Membincangkan pelaksanaan Syariah Islamiah dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan [ILO]
69
3.1.3 Membincangkan pelaksanaan Syariah Islamiah dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan [ILO]
Islam menjadikan Awlawiyat atau keutamaan dalam melaksanakan sesuatu perkara.
Mengelakkan kemudaratan demi mencari kemaslahatan adalah sangat diutamakan.
Mendahulukan yang wajib lebih diutamakan daripada yang sunat. Mengutamakan kepentingan ramai adalah wajar didahulukan daripada
kepentingan individu. Sebarang kegiatan sains teknologi dan kejuruteraan hendaklah memberikan
keutamaan kepada memelihara peranan syariah. Para saintis, teknokrat dan jurutera seharusnya meletakkan keutamaan
memakmurkan alam daripada mencari keuntungan dan kemahsyuran. • Syariat Islam dengan tegas mengharamkan segala bentuk perbuatan yang boleh
memudaratkan harta seseorang atau kumpulan seperti merompak, mencuri, menyorok, membazir dan menspekulasi pasaran modal.
• Islam menetapkan kewajipan mengeluarkan zakat bagi setiap muslim yang telah mencapai kelayakan. Harta yang dikumpul mepunyai hak untuk terus mendapat
keberkatannya.
• Pencarian harta hendaklah melalui proses yang jelas halalnya. Matlamat menjadi kaya bukan menjadi sebab untuk menghalalkan segala tindakan ke arah
itu.
• Hukuman hudud seperti potong tangan bagi yang mencuri dan tazir menunjukkan syariat Islam memandang serius jenayah ini.
• Bagi mereka yang sanggup mempertahankan harta sehingga membawa kepada kematian dianggap mati syahid akhirat.
Memelihara Harta
Utamakan Yang Utama
70
Pelaksanaan sesuatu perkara hendaklah merujuk kepada mengutamakan agama, nyawa, akal, keturunan, maruah dan harta.
Islam mengakui keperluan untuk membuat kajian tentang alam. Manusia dibenarkan untuk menerokai daratan, lautan dan ruang udara untuk tujuan
pengimarahan alam. Ciptaan dan penemuan inovasi yang melibatkan teknologi dan kejuruteraan
adalah bukti kehebatan akal manusia untuk keperluan dan kemaslahatan hidup manusia.
Namun begitu, syariat menegaskan setiap operasi untuk menghasilkan ciptaan dan rekaan hendaklah menghormati peraturan dan etika Islam.
Tiada istilah untuk mencapai matlamat keperluan manusia, sebarang kaedah boleh digunapakai dan menghalalkan proses yang bercanggah
dengan syariat. Dunia hari ini memaparkan kerakusan manusia untuk maju dan moden
hingga bergelar kuasa besar dunia melalui proses mengorbankan alam. Sebagai contoh ujian huklear di lautan telah mengakibatkan berlakunya
kerosakan pada lapisan perut bumi yang menjadi punca berlakunya tsunami.
Pelaksanaan syariat dalam sains teknologi dan kejuruteraan mengutamakan nilai keagamaan yang lebih fokus kepada etika dan adab dalam
membangunkan alam. Peraturan dan hukum yang melibatkan halal, haram, sunat, harus dan
makruh serta syubahat hendaklah menjadi asas rujukan dalam pelaksanaan setiap proses kerja.
Sebarang ciptaan, penemuan, kajian dan penyelidikan sewajarnya mengambilkira kepentingan prinsip dan etika syariat Islam.
Kegagalan mematuhi prosedur ini akan menyumbang kepada ketidakstabilan dan kepincangan pengurusan alam.
Andai berlaku pertembungan antara kepentingan keperluan manusia dan pemeliharaan alam, maka syariat menetapkan untuk memilih kemudaratan
yang minima.
Pelaksanaan Kajian Menepati Syariat Matlamat Tidak Menghalalkan Cara
71
Syariat Islam menetapkan prinsip mencegah adalah menjadi keutamaan dalam pelaksanaan kerja manusia.
Prinsip pencegahan yang diminta oleh syariat Islam adalah untuk menolak dan mengelakkan berlakunya kerosakan. Contohnya Islam mengharamkan
perbuatan mendekati zina. Maksud mendekati itu adalah termasuk berdua- duaan atau sesuatu tindakan yang boleh membawa zina. Larangan
perbuatan yang boleh membawa kepada zina adalah dianggap langkah pencegahan bagi mengelakkan zina dan lahirnya anak luar nikah.
Kajian sains dan rekaan teknologi serta kejuruteraan hendaklah mengambil langkah pencegahan dalam segenap aspek dari mula hingga akhir. Akibat
yang besar akan menimpa umat manusia apabila langkah-langkah pencegahan tidak diambil kisah.
Prinsip mencegah sewajarnya menjadi agenda utama para saintis, teknokrat dan jurutera melaksanakan tugasan mereka. Pengabaian prinsip ini akan
menempah suatu pengurusan kos yang lebih besar serta pengorbanan masa yang bukan kepalang. Justeru itu, fikirkan aspek pencegahan sebelum
bertindak.
Aqidah yang merupakan tunjang bagi terbangunnya insan terbaik di sisi Allah SWT tidak boleh dipandang rendah dalam apa jua pelaksanaan hidup
manusia. Syariat adalah peraturan Allah SWT untuk dijadikan panduan hidup bagi
mengundang rahmat dan berkat. Integrasi pelaksaanaan aqidah dan syariat akan membuahkan keadaan yang
harmoni bagi pembangunan modal insan dan pembangunan material sesebuah negara.
Pelaksanaan aktiviti sains teknologi dan kejuruteraan haruslah mendahulukan keperluan aqidah sebagai teras pengurusan penyelidikan.
Dalam waktu yang sama, syariat menjadi keutamaan bagi seluruh perancangan, program, aktiviti dan hasil kajian menepati kehendak syariat.
Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubat
Akidah Diutamakan Syariat Didahulukan
72