Penghasilan Projek - Kren

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM PROJEK B KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6 61 TAJUK

4.0 Penghasilan Projek – Kereta Matrix

MASA 60 minit 2 Waktu STANDARD KANDUNGAN 4.3 Mereka bentuk projek bertema berasaskan bahan bukan logam, bahan logam dan elektromekanikal. STANDARD PEMBELAJARAN 4.3.5 Mengenal pasti projek elektromekanikal yang hendak dibina. 4.3.6 Membuat beberapa lakaran projek elektromekanikal. 4.3.7 Memilih lakaran terbaik projek elektromekanikal. OBJEKTIF PEMBELAJARAN Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. Memilih projek elektromekanikal menggunakan motor dan gear dengan tepat. 2. Melakar sekurang-kurangnya 3 idea awal projek elektromekanikal yang dipilih dengan baik. 3. Memilih satu lakaran yang terbaik. RINGKASAN Murid akan dapat melakar sekurang-kurangnya 3 idea awal projek elektromekanikal dan memilih satu lakaran untuk dijadikan projek. KEMAHIRAN Melakar dan melukis projek. ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 1. Keusahawanan: EK1 - Boleh mencipta sesuatu - Berorentasikan masa depan berimaginasi EK 4 - Boleh menggunakan teknologi untuk menghasilkan projek elektromekanikal. 2. Kreativiti dan inovatif - Berfikiran kreatif dan kritis - Boleh mereka cipta 3. TMK: Pencarian maklumat menerusi internet 4. Nilai murni: Berdisiplin, amanah dan bertanggungjawab BAHAN BANTU MENGAJAR 1. Contoh gambar lakaran 2D dan 3D. 2. LCD dan power point. Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6 62 AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Set Induksi 1. Guru menunjukkan beberapa contoh lakaran projek elektromekanikal. Sumber lukisan lakaran : internet dan carta 2. Murid bersoal jawab dengan guru berkaitan lakaran projek. Contoh soalan: a Dimanakah kedudukan sistem elektromekanikal yang membolehkan kenderaan tersebut bergerak? Langkah 1 Murid membuat perbincangan untuk mengenal pasti projek yang hendak dibina. Langkah 2 1. Murid diminta membuat sekurang-kurangnya 3 lakaran awal lukisan projek. 2. Murid didedahkan dengan lukisan 2D dan 3D. Langkah 3 Murid memilih lakaran terbaik dan dipersembahkan di hadapan murid-murid lain. Penutup Guru membuat rumusan terhadap topik pengajaran hari ini. PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1. Guru memastikan semua murid dapat memilih projek elektromekanikal dengan tepat. 2. Guru mengedarkan kertas untuk murid membuat lakaran. PENGETAHUAN SEDIA ADA Murid pernah melukis lakaran pada tajuk eksperimental di tahun 4. REFLEKSI Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6 63 Contoh lakaran awal projek B. Lakaran 1 Lakaran 2 Lakaran 3 Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6 64 Lakaran yang dipilih adalah lakaran 3 Perincian lakaran yang dipilih. Contoh lakaran 2D Contoh lakaran 3D Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6 65 TAJUK 4.0 Penghasilan Projek - Kereta Matrix RPH 1 MASA 60 minit 2 waktu STANDARD KANDUNGAN 4.3 Mereka bentuk projek bertema berasaskan bahan bukan logam, bahan logam dan elektromekanikal. STANDARD PEMBELAJARAN 4.3.8 Menyediakan alatan dan bahan berdasarkan lakaran projek elektromekanikal. 4.3.9 Mengukur, menanda dan memotong bahan yang digunakan untuk membuat projek elektromekanikal. OBJEKTIF PEMBELAJARAN Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. Memilih alatan tangan yang sesuai digunakan pada projek elektromekanikal dengan betul. 2. Mengukur, menanda dan memotong bahan bagi menghasilkan bahagian tapak A1 dan A2 dengan tepat. RINGKASAN Murid menyediakan alatan dan bahan bagi melakukan aktiviti mengukur, menanda dan memotong bahan untuk bahagian tapak A1 dan A2. KEMAHIRAN 1. Menggunakan alatan tangan dengan betul. 2. Mengukur bahan dengan menggunakan pembaris keluli. 3. Menanda bahan dengan menggunakan pensil tukang kayu. 4. Memotong bahan dengan menggunakan alatan pemotong seperti gergaji lengkung halus, gunting logam dan pisau boleh laras. ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 1. Keusahawanan: EK3 - boleh melaksanakan projek mengikut langkah-langkah yang telah disediakan. 2. Nilai murni - mematuhi peraturan dan keselamatan. BAHAN BANTU MENGAJAR 1. Bahan logam dan bahan bukan logam. 2. Alatan tangan - Pensil tukang kayu, pembaris keluli, sesiku L, gergaji lengkung halus, gunting logam dan pisau boleh laras. Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6 66 AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Set Induksi Murid menyatakan alatan tangan yang terdapat dirumah mereka. Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan alatan tangan seterusnya mengaitkannya dengan pembelajaran pada hari ini. Langkah 1 1. Murid menyenaraikan alatan tangan dan bahan yang diperlukan berdasarkan projek yang akan dijalankan KBAT. 2. Murid mengambil alatan dan bahan yang diperlukan untuk membina projek berdasarkan senarai yang dibina. Langkah 2 1. Murid melakukan aktiviti mengukur dan menanda dengan berpandukan lakaran bahagian A1 dan A2. 2. Murid melakukan aktiviti mengukur dan menanda dengan cara yang betul. 3. Murid melakukan aktiviti memotong bahan berpandukan ukuran dan penandaan yang dibuat. Penutup Guru membuat rumusan tentang pelajaran pada hari ini. PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1. Guru memastikan murid menggunakan alatan tangan dengan betul. 2. Guru menilai hasil bahan yang telah dipotong. PENGETAHUAN SEDIA ADA MURID Murid pernah melakukan aktiviti memotong dan menanda pada tahun 4 dan 5. REFLEKSI