Puteh, Sadiah Baharom dan Jamilah Omar (2007) yang menjelaskan bahawa anyaman adalah kesenian
yang bersifat lahiriah, mempunyai makna yang dalam dan kewujudannya merupakan wadah pemaparan
idea yang melibatkan pancaindera penglihatan, pendengaran, pemikiran dan kesedaran secara seimbang
sebagai simbol yang memberi makna yang tersendiri dalam masyarakat berhubung dengan adat, agama,
kepercayaan, adab, perasaan, corak pemikiran dan falsafah hidup orang Melayu. Seni kraftangan dilihat
sebagai satu hasil seni yang dicipta untuk digunakan, tetapi digubah dengan memasukkan unsur-unsur
seni untuk memberi bentuk yang indah dan menarik hati. Penciptaan kraftangan itu memerlukan keahlian
dan kecekapan dalam penggunaan bahan-bahan asas yang teratur sejak dari proses awal hinggalah sesuatu
hasil kraftangan itu tercipta. Proses penciptaan kraftangan tersebut memerlukan daya estetika demi untuk
memberikan rekabentuk yang indah dan menarik.
Seni anyaman adalah suatu bentuk kraf yang tidak dapat dipisahkan daripada cara hidup tradisional
masyarakat Melayu dan rumpun nusantara. Daripada tikar hingga kepada dinding pelindung kediaman,
hasil kerja menganyam membentuk persekitaran hidup yang boleh dilihat di mana-mana. Ini tidak
menghairankan kerana tumbuh-tumbuhan tropika merupakan jenis yang sesuai untuk dijadikan bahan
anyaman. Beberapa jenis reka bentuk kraftangan dihasilkan melalui anyaman demi untuk mencipta

sesuatu alat keperluan harian contohnya menghasilkan topi, tudung saji, bakul dan menganyam tikar
untuk mengalas tempat duduk. Di sesetengah tempat kelarai dimaksudkan kepada anyaman yang
diperbuat daripada buluh dan digunakan sebagai dinding atau penyekat ruang rumah. Sementara di
sesetengah tempat lain anyaman seperti ini diperbuat daripada bahan bertam yang disebut sebagai tupas.
Ciptaan kelarai atau tupas lebih kukuh, tegas dan kasar bersesuaian dengan fungsinya sebagai penyekat
ruang. Tiada bukti yang jelas untuk menetapkan tarikh bermulanya penciptaan kelarai. Melalui kajian
yang dibuat dapat dikatakan bahawa penciptaan kelarai dalam anyaman merupakan satu perlakuan yang
telah lama berlaku. Ringkasnya, kelarai merupakan „corak‟ atau „motif‟ yang berbentuk dan terhasil

daripada proses menganyam. Anyaman yang tidak mempunyai kelarai dipanggil anyaman „ghadas‟ atau
anyaman biasa. Anyaman kelarai biasanya terancang dan dilakukan serentak semasa proses anyaman.
Dua jenis warna kontra digunakan bagi menunjukkan kesan. Susunan warna sesuatu anyaman biasanya
dinamakan „corak‟.
Justeru, dalam penyelidikan tindakan ini pengkaji menekankan penguasaan kemahiran dalam membuat
anyaman yang melalui beberapa langkah dalam penghasilannya. Penghasilan anyaman kelarai ini adalah
berpandukan contoh kelarai sedia ada namun dibantu dengan penciptaan alat yang memudahkan
penghasilan kelarai dalam anyaman tersebut. Pernyataan ini disokong oleh Marzita Puteh, Sadiah
Baharom dan Jamilah Omar (2007) yang mana masyarakat Melayu dahulu tidak didedahkan kepada
sebarang teknologi moden dalam menghasilkan produk mereka. Pengetahuan mereka adalah berasaskan
apa yang diturunkan oleh nenek moyang mereka selain dari penerokaan melalui „trial and error‟ dan

pengalaman konkrit yang dilalui. Latihan tidak formal ini telah memungkinkan mereka merekacipta dan
membentuk produk yang bukan hanya sesuai untuk kegunaan harian mereka malah merupakan penciptaan
yang kreatif dan penuh daya estetika. Di sebalik kreativiti dan nilai estetika yang terpancar pada sesuatu
produk hasil anyaman, tidak dinafikan bahawa ia terhasil dari pemikiran penggubahnya dan proses-proses
tertentu yang perlu dilalui untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Produk anyaman yang terhasil sudah
cukup membuktikan bahawa masyarakat melayu mempunyai daya pemikiran yang bukan hanya mampu
mengenalpasti bahan dan proses malah menjalankan perkiraan mental (mental arithmetic) secara tepat dan
terperinci dan menaakul secara saintifik di dalam penghasilan produk.
Oleh itu seiring dengan kemajuan pesat dan teknologi terkini yang semakin canggih, pengkaji melihat
generasi baru khasnya murid-murid pada zaman global ini seharusnya menyedari kepentingan seni
warisan yang unik ini kerana ianya wajar diberi perhatian, sokongan dan bantuan supaya dapat terus
dipelihara dan dimanfaatkan bersama. Memetik kata-kata AD Pirous (2001) yang ditulis oleh Ahamad
Tarmizi Azizan dan Zoolcaphly Sahib (2009) iaitu:
“...seni tradisional dianggap seni lapuk dan hanya layak dimasukkan ke dalam
muzium. Generasi baru lebih rakus mempelajari bentuk-bentuk seni baru yang
dianggap lebih mantap dan bersandar atas nama „kebebasan‟. Jati diri warisan bangsa
kian terhakis.”
(AD Pirous, 2009)

Seni kerja tangan anyaman adalah sesuatu yang unik lagi rumit buatannya. Namun begitu, usaha untuk

mempertahankan keunikan seni ini haruslah diteruskan agar tidak ditelan peredaran zaman. Budaya
negara bukan sahaja dicerminkan melalui bahasa pertuturan dan adat resam bangsanya tetapi juga
dicerminkan melalui kehalusan kerja tangan bermutu tinggi. Dalam merealisasikan penyelidikan tindakan
tentang pengajaran dan pembelajaran kraf tradisional ini, pengkaji menjalankan penyelidikan tindakan
berkaitan anyaman yang menjadi satu inisiatif memartabatkan kembali kraf tradisional di Malaysia.
Pernyataan ini disokong oleh Ahamad Tarmizi Azizan dan Zoolcaphly Sahib (2009) yang mengaitkan
guru dan pembaharuan yang mana guru akan bertindak sebagai agen perubahan dan pembaharuan yang
membantu pelajar sedar tentang sesuatu. Malahan ianya menerusi pendekatan kontekstual yang menjadi
fokus kurikulumnya yang mengkaji sesuatu berdasarkan situasi semasa dan masa depan secara
menyeluruh.
TUJUAN KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran menganyam murid dalam menghasilkan
kraf tradisional anyaman dalam kalangan murid-murid Tahun 3 Firdaus Sekolah Kebangsaan Kebor Ayer,
Kuala Terengganu melalui penggunaan „Easy Board‟.

Objektif
Pemahaman murid dapat ditingkatkan berdasarkan pelbagai jenis kelarai melalui penggunaan „Easy
Board‟.
ii) Minat murid dapat ditingkatkan dalam menghasilkan kraf tradisional anyaman dengan
menggunakan „Easy Board‟.

iii) Kemahiran murid dalam menghasilkan anyaman kertas yang kemas dan sempurna dapat
ditingkatkan dengan menggunakan „Easy Board‟.

i)

Persoalan Kajian
Adakah penggunaan „Easy Board‟ dapat meningkatkan pemahaman murid terhadap cara membuat
anyaman yang betul berdasarkan pelbagai jenis kelarai?
ii) Bagaimanakah penggunaan „Easy Board‟ dapat meningkatkan minat murid dalam menghasilkan
kraf tradisional anyaman kertas?
iii) Bagaimanakah penggunaan „Easy Board‟ dapat membantu meningkatkan kemahiran murid
membuat anyaman kertas yang kemas dan sempurna?

i)

