Mengenai penciptaan hawa Penciptaan zuriat Adam Memahami

52  Allah telah melantik Adam sebagai khlaifah di muka bumi dan telah mengajar Adam a.s nama-nama benda seluruhnya seperti yang telah dijelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 31.

b. Mengenai penciptaan hawa

 Al-Quran menceritakan penciptaan Hawa melalui surah an- Nisa ayat yang bermaksud: ai sekalian manusia , bertaqwalah kepada tuhan-Mu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang banyak….

c. Penciptaan zuriat Adam

 Al-Quran menggunakan beberapa istilah mengenai penciptaan zuriat Adam kecuali Isa bin Maryam antaranya :  Menciptakan kamu secara berperingkat-peringkat seperti dalam Al-Quran surah Nuh ayat 14.  Zuriat daripada pati air yang hina ma mahin seperti dalam al-Quran surah as-Sajadah ayat 8 dan surah al- Mursalat ayat 20.  Daripada titisan air yang kotor iaitu air mani nutfah seperti yang dijelaskan dalam al-Quran surah an-Najm ayat 46 dan surah al-Qiamah ayat 37.  Menciptakan kamu dalam perut ibu kamu dalam tiga kegelapan fi zulumat thalathah seperti yang dijelaskan dalam surah az-Zumar ayat 6.  Janin dalam perut ibu fi butun ummuhat seperti yang diterangkan dalam surah an-Najm ayat 32.  Manusia biasa diciptakan melalui proses tertentu yang memerlukan percantuman mani dalam rahim wanita seperti yang dijelaskan dalam surah al-Qiamah ayat 37 hingga 40 yang bermaksud : Kemudian mani itu menjadi segumpal darah, lalu Allah menciptakannya dan menyempurnakannya. Lalu Allah menjadikan daripadanya sepasang, lelaki dan perempuan. Bukankah Allah yang berbuat demikian berkuasa pula menghidupkan orang mati .

