Bahan Pengajaran Politeknik

(1)

SAINS TEKNOLOGI DAN

KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

Mohd Azli Adnan

Asnuurien Najma Ahmad

Rasdin Husin

Seksyen Pembangunan dan Penilaian Kurikulum Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Latihan Kerjaya Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi


(2)

© Seksyen Pembangunan dan Penilaian Kurikulum Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Latihan Kerjaya Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi

All right reserved. No part of this publication may be reproduced, copied, stored in any retrieval system or transmitted in any form or by any mean – electronics, mechanical, photocopying, recording or otherwise; without prior permission in writing from the :

Curriculum Development and Assessment Section, Curriculum Development and Career Training Division

Department of Polytechnic Education, MOHE

Galeria PjH, Aras 4, Jalan P4W, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.

Perpustakaan Negara Cataloguing –in- Publication Data

Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam – Mohd Azli Adnan, Asnuurien Najma Ahmad, Rasdin Husin

ISBN

1. Islam 2. Sains Islam 3. Teknologi Islam 4. Kejuruteraan Islam


(3)

Editorial Editor

Pn. Yusma bt. Yusof Ketua Penolong Pengarah Seksyen Pembangunan dan Penilaian Kurikulum Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Latihan Kerjaya Jabatan Pengajian Politeknik, KPT

En. Yusni b. MohamadYusak Penolong Pengarah Kanan Seksyen Pembangunan dan Penilaian Kurikulum Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Latihan Kerjaya Jabatan Pengajian Politeknik, KPT

Pn. Suzianah bt. Sahar Penolong Pengarah Seksyen Pembangunan dan Penilaian Kurikulum Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Latihan Kerjaya Jabatan Pengajian Politeknik, KPT

Penulis

En. Mohd Azli b. Adnan Politeknik Balik Pulau (PBU)

Cik Asnuurien Najma bt. Ahmad

Politeknik Merlimau, Melaka (PMM)

En. Rasdin b. Husin Politeknik Nilai, Negeri Sembilan (PNS)


(4)

Bab - 1

Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam

Asnuurien Najma bt. Ahmad (PMM) Rusdin b. Husin (PNS)


(5)

Topik ini menjelaskan konsep sains teknologi dan kejuruteraan menurut Islam, peranan, impak serta pencapaiannya dalam tamadun Islam.

Hasil Pembelajaran :

CLO 1 : Mejelaskan konsep sains teknologi dan kejuruteraan dari perspektif Islam.

1.1 Memahami sains teknologi dan kejuruteraan menurut Islam.

1.1.1 Menyatakan maksud sains teknologi dan kejuruteraan daripada aspek bahasa dan keilmuan Islam.

1.1.2 Menyatakan peranan sains teknologi dan kejuruteraan. 1.1.3 Menyatakan impak sains teknologi dan kejuruteraan.

1.1.4 Membincangkan pencapaian tamadun Islam dalam sains teknologi dan kejuruteraan.

TOPIK 1


(6)

TOPIK 1.0 : SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

1.0 Pendahuluan

Sains dan teknologi kejuruteraan tidak dapat dipisahkan dengan bidang ilmu dalam Islam.Dalam bidang sains, sains adalah satu usaha manusia untuk

menghuraikan sesuatu dengan tepat dan secara kuantitatif mengenai alam tabi i

dan perjalanannya melalui pengamatan, hipotesis dan eksperimen yang benar.Antara konsep dalam sains adalah hukum, sebab dan akibat.Dalam hal ini, sains dan Islam sama-sama berpegang kepada prisnsip bahawa ala mini adalah bersifat konseptual iaitu sesuatu yang boleh difahami dan dimengertikan.

Bidang sains sendiri belum menemui kebenaran yang sejati dan hakiki. Tradisi Islam adalah untuk melahirkan para sainstis berteknologi muslim yang beriman dan berahklak dan Islam menolak kemajuan teknologi tanpa akhlak dan sains yang menolak spiritual. Sains dalam pandangan Barat beranggapan sumber wahyu tidak diperlukan berasaskan kepada prinsip logos dan mitos.Logos adalah satu penemuan yang paling ampuh hasil dari eksperimen manakala mitos pula umpama khayalan yang tidak wujud dan tidak dapat dibuktikan secara tepat dan konkrit.

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS [CLO 1]

Menjelaskan Konsep Sains Teknologi dan Kejuruteraan dari Perspektif Islam


(7)

1.1 Memahami Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Menurut Islam 1.1.1 Menyatakan maksud sains teknologi dan kejuruteraan daripada

aspek bahasa dan keilmuan Islam.

Definisi Sains dari Aspek Bahasa dan Istilah

SAINS DARI ASPEK BAHASA DAN ISTILAH

 Daripada perkataan Inggeris iaituscience. Juga berasal daripada perkataan scio, scire atau scientia (dari bahasa Latin) yang bermaksud pengetahuan.

 Sains mengikut Encarta Encyclopedia ialah, Systematized knowledge in any field, but applied usually to the organization of objectively verifiable

sense experience.

 Sains dalam skop yang luas bermaksud ilmu-ilmu yang diperoleh secara sistematik berdasarkan pengalaman deria yang dapat dibuktikan secara objektif.

 Boleh didefinisikan sebagai satu ilmu yang dihasilkan melalui proses cerapan (iaitu analisis dengan menggunakan panca indera) serta fahaman yang lahir daripadanya.

 Sains adalah satu huraian secara sistematik tentang fenomena tabi i

atau alam semula jadi yang melibatkan penggunaan intelek di samping kaedah yang dapat diukur (kuantitatif).

 Sains adalah satu huraian secara sistematik tentang fenomena tabi i atau alam semula jadi yang melibatkan penggunaan intelek di samping kaedah yang dapat diukur (kuantitatif).

 Kajian yang rasional dan emprikal yang mana tiada kaitan dengan wahyu, intuisi, emosi dan perkara-perkara agama.

 Sains terbahagi kepada tiga bahagian iaitu :- 1. Sains Tulen atau Sains Tabi i

2. Sains Gunaan (Teknologi dan Kejuruteraan) 3. Sains Sosial (Tabiat Manusia)


(8)

Definisi Sains dari Aspek Keilmuan Islam

SAINS DARI ASPEK KELIMUAN ISLAM

 Sains Islam berasaskan wahyu dan akal. Menjadikan wahyu sebagai sumber rujukan tertinggi kerana wahyu datang daripada kuasa tanpa batas

sedangkan akal adalah satu perkara yang terbatas.

 Sains dalam Islam adalah sains yang berkonsepkan tauhid yang mana ianya tunduk kepada prinsip-prinsip yang ditetapkan Allah melalui rasul-Nya.

 Ia adalah satu maklumat atau fakta yang didapati menerusi penyelidikan dan penemuan yang mengunakan kaedah-kaedah tertentu tidak bercanggah dengan syarak untuk mencari fakta atau bukti bagi menjelaskan sesuatu kebenaran.

 Dikaitkan dengan cabang ilmu pengetahuan yang sistematik, yang bertolak dari sesuatu sebab dan akibat yang boleh diuji dan dikaji kebenarannya.

 Menggabungkan unsur metafizik (ketuhanan) dan fizik, ilmu aqli dan naqli, ilmu intelek dan ilmu wahyu.

 Sains Islam berasaskan nilai, neutral dan objektif.

 Sains dalam Islam merangkumi 3 kategori utama iaitu:-

• Melibatkan kemahiran seperti membaca, menulis, ilmu pengetahuan, timbangan, pertanian, biografi dan sejarah.

Sains Propaedeutik

• Sains ini adalah satu bidang yang yang sama dengan ilmu agama pada hari ini.

• Bidang yang termasuk adalah ilmu tajwid, hadith, syariah, tafsir, dan lain-lain.

Sains Syariah

• Merangkumi 4 bahagian utama.

• Merangkumi bidang matematik propaedeutik,

logik, sains tabi’ie dan matematik tabi’ie.


(9)

i. Definisi Teknologi dari Aspek Bahasa :

TEKNOLOGI DARI ASPEK BAHASA DAN ISTILAH

 Perkataan technology berasal dari perkataan Greek (technología), dari perkataan Yunani téchnē , yang bermaksud seni, kemahiran,

rekaan.(Hairudin Harun, 2007 : 2)

 Teknologi adalah satu sains gunaan di mana ilmu sains itu digunakan bagi mencapai matlamat atau tujuan yang praktikal.

 Secara etimologinya, teknologi berasal dari dua kata bahasa Yunani iaitu

techne dan logos .

Techne adalah seni (art), kerja tanganatau keterampilan.Teknobermaksud

kemahiran teknik atau hasil kerja. Logos bermaksud wacana atau kata-kata sistematis.

 Teknologi boleh merujuk kepada pertama; penggunaan kaedah-kaedah dan teknik-teknik pembuatan barang atau perkhidmatan yang dihasilkan melalui rekaan sains untuk menyelesaikan masalah. Kedua; teknik-teknik yang meliputi kaedah, bahan-bahan, peralatan dan proses-proses untuk menyelesaikan masalah. Ketiga; penggunaan sumber-sumber seperti pengetahuan, kemahiran, proses, teknik, peralatan dan bahan untuk menyelesaikan masalah.

 Ini bermakna teknologi adalah aplikasi pengetahuan sains yang boleh memberi manfaat dan penyelesaian terhadap sesuatu masalah yang dihadapi oleh dalam kehidupan seharian.

 Dari istilah; teknologi adalah ilmu pengetahuan dan tindakan yang bersistem dan biasanya dikaitkan dengan proses industri.

 Kesimpulannya, ialah ilmu yang berbentuk praktikal atau teknikal yang membolehkan manusi membuat sesuatu perubahan yang

bemanafaat ke atas alam tabi i.

Robert E. McGinn membahagikan teknologi kepada empat maksud iaitu : - a. Teknologi sebagai teknik-teknik

 Teknologi selalunya dirujuk sebagai produk-produk material buatan manusia atau segala rekaannya.

b. Teknologi sebagai satu teknologi

c. Teknologi sebagai satu bentuk aktiviti kebudayaan manusia.


(10)

ii. Definisi Teknologi dari Aspek Keilmuan Islam : TEKNOLOGI DARI ASPEK KEILMUAN ISLAM

 Teknologi dalam Islam satu cabang ilmu praktikal untuk mencapai tujuan praktikal sebenar, bertunjangkan tauhid kepada Allah, seimbang antara satu sama lain, terlaksana mengikut sistem etika Islam yang mengutamakan keadilan dan dipertanggungjawabkan kepada manusia

sebagai khalifah Allah untuk menggunakan alam tabi i dengan baik. Wan

Ramli Wan Daud, 1991)

 Dalam sejarah sains Islam, istilah yang bertepatan dengan teknologi ialah istilah ةعانصsina ah yang bermaksud ilmu gunaan.