METODOLOGI KAJIAN
Kajian tindakan ini melibatkan tiga orang murid Tahun 3 Firdaus Sekolah Kebangsaan Kebor Ayer yang
terdiri daripada dua orang murid lelaki dan seorang murid perempuan. Seramai tiga orang peserta kajian
yang dipilih merupakan murid-murid yang belum dapat menghasilkan anyaman dengan betul dan kurang
memberikan tumpuan ketika proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Semua peserta kajian
dipilih berdasarkan keputusan ujian pra dan ciri-ciri unik murid. Pengumpulan data dilaksanakan
menggunakan instrumen pemerhatian, temu bual, ujian pra dan ujian pos serta analisis dokumen untuk
menilai kemampuan murid dalam meningkatkan minat dan kemahiran mereka dalam penghasilan
anyaman kertas. Data kualitatif dianalisis secara deskriptif mengikut peserta kajian.
Empat jenis instrumen yang digunakan bagi tujuan pengumpulan data-data dalam kajian ini. Instrumen
yang diguna pakai adalah ujian (ujian pra dan ujian pos), pemerhatian, temu bual dan juga analisis
dokumen. Dalam kajian, pengkaji membahagikan kepada dua jenis ujian iaitu ujian pra dan ujian pos.
Dalam kajian ini, pengkaji mengguna pakai ujian pra dan pos dengan menggunakan satu set soalan ujian
mudah untuk melihat sejauh mana peningkatan penguasaan peserta kajian dalam kemahiran murid
membuat anyaman kertas. Ujian pra dijalankan terlebih dahulu untuk mengetahui tahap penguasaan
murid tentang tajuk yang dipelajari. Ujian ini dilaksanakan selama 15 minit dengan melibatkan 3 orang
peserta kajian dari Tahun 3 Firdaus. Satu set ujian bertulis diberikan kepada peserta kajian yang terbahagi
kepada dua bahagian. Pada bahagian satu, peserta kajian dikehendaki meneliti dan melorekkan petak
berdasarkan gambar kelarai asas atau ghadas mengikut turutan. Manakala pada bahagian dua, peserta
kajian dikehendaki meneliti dan melorekkan petak berdasarkan gambar kelarai siku keluang mengikut
turutan. Setelah murid diberi pendedahan intervensi, ujian pos pula dijalankan ke atas murid-murid.
Pengkaji sekali lagi memberikan satu set ujian bertulis kepada peserta kajian selepas sesi intervensi
dijalankan tetapi kali ini set ujian bertulis tersebut telah diubah dari segi warna gambar kelarai yang
ditunjukkan dalam soalan. Kaedah ujian bagi kedua-dua ujian pra dan pos ini, pengkaji menggunakan
yang sama bagi menambahkan kebolehpercayaan data terhadap kajian ini.
Kaedah pemerhatian yang digunakan ialah pemerhatian berstruktur. Pemerhatian yang dijalankan ini
bertujuan untuk mengkaji minat dan penglibatan peserta kajian dalam menghasilkan kraf tradisional
anyaman. Pemerhatian dijalankan oleh pengkaji sendiri dan direkod menggunakan borang senarai semak
pemerhatian. Terdapat dua bahagian pemerhatian iaitu pemerhatian skor minat murid dan pemerhatian
tingkah laku murid. Pemerhatian ini juga dijalankan berdasarkan kepada aspek individu murid tersebut.

Pemerhatian ini direkodkan pada peringkat sebelum dan selepas sesi intervensi dijalankan. Pengkaji
melihat bagaimana aktiviti membuat anyaman menggunakan „Easy Board‟ mampu meningkatkan minat
murid-murid terhadap kraf tradisional tersebut.
Pengkaji telah menjalankan temu bual separa berstruktur untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan
kesahan data kajian. Temu bual separa berstruktur ini dijalankan terhadap ketiga-tiga peserta kajian.
Pengkaji telah menjalankan temu bual melalui enam soalan kajian. Temu bual ini dijalankan selepas sesi
intervensi bagi menyokong hasil dapatan melalui borang soal selidik yang diisi oleh peserta kajian.
Prosedur temu bual dilaksanakan secara tidak formal.
Pengkaji disarankan untuk melakukan analisis menerusi dokumen-dokumen bertulis seperti jurnal, fail
peribadi murid, hasil karya murid dan borang soal selidik. Dalam konteks penyelidikan tindakan ini,
menerusi teknik ini pengkaji akan mendapatkan hasil karya peserta kajian melalui proses pengajaran dan
pembelajaran ketika sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Manakala hasil dapatan borang soal
selidik pula diperoleh setelah peserta kajian mengisi borang soal selidik sebelum dan selepas intervensi
dijalankan. Pengkaji turut membuat analisis dokumen melalui fail peribadi murid di mana terdapat rekod
laporan prestasi ujian bulanan murid dan rekod peribadi murid yang diperoleh daripada guru kelas
mereka.
SPESIFIKASI INTERVENSI
Pengkaji membina bahan bantu belajar untuk membantu meningkatkan kemahiran menganyam murid
dalam menghasilkan kraf tradisional anyaman dengan melakukan tindakan intervensi menghasilkan alatan
yang dikenali sebagai „Easy Board‟. Pada „Easy Board‟ ini diklipkan bingkai anyaman untuk dimasukkan
jalur-jalur kertas berwarna menjadi satu kelarai. Murid juga dibekalkan dengan panduan contoh kelarai
yang perlu dihasilkan.

Rajah 2(i) : Elemen inovasi alat intervensi „Easy Board‟

Rajah 2(ii) : Elemen inovasi alat intervensi „Easy Board‟

Rajah 3 : Bahan bantu belajar Kit „Easy Board‟
yang terdiri daipada Templat Anyaman dan
Panduan Kelarai

Berikut merupakan keterangan penuh tentang penggunaan alat „Easy Board‟ :
Langkah 1 : Menggunting jalur kertas berwarna dan bingkai anyaman
kertas. Peserta kajian perlu menggunting templat siap garisan jalur-jalur
kertas berwarna dan templat bingkai anyaman kertas bersaiz 1cm lebar.

Foto 7 : Menggunting jalur
kertas berwarna dan bingkai
anyaman kertas

Langkah 2 : Kepilkan bingkai anyaman pada „Easy Board‟. Apabila
semua jalur kertas berwarna dan bingkai anyaman siap digunting,
kepilkan bingkai anyaman tersebut di atas permukaan alat „Easy Board‟.
Ianya perlu dipasang dengan kemas agar kedudukan bingkai anyaman
betul, tepat dan kemas bagi memudahkan proses anyaman. Jika perlu,
terbalikkan alat dan samakan kedudukan ruang kosong dengan bingkai
anyaman kemudiannya terbalikkan semula alat dan kepilkan bingkai
anyaman.
Langkah 3 : Menganyam kertas. Proses memasukkan kertas berwarna
pada bingkai anyaman dimulakan dari bahagian kanan atau kiri alat
(mengikut keselesaan) dan berpandukan kepada contoh kelarai siku
keluang yang disediakan. Masukkan satu persatu kertas warna yang siap
dipotong bersaiz 1 cm lebar pada bingkai anyaman. Anyaman mudah
dilakukan kerana terdapat ruang kosong pada bahagian tengah „Easy
Board‟ yang membolehkan peserta kajian memasukkan tangan bagi
menyelit dan menarik kertas warna pada bahagian bawah bingkai
anyaman.

Foto 8 : Memasang bingkai
anyaman pada „Easy Board‟

Foto 9 : Menganyam kertas
berpandukan contoh kelarai

Langkah 4 : Melekatkan anyaman. Setiap baris anyaman yang siap perlu
dikemaskan dengan meletakkan gam pada hujung bingkai anyaman.
Pastikan semua baris anyaman diletakkan setelah siap menganyam kelarai
siku keluang tersebut.

Foto 10 : Melekatkan anyaman
pada hujung bingkai anyaman

Langkah 5 : Membuat kemasan. Setelah siap menganyam, buat kemasan
dengan menggunting lebihan jalur anyaman yang terdapat pada bingkai
anyaman kertas tadi. Pastikan bingkai anyaman telah dialihkan dari alat
„Easy Board‟. Anyaman kelarai siku keluang siap untuk dipamerkan.

