Ukur dan tanda kayu beroti. Gunakan pembaris keluli dan sesiku L bagi mendapat ukuran

Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6 43 TAJUK 4.0 Penghasilan Projek - Kren RPH 1 MASA 60 minit 2 waktu STANDARD KANDUNGAN 4.3 Mereka bentuk projek bertema berasaskan bahan bukan logam, bahan logam dan elektromekanikal. STANDARD PEMBELAJARAN 4.3.10 Memasang bahagian projek dan komponen elektromekanikal. OBJEKTIF PEMBELAJARAN Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat memasang bahagian projek menggunakan bahan pengikat dan pencantum seperti paku, skru dan glu panas dengan betul. RINGKASAN Murid dapat memasang bahagian tiang bahagian A dan tapak projek bahagian C dengan menggunakan bahan pengikat dan pencantum yang sesuai. KEMAHIRAN 1. Memasang bahan projek bahagian A dan C. 2. Mencantum bahagian projek menggunakan pengikat dan pencantum yang sesuai. ELEMEN MERENTAS KURIKULUM EK2 - boleh merealisasikan idea untuk kesesuaian semasa. Kreativiti - boleh menggunakan cara dan teknik mengikut kaedah yang lebih baik. Nilai murni - berdisplin, tekun dan bekerjasama BAHAN BANTU MENGAJAR 1. Lakaran kerja 2. Bahan bukan logam- papan lapis dan kayu beroti 3. Alatan tangan - Tukul Warrington, ragum kakak tua, pistol Perekat Panas hot glue gun dan gerudi mudah alih 4. Bahan pengikat - skru, paku dan glu panas Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6 44 AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Set Induksi Murid melihat dan menyatakan bahan pengikat dan pencantum pada projek yang ditunjukkan. Guru mengaitkan jawapan murid dengan pelajaran pada hari ini. Langkah 1 Murid melihat tunjuk cara mencantum dan memasang bahan projek menggunakan paku, glu dan skru dengan cara yang betul. Langkah 2 1. Murid mengambil bahan projek yang telah siap dipotong dan alatan yang diperlukan. 2. Murid mencantum dan mengikat bahagian A dan bahagian C menggunakan pengikat dan pencantum mengikut lakaran. KBAT 3. Murid melakukan aktiviti mencantum dan mengikat projek menggunakan bahan pengikat dan pencantum dengan bimbingan guru. Langkah 3 Murid melicinkan permukaan projek bahagian A dan C yang telah siap dicantum mengunakan kertas las. Penutup Guru membuat rumusan tentang pelajaran pada hari ini. PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Guru membuat penilaian hasil kerja murid dan memberi penghargaan. PENGETAHUAN SEDIA ADA MURID Murid pernah melakukan aktiviti mencantum menggunakan paku dan glu pada tahun 4 dan tahun 5. REFLEKSI