 Pengetahuan yang berhubung dengan teknik menggunakan pengetahuan sains.

 Bertujuan memberi kemudahan dan kemakmuran kepada manusia.

 Teknologi dalam Islam adalah berbentuk teknologi yang memberi manfaat iaitu tanpa unsur kerosakan dan tidak terkeluar daripada etika serta prinsip-prinsip dasar Islam.

 Teknologi satu pengetahuan kemahiran yang memberikan fokus kepada cara menggunakan ciptaan sains untuk membantu

kehidupan manusia mengabdikan diri kepada Allah SWT.

 Ia merujuk kepada dua kemahiran iaitu :

 Kemahiran dalam bidang pembuatan atau pengeluaran.

 Kemahiran dalam bidang arkitek dan kejuruteraan.

iii. Definisi Kejuruteraan dari Aspek Bahasa :

KEJURUTERAAN DARI ASPEK BAHASA DAN ISTILAH

 Kejuruteraan termasuk dalam bidang sains gunaan (applied science) yang berkaitan dengan teori asas dengan mereka bentuk sesuatu hasil

keperluan dan kegunaan yang boleh memberi khidmat kepada manusia.

 Kejuruteraan juga bermaksud proses mereka bentuk teknologi dengan kaedah yang paling efisyen.


(11)

iv. Definisi Kejuruteraan dari Aspek Keilmuan Islam : KEJURUTERAAN DARI ASPEK KEILMUAN ISLAM

 Kejuruteraan adalah satu disiplin ilmu yang berkaitan dengan kepandaian untuk menggunakan teknologi secara efisyen bagi tujuan kebaikan

manusia.

 Kejuruteraan dalam Islam digunakan untuk membantu manusia dalam memenuhi tugas khalifah secara lebih berkesan.

CIRI-CIRI SAINS ISLAM

Ciri-ciri Huraian

Ciri Keagamaan

1. Menerima wahyu sebagai sumber ilmu.

 Kajian sains dalam Islam bersumberkan wahyu dan akal.

 Merujuk kepada ayat al-Quran dan As-Sunnah sebagai satu sumber untuk menrangkan

tentang alam tabi i dan sifat-sifatnya.

 Kaedah penyelidikan melalui ilmu saintifik. (al-Quran dan Hadith)

2. Sains bersifat Rabbani

 Adanya peranan Allah dalam kewujudan dan proses alam dan konsep kausaliti (sebab dan musabab)

 Dikaitkan dengan prinsip-prinsip dan hukum Islam.

 Tujuan terakhir keputusan sains adalah untuk mencari pembuktian kebenaran Allah SWT.

3. Sains sebagai cara untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT.

 Penyelidikan mengandungi nilai ibadah.

 Mengkaji, memerhati dan mencerap segala ciptaan Allah adalah sebagai ibadah kepada Allah SWT.

 Menelti dan mengkaji kebesaran ciptaan Allah salah satu wasilah pengabdian diri kepada Allah SWT.


(12)

4. Terikat dengan batas-batas hukum dan etika Islam.

 Terikat dengan batas hukum dan etika Islam.

 Sainstis dan teknokrat yang berjaya adalah mereka yang mematuhi segala suruhan dan meninggalkan larangan serta menyeru kebaikan.

Ciri Saintifik

 Sains Islam menggunakan kaedah emperikal yang diperkenalkan oleh Islam sejak abad ke-7 Masihi lagi.

 Adanya formula dan alat-alatan yang berbentuk klinikal.

 Menggunakan kaedah sintesis ke atas sumber-sumber tamadun yang terdahulu.

 Bentuknya sejagat yang melibatkan pelnagai bangsa, agama, bahasa, tamadun, wilayah, zaman dan sebagainya.

Ciri Universal

 Sains Islam bersifat universal atau sejagat kerana bukan sahaja dihasilkan oleh Muslimtetapi juga non-Muslim.

Ciri Sepadu

 Tidak memisahkan cabang-cabang ilmu.

 Tanggungjawab fardu ain dan fardu kifayah yang bersepadu.

 Kajian yang bersifat menyeluruh.

 Kajian alam fizik tidak terpisah dengan metafizik.

 Tidak terpisah daripada kepercayaan kepada Allah SWT kerana keimanan kepada Allah SWT dijadikan sebagai asas kajian.

Ciri Harmoni

 Tidak terdapat percanggahan antara sains dan agama.

 Kajian yang dijalankan menuju kepada matlamat yang sama iaitu pengabdian diri kepada Allah SWT.


(13)

Peranan Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam

1. Membantu Manusia Mengenali Allah Sebagai Pencipta Alam.

 Ayat al-Quran banyak menyebut dan menggalakkan kita manusia untuk berfikir, menyelidik dan mengkaji. Penyelidikan Islam adalah berasaskan kepada wahyu Allah membawa setiap kajian ke arah satu kepuasan yang telah ditentukan iaitu dengan menunjukkan tanda-tanda kekuasaan Allah yang menjadikan segalanya.

 Kewujudan alam ini adalah sebagai tanda kewujudan dan kebesaran pencipta.Firman Allah SWT dalam Surah Ali imran yang bermaksud:

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal .

Surah Ali )mran :

 Islam menetapkan sebarang perkara yang melibatkan kajian sains hendaklah berada dalam kerangka dan panduan syariat bagi tujuan kebaikan manusia dan keredhaan Ilahi.

 Dapatan sains Islam menjadikan saintis lebih dekat kepada Allah SWT, sebaliknya dapatan sains Barat lebih menjadikan manusia bongkak dan jauh daripada Allah SWT.

 Teknologi dan kejuruteraan Islam lebih mendidik hati dan fikiran manusia tentang keagungan Allah SWT melalui kecanggihan ciptaan manusia, Sementera teknologi dan kejuruteraan Barat sekadar untuk menunjukkan kehebatan daya fikir manusia untuk kepentingan diri.


(14)

2. Membantu Manusia Supaya Bertafakkur.

 Penyelidikan sains teknologi dalam Islam akan membawa seseorang kepada sifat-sifat tafakkur dan memberi kesedaran kepada manusia melalui penggunaan akal.

 Penyelidikan sains melalui wahyu-wahyu membawa kepada penerimaan kebesaran Allah SWT seperti yang dijelaskan dalam Al-Quran surah Al-Baqarah iaitu :

Maksudnya :

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang belayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh terdapat tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang

memikirkan (Surah Al-Baqarah : 164)

3. Membantu Pelaksanaan Syariat

 Kajian sains dan teknologi dalam Islam adalah didorong oleh kepentingan dalam pelaksanaan syariat Islam.

 Pelaksanaan syariat akan berjalan lancar jika sekiranya masyarakat Islam membangunkan peraturan perhubungan antara mereka.

 Kepentingan untuk mengatur beberapa hubungan ini boleh dilihat kepada hubungan manusia dengan Allah SWT, hubungan manusia sesama manusia serta hubungan manusia dengan alam.

4. Supaya manusia mampu menentukan dan membuat ramalan akan sesuatu perkara.

 Menentukan tarikh dengan melakukan pencerapan iaitu mencerap bulan akan dapat memberi ketentuan contohnya dalam tarikh awal puasa, tarikh awal bulan dan lain-lain.

 Manusia dapat menggunakan akalnya dengan pengetahuannya untuk meramal sesuatu perubahan cuaca.


(15)

5. Supaya manusia dapat berkarya dan berinovasi.

 Dengan mengkaji alam ini, manusia akan dapat menghasilkan sesuatu karya dan mencipta sesuatu hasil daripada kajiannya.

6. Dapat membantu manusia dalam memenuhi keperluan material dan kehidupan seharian yang diperlukan.

 Dapat memenuhi keperluan asasi seperti makanan, tempat tinggal, pakaian, pendidikan, perubatan, pengangkutan dan lain-lain.

 Menjadikan kehidupan manusia selesa.

 Memenuhi keperluan dharuriyat dan hajiyat manusia itu sendiri.

Jika kita lihat, sains, teknologi dan kejuruteraan sebenarnya tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Ilmu ini juga sebenarnya mempunyai perkaitan dengan dunia Islam silam dan hari ini. Kemajuan teknologi kini adalah sebahagian daripada matlamat kepentingan hidup seseorang manusia yang akan dapat memperkukuhkan keimanannya terhadap Allah SWT Dalam hal ini, kita tidak nafikan bahawa sains teknologi dan kejuruteraan sangat penting kepada kita terutama pada dunia hari ini. Namun, ianya juga terdapat impak lain dalam kemunculan sains, teknologi dan kejuruteraan ini.

1.1.3 Menyatakan Impak/Kesan Sains Teknologi dan

Kejuruteraan


(16)

A. IMPAK PENGABAIAN SAINS DAN TEKNOLOGI KE ATAS UMAT ISLAM

Bidang Huraian

Bidang Sosial

 Umat Islam akan ketinggalan jauh berbanding umat dan bangsa lain yang lebih maju.

 Maruah umat Islam akan dipandang hina di mata agama lain dan umat Islam akan diperkotak-katikkan oleh bangsa lain.

Bidang Ekonomi

 Umat Islam akan menjadi satu umat yang suka bergantung kepada kuasa asing.

 Kebanyakan penguasaan bidang ekonomi dakan diterajui oleh bangsa asing dan penguasaan teknologi juga didominasi oleh bangsa asing.

Bidang Politik

 Umat Islam akan ditindas dan seterusnya dijajah oleh bangsa dan agama lain.

 Umat Islam menjadi satu umat yang tidak pandai berdikari memimpin negaranya sendiri

Bidang Pendidikan

 Penerapan dan pelaksanaan sains teknologi dan kejuruteraan akan terpisah dari nilai-nilai agama yang sebenar.

 Unsur-unsur kesepaduan ilmu dengan agama sudah tidak wujud lagi.

 Pelaksanaan sistem pendidikan yang dilaksanakan adalah secara dualisme.

Bidang Sains, Teknologi dan Kejuruteraan

 Umat Islam akan bergantung kepada sains dan teknologi barat yang mana akan menimbulkan masalah kepada umat Islam sendiri. Contohnya hari \

 ini umat Islam sendiri bergantungkepada dunia teknologi barat seperti penggunaan internet, telefon bimbit dan lain-lain peralatan teknologi terkini.

 Memberi keuntungan yang besar kepada dunia teknologi barat sendiri.

 Umat Islam semakin mundur dan malas untuk mencipta sesuatu teknologi baru yang boleh digunakan oleh sejagat.


(17)

B. KEBAIKAN DAN KEBURUKAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN TERHADAP UMAT ISLAM.

Bidang / Aspek Kebaikan Keburukan

Pertahanan

 Mampu melindungi negara dari serangan musuh-musuh. Contohnya dengan penciptaan senjata dan kelengkapan perang.

 Membawa kepada kemusnahan dunia

termasuklah alam sekitar, dan juga nyawa yang terkorban.

 Menyebabkan rusuhan berlaku

 Menyebabkan tamakkan kuasa berlaku.

Teknologi maklumat

 Membolehkan semua lapisan masyarakat mendapat maklumat dengan begitu mudah.

 Jalan dakwah terbuka luas (alternatif medan dakwah)

 Maklumat dapat dicapai dengan pantas dan dapat berhubung antara satu sama lain tanpa

sempadan.

 Muda mudi terpengaruh dengan kelebihan

teknologi ini.

 Teknologi mengabaikan nilai-nilai murni.

 Berlakunya

pencerobahan maklumat

penggodam .

 Pengubahsuaian terhadap sesuatu fakta atau gambar akan berlaku.

 Berlakunya kegiatan seks melalui internet sahaja.

Bio-teknologi

 Mampu menghasilkan makanan ubah suaian genetik (Genetically Modified Food) yang mempunyai cirri-ciri terbaik seperti tahan lama, sedap dan bermutu.

 Teknik dan teknologi pertanian mengalami transformasi.

 Membantu meningkatkan produktiviti.

 Membantu dalam

penghasilan baka, benih,

 Sumber genetik yang digunakan untuk mengubah suaian makanan mengandungi bahan yang dilarang dalam syarak.

 GMF memberi kesan terhadap kesihatan manusia kerana

mengandungi bendasing yang tidak diketahui kesan buruknya.


(18)

dan racun dalam sektor pertanian.

Pengklonan

 Memberi pengetahuan baru kepada manusia.

 Disalahgunakan oleh pihak tertentu.

 Menyimpang dari landasan agama yang sebenar kerana

menyalahi apa yang telah Allah ciptakan mengikut fitrah.

Perubatan (Stem Cell)

 Banyak kelebihannya dalam membantu mengatasi pelbagai penyakit.

 Penggunaan embryonic

stem cell bakal disalahgunakan juga untuk kegunaan pengklonan manusia.

Teknologi laser

 Menggantikan peranan kabel dengan fiber optik untuk bidang komunikasi dan perindustrian.

 Maklumat yang dihantar adalah lebih cepat dan tepat serta

meminimumkan kehilangan data.

 Penyelewengan penggunaan akan berlaku.

 Mudah diubahsuai oleh mereka yang mahir dan pakar.

1.1.4.1 Keperluan Untuk Mengkaji Sejarah Dalam Islam

Dalam Al-Quran telah menjelaskan dan menunjukkan betapa pentingnya sejarah dan hubungannya engan kewujudan sesebuah tamadun manusia melalui peristiwa-peristiwa serta contoh-contoh umat terdahulu.Kisah yang dipaparkan dan diceritakan dalam Al -Quran sebenarnya adalah satu peristiwa yang benar-benar berlaku dan perlu dijadikan pengajaran kepada kita pada hari ini.

1.1.4 Membincangkan Pencapaian Tamadun Islam dalam

Sains Teknologi dan Kejuruteraan


(19)

Antara perisitwa sejarah yang banyak disebut oleh Allah SWT dalam Al-Quran dianggarkan sebanyak 1,000 ayat mengenai kisah -kisah nabi terdahulu dan rasul sebelum ini seperti menceritakan hebatnya kerjaan

Thamud, Kaum Ad, Kaum Madyan dan juga mengenai keingkaran Firaun laknatullah.

Tujuan dan matlamat utama kisah-kisah dan peristiwa tersebut dalam Al-Quran adalah:-

Tujuan Huraian

Supaya manusia menjadikan contoh dan teladan aras apa yang berlaku

Firman Allah SWT yang bermaksud:

Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka terdapat pengajaran bagi orang yang

berakal .(Surah Yusuf: 111) Mengesahkan bahawa

Al-Quran itu adalah kalam Allah

Umat manusia sekarang selalu ingin kepada bukti. Jadi, segala kisah yang berlaku dalam Al-Quran adalah untuk mengesahkan bahawa Al-Quran adalah satu kitab yang diwahyukan oleh Allah kepada Nabi Muhammad SAW.

Satu kaedah untuk manusia berfikir.

Kisah dan peristiwa yang berlaku adalah untuk mendidik dan salah satu daripada kaedah untuk mengajak manusia berfikir. Untuk membenarkan janji baik

dan janji buruk dari Allah SWT.

Segala peristiwa yang berlaku adalah untuk membuktikan bahawa segala apa yang dijanjikan Allah adalah perkara yang benar.

1.1.4.2 Sejarah Sains dan Teknologi Zaman Nabi Sebelum Ini

Al-Quran banyak menceritakan kisah dan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada zaman nabi terdahulu dan umat-umat sebelum ini.Tujuan Allah menceritakan cerita-cerita tersebut adalah sebagai pedoman dan panduan kepada manusia pada hari ini. Berikut adalah antara kisah yang terdapat dalam Al-Quran berkenaan dengan sejarah umat terdahulu.


(20)

Kisah Nabi Huraian

Kisah Nabi Adam a.s

 Merupakan nabi dan juga manusia pertama bergelar khalifah Allah SWT. Adam dijadikan oleh Allah setelah Allah menjadikan dunia dan Adam tidak mempunyai apa-apa pengetahuan sehinggalah Allah mengajarnya melalui malaikat Jibril.

 Firman Allah yang bermaksud : dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam akan segala nama

benda-benda dan gunanya, kemudian

ditunjukkannya kepada malaikat lalu ia

berfirman:Terangkanlah kepada-Ku nama

benda-benda ini semuanya jika kamu golongan

yang benar .

Kisah Nabi Idris a.s

 Dalam Al-Quran hanya terdapat dua ayat sahaja yang menceritakan kisah Nabi Idris iaitu dalam Surah Maryam yang bermaksud:

Dan ceritakanlah (hai Muhammad pada smereka kisah) Idris (yang tersebut) dalam al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang nabi. Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat yang

tinggi (Surah Maryam : 56-57)

 Keturunan ke-6 dari Nabi Adam dan orang yang pertama menulis menggunakan pena dan mengenakan baju yang berjahit. Bahkan orang yang mula-mula menggunakan kulit sebagai pakaian. (Ab. Aziz Ismail, 2008:15)

Kisah Nabi Nuh a.s

 Nabi ke-4 selepas Nabi Adam, Syith dan Nabi Idris a.s.

 Menyampaikan dakwah selama 950 tahun tetapi ditolak oleh kaumnya.

 Akibat keingkaran kaumnya, Allah memerintahkan agar Nabi Nuh membina kapal untuk menyelamatkan diri apabila musim banjir melanda kelak.

 Beliau juga pakar dalam bidang sains, matematik dan teknologi logam.


(21)

Kisah Nabi Ibrahim a.s

Putera kepada Azar seorang menteri kepada raja Namrud dan seorang ahli bintang.

Nabi Ibrahim juga pakar mengenai perjalanan cakerawala di langit.

Firman Allah dalam Surah al-An am yang bermaksud : dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Ibrahim tanda-tanda keagungan Kami yang terdapat di langit dan di bumi, supaya menjadilah ia daripada orang-orang yang penuh yakin .

Kisah Nabi Daud a.s

 Daud bin Yisya adalah keturunan ke-13 dari Nabi Ibrahim yang tinggal di Baituleham.

 Allah mengurniakan ketelitian, kebijaksanaan ilmu pengetahuan serta kesempurnaan ilmu.

 Antara kepakaran beliau adalah teknologi dalam pembuatan baju besi.

 Allah mengajar baginda cara-cara membuat baju besi untuk kegunaan peperangan.

 Firman Allah dalam surah al-Anbiya : 0 yang bermaksud: Dan telah Kami ajarkan kepada Daud membuat baju besi untuk kamu, dalam

peperangan… (Surah al-Anbiya:80)

Kisah Nabi Sulaiman a.s

 Allah mengurniakan kepada Nabi Sulaiman yang sangat memahami semua bahasa termasuklah bahasa haiwan.

 Nabi Sulaiman juga merupakan Nabi yang mempunyai kerajaan yang banyak termasuklah pemerintahannya meliputi jin yang mana Allah memudahkan golongan itu bekerja dengan Baginda.

 Allah berfirrman dalam surah Saba yang bermaksud: Dan Kami kurniakan kepada Nabi Sulaiman kuasa menggunakan angin untuk perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan; dan Kami alirkan baginya mata

air dari tembaga; dan Kami mudahkan

sebahagian dari jin untuk bekerja di hadapannya dengan izin Tuhannya dan sesiapa dari jin itu yang menyeleweng dari perintah Kami, Kami akan merasakannya (pukulan) dari azab neraka.


(22)

1.1.4.3 Teknologi Kaum Terdahulu dan Pengajaran Daripada Peristiwa Yang Berlaku

Kaum

Terdahulu Teknologi Balasan

Kaum Ad

(Kaum Nabi Hud)

 Pakar dalam membina bangunan yang tinggi-tinggi tiangnya.

 Merupakan kaum yang sangat kuat dan kukuh dari segi

pemerintahannya.

 Allah telah membinasakannya kerana ingkar kepada

perintah Allah SWT.

 Membinasakan bangunan-bangunan yang tinggi itu.

 Allah membinasakan mereka dengan ribut kencang.

Kaum Thamud (Kaum Nabi

Soleh)

 Kepakaran dalam memahat batu-batu besar dan dapat dilihat di lembah (Wadil-Qura iaitu tempat tinggalnya)

 Mereka telah dibinasakan oleh Allah SWT dengan satu

letusan suara yang sangat menggemparkan pada waktu pagi.

 Mereka telah dibinasakan dengan petir yang sangat dahsyat.

Teknologi Firaun

 Kepakarannya pada masa itu adalah menguasai bangunan-bangunan yang handal dan kukuh.

 Negeri mereka dibinasakan.

 Kaum ini telah

ditenggelamkan oleh Allah SWT akibat kesombongan dan keingkaran mereka.


(23)

1.1.4.4 Sejarah Sains dan Teknologi Zaman Rasulullah SAW dan Zaman Kerajaan Islam.

Kronologi Zaman Pencapaian

Zaman Rasulullah SAW

 Meletakkan asas dalam sains dan teknologi.

 Sains yang berdasarkan ayat-ayat al-Quran.

 Rasulullah SAW sering mengubati pesakit dengan membaca ayat-ayat al-Quran.

 Sains Islam bertapak di Madinah dan Mekah.

 Menuntut manusia mengkaji tentang manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain.

Zaman Khulafa Ar-Rasyidin

 Perluasan wilayah sehingga ke Romawi dan Parsi.

 Zaman pertembungan sains Islam dengan Yunani, Parsi dan Romawi.

Zaman Kerajaan Umayyah

 Perkembangan ilmu sains sudah mula meluas.

 Terciptanya beberapa teknologi seperti perkapalan, alat peperangan & pertanian.

Zaman Kerajaan Abbasiyyah

 Munculnya Pusat Sains Islam di Baghdad.

 Wujudnya aktiviti penMaksudnya secara besar-besaran.

 Munculnya Baitul Hikmah dalam kegiatan sains dan teknologi.

 Munculnya cendekiawan muslim yang ramai.

 Wujudnya institusi sains seperti balai cerap dan hospital.

Zaman Kerajaan Islam di Andalus

 Pusat-pusat sains dan intelektual muncul di kota-kota seperti Cordova, Granada, Seville.


(24)

1.1.4.5 Pencapaian Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam Sumbangan Sarjana Islam

Tokoh Islam Sumbangan

Al-Razi (865 – 925M)

- Nama sebenarnya adalah Muhammad bin Zakaria al-Razi dalam Barat disebut Rhazes.

- Lahir di Ray berhampiran dengan Taheran Parsi.

 Tokoh perubatan Islam

 Karyanya : Kitab al-Hawi, dan yang paling terknenal adalah Kitab Tib

al-Mansur dan Kitab al-Tib al-Ruhani.

 Sumbangannya adalah mengenal pasti perbezaan penyakit cacar dan campak.

Al-Khawarizmi (780 – 850M)

- Nama sebenarnya

Muhammad ibn Musa al-Khawarizmi.

- Dianggap sebagai bapa al-Jabar.

 Tokoh matematik dan tokoh algebra.

 Karyanya diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada 1120M dengan judul De Numero Idorom.

 Antara karya yang terkneal adalah

al-Jami Wa al-Jabar dan Kitab Mukhtasar fi Hisab Jabr wa al-Muqabalah.

 Sumbangannya dalam bidang geometri ialah memperkenalkan konsep segitiga sama, mengira luas segitiga, segiempat dan bulatan serta memperkenalkan algebra.

 Turut berperanan dalam bidang mekanikal tentang bagaimana menentukan ketumpatan spesifik dan berat kegravitian (tarikan bumi dan keapungan).

 Merupakan penyumbang kepada bidang astronomi dengan membuat beberapa jadual perjalanan matahari yang dikenali dengan namaZij.

 Jadual ini digunakan sebagai rujukan kepada pusat pengajian di Timur dan Barat.

 Antara buku beliau adalah Kitab al-Rakhamah, Kitab Zij al-Awwal, Kitab Zij al-Thani dan lain-lain.


(25)

Ibn Sina (370 – 480H / 980 – 1037M)

- Nama sebenar adalah Abu Ali Hussain bin Abdullah bin Sina.

- Dilahirkan di Afshina berhampiran Bandar Bukhara.

- Di Barat dikenali dengan

namaAvicenna.

- Diikenali dengan nama tokoh perubatan agung dalam dunia Islam dan juga di Barat dikenali

sebagai al-Sheikh al-Rais atau Prince of Physicians .

 Tokoh perubatan Islam yang agung.

 Karyanya yang terkenal adalah Qanun fi al-Tibb (Canon of Medicine).

Qanun fi al-Tibb mengandungi 5 buku

dan merupakan enskiopedia perubatan.

 Sumbangannya adalah menganalisa pelbagai jenis penyakitdan telah menjadi doktor kepada beberapa khalifah al-Gurgan, Hamadan dan Isfahan.

 Juga orang pertama yang menemui ubat bius.

 Juga turut menyumbangkan kepada bidang mekanikal.

Al-Zahrawi (936 – 1013M)

- Nama sebenarnya Abu Qasim al-Zahrawi.

- Di Barat dikenali dengan nama Abu Casis.

 Tokoh pembedahan dan pakar bedah serta pernah berkhidmat sebagai doktor di istana al-Hakam II.

 Karya beliau dalam bidang bedah ialah Kitab al-Tasrif.

 Beliau menghasilkan karya mengenai penyediaan dadah daripada tumbuhan, mineral dan haiwan dengan nama Latinnya ialah Liber Servitoris.

 Antara sumbangan lain adalah mencipta teknik pembedahan dan mencipta alat pembedahan.

Al-Battani (858 – 929M)

- Nama sebenarnya adalah Muhammad ibn Jarir Sinan Abu Abdullah al-Battani dan dilahirkan di Battan. - Di Barat dikenali dengan

namaAlbategannius.

 Tokoh matematik dan astronomi.

 Beliau memperkenalkan teorem tangent, kotangen, sinus dan kosinus serta menghasilkan sifir kotangen.

 Karya beliau adalah Kitab al-Zij iaitu menerangkan tulisan kritis yang membetulkan pelbagai kesilapan dalam takwim pada masa itu.

 Karyanya yang lain adalah Kitab

al-Ma rifat al-Matali al-Buruj fi Ma Baina

Arba al-Falak, Risalah fi Miqdar, Tahqiq al-Ittisalat dan lain-lain.


(26)

bidang trigonometri iaitu mengemukakan kaedah pengiraan astronomi secara trigonometri.

 Sumbangan beliau adalah memulakan pencerapan terhadap bintang sejak tahun 264H sehingga tahun 306H.

 Kejayaannya beliau berjaya dalam menyiapkan jadual gerhana matahari.

Ab Rahman al-Sufi (903 986M)

 Tokoh dalam bidang astronomi.

 Orang pertama menulis mengenai astronomi.

 Berjaya mengkatalogkan lebih daripada 1000 jenis bintang.

 Memperkenalkan nama-nama bintang iaitu al-ghurab (al-gorab), al-Dabara (adbera), Agrab (acrab), al-Adi (al-Gedi), al-Tair (Altair), dan Dhanah (Deneb).

Jabir Ibn Hayyan (750 – 803M)

- Di Bar dikenali dengan

namaGeber.

- Dianggap sebagai Bapa

Kimia Arab dilahirkan di

Kufah.

 Tokoh Kimia Islam.

 Teori kimia beliau adalah logam seperti timah, timah hitam, besi dan suasa (gangsa) boleh bertukar menjadi emas dan perak melalui proses menggunakan bahan-bahan Kimia seperti cinnaban (sulphide of

mercury), arsenik oksid dan

sebagainya.

 Antara karyanya adalah Kitab

Ustuqus al As al-Awwal ila Baramikah, Kitab Tafsir Ustiqus

al-Wahid al-Kabir, Kitab al-Rukn dan

lain-lain.

 Sumbangannya adalah pengasas kepada kaedah penghabluran, penyulingan, pemejalwapan dan penyejatan.

 Sumbangan lain mencipta peralatan bagi kardah-kaedah ini dan memperkenalkan istilah kimia dan digunakan di Eropah iaitu alkali, antimoni, alembik (anbique), dan alchemy.


(27)

Al-Jahiz

- Nama sebenarnya adalah Abu Uthman Amr ibn Bhar al-Jahiz dilahirkan di Bashrah.

 Tokoh terpenting dalam Sains Biologi.

 Menyusun sebuah buku pengajian

komprehensif dalam bidang Zoologi

melalui kitabnya Al-Hayawan.

 Kitab ini mengandungi jenis-jenis haiwan, perwatakan dan tabiat haiwan, penyakit-penyakit yang dihidapi oleh binatang serta cara-cara rawatannya.

Hunain Ibn Ishaq.

- Dilahirkan pada tahun 2921H di Bandar Hirah, Iraq.

 Merupakan tokoh dalam bidang farmasi berasal dari agama Kristian.

 Tokoh terulung ilmu perubatan dan mendahului tokoh perubatan yang lain.

 Seorang yang genius dalam bidang penMaksudnya, mampu menguasai 14 bahasa antaranya bahasa Parsi, Yunan, Syiria, Arab dan lain-lain.

 Sumbangan beliau dalam bidang perubatan yang sangat besar ialah mencipta istilah-istilah baru dalam ilmu tersebut.

 Antara karya beliau adalah Kitab al-Asr Maqalat al-Ayn, Kitab Masail Fi al-Ayn, Kitab al-Haman, Kitab al-Laban dan lain-lain.

Abu Raihan al-Biruni (362 442H / 973 – 1051M)

- Nama sebenarnya adalah Abu Raihan al-Biruni dilahirkan di luar Kota Khwarazm, bandar Khiva dalam tahun 362H / 973M.

 Tokoh astronomi

 Menuntut ilmu di bawah seorang guru dan bimbingan Abu Nasr al-Mansur seorang ahli astronomi dan matematik yang pernah menulis syarahan ke atas buku Spherics karya Menelaus dan merupakan penuntut kepada Abu al-Wafa.

 Antara karyanya ialah Athar

al-Baqiy ah, al-Hind, dan Kitab al-Tafhimim.


(28)

Tokoh-Tokoh Kejeruteraan Dalam Islam Yang Lain. 1) Al-Jazari dan Taqi ad Din

- Berjaya membuat modifikasi kepada shaduf dan menerangkan kaedah penggunaannya dalam kitab-kitab karangan mereka.

- Shaduf ini adalah alat mengangkut air untuk kegunaan bagi tujuan pengairan, perumahan, industri dan lain-lain.

- Mesin yang telah dicipta telah digunakan di Sungai Yazid di Damascus di mana mesin ini berfungsi menerusi roda yang separuh terbenam dalam sungai dan akan berputar disebabkan oleh aliran sungai tersebut.

- Taqi Ad Din menerangkan dalam kitabnya mengenai alat mengepam air menggunakan roda berskoop.

2) Banu Musa

- Mencipta mesin yang menggunakan bantuan air dan angin.

- Digunakan untuk memesin jagung, menghancurkan gula dan mengepam air.

- Berjaya mencipta bejana automatik yang boleh mengisi bejananya sendiri.

Gambar Jam Air Gajah Ciptaan Ilmuan Islam Gambar Jam Air Gajah yang telah yang asal. diubah suai


(29)

1.1.4.6 Sumbangan Sains Teknologi Dan Kejuruteraan kepada Institusi Intelektual Islam

Institusi intelektual Islam sangat memainkan peranan penting dalam pembinaan dan dalam membangunkan tamadun Islam.Antaranya :

a. Universiti dan institusi pendidikan.

o Wujudnya universiti-universiti di wilayah timur antaranya Univeristi al-Azhar, universiti di Andalus contohnya Universiti Granada, Univerisiti Cordova dan Universiti Seville.

b. Perpustakaan

o Wujudnya Baitul Hikmah yang didirikan oleh Khalifah Harun Ar-Rsyid di Baghdad.

o Sumbangannya berjaya melahirkan golongan penterjemah yang mahir, menjadi agen penukaran budaya dan pemindahan teknologi, menerbitkan bahan penMaksudnya yang berkualiti dan berjaya menhghidupkan budaya ilmu.

o Menghimpunkan penterjemah dari pelbagai bangsa. o Berjaya menginstitusikan ilmu pengetahuan.

c. Hospital

o Berperanan sebagai pusat pengajian dan penyelidikan perubatan, rawatan dan pusat latihan kejururawatan dan kedoktoran.

o Berjaya mempelbagaikan kaedah rawatan terutama dalam spiritual, pencegahan, aromaterapi dan mengeluarkan penyakit.

o Memperkenalkan kaedah pembedahan untuk penyakit -penyakit tertentu.

o Berjaya menginstitusikan pusat rawatan iaitu hospital, hospital bergerak dan pusat kecemasan.

o Memperkenalkan etika dalam profesion kedoktoran dan pusat pengajian perubatan yang lebih teratur.


(30)

d. Balai Cerap.

o Berperanan sebagai pusat penyelidikan, pusat latihan pembelajaran astronomi dan pusat pengumpulan data.

o Berjaya menggabungkan pelbagai disiplin ilmu dan pengkajian astronomi seperti matematik, trigonometri dan algebra.

o Dapat menghubungkan manusia dengan Penciptanya, membuat pembetulan data-data yang kurang tepat dalam tamadun silam, mewujudkan kecenderungan mengkaji alam secara rasional dan emprikal serta menekankan kaedah penggunaan instrument dan cerapan untuk mengisahkan teori.

e. Kejuruteraan Awam

o Teknologi bangunan mempunyai kaitan rapat dengan bidang arkitek, berjaya menonjolkan teknologi senibina Islamyang mengkagumkan seperti Masjid al-Aqsa di Jurusalem dan juga Masjid Ummayad di Damascus yang dibina pada kurun ke -7 M.

f. Teknologi Kejuruteraan Jalan Raya dan Jambatan.

o Yang dikagumi adalah pembinaan jambatan Shahristan di Isfahan, Iran pada kurun ke-12M yang mempunyai pintu gerbang yang sangat banyak dan bersegmen.

g. Kejuruteraan Hidrologi

o Ketika pemerintahan Umar Abdul Aziz, beliau telah mengarahkan pembinaan terusan yang panjangnya 10 km untuk mengalirkan air Sungai Furat ke Bashrah sebagai punca air kerana berlakunya kemarau yang panjang.

o Di Parsi pula, teknologi air bawah tanah telah dibina di sekeliling Bandar Isfahan dengan mengalirkan air daripada Sungai Zayandirud bagi kegunaan pertanian dan perumahan.


(31)

Aktiviti yang dicadangkan

1. Pelajar dikehendaki menjelaskan definisi sains teknologi dan kejuruteraan Islam menurut bahasa dan aspek kejuruteraan.

2. Pelajar diminta untuk menjelaskan dan menghuraikan peranan sains teknologi dan kejuruteraan Islamdan kemudian dikehendaki bentangkan dalam bentuk pembentangan (power point) atau pun dalam bentuk projek yang boleh dikaitkan dengan topik dan tajuk pada bab yang akan datang iaitu bab 3 dan bab 4.

3. Peranan dan keburukan sains teknologi dan kejuruteraan Islam berkenaan sains dan teknologi serta buktinya secara emprikal boleh dijadikan sebagai bahan dan tugasan pelajar. Kaedah Library Base Learning (LBL)

4. Pensyarah juga boleh mencadangkan kepada para pelajar untuk mencari sesuatu ciptaan dan sumbangan Ilmuwan Islam dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan dalam Islam dan kaitkan dengan sumber-sumber dan fakta dari al-Quran dan al-Hadith kemudian dibentangkan di hadapan rakan-rakannya di kelas. Kaedah Libaray Base Learning (LBL) dan Project Base Learning (PBL)

5. Pelajar juga dicadangkan untuk menonton video yang berkaitan dengan sains, teknologi dan kejuruteraan Islam sekurang-kurangnya 5 video yang berkaitan dalam kumpulan sekurangnya 3 orang sekumpulan dan bentangkan di hadapan kelas mengenai hasil dapatan mereka.

6. Pelajar juga dicadangkan untuk mencari dan membincangkan pencapaian tamadun Islam serta tokoh-tokoh ilmuwan Islam dalam bidang sains teknologi dan kejuruteraan Islam.


(32)

Bibliografi

Abdullah Basmeih. (2001) Tafsir Pimpinan Ar-Rahman (Rumi), Kuala Lumpur : Darul Fikir

Ab. Aziz Ismail. (2008). Beberapa Aspek Sauns dan Teknologi Dalam Islam, UiTM, Shah Alam: Penerbitan Universiti (UPENA)

Hairudin Harun (2007). Cetakan Ke-3. Daripada Sains Yunani Kepada Sains Islam Peranan Dan Proses Penyerapan Sains Asing Dalam Pembentukan Sains Islam Klasikal. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.

Kamarudin Abu Taib. (t.t). Teknologi dan Kejuruteraan. UKM, Bangi : Pengajian Umum.

Mahyudin Hj Yahya. (1984). Pengertian Sejarah Islam dan Permasalahannya, Kuala Lumpur : Penerbit Saujana.

Shahril Mohamad Zin (Penyunting), (1985). Pengenalan Tamadun Islam dalam

Sains dan Teknologi, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sulaiman Nordin, (2005) Sains Menurut Perspektif Islam. Kuala Lumpur : Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sulaiman Noordin. (1993). Sains, Falsafah dan Islam, UKM, Bangi : Pusat Pengajian Umum.

____________. (t.t). Al-Quran dan Sains. UKM, Bangi : Pusat Pengajian Umum.

____________. (t.t). Biologi. UKM, Bangi : Pusat Pengajian Umum.

Zulekha Yusoff dan Asmak Hj. Ali, (2011) Cetakan ke-3. Ikhtisar Sains dan Teknologi Dalam Islam. UiTM, Shah Alam : Penerbitan Universiti (UPENA).


(33)

Bab - 2

Wahyu Sebagai Sumber Sains Teknologi & Kejuruteraan


(34)

Topik ini menjelaskan kedudukan sains serta fakta-fakta saintifik yang terkandung dalam al-Quran dan al-Hadis.

Hasil Pembelajaran :

CLO 2 : Menerangkan al-Quran dan al-Hadith sebagai sumber sains, teknologi dan kejuruteraan.

2.1 Memahami wahyu sebagai sumber sains, teknologi dan kejuruteraan. 2.1.1 Menjelaskan pengertian wahyu menurut Islam.

2.1.2 Menerangkan peranan wahyu menurut Islam.

2.1.3 Membincangkan wahyu sebagai sumber dalam bidang sains teknologi dan kejuruteraan.

2.2 Menjelaskan fakta-fakta saintifik dalam al-Quran dan al-Hadith. 2.2.1 Menjelaskan fakta-fakta saintifik dalam al-Quran.

2.2.2 Menjelaskan fakta-fakta saintifik dalam al-Hadith.

TOPIK 2

WAHYU SEBAGAI SUMBER SAINS TEKNOLOGI &

KEJURUTERAAN


(35)

TOPIK 2.0 : WAHYU SEBAGAI SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

2.1.1 Menjelaskan pengertian wahyu menurut Islam

Bil Aspek Bahasa Aspek Keilmuan Islam

1 Wahyu adalah apa-apa yang diturunkan oleh Allah SWT kepada orang pilihan-Nya dan ia merupakan hidayah dan ilmu (yang diberi) secara rahsia dan tersembunyi bukan diperoleh melalui cara biasa.

Wahyu adalah apa-apa yang diturunkan kepada nabi dan rasul-Nya, melalui perantaraan Malaikat Jibril dalam bentuk yang bertulis [ تم يح ] atau yang tidak bertulis [ تم يغ يح ] yang mengandungi syariat bagi mengurus kehidupan manusia.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

Sesungguhnya Kami telah memberikan

wahyu kepadamu (Wahai Muhammad) sebagaimana Kami telah memberikan wahyu kepada Nabi Nuh dan nabi-nabi yang diutus kemudian daripadanya dan Kami telah memberikan wahyu kepada Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Ishak,

Nabi Yaakub, serta nabi-nabi

keturunannya dan nabi Isa, dan Nabi Ayub, dan Nabi Yunus, dan Nabi Harun, dan Nabi Sulaiman, dan juga Kami telah memberikan kepada Nabi Daud Kitab

Zabur Surah an-Nisa: 163)

Firman Allah SWT lagi yang bermaksud :

Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang

berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui (Surah An-Nahl:43)

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS [CLO2]

Menerangkan Al-Quran dan Al-Hadith Sebagai Sumber Sains, Teknologi dan Kejuruteraan


(36)

Daripada ayat di atas menjelaskan bahawa Allah SWT telah menerangkan bahawa semua para rasul dan nabi menerima wahyu daripada Allah SWT secara langsung.

2.1.2 Menerangkan Peranan Wahyu Menurut Islam

Peranan al-Quran dan dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan Islam. Definisi Al-Quran :

Kalam Allah atau wahyu Allah yang mengandungi mukjizat kepada Nabi Muhammad dan ditulis dalam mashaf dan disampaikan secara mutawatir dan membacanya merupakan ibadat. Isi kandungan Al-Quran mengandungi lebih 6000 ayat yang membincangkan perkara-perkara mengenai soal kepercayaan atau akidah, asas dan bimbingan akhlak manusia, asas sususnan ekonomi, asas politik dan asas ilmu pengetahuan. (Ab Aziz Ismail, 2008:45)

Bil Peranan Huraian

1 Menjelaskan Aqidah Islam

- Wahyu Allah SWT diturunkan bagi menjelaskan maksud aqidah, peranannya dalam kehidupan, faktor-faktor naik turunnya aqidah dan sesuatu yang boleh merosakkan akidah.

- Firman Allah SWT yang bermaksud : - Tidakkah mereka melihat dan

memikirkan bagaimana Allah mencipta makhluk-makhluk pada mulanya, kemudian ia akan mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya)? Sesungguhnya yang demikian itu amatlah mudah bagi Allah.

- (Surah Al-Ankabut: 19)

2 Menerangkan Syariat Islam

- Wahyu yang diturunkan oleh Allah adalah sebagai menjelaskan hukum syariat dalam sesuatu kehidupan manusia.

- Sebagai penjelas kepada syariat manusia dan menjadi panduan dalam pelaksanaan tersebut.


(37)

3 Menghuraikan Akhlak Islam

- Wahyu Allah menjelaskan berkenaan dengan panduan akhlak sebagai seorang muslim.

- Semua cara kehidupan manusia juga terkandung dalam ayat al-Quran.

- Antara akhlak yang wajib dihayati ialah sikap bertanggungjawab ataupun amanah.

- Lihatlah apa yang berlaku pada hari ini apabila sains dan teknologi terbabas daripada nilai-nilai amanah dan agama.

- Sebagai contoh, bidang bioteknologi telah melahirkan satu konsep baru yang dikenali sebagai kejuruteraan genetik (genetic engineering).

- Teknologi ini mampu memindahkan bahan genetik yang bernama DNA dari satu spesies ke spesies yang lain.

- Walau bagaimanapun untuk berjaya, proses ini memerlukan bantuan virus tertentu agar DNA daripada spesies yang berbeza dapat

mengenali antara satu sama lain. Penggunaan kuman-kuman virus ini akhirnya menyebabkan kelahiran pelbagai kuman serta penyakit baru yang mampu membunuh manusia.

4 Menjadi panduan hidup

manusia dalam

mengurus dunia

- Dalam Al-Quran juga menjelaskan panduan hidup manusia dalam mengurus sesuatu dunia.

5 Menegakkan keadilan - Dalam ayat Al-Quran juga menerangkan mengenai keadilan yang perlu dilaksanakan dalam kehidupan.

- Keadilan ini sangat dituntut dalam Islam untuk melahirkan umat yang berakhlak.

2.1.3 Membincangkan wahyu sebagai sumber dalam bidang Sains Teknologi dan Kejuruteraan

1) Peranan al-Quran dalam Sains dan Teknologi Bil Wahyu Sumber

Bidang Sains Teknologi & Kejuruteraan

Huraian

1 Garis panduan kepada saintis dalam

melaksanakan sesuatu ujikaji

 Menggalakkan supaya mengkaji alam

tabi i.

 Mengajak manusia supaya menggunakan akal fikiran dan mata hati untuk berfikir.


(38)

Bukti-bukti dalam ayat al-Quran :-

1) Firman Allah dalam Surah al-Ghasiah : 17-20

فْيك لب ْْ ل

ْ ي َفأ

ْتق خ

*

ل

ْتعف فْيك ء ل

*

فْيك

ْل ل

ْت ن

*

ْتح س فْيك ْ ْْ ل

*

Maksudnya: Mengapa mereka yang kafir masih

Mengingkari akhirat) tidakkah mereka

memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan? (17) Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya?(18) Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan? (19)

Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?

(20) (Surah Al-Ghasiah :17-20)

2) Firman Allah dalam Surah Al-Ankabut :19

ْ ي ْمل أ

يعي مث قْ ْل َ ْ ي فْيك

ي ي َ ع كل

*

Maksudnya : Tidakkah mereka melihat dan memikirkan bagaimana Allah mencipta makhluk-makhluk pada mulanya, kemudian Ia akan

mengembalikannya (hidup semula sesudah

matinya)? Sesungguhnya yang demikian itu

amatlah mudah bagi Allah .

3) Firman Allah dalam Surah Ar-Ra d : – 4

يس يف لعج

ْ ْْ م ل ه

نْيجْ يف لعج

ل لك ْنم ً ْنأ

ْي ل يشْغي نْي ْث

يَ كل يف

ل ل

تي ْ قل

*

تم ع ق ْ ْْ يف

ْ ص لي ن ْ

ْعأ ْنم ج

ل ن ح ء ب قْ ي

ْ ص ْيغ

لك ْْ يف ضْعب ع

ْعب

يَ كل يف

قْعي ْ قل

Maksudnya : Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya


(39)

bagi kaum yang (mahu) berfikir. (3)

Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu)

berfikir. 4 2 Kitab yang menjadi

sumber pelbagai cabang sains / teknologi.

 Sifat al-Quran sebagai petunjuk dan rahmat yang dapat menjadi panduan kepada pembentukan bidang-bidang dan cabang-cabang ilmu atau klasifikasi ilmu dalam Islam.

 Bukti-bukti ayat-auat al-Quran antaranya :-

1) Firman Allah dalam Surah Rum ayat 22 :

فَت ْخ ْ ْْ

ل قْ خ هت يآ ْنم

ني ل عْ ل يَ كل يف ْم ن ْلأ ْم ت ْلأ

*

Maksudnya : Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaan-Nya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang

berpengetahuan.

2) Firman Allah dalam surah An-Nahl : 11

ل ت ْ ي

ْع ْْ لي ل تْي ل ْ ل هب ْم

ْ قل ً يَ كل يف

ل لك ْنم

تي

Maksud ayat : Ia juga menumbuhkan bagi kamu dengan sebab hujan itu tanaman-tanaman dan pokok-pokok zaitun dan tamar (kurma) serta anggur; dan juga dari segala jenis buah-buahan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu berfikir .

3) Firman Allah dalam Surah Ibrahim ayat 32-33:

نم ْنأ

ْ ْْ

ل ق خ ل َ

ْم ل ًقْ

ل نم هب ْخأف ًء م ء ل


(40)

ب ْح ْل يف

ْ تل كْ ْل م ل

س

ْمأ

ْن ْْ م ل س

*

سْ شل م ل س

ل لْي ل م ل س نْي ئ قْل

Maksud ayat : Allah jualah yang

menciptakan langit dan bumi dan

menurunkan hujan dari langit lalu

mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buhan untuk menjadi makanan bagi kamu dan Dia yang memberi kemudahan kepada

kamu menggunakan kapal-kapal untuk

belayar di laut dengan perintah-Nya juga yang memudahkan sungai-sungai untuk kamu (mengambil manfaat darinya). Dan Dia juga

yang menjadikan matahari dan bulan

sentiasa beredar untuk kepentingan

kemudahan kamu dan yang menjadikan

malam dan siang bagi faedah hidup kamu . 3 Menggalakkan

pembangunan teknologi.

 Memberi galakan dalam membina teknologi.

 Umat Islam mestilah sentiasa bersedia dengan teknologi semasa.

 Bukti-bukti dalam ayat al-Quran :

1) Firman Allah dalam Surah al-Anfal ayat 60:

ب ْنم ق ْنم ْمتْع تْس م ْم ل عأ

ني خآ ْمك ع َ ع هب هْ ت لْي ْل

ْنم

ق ْ ت م ْم ْعي َ م ن ْعت َ ْم ن

َ ْمتْنأ ْم ْيل ف ي َ لي س يف ءْيش ْنم

ْ ت

Maksud ayat : Dan sediakakanlah untuk

menentang mereka (musuh yang

menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak

mengentahuinya sedangkan Allah

mengetahuinya dan apa sahaja yang kamu

belanjakan pada jalan Allah akan

disempurnakan balasannya kepada kamu,


(41)

al-2) Firman Allah dalam Surah Al-Anbiya ayat 80:

ْم سْأب ْنم ْم

ْحتل ْم ل

ل عْ ص ْ ع

ْل ف

ك ش ْمتْنأ

Maksud ayat : Dan Kami mengajar Nabi Daud membuat baju-baju besi untuk kamu, untuk menjaga keselamatan kamu dalam mana-mana peperangan kamu, maka adakah kamu sentiasa

bersyukur?

3) Firman Allah dalam surah al-Mukminun ayat 27:

ْيحْ أف

ف ي ْح يْعأب كْ ْل ع ْص أ هْيل

لك ْنم يف ْك ْس ف

تل ف ن ْمأ ء ج

ْ قْل هْي ع ق س ْنم َ ك ْهأ نْي ْث نْيجْ

ني ل يف ي ْ

ت َ ْم ْ م

ْم ن

ق ْغم

Maksud ayat : Lalu Kami wahyukan kepadanya: "Buatlah bahtera dengan pengawasan serta kawalan Kami, dan dengan panduan wahyu Kami (tentang cara membuatnya); kemudian apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka, dan air memancut-mancut dari muka bumi (yang menandakan kedatangan taufan), maka masukkanlah ke dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap jenis haiwan (jantan dan betina), dan bawalah ahlimu (dan pengikut-pengikutmu) kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya di antara mereka (disebabkan kekufurannya); dan janganlah engkau merayu kepadaku untuk menolong kaum yang zalim itu,

kerana sesungguhnya mereka akan

ditenggelamkan dengan taufan sehingga mati

lemas.

4 Panduan dalam

penggunaan teknologi

 Al-Quran memberi garis panduan dan penggunaan teknologi bagi membangunkan alam.

 Untuk membangunkan alam mestilah berbentuk yang tidak merosakkan dan memusnahkan alam dan juga memusnahkan nilai akhlak manusia. 1) Ayat al-Quran yang berkaitan adalah


(42)

ْيأ ْت ك ب ْح ْل ْل يف

ْل

ْم عل

ع

ل ضْعب ْم قي يل

ل

عجْ ي

Maksudnya : Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan

bertaubat . 5 Menjadikan sains

teknologi dan kejuruteraan

mencapai fakta dan bukti ke arah

kebenaran

 Menunjukkan kebenaran hakikat sesuatu kejadian yang diciptakan Allah berdasarkan kepada sains, teknologi dan kejuruteraan Islam.

 Membuktikan akan fakta-fakta yang dapat mencapai sesuatu kea rah kebenaran sesuatu perkara dan kejadian.

 Dapat mengaitkan sains, teknologi dan kejuruteraan dalam al-Quran dengan fakta sains hari ini.

 Mengenai Teori Ledakan Besar (The Big Bang Teori). Ada yang percaya

kepada teori keadaan yang tidak berubah (steady state) iaitu dunia ini adalah seperti purbakala, tidak berubah. Dibuktikan dengan ayat-ayat al-Quran dan kata-kata Allah sendiri.

 Bukti-bukti ayat al-Quran antaranya: 1) Firman Allah dalam surah Yaasin ayat

82:

ْنك هل قي ْ أ ً ْيش أ ْمأ ن

يف

Maksudnya : Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus


(43)

2.2.1 Menjelaskan fakta-fakta saintifik dalam al-Quran 1) Menjelaskan fakta-fakta tentang alam tabi i

a. Proses kejadian alam tabi i.

 Allah telah menjelaskan kepada umat manusia mengenai perkara-perkara yang tidak dapat difikirkan oleh manusia melalui wahyu.

 Istilah-istilah yang sering diguna pakai untuk alam tabi i adalah kosmos / cosmos yang bermaksud tertib, harmoni, peraturan dan perhiasan.

 Kosmos juga bermaksud satu sistem yang tersusun secara harmoni dan istilah kosmos dalam islam meliputi makhluk rohaniah yang tidak dapat dikaji menerusi pengajian saintifik dan emrprikal.

 Ilmu kosmos atau kosmologi lahir kerana membicarakan tentang asal-usul alam, struktur atau perlembagaan alam, penciptaan dan kesudahan alam serta matlamat penciptaan alam.

 Ilmu kosmologi dalam Islam adalah mengaitkan alam dengan Penciptanya.

 Dalam Al-Quran pula, alam tabi i meliputi seluruh langit dan isi kandungannya serta penghuninya, bumi dan seluruh isi kandungannya serta penghuninya dan juga segala apa yang berada antara di langit dan bumi.

 Firman Allah SWT dalam Surah Al-Fussilat ayat 53:

ف َْ يف ت يآ ْم ي س

كب ب فْ ي ْمل أ قحْل هنأ ْم ل ني تي تح ْم ْنأ يف

ي ش ءْيش لك ع هنأ

Maksudnya ayat : Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas 2.2 Menjelaskan fakta-fakta saintifik dalam al-Quran dan al-Hadis


(44)

ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?

 Daripada ayat tersebut, Allah telah memperlihatkan kepada hamba-hamba-Nya di segenap dan pelusuk penjuru kehidupan ini dan satu daripadanya ialah melalui pengkajian-pengkajian sains, supaya menjadi jelas kepada manusia bahawa al-Quran itu adalah satu kebenaran.

 Penemuan-penemuan sains yang telah disentuh oleh Al-Quran ratusan tahun sebelumnya akan menjelaskan kepada manusia pada zaman ini dan pada zaman akan datang bahawa Al-Quran itu adalah satu kebenaran yang mutlak.

b. Fenomena alam tabi i dalam al-Quran Bukti Dalam

Al-Quran

Fakta Dalam Al-Quran Fakta Al-Quran

mengenai kejadian alam

a. Alam ini diciptakan oleh yang

menciptkana dan bukan terjadinya dengan sendiri.

1) Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 117

ْ ْْ

ل عي ب

هل قي ن ف ً ْمأ ق

يف ْنك

Maksudnya: Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya); dan apabila Ia berkehendak (untuk menjadikan) suatu, maka Ia hanya berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" Lalu menjadilah

ia

2) Surah Al-Furqan ayat 59

مث يأ تس يف

ْيب م ْ ْْ

ل ق خ ل

ً ي خ هب ْ أْس ف ن ْح ل ْ عْل ع تْس

Maksudnya: Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy, Ialah Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah); maka bertanyalah

akan hal itu kepada Yang Mengetahuinya .

3) Surah Nuh ayat 15 – 16

ًق

س عْ س َ ق خ فْيك ْ ت ْملأ

*


(45)

ًج س سْ شل لعج ً ن ن يف

Maksudnya : "Tidakkah kamu mengetahui dan memikirkan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh petala langit bertingkat-tingkat, "Dan Ia menjadikan padanya bulan sebagai cahaya serta menjadikan matahari sebagai lampu

(yang terang-benderang .

b. Alam diciptakan secara berpasang-pasangan

 Allah memberitahu bahawa Dia telah mencipta semua kehidupan di alam semesta ini secara berpasang-pasangan, baik dari alam, tumbuh-tumbuhan, manusia, haiwan, hidupan seni dan lain-lain makhluk yang kita tidak ketahuinya.

 Penemuan sains yang terbaru menunjukkan bahan-bahan (unsur-unsur) yang amat seni mempunyai pasangan umpamanya sel.

 Sel kulit tetap akan menjadi kulit dan sel daging akan menjadi daging.

 Kod tersebut terdapat dalam molekul Deoxyribo – nucleic – asid (DNA).

1) Firman Allah dalam Surah ar-Ra d ayat :

ْنم ً ْنأ يس يف لعج ْ ْْ م ل ه

لك

ل لْي ل يشْغي نْي ْث نْيجْ يف لعج

ل

تي ْ قل يَ كل يف

Maksudnya : Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum

yang mahu berfikir .

2) Surah Az-Zukhruf ayat 12 :

م عْن ْْ كْ ْل نم ْم ل لعج ك ْ ْْ ق خ ل

كْ ت

Maksudnya : Dan (Dia lah) yang menciptakan sekalian makhluk yang berbagai jenisnya; dan Ia mengadakan bagi kamu kapal-kapal dan binatang ternak yang kamu dapat

mengenderainya

3) Surah An-Naba ayat :

ًج ْ أ ْمك ْق خ

Maksudnya : Dan Kami telah menciptakan kamu


(46)

Bukti Dalam Al-Quran

Fakta Dalam Al-Quran 4) Peredaran planet bumi dalam orbitnya mengelillingi matahari.

 Menunjukkan bahawa alam ini dan seluruh isinya bergerak dalam paksinya mengikut yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

 Sebenanrnya, gunung-gunung juga bergerak, sedangkan kita sebenarnya tidak mengetahuinya kerana ia tidak bergerak seperti geraknya awan.

 Menurut fakta sains, planet Bumi ini berpusing atas paksinya satu pusingan dalam masa 24 jam dan dalam pada masa yang sama planet bumi bergerak menurut orbit berpusing mengelilingi matahari.

 Tiap-tiap satu pusingan orbitnya, Bumi mengambil masa lebih kurang 365 hari dan 6 jam dan bergerak sejauh 585 juta batu iaitu beredar lebih kurang 18.5 batu sesaat atau 66,600 batu sejam.

 Merupakan 30 kali ganda lebih pantas dari kelajuan pergerakan peluru.

 Banyak ayat al-Quran menerangkan mengenai peredaran alam ini antaranya :

1) Firman Allah dalam an-Naml ayat 88 :

م ت يه ً م ج

ْحت

ْل ت

عْ ص ح ل

عْ ت ب ي خ هن ءْيش لك نقْتأ ل َ

Maksudnya : Dan engkau melihat gunung-ganang, engkau menyangkanya tetap membeku, padahal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan; (demikianlah) perbuatan Allah yang telah membuat tiap - tiap sesuatu dengan serapi-rapi dan sebaik-baiknya; sesungguhnya Ia Amat Mendalam

Pengetahuan-Nya akan apa yang kamu lakukan .

2) Firman Allah dalam surah Al-Anbiya ayat menjelaskan mengenai peredaran matahari dan bulan :

يف لك قْل سْ شل

ل لْي ل ق خ ل ه

ح ْ ي ك ف

Maksudnya : Dan Dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran

masing-masing di angkasa lepas .

3) Firman Allah dalam surah Yaasin ayat 38 menjelaskan juga mengenai peredaran alam ini.

مي عْل ي عْل ي ْقت كل ل قتْ ل ْ ت سْ شل

Maksudnya : Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha


(47)

5) Penciptaan langit/

 Allah telah menciptakan langit dan meninggikannya da juga telah menyempurnakan penciptaan-Nya daripada unsur-unsur dukhan (asap).

 Juzuk-juzuk yang terdiri daripada jirim dukhan telah menjadikannya kuat dan kukuh.

 Kemudian langit itu dijadikan berlapis-lapis dan daripada unsur dukhan itu terbentuknya bintang dan planet.

 Firman Allah dalam surah Fussilat ayat 11 :

يتْئ ْ ْْل ل قف خ يه ء ل ل تْس مث

نيعئ ْيتأ تل ق ًهْ ك ْ أ ًعْ

Maksudnya : Kemudian Ia menunjukkan kehendak-Nya ke arah (bahan-bahan) langit sedang langit itu masih berupa asap; lalu Ia berfirman kepadanya dan kepada bumi: "Turutlah kamu berdua akan perintahKu, sama ada dengan sukarela atau dengan paksa!" Keduanya menjawab: "Kami berdua sedia menurut - patuh dengan sukarela"

 Al-Quran juga turut menggambarkan kepada kita keadaan langit yang membuktikan tentang peristiwa

)ra dan Mikraj Nabi Muhammad SAW merentasi langit melalui pintu-pintu yang dijaga oleh para malaikat menggambarkan alam ini mempunyai tutupan lahiriah yang bersifat pepejal.

 Firman Allah dalam Surah Al-Qaf ayat 6 menjelaskan peristiwa ini yang bermaksud :

 Maka apakah mereka tidak melihat akan langit yang

ada di atas mereka, bagaimana Kami meninggikannya dan menghiasainya dan langit itu tidak mempunyai retak-retak sedikit pun .

 Selain itu, terdapat juga ayat-ayat yang menggambarkan keadaan pencairan yang berlaku kepada langit apabila suhu meningkat terlalu tinggi iaitu dalam surah al-Maarij ayat 8 yang bermaksud :

لْ ْل ك ء ل ت ْ ي

Pada hari ketikalangit seperti luluhan perak . 6) Kejadian dan

proses terjadinya awan

 Awan memainkan peranan penting dalam proses kejadian air hujan kerana awan menjadi penyebab kepada satu proses kondensasi (proses gas air berubah menjadi cecair).

 Kondensasi hanya boleh berlaku pada permukaaan butir-butir debu, garam dan lainnya.

 Firman Allah dalam surah an-Nur ayat 43 yang bermaksud:

ه ع ْ ي مث ه ْيب فل ي مث ًب حس يجْ ي َ أ ت ْملأ

ًم ك


(1)

Perbincangan Aplikasi Kaedah

v. Penangguhan atau melewatkan

Pengangguhan boleh dibuat dalam melaksanakan ibadat apabila ia

diperlukan untuk mengelakkan kesukaran. Contohnya

melaksanaka solat zohur dalam waktu asar atas sebab bermusafir.

1. Aplikasi kaedah ini bagi sains teknologi dan kejuruteraan

adalah tertakluk kepada prinsip-prinsip syariat dan

tujuan-tujuannya.