Foto 11 : Membuat kemasan
pada anyaman kelarai siku
keluang

Penggunaan alat „Easy Board‟ ini dijalankan selama dua minggu iaitu minggu ketiga dan keempat. „Easy
Board‟ ini memerlukan murid menghasilkan anyaman kertas dengan terbahagi kepada dua sesi. Bahagian
pertama, pengajaran dan pembelajaran memfokuskan cara menggunting templat anyaman kertas.
Bahagian kedua, murid perlu menghasilkan anyaman kertas berdasarkan contoh kelarai yang diberikan
menggunakan alat „Easy Board‟. Jadi, pengajaran dan pembelajaran aktiviti anyaman kelarai siku keluang
ini dilakukan selama dua minggu berturut-turut. Dalam penggunaan alat „Easy Board‟, setiap peserta
kajian dibekalkan dengan satu alat serta contoh kelarai sebagai panduan untuk menggunakan „Easy
Board‟ dengan bimbingan pengkaji. Pada masa ini peserta kajian diminta untuk mengikuti arahan yang
diberikan oleh pengkaji untuk menghasilkan anyaman kertas melalui tunjuk cara.
DAPATAN KAJIAN
Kajian ini melibatkan seramai tiga orang peserta kajian. Dalam artikel ini, pengkaji telah memilih seorang
peserta kajian, iaitu Adila (bukan nama sebenar) bagi memaparkan hasil dapatan kajian yang diperoleh
melalui ujian, pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Adila merupakan satu-satunya wakil murid
perempuan Tahun 3 Firdaus di Sekolah Kebangsaan Kebor Ayer. Semasa menjalankan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran berkaitan tajuk kraf tradisional anyaman, pengkaji mendapati bahawa Adila keliru
untuk menyelit dan menarik jalur anyaman pada bahagian bawah bingkai anyaman kertas. Hal ini terjadi
kerana Adila kurang pasti sama ada kaedah dan teknik memasukkan jalur anyaman tersebut betul atau
pun tidak berdasarkan contoh kelarai siku keluang yang diberi. Hal ini menyebabkan Adila sering
bertanya dan kerap memanggil pengkaji untuk meminta kepastian tentang anyamannya kerana kurang
yakin untuk menghasilkan karya anyaman. Seterusnya Adila juga mudah berasa kecewa apabila tidak
berjaya menghasilkan anyaman dengan baik setelah mencuba beberapa kali.
Ujian
Adila telah menjalani ujian pra dan pos yang dijalankan sebelum dan selepas intervensi dilaksanakan.
Hasil dapatan markah pencapaian Adila dalam ujian pra dan pos ini direkod dan dianalisis melalui jadual
dan graf.Berikut merupakan data yang diperoleh hasil daripada ujian pra dan ujian pos Adila:
Jadual 1 : Keputusan Ujian Pra dan Pos Kemahiran Murid Memahami Jenis-jenis Kelarai Dalam
Anyaman (Adila)
Peserta Kajian (PK)
Ujian Pra (%)
Ujian Pos (%)
50.5
100
PK3: Adila
Jadual 1 menunjukkan tahap penguasaan Adila dalam kemahiran memahami jenis-jenis kelarai dalam
anyaman semasa ujian pra dan pos. Data menunjukkan terdapat peningkatan pada tahap pencapaian Adila
dalam memahami jenis-jenis kelarai dalam anyaman. Jadual tersebut menunjukkan Adila memperoleh
markah 100% dalam ujian pos berbanding hanya 50.5% dalam ujian pra yang sebelumnya. Adila
merupakan satu-satunya peserta kajian yang mencapai tahap penguasaan optimum (100%) dalam
kemahiran yang diuji. Prestasi ini merupakan satu keputusan yang amat memberangsangkan dan
membuktikan peningkatan dalam pemahaman Adila terhadap jenis-jenis kelarai dalam anyaman. Pengkaji
mendapati Adila melakukan kesilapan dengan hanya mewarna pada satu baris akhir kelarai anyaman siku
keluang pada soalan ujian Bahagian 2 dalam set ujian pra. Hal ini berbeza jika dibandingkan dengan ujian
pos di mana Adila dengan mudah mewarna atau melorek petak anyaman kelarai dengan betul pada keduadua bahagian soalan ujian pos. Setelah melalui ujian pra dan pos, Adila juga sudah mampu memahami
sekaligus mengingati jenis-jenis kelarai yang cuba diperkenalkan kembali oleh pengkaji.
Pemerhatian
Melalui pemerhatian yang direkodkan sepanjang sebelum dan selepas intervensi diperkenalkan, pengkaji
mendapati murid menunjukkan sikap dan sahsiah yang positif dan masih berminat dalam menyertai dan

melalukan aktiviti seni yang dijalankan. Menjawab persoalan tentang permasalahan yang dihadapi oleh
murid yang tidak dapat menghasilkan anyaman kertas dengan baik, selepas alat intervensi „Easy Board‟
diperkenalkan dan diterapkan dalam membantu murid membuat anyaman pengkaji mendapati Adila dapat
membuat anyaman dalam tempoh 40 minit di mana awal 5 minit dari tempoh masa 45 minit yang
diberikan. Pengkaji menganggap alat intervensi ini memudahkan murid membuat anyaman setelah
melihat pada peningkatan minat dan tingkah laku Adila dalam Jadual 2.
Bil.
1.
2.
3.
4.
5.

Jadual 2 : Skor Minat Adila Sebelum dan Selepas Penggunaan ‘Easy Board’
Kriteria
Skor
Sebelum Selepas
Menunjukkan minat terhadap penggunaan alat dan bahan
1
3
Bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugasan
2
3
Keseronokan yang ditunjukkan semasa menggunakan alat dan bahan
1
3
Menunjukkan sikap ingin mencuba membuat tugasan
2
3
Beri tumpuan terhadap tugasan
2
3

* mengikut skor 3 (sangat minat), 2 (minat) dan 1 (kurang minat).

Skor minat Adila sebelum dan selepas penggunaan alat „Easy Board‟ telah dipaparkan dalam jadual di
atas. Jadual 2 menunjukkan perubahan respon Adila sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran
aktiviti membuat anyaman kertas. Kriteria 1 dan 3 mencatatkan skor 1, manakala kriteria 2, 4 dan 5
masing-masing mencatat skor 2 sebelum penggunaan „Easy Board‟ diketengahkan. Selepas intervensi
dijalankan, skor berubah kepada skor 3 keseluruhan kriteria yang menunjukkan peningkatan minat dan
keseronokan Adila dalam penggunaan „Easy Board‟ semasa menghasilkan karya anyaman kertas.
Pemerhatian terhadap perubahan minat Adila sebelum dan selepas intervensi dijalankan turut disokong
dengan pemerhatian tingkah laku Adila sepanjang aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah seperti dalam Jadual 3.
Jadual 3 : Keputusan Pemerhatian Tingkah Laku Adila Sebelum dan Selepas Penggunaan ‘Easy
Board’
Bil.
Item Tingkah Laku
Catatan
Sebelum
Selepas
Ya Tidak Ya Tidak
Mendengar dan mematuhi arahan guru
/
/
1.
Membuat tugasan yang diberikan
/
/
2.
Memberikan tumpuan terhadap tugasan yang dilaksanakan
/
/
3.
Membuat tugasan dalam tempoh yang ditetapkan
/
/
4.
Menggunakan alat dan bahan dengan baik
/
/
5.
* SB – sebelum, SL – selepas

Temu bual
Temu bual yang dijalankan bersama-sama Adila mengambil masa 5 hingga 7 minit. Berdasarkan dua lagi
sesi temu bual yang dijalankan oleh pengkaji dengan peserta kajian 1 dan 2, dapatlah disimpulkan bahawa
penggunaan „Easy Board‟ amat membantu murid menghasilkan anyaman kertas sekaligus meningkatkan
minat dan kemahiran mereka dalam membuat kraf tradisional anyaman kelarai. Begitu juga dengan Adila,
jika sebelum ini peserta kajian ini mengalami masalah untuk memahami dan menghasilkan anyaman
dengan baik namun kini Adila telah mampu mengatasi masalah tersebut.
Adila ada menyatakan cara-cara menghasilkan anyaman sebelum menggunakan alat „Easy Board‟ dalam
pernyataan, “Aaa...dop.., Sumbak..., Kertas...” (PK3:016, 018, 020). Bagi membuktikan Adila mampu
menguasai penggunaan „Easy Board‟ sekaligus menguasai kemahiran menghasilkan anyaman kertas,

pengkaji meminta penerangan dan kepastian tentang penggunaan alat „Easy Board‟ dalam penghasilan
kraf tradisional anyaman daripada Adila. Adila menjawab, “Ehh... Senang..., Mula-mula... err...buh
dalang bende petok.., Lepas tu kite sumbak... Pusing..., Emm...tengok dok betul.., Tutup.., Sumbak..,
Kertah., Tengok hok nih. Contoh., Gang.” (PK3:024-045). Justeru sesi temu bual yang dijalankan telah
membuktikan penggunaan alat intervensi „Easy Board‟ mampu meningkatkan minat dan kemahiran murid
menghasilkan anyaman kertas dalam kalangan murid Tahun 3 Firdaus.
Analisis dokumen
Adila telah menghasilkan satu karya anyaman kelarai siku keluang sebelum dan selepas intervensi
dijalankan. Manakala Adila juga telah mengisi satu borang soal selidik yang diberikan oleh pengkaji
sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Justeru, kedua-dua hasil dokumen ini diambil oleh pengkaji
untuk melakukan analisis dokumen bagi menyokong kajian ini.