d. Peringkat kejadian

manusia dalam al-Quran  Nutfah Air mani  Peringkat pertama bermula selepas persenyawaan – berlaku pada minggu pertama dan bermula selepas percantuman antara air mani lelaki dan perempuan.  Nutfah disebut sebanyak 12 kali dan perkataan air mani disebut dalam al-Quran sebanyak 13 kali.  Antara ayat al-Qurannya adalah dalam surah al-Insan ayat 2: هي تْ ن شْمأ ْ ن ْنم ْن ْْ ْق خ ن ًعي س ْ ع ف ً ي ب Maksudnya : Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang 53 bercampur dari pati benih lelaki dan perempuan, serta Kami tetap mengujinya dengan kewajipan-kewajipan; oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat.  Selain itu, dalam surah an-Najm ayat 46 – 47 menjelaskan mengenainya yang bermaksud : Dan bahawa sanyalah Dialah yang menciptakan berpasang- pasangan lelaki dan perempuan, dari air mani apabila dipancarkan . 1 Alaqah  Perkataan bahasa Arab yang bermaksud sesuatu yang tergantung, melekat atau bergantung kepada sesuatu yang lain.  Mempunyai maksud perkataan lain iaitu suatu buku atau ketulan darah .  Perkataan alaqah disebutkan dalam al-Quran sebanyak lima kali iaitu dalam surah al-Hajj ayat 5, surah al-Qiyamah ayat 37 – 40, surah al-Mu min ayat 67 dan surah al- Alaq ayat 1 -3.  Peringkat ini terbentuk pada hujung minggu pertama atau pada hari ketujuh dan telur yang disenyawakan ini akan tertanam di dinding qarar makin. 2 Mudghah  Terjadi pada minggu ke-4. Dalam al-Quran menyebutkan ada dua mudghah iaitu mudghah mukhallaqah sempurna dan mudghah ghair mukhallaqah tidak sempurna.  Peringkat ini terbentuknya otak, saraf tunjang, telinga, dan anggota-anggota lain.  Jantung juga sudah mula berdegup dan darah sudah mula mengalir lebih banyak ke jantung bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. 3 Nasyatan Khalqan Akhar  Berlakunya pada akhir minggu ke-8.  Perubahan berlaku iaitu pertukaran embrio kepada janin. Semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurna. Pada bukan ke-4, pembentukan uri menjadi lengkap menyebabkan baki pranatal bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang telah wujud. 4 Nufkh ar-Ruh Proses peniupan roh berlaku selepas 40 hari dan selepas terbentuknya organ seks. 54 2 Menjelaskan fakta-fakta tentang kejadian haiwan dan alam fauna a Labah-labah 1. Allah menjelaskan penciptaan labah-labah dalam al-Quran. Labah-labah mampu menangkap mangsanya yang sedang terbang tinggi dari jarak setengah meter lebih. 2. Teknik yang digunakan oleh labah-labah adalah menggunakan daya tekan hidrolik yang terdapat pada 8 kakinya. 3. Pada akhir penyerangan, labah-labah menyerang ke arah mangsanya dan memakan dengan taringnya. 4. Secara alaminya, labah-labah ini tidak terfikir bahawa mata-mata tambahannya mampu memberi kemudahan kepadanya lalu ia kemudian menggunakan kemudahannya tersebut dengan secara keseluruhan. b Lebah 1. Allah menjelaskan dalam al-Quran dalam surah an-Nahl ayat 68 : ش ْعي م شل نم ًت يب ْل نم ت أ ل ْح ل ل كب حْ أ Maksudnya : Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: endaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan y ang didirikan oleh manusia. 2. Lebah madu membuat tempat penyimpanan madu lebah dengan bentuk yang amat baik dan menarik sekali. Para ahli matematik merasa kagum ketika mengetahui perhitungan lebah yang sangat cermat itu dalam mengendalikan tempat penyimpanan makanannya. 3. Lebah adalah seekor binantang yang amat patuh pada perintah Allah apabila Allah menyatakan buatlah sarang di gunung-ganang dan pokok- pokok kayu, maka lebah taat pada perintah Allah. 4. Menggunakan cara yang sangat menarik ketika membuat sarangnya yang mana dimulai dengan membangunkan sel-sel tempat penyimpanan madu dari sudut-sudut yang berbeza seterusnya pada akhirnya mereka akan bertemu di tengah. 5. Madu lebah yang telah dihasilkan tadi sebenarnya banyak kegunaan untuk manusia dalam kehidupan. Firman Allah dalam surah an-Nahl ayat 69 iaitu: 55 ف ت ْ م ش ن ب ْنم ْ ي ًَل كب ل س ي ْس ف ل لك ْنم ي ك مث ْلأ تي ْ قل ً يَ كل يف ل ء ش هيف هن Maksudnya : Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan yang engkau sukai, serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu. Dengan itu akan keluarlah dari dalam badannya minuman madu yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia dari berbagai-bagai penyakit. Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda yang membuktikan kemurahan Allah bagi orang- orang yang mahu berfikir. c Fakta mengenai fauna 1. Dalam al-Quran Allah menjelaskan dalam Surah al- An am ayat : م ل يحْل نم تي ْل ْ م تي ْل نم يحْل ْ ي ل بحْل قل ف َ ف َ فْ ت نأ Maksudnya : Sesungguhnya Allah jualah yang membelah menumbuhkan butir tumbuh-tumbuhan dan biji buah-buahan. Ia mengeluarkan yang hidup dari yang mati, dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup. Yang sedemikian itu kekuasaannya ialah Allah. Maka bagaimanakah kamu dipalingkan dari menyembah-Nya oleh benda-benda yang kamu jadikan sekutu- Nya ? 2. Antara fungsi tumbuh-tumbuhan adalah : a. Sebagai bahan makanan bagi haiwan dan manusia seluruhnya. b. Sebagai bahan makanan. c. Menyejukkan muka bumi daripada kehangatan matahari. d. Menghalang dari berlakunya hakisan tanah dan banjir. e. Sebagai hasil pendapatan manusia. f. Sebagai bahan ubat-ubatan kepada manusia khususnya herba-herba. g. Membekalkan gas oksigen kepada hidupan dan menyingkirkan gas karbon dioksida daripada atmosfera. h. Sebagai punca untuk mengindahkan dan menceriakan alam ini. 56

2.2.1 Menjelaskan fakta-fakta saintifik dalam al-Hadith 1

Pengertian Al-Hadith As-Sunnah - Segala apa yang datang dari pada Rasulullah SAW selain al-Quran sama ada dalam bentuk perkataan, perbuatan mahu pun pengakuan Baginda yang boleh dijadikan dalil kepada sesuatu hokum syara . - Al-Hadith terbahagi kepada 3 iaitu :- 1 As-Sunnah Qauliyyah perkataan – hadith-hadith yang dituturkan sendiri oleh Baginda SAW seperti sabdanya mengenai kejadian Hawa yang bermaksud : Sesungguhnya perempuan itu diciptakan dari tulang rusuk Adam . 2 As-Sunnah Fi liyyah – perbuatan-perbuatan yang dilakukan oleh Baginda SAW yang dimaksudkan untuk dijadikan kepada hukum. Ini bermaksud, tidak semua perlakuan Baginda itu adalah dianggap sebagai Sunnah. Contohnya adalah mengenai proses solat yang mana sabdanya: Sembahyanglah kamu seperti mana kamu lihat aku sembahyang . 3 As-Sunnah Taqririyyah – suatu persetujuan yang diberikan oleh Baginda SAW. Ini termasuklah diam Baginda apabila melihat atau mendengar sesuatu perbuatan atau percakapan sahabat sama ada di hadapan atau di belakang Baginda akan tetapi perkara itu telah dimaklumkan. Oleh sebab Baginda tidak mengingkari perkara tersebