Ukur dan tanda papan lapis 3mm. Ukuran papan lapis adalah seperti berikut :

Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6 44 AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Set Induksi Murid melihat dan menyatakan bahan pengikat dan pencantum pada projek yang ditunjukkan. Guru mengaitkan jawapan murid dengan pelajaran pada hari ini. Langkah 1 Murid melihat tunjuk cara mencantum dan memasang bahan projek menggunakan paku, glu dan skru dengan cara yang betul. Langkah 2 1. Murid mengambil bahan projek yang telah siap dipotong dan alatan yang diperlukan. 2. Murid mencantum dan mengikat bahagian A dan bahagian C menggunakan pengikat dan pencantum mengikut lakaran. KBAT 3. Murid melakukan aktiviti mencantum dan mengikat projek menggunakan bahan pengikat dan pencantum dengan bimbingan guru. Langkah 3 Murid melicinkan permukaan projek bahagian A dan C yang telah siap dicantum mengunakan kertas las. Penutup Guru membuat rumusan tentang pelajaran pada hari ini. PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Guru membuat penilaian hasil kerja murid dan memberi penghargaan. PENGETAHUAN SEDIA ADA MURID Murid pernah melakukan aktiviti mencantum menggunakan paku dan glu pada tahun 4 dan tahun 5. REFLEKSI Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6 45 TAJUK 4.0 Penghasilan Projek - Kren RPH 2 MASA 60 minit 2 waktu STANDARD KANDUNGAN 4.3 Mereka bentuk projek bertema berasaskan bahan bukan logam, bahan logam dan elektromekanikal. STANDARD PEMBELAJARAN 4.3.10 Memasang bahagian projek dan komponen elektromekanikal. OBJEKTIF PEMBELAJARAN Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat memasang bahagian projek menggunakan bahan pengikat dan pencantum seperti paku, skru dan glu panas dengan betul. RINGKASAN Murid dapat memasang tapak bahagian B dengan menggunakan bahan pengikat dan pencantum yang sesuai. KEMAHIRAN 1. Memasang bahagian B seperti dalam lakaran. 2. Mencantum bahan projek menggunakan paku dengan betul. ELEMEN MERENTAS KURIKULUM Keusahawanan: EK2 - boleh merealisasikan idea untuk kesesuaian semasa. Kreativiti - boleh menggunakan cara dan teknik mengikut kaedah yang lebih baik. Nilai murni - berdisplin, tekun dan bekerjasama BAHAN BANTU MENGAJAR 1. Lakaran kerja 2. Bahan bukan logam- papan lapis dan kayu beroti 3. Alatan tangan – Tukul Warrington, ragum kakak tua, pistol perekat panas hot glue gun dan gerudi mudah alih. 4. Bahan pengikat – skru, paku dan glu Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6 46 AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Set Induksi Guru menunjukkan projek contoh yang telah siap kepada murid dan diminta menerangkan langkah kerja yang telah dibuat pada minggu lalu. Langkah 1 Murid melihat guru menunjukkan cara mencantum dan memasang projek bahagian B. Langkah 2 1. 1. Murid mengambil bahan projek bahagian B yang telah siap dipotong dan alatan yang diperlukan. 2. Murid mencantum dan mengikat bahagian projek bahagian B menggunakan paku dan glu dengan bimbingan guru. KBAT Penutup Guru membuat rumusan tentang pelajaran pada hari ini. PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Guru membuat penilaian hasil kerja murid serta memberi penghargaan kepada projek yang telah siap dicantum. PENGETAHUAN SEDIA ADA MURID Murid pernah melakukan aktiviti mencantum menggunakan paku dan glu pada tahun 4 dan tahun 5. REFLEKSI Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6 47 TAJUK 4.0 Penghasilan Projek - Kren RPH 3 MASA 60 minit 2 waktu STANDARD KANDUNGAN 4.3 Mereka bentuk projek bertema berasaskan bahan bukan logam, bahan logam dan elektromekanikal. STANDARD PEMBELAJARAN 4.3.10 Memasang bahagian projek dan komponen elektromekanikal. OBJEKTIF PEMBELAJARAN Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. Mencantum bahagian A, B dan C dengan pencantum yang sesuai. 2. Memasang komponen takal pada projek dengan betul. RINGKASAN Murid memasang bahagian-bahagian projek yang telah siap dicantum mengikut lakaran kerja. KEMAHIRAN 1. Mencantum bahagian projek menggunakan bahan yang sesuai. 