Rajah 4 : Hasil Karya Adila Sebelum Dan Selepas Intervensi Digunakan
Berdasarkan hasil karya yang terdapat dalam rajah di atas, dapatlah dirumuskan bahawa Adila telah
menunjukkan peningkatan yang baik dalam menghasilkan anyaman kertas kelarai siku keluang selepas
intervensi dijalankan. Pengkaji juga menggunakan dapatan soal selidik untuk menyokong data-data yang
diperoleh dalam kajian ini. Peserta kajian ini telah mengisi borang soal selidik yang mempunyai itemitem merangkumi minat, kemahiran dan pemahaman murid dalam menghasilkan anyaman kertas sebelum
dan selepas menggunakan alat „Easy Board‟.
Perbandingan Tahap Pencapaian
Pengkaji membuat perbandingan tahap pencapaian murid dalam kajian ini melalui tiga kategori iaitu
jadual keseluruhan, graf perbandingan dan hasil pencapaian melalui perbandingan hasil karya sebelum
dan selepas intervensi. Namun dalam artikel ini hanya dimuatkan graf perbandingan pencapaian.
Berdasarkan jadual keseluruhan, berikut merupakan graf perbandingan yang menunjukkan penguasaan
kemahiran peserta kajian dalam memahami jenis-jenis kelarai dalam anyaman.
150
100
Ujian Pra (%)

50

Ujian Pos (%)

0
Aqil

Samad

Adila

Rajah 5: Perbandingan Peningkatan Penguasaan Kemahiran Murid Dalam Memahami Jenis-jenis
Kelarai Anyaman Dalam Ujian Pra dan Pos

Intihannya, pengkaji telah dapat membuktikan bahawa alat intervensi „Easy Board‟ yang diperkenalkan
telah berjaya membantu murid dalam membuat anyaman kertas kelarai siku keluang dengan tepat, cepat
dan mudah. Hal ini bermakna, alat intervensi yang diperkenalkan oleh pengkaji telah dapat meningkatkan
minat dan penguasaan murid dalam menyertai dan melakukan aktiviti-aktiviti seni yang diperkenalkan
oleh pengkaji.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, pengkaji telah berjaya membuktikan keberkesanan alat „Easy Board‟ dalam membantu
meningkatkan minat dan kemahiran murid dalam menghasilkan anyaman kertas dalam kalangan murid
Tahun 3 Firdaus. Seterusnya, pengkaji berharap alat intervensi ini dapat membantu guru mata pelajaran
Dunia Seni Visual sama-sama menggunakan alat intervensi ini semasa pengajaran dan pembelajaran bagi
aktiviti ini. Pengkaji juga amat berharap pendidik yang terdapat di seluruh Malaysia dapat mencipta satu
kaedah atau alat yang dapat membantu meningkatkan penguasaan murid jika terdapat murid yang
bermasalah dalam mata pelajaran yang dipelajarinya.
Melalui kajian yang dijalankan ini, beberapa kesan dan implikasi telah dapat dikenal pasti. Berdasarkan
kajian yang dijalankan, masalah penguasaan kemahiran menganyam dan mengira selang satu, dua dan
tiga adalah masalah yang biasa dihadapi oleh murid-murid yang lemah dalam mata pelajaran Matematik.
Kebanyakan murid lemah dan tercorot biasanya tidak dapat menguasai kemahiran ini walaupun pada
dasarnya kemahiran ini amat mudah. Oleh itu, dalam kajian ini pengkaji telah memperkenalkan „Easy
Board‟ kepada murid-murid untuk membantu mereka menghasilkan anyaman yang tepat dengan memberi
kemudahan mereka memasukkan satu persatu jalur anyaman dengan mudah dan mengurangkan
kesukaran menyelit dan menarik jalur anyaman di bawah bingkai anyaman di samping mengikut kelarai
siku keluang sama ada selang satu, dua mahupun tiga. Dengan ini, murid-murid mempelajari
menggunakan satu alat yang baru yang berbeza berbanding media yang telah digunaan sebelum ini.
Melalui alat intervensi ini, pengkaji mendapati penggunaan alat ini lebih mudah dan dapat dikuasai
dengan baik oleh murid.
RUJUKAN
Edward Lucie-Smith (1981). The Story of Craft: The Craftsman's Role in Society. Cornell University
Press.
KPM (2012). Buku Panduan Guru Dunia Seni Visual Tahun 3 KSSR. Kementerian Pelajaran Malaysia.
Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Peter Dormer (1997). The Culture of Craft. Manchester University Press.
Rose Slivka (1968). The Crafts of the Modern World: The Persistent Object. New York: Horizon Press.
Rosinah Edinin (2012). Penyelidikan Tindakan: Kaedah dan Penulisan. Kuala Lumpur: Freemind
Horizons Sdn Bhd.
Ahamad Tarmizi Azizan, Zoolcaphly Sahib (2009). Komputer dan Seni Di Era Globalisasi: Peranan dan
Cabaran. Review of Educational Research.
Marzita Puteh, Sadiah Baharom, Jamilah Omar (2007). Pemikiran Saintifik dan Matematik dalam Kraf
Anyaman Buluh Melayu Tradisional. Jurnal Peradaban Melayu, Jilid 5. Universiti Pendidikan
Sultan Idris.
Feldman. (1996). Pendidikan Seni Visual – Art Is Pleasant. Diperoleh Mac 15, 2014 dari
http://www.colourexist.blogspot.com

Dokumen yang terkait

VARIASI PENGGUNAAN AGREGAT BENTUK PECAH DAN BENTUK BULAT PADA CAMPURAN ASPAL BETON TERHADAP KARAKTERISTIK MARSHALL

6 148 2

STUDI PENGGUNAAN ANTIBIOTIKA EMPIRIS PADA PASIEN RAWAT INAP PATAH TULANG TERTUTUP (Closed Fracture) (Penelitian di Rumah Sakit Umum Dr. Saiful Anwar Malang)

11 138 24

STUDI PENGGUNAAN SPIRONOLAKTON PADA PASIEN SIROSIS DENGAN ASITES (Penelitian Di Rumah Sakit Umum Dr. Saiful Anwar Malang)

13 140 24

STUDI PENGGUNAAN ACE-INHIBITOR PADA PASIEN CHRONIC KIDNEY DISEASE (CKD) (Penelitian dilakukan di Instalasi Rawat Inap Rumah Sakit Muhammadiyah Lamongan)

15 136 28

STUDI PENGGUNAAN ANTITOKSOPLASMOSIS PADA PASIEN HIV/AIDS DENGAN TOKSOPLASMOSIS SEREBRAL (Penelitian dilakukan di RSUD Dr. Saiful Anwar Malang)

13 158 25

PENGARUH PENGGUNAAN BLACKBERRY MESSENGER TERHADAP PERUBAHAN PERILAKU MAHASISWA DALAM INTERAKSI SOSIAL (Studi Pada Mahasiswa Jurusan Ilmu Komunikasi Angkatan 2008 Universitas Muhammadiyah Malang)

127 505 26

PENGGUNAAN BAHASA JURNALISTIK PADA TERAS BERITA HEADLINE HARIAN UMUM GALAMEDIA

8 75 43

PENGGUNAAN APLIKASI KOMPUTER PADA PEMBEL

0 1 1

UPAYA PENINGKATAN PROSES DAN HASIL BELAJAR SISWA MELALUI PENGGUNAAN ALAT PERAGA PADA MATA PELAJARAN IPA DI KELAS IV (EMPAT) SDN 3 TEGALSARI KECAMATAN GADINGREJO KABUPATEN PRINGSEWU TAHUN PELAJARAN 2011/2012

23 110 52

PENGGUNAAN BAHAN AJAR LEAFLET DENGAN MODEL PEMBELAJARAN THINK PAIR SHARE (TPS) TERHADAP AKTIVITAS DAN HASIL BELAJAR SISWA PADA MATERI POKOK SISTEM GERAK MANUSIA (Studi Quasi Eksperimen pada Siswa Kelas XI IPA1 SMA Negeri 1 Bukit Kemuning Semester Ganjil T

47 275 59