64
3.1.2  Menerangkan peranan
Syariah Islamiah
dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan [ILO]
• Peranan  utama  syariat  Islam  adalah  untuk  memelihara  nilai  agama  serta pelaksanaannya.
• Sebarang  elemen  yang  boleh  menggugat  kesucian  agama  akan  dicegah sebelum berlaku.
• Andaikata  sudah  berlaku,  maka  hukuman  yang  sewajarnya  bagi  tujuan siksaan dan didikan akan dilaksanakan.
• Pensyariatan  hukuman  dan  perundangan  dalam  syariat  Islam  akan mengambilkira kesannya kepada kemuliaan dan kesucian agama.
• Syariat Islam menetapkan sebarang kajian, ciptaan dan hasil sains teknologi dan  kejuruteraan  hendaklah  memberikan  kebaikan  kepada  memelihara
agama.
• Pembinaan  bangunan  yang  dilengkapi  dengan  kecanggihan  peralatannya menjadikan  manusia  insaf  tentang  keagungan  Allah  swt  dan  digunakan
untuk kebaikan manusia sejagat.
• Untuk  menyelamatkan  agama,  maka  hukum  keluar  daripada  Islam  adalah termasuk jenayah hudud.
Memelihara Agama
65
• Syariat  Islam  menetapkan  pemeliharaan  maruah  atau  harga  diri  merupakan perkara penting dalam kehidupan manusia.
• Segala  kajian  yang  melibatkan  sains  teknologi  dan  kejuruteraan  hendaklah mengambilkira kepentingan maruah umat.
• Tindakan  yang  membelakangkan  maruah  boleh  mengundang  kerosakan  dan kemusnahan yang besar.
• Atas  nama  pembangunan  atau  pemodenan  atau  penyelidikan  bukan  menjadi lesen untuk merobek maruah manusia atau maruah agama.
• Kerosakan  dan  kefasadan  yang  melanda  alam  ini  adalah  antaranya  berpunca daripada  kealpaan  para  saintis,  teknokrat  dan  jurutera  terhadap  nilai  maruah
manusia
• Lantaran  itu,  hukum-hakam  dalam  syariat  Islam  memandang  serius  terhadap tindakan yang boleh merosakkan dan menghancurkan maruah seseorang
Memelihara Maruah
66
• Nyawa  merupakan  ciptaan  unik  kepada  kejadian  manusia  menjadi  keutamaan untuk dipelihara melaksanakan tanggungjawab khalifah.
• Nyawa  tidak  boleh  diambil  kecuali  atas  sebab  yang  dibenarkan  oleh  syarak. Sebagai contoh hukum bunuh boleh dikenakan ke atas pembunuh di bawah kes
qisas.[Al-Anam : 151]
• Syariat Islam mengharuskan segala benda yang boleh menyelamatkan nyawa. Dalam  waktu  yang  sama  mengharamkan  segala  sesuatu  yang  boleh
merosakkan nyawa manusia.
• Pensyariatan  hukum  dalam  Islam  mengambilkira  keselamatan  nyawa manusia dengan mengkanunkan hukum-hukum pencegahan.
• Islam  mengharamkan  bahan-bahan  yang  boleh  merosakkan  dan  membunuh nyawa  manusia.  Contohnya  segala  bahan  kimia  yang  boleh  membunuh  atau
merosakkan diri manusia.
• Dalam  waktu  yang  sama,  Islam  menggalakkan  manusia  mengambil  sesuatu yang  boleh  memberikan  kesihatan  dan  kekuatan  kepada  nyawa  manusia.
Contohnya  dengan  mengambil  makanan  yang  halal  dan  berkhasiat  nyawa manusia akan sihat. Begitu juga makanan yang bersifat abstrak seperti zikrullah
akan menyihatkan nyawa manusia..
Memelihara Nyawa
67
• Akal  merupakan  anugerah  utama  bagi  komponen  tubuh  badan  manusia. Kemampuannya  tiada  tolak  tandingannya.  Kekuatan  akal  mampu  berfikir
secara maksima menyamai kemampuan ribuan komputer riba yang diletakkan memenuhi padang bola sepak.
• Akal yang sihat dijamin oleh syariat melalui penjagaan makanan, minuman dan riadah minda.
• Islam  melarang  segala  perbuatan  yang  boleh  menyebabkan  berlakunya kerosakan  pada  akal  seperti  mengambil  minuman  yang  memabukkan,  pil-pil
yang mengkhayalkan dan bahan bacaan yang merosakkan ketajaman minda.
• Akal  yang  cerdas  berada  pada  tubuh  yang  cergas  menuntut  penjagaan  pada tubuh badan bagi memelihara kecerdasan minda.
• Segala aktiviti dan tindakan yang boleh mengancam keaslian, kemampuan dan keselamatan akal adalah haram di sisi syariat Islam.
• Saintis,  teknokrat  dan  jurutera  hendaklah  menghasilkan  kajian  dan  ciptaan yang  menggunakan  ketajaman  minda.  Dalam  waktu  yang  sama  kesan
langsung  hendaklah  juga  memelihara  kecerdasan  akal.  Bukan  satu kecemerlangan  dalam  ilmu  apabila  ciptaan  yang  dihasilkan  baik  dalam
pelaksanaan, namun memberikan kesan buruk pada akal manusia.
Memelihara Akal
68
• Syariat Islam dengan tegas memutuskan untuk mengharamkan apa jua bentuk tindakan  yang  boleh  merosakkan  keturunan  samada  secara  langsung  atau
tidak, seperti : • Zina atau tuduhan melakukan zina
• Liwat • Musahaqah - Lesbian
• Istimna - Onani • Bercakap atau menunjukkan aksi lucah
• Berdua-duan lelaki dan wanita • Pergaulan bebas antara lelaki dan wanita
• Melihat  atau  menonton  atau  menayangkan  atau  melakonkan  atau
mengarahkan  benda  yang  haram  seperti  aurat  wanita,  gambar  atau  filem lucah
• Bersentuhan atau bersalaman antara lelaki dan wanita yang bukan mahram • Mendedahkan aurat
• Hukuman bagi setiap kesalahan berikut adalah termasuk dalam kes-kes hudud atau tazir
• Justeru  itu,  Islam  mensyariatkan  pernikahan  atau  perkahwinan  bagi memelihara keturunan manusia
Memelihara Keturunan
69
3.1.3  Membincangkan pelaksanaan Syariah Islamiah dalam  Sains Teknologi dan Kejuruteraan [ILO]