2. Antara perkara-perkara penting yang perlu menjadi

perhatian bagi saintis, teknokrat dan jurutera adalah

seperti berikut :-

i. Sebarang kesukaran yang berlaku dalam proses

penyelidikan hendaklah dirujuk kepada syarat-syarat

yang membolehkan rukhsah terpakai.

ii. Pertimbangan untuk mencipta sesuatu bagi

kepentingan manusia haruslah menjadi keutamaan

untuk menggunapakai konsep rukhsah.

iii. Keizinan untuk menggunapakai kaedah ini berlaku

apabila sesuatu tujuan yang sangat diperlukan oleh

manusia di dunia terhalang oleh sesuatu kesukaran

atau kepayahan.

iv. Status kebenaran untuk menggunakan segala bentuk

kerukhsahan adalah berkuatkuasa selama mana

kesukaran tersebut masih berlaku.

v. Kaedah ini bukan diambil mudah untuk

menghalalkan segala bentuk rukhsah sebelum

pelbagai pilihan lain diuji bagi mengelak atau

mengatasi kesukaran tersebut.

vi. Keluasan pemakaian kaedah ini tiada had dan


(2)

Kemudaratan Hendaklah Dihilangkan

ي

ل

kepada kes-kes yang boleh memudaratkan agama,

nyawa, akal, maruah, keturunan dan harta manusia.

vii. Kejujuran dan kepertanggungjawaban yang maksima

diperlukan oleh para saintis, teknokrat dan jurutera

dalam menjalankan peranan mereka. Kewajaran dan

kerelevanan sesuatu perkara dibuat atau dihasilkan

hendaklah benar lagi tulus bagi tujuan kebaikan dan menolak kesukaran.

1. Kemudaratan dalam kaedah ini bermaksud sesuatu perkara

yang menjadi kesukaran bagi tercapainya kepentingan asasi

kehidupan manusia yang melibatkan agama, nyawa, maruah,

keturunan, akal dan harta.

2. Kaedah ini lahir berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang

dikeluarkan oleh Imam Suyuti yang berbunyi :-

ض َ ض َ

Maksudnya Tidak dibenarkan melakukan kemudaratan dan

membalas sesuatu dengan kemudaratan .

3. Islam mengharamkan segala tindakan yang boleh membawa

kepada kemudaratan samada kepada diri, orang lain dan alam

sekitar. Dalam masa yang sama, Islam melarang tindak balas

kepada sesuatu tindakan daripada pihak lain yang boleh

memberikan kemudaratan.

4. Ukuran kemudaratan adalah dengan merujuk kepada impak

buruk atau negatif menurut perspektif agama di samping

sedikit sistem nilai dan norma masyarakat yang tidak

bercanggah dengan tujuan dan prinsip syariat.

5. Contohnya Islam menetapkan etika berpakaian yang tertentu

kepada lelaki dan perempuan. Kegagalan mematuhi etika ini

akan mengundang kemudaratan kepada sistem nilai manusia.

Fesyen pakaian yang pelbagai merupakan suatu

kemaslahatan kepada konsep menghayati kecantikan dan

keindahan. Namun begitu, fesyen pakaian yang boleh

memudaratkan pandangan, perasaan, akal dan hati walaupun


(3)

Perbincangan Aplikasi Kaedah

masyarakat mengiktiraf fesyen tersebut, dianggap haram oleh

Islam.

1. Kaedah kemudaratan hendaklah dihilangkan atau ditiadakan

adalah sangat berpengaruh dalam kehidupan manusia.

Kemajuan sains, teknologi dan kejuruteraan banyak

membantu kehidupan manusia menjadi lebih mudah, selesa,

cepat dan melampaui norma kehidupan biasa.

2. Andai kita melihat pengurusan kehidupan manusia pada hari

ini telah menjadi bukti kukuh bahawa ciptaan sains, teknologi

dan kejuruteraan telah banyak membantu menghilangkan

kesukaran dan kemudaratan dalam hidup manusia.

3. Sebagai contoh hubungan manusia di mana jua berada

menjadi dekat dengan bantuan medium telekomunikasi dan

ICT. Kemudaratan yang timbul sebelum wujudnya peralatan

tersebut telah dihapuskan. Malah kehidupan manusia

bertambah maju dan selesa.

4. Namun begitu, kemudaratan yang lain pula timbul. Ketiadaan

kawalan iman dan akhlak menyebabkan kecanggihan

tersebut telah disalahguna untuk mengaut keuntungan.

Kerosakan akhlak dan krisis amalan untuk bekalan selepas

mati telah menerjah masuk dalam hidup manusia. Akibatnya

ciptaan teknologi dan kejuruteraan sekadar memudahkan

sementara hidup manusia, sedangkan daya fikir serta kos

membendung dan merawat penyakit yang timbul

daripadanya berganda-ganda beratnya.

5. Aplikasi kaedah ini juga membolehkan sesuatu kemudaratan

yang akan disingkirkan boleh membenarkan sesuatu yang

asalnya terlarang atau haram untuk dilaksanakan atau

digunakan.

6. Contohnya keharusan doktor lelaki memandang aurat wanita

sekadar yang perlu untuk tujuan rawatan. Dengan syarat

tiada doktor wanita yang boleh merawatnya.

7. Dalam waktu yang sama, kemudaratan tidak boleh

dihilangkan dengan kemudaratan yang setaraf dengannya.

Contohnya seseorang itu tidak boleh menghasilkan sesuatu

yang bahayanya sama walaupun berbeza bentuk. Penggunaan

arak samada untuk diminum atau dimakan atau digunakan


(4)

Adat Dijadikan Sebagai Rujukan Hukum

حم عل

digunakan untuk menjadi penawar terbaik setelah gagalnya

ubatan yang lain, maka penggunaan itu dibenarkan.

8. Melalui kaedah ini, menolak kerosakan menjadi keutamaan

daripada mengambil kebaikan . Kaedah ini menuntut apa jua

program dan aktiviti dalam sains teknologi dan kejuruteraan

hendaklah lebih mendahulukan tujuan menyingkirkan

kemudaratan berbanding kebaikan. Ini bermakna para

saintis, teknokrat dan jurutera hendaklah menjadikan

penyelidikan mereka bagi menghapuskan kesukaran dan

kemudaratan berbanding nilai kebaikan serta keselesaan.

9. Sebagai satu rumusan, kaedah ini memberikan satu panduan

umum kepada para saintis, teknokrat dan jurutera tentang

pentingnya nilai menolak kemudaratan demi mencari

kebaikan. Tiada istilah kerana kepentingan manusia segala

perkara menjadi halal. Konsep kemudaratan dan kesukaran

serta kebaikan sewajarnya diberikan makna yang sebenar

berasaskan panduan Islam dalam kaedah-kaedah fiqh.

1. Adat bermaksud adalah sesuatu yang sudah menjadi satu

kelaziman dilakukan oleh manusia. Uruf pula merujuk kepada

sesuatu yang telah dimaklumi oleh masyarakat hingga

menjadi amalan kebiasaan.

2. Kaedah ini memberi maksud adat dan uruf boleh dijadikan

rujukan bagi menetapkan sesuatu hukum bagi satu-satu isu

atau kes dengan syarat ketiadaan nas syarak dalam

permasalahan tersebut. Andai terdapat nas syarak, maka

penggunaan kaedah ini akan terbatal.

3. Adat atau uruf terbahagi kepada empat bahagian utama,

iaitu:-

3.1 Adat Am-

Ia merujuk kepada sesuatu kebiasaan yang diterima

umum sebagai satu yang memberi maksud tertentu.

Contohnya sembahyang merujuk kepada solat bukan

bermaksud yang lain seperti yang difahami oleh agama

lain.

3.2 Adat Khusus

Ia bermaksud sesuatu yang terpakai dan difahami oleh

sesetengah masyarakat atau negeri atau di kalangan


(5)

Perbincangan Aplikasi Kaedah

golongan tertentu. Contohnya kesarjanaan merujuk

kepada kepandaian dan kecendekiawan seseorang.

3.3 Adat Sahih

Sesuatu adat yang tidak bercanggah dengan nas syarak

atau prinsip syariat atau menghalalkan yang haram atau

tidak membatalkan yang wajib atau menghilangkan

kemaslahatan dalam syariat. Contohnya pemberian

hantaran dalam majlis perkahwinan tidak termasuk

dalam mas kahwin. Hanya seorang sahaja antara pembeli atau penjual yang melafazkan aqad jual beli.

3.4 Adat Fasid atau Rosak

Sesuatu adat yang berlawanan atau bercanggah dengan

nas syarak atau prinsip syariat atau menghalalkan yang

haram atau membatalkan yang wajib atau

menghilangkan kemaslahatan dalam syariat. Contohnya

menjual barang secara bertangguh melebihi daripada

bayaran secara tunai.

1. Kaedah ini amat besar peranannya dalam pengurusan

manusia. Setiap kajian dalam sains, teknologi dan

kejuruteraan dibenarkan menggunakan kaedah ini bagi

tujuan sebagai sumber rujukan untuk membuat keputusan.

2. Pemakaian kaedah ini hendaklah didasari oleh kefahaman

yang mendalam tentang konsep adat dan uruf yang mampu

menjadi rujukan hukum. Kebiasaan yang berstatus baik serta

menepati kehendak syarak atau tidak bertentangan dengan

prinsip syariat seharusnya menjadi bahan perbincangan

khusus sebelum sesuatu operasi penyelidikan dibuat.

3. Kebiasaan yang diterima umum dan satu kelaziman yang

meluas belum cukup menjadi sandaran untuk menghasilkan

bahan rekaan dan teknologi baru, andaikata impak buruknya

lebih besar.

4. Asas pertimbangan utama untuk menerima adat sebagai

rujukan hukum ialah mencegah berlakunya kemudaratan

melebihi daripada menarik kemaslahatan untuk manusia.

5. Para saintis, teknokrat dan jurutera tidak dapat tidak untuk

menjadikan nas syarak dan prinsip-prinsip utama syariat

serta tujuan-tujuan syariat sebagai sumber teras dalam


(6)

6.1 Hendaklah uruf tersebut menjadi satu amalan kebiasaan atau satu budaya yang diamalkan secara berskala besar oleh masyarakat, konsisten dan tidak mudah berubah-ubah dalam tempoh yang singkat. Contohnya amalan membaca Yasin setiap malam jumaat.

6.2 Hendaklah amalan yang dikatakan sebagai adat tersebut tidak bercanggah dengan nas syarak atau mana-mana prinsip syariat yang