2. Menebuk lubang menggunakan gerudi. ELEMEN MERENTAS KURIKULUM EK2 - boleh merealisasikan idea untuk kesesuaian semasa. Kreativiti - boleh menggunakan cara dan teknik mengikut kaedah yang lebih baik. Nilai murni - berdisplin, tekun dan bekerjasama BAHAN BANTU MENGAJAR 1. Lakaran projek 2. Bahan bukan logam- papan lapis dan kayu beroti. 3. Alatan tangan - Pemutar skru, playar muncung tirus, pistol perekat panas hot glue gun dan gerudi mudah alih. 4. Bahan pengikat - skru, paku dan glu. Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6 48 AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Set Induksi Guru menunjukkan projek contoh yang telah siap serta bersoal jawab dengan murid tentang langkah kerja yang telah dibuat pada minggu lalu. Langkah 1 1. Murid melihat guru menunjukkan cara memasang bahagian A, B dan C. 2. Murid melihat guru menunjukkan cara memasang takal pada projek yang telah siap dicantum dengan betul. Langkah 2 1. Murid mengambil bahagian A, B dan C serta takal dan alatan tangan yang diperlukan. 2. Murid membuat pemasangan bahagian A, B dan C menggunakan paku, glu serta bolt dan nat. KBAT Langkah 3 1. Murid menebuk lubang pada tiang dan lengan kren. 2. Murid memasang takal pada lubang yang telah ditebuk menggunakan bolt dan nat. Penutup Guru membuat rumusan tentang pelajaran pada hari ini. PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Guru membuat penilaian hasil kerja murid dengan memberi penghargaan projek yang telah siap dicantum. PENGETAHUAN SEDIA ADA MURID Murid pernah melakukan aktiviti mengikat dan mencantum pada tahun 4 dan tahun 5. REFLEKSI Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6 49 TAJUK 4.0 Penghasilan Projek - Kren RPH 4 MASA 60 minit 2 waktu STANDARD KANDUNGAN 4.3 Mereka bentuk projek bertema berasaskan bahan bukan logam, bahan logam dan elektromekanikal. STANDARD PEMBELAJARAN 4.3.10 Memasang bahagian projek dan komponen elektromekanikal. OBJEKTIF PEMBELAJARAN Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat memasang sistem elektromekanikal pada projek dengan betul. RINGKASAN Murid memasang komponen elektromekanikal pada projek. KEMAHIRAN Memasang sistem elektromekanikal takal dan tali sawat pada projek kren. ELEMEN MERENTAS KURIKULUM EK2 - boleh merealisasikan idea untuk kesesuaian semasa. Kreativiti - boleh menggunakan cara dan teknik mengikut kaedah yang lebih baik. Nilai murni - berdisplin, tekun dan bekerjasama BAHAN BANTU MENGAJAR 1. Lakaran projek 2. Bahan bukan logam- papan lapis dan kayu beroti. 3. Alatan tangan - Pemutar skru, palayar muncung tirus, pistol perekat panas hot glue gun dan pelucut wayar 4. Bahan pengikat - skru, paku dan glu 5. Komponen elektromekanikal - suis, motor,takal dan tali sawat. Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6 50 AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Set Induksi Guru menunjukkan projek contoh yang lengkap dengan sistem asas elektromekanikal. Murid bersoal jawab dengan guru tentang sistem pergerakan pada projek. Langkah 1 Guru menunjukkan cara memasang sistem elektromekanikal pada projek. Langkah 2 1. Murid mengambil komponen elektromekanikal, bahan dan alat tangan yang diperlukan. 2. Murid memasang pengikat motor. 3. Murid meletakkan motor pada pengikat motor. 4. Murid memasang takal pada tiang. 5. Murid memasang pemegang bateri di bahagian bawah tapak. 6. Murid memasang suis dan membuat pendawaian. KBAT 7. Murid memasang tali sawat pada motor dan takal. 8. Murid memasang tali sawat pada kren. Penutup Guru membuat rumusan tentang pelajaran pada hari ini. PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Guru membuat penilaian hasil kerja murid dengan memberi penghargaan pada projek yang telah siap sepenuhnya dan berfungsi. PENGETAHUAN SEDIA ADA MURID Murid pernah melakukan aktiviti komponen ada kit model. REFLEKSI Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6 51 Aktiviti mencantum bahagian projek perlu dilakukan setelah semua bahagian siap dipotong. Semua kerja mencantum menggunakan bahan pengikat dan pencantum paku, glu serta bolt dan nat. Mencantum Bahagian Projek Kren Mencantum bahagian tiang dan lengan kren bahagian A dan C 1. Tebuk lubang di bahagian kayu tiang A1 dan A2 menggunakan gerudi mudah alih, kemudian cantumkan kayu tiang menggunakan glu dan paku. 2. Cantumkan bahagian CI dan C2 di bahagian belakang lengan kren A3 menggunakan paku. 3. Cantumkan bahagian C3 dan C4 di bahagian depan lengan kren menggunakan paku. Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6 52 Mencantum bahagian tapak bahagian B 1. Cantumkan bahagian yang dipotong untuk rangka tapak kren menggunakan paku B1, B2, B3 dan B4. 2. Cantumkan papan lapis B5 di atas rangka tapak kren menggunakan glu dan paku. Memasang bahagian kren yang telah dicantum 1. Pasang bahagian tiang pada tapak kren menggunakan glu dan paku. 2. Pasang bahagian lengan kren menggunakan bolt dan nat. Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6 53 Memasang takal Pasang takal di bahagian depan dan belakang lengan kren menggunakan bolt dan nat. Memasang sistem takal dan tali sawat 1. Pasang plat pengikat motor menggunakan skru 2. Letakkan motor pada pengikat motor. 3. Pasang takal pada bahagian tiang. 4. Pasang pemegang bateri di bahagian bawah tapak. 5. Pasang suis dan buat penyambungan wayar. 6. Menguji kefungsian suis . suis Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6 54 6. Pasang tali sawat pada motor dan takal. 7. Pasang tali pada kren yang telah siap dipasang. Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6 55 TAJUK

4.0 Penghasilan Projek - Kren

MASA 60 minit 2 waktu STANDARD KANDUNGAN 4.3 Mereka bentuk projek bertema berasaskan bahan bukan logam, bahan logam dan elektromekanikal. STANDARD PEMBELAJARAN 4.3.11 Menguji kefungsian projek. 4.3.12 Membuat kemasan pada projek. OBJEKTIF PEMBELAJARAN Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. Menguji kefungsian projek elektromekanikal. 2. Melakukan kemasan pada projek elektromekanikal dengan bahan yang sesuai. RINGKASAN Murid boleh menguji kefungsian dan membuat kerja kemasan projek elektromekanikal. KEMAHIRAN 1. Menguji kefungsian projek dengan beradab. 2. Membuat kemasan projek menggunakan kreativiti. ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 1. EK 4 - menilai pelaksanaan projek 2. Kreativiti - boleh membuat keputusan dan mengambil tindakan susulan. 3. TMK - Pencarian maklumat menerusi internet 4. Nilai murni - Bekerjasama dan berkolaborasi dalam tugasan yang diberikan. BAHAN BANTU MENGAJAR 1. Projek elektromekanikal yang telah siap. 2. Cat sembur dan kertas pasir Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6 56 AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Set Induksi Guru menunjukkan contoh projek elektromekanikal yang telah siap dan berfungsi kepada murid. Murid bersoal jawab dengan guru mengenai kemasan yang ada pada projek elektromekanikal yang ditunjukkan oleh guru. Langkah 1 Murid menguji kefungsian projek elektromekanikal di dalam kumpulan masing-masing. Langkah 2 1. Murid melihat guru menunjuk cara melakukan kemasan menggunakan cat sembur dengan cara yang betul. 2. Murid menyediakan bahan dan peralatan untuk membuat kemasan projek elektromekanikal yang telah berfungsi. 3. Murid melakukan kemasan pada projek elektromekanikal secara individu. KBAT Penutup 1. Guru membuat rumusan dan memberi penghargaan kepada murid. 2. Penyelengaraan bengkel – murid membersihkan bengkel, menyelenggara dan menyimpan alatan serta bahan projek secara teratur dan kemas. PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Guru membuat penilaian pada hasil kerja projek elektromekanikal murid. PENGETAHUAN SEDIA ADA Murid berpengalaman menguji kefungsian produk dan membuat kemasan semasa di tahun 4 5. REFLEKSI Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6 57 Menguji Projek Kren Uji projek dengan menghidupkan suis. Pastikan takal dan tali sawat berputar apabila motor berfungsi dengan. Membuat Kemasan Projek Kren Buat kemasan dengan cat sembur Contoh projek yang telah dibuat kemasan menggunakan cat sembur. Kemasan juga boleh dibuat menggunakan syelek. BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM PROJEK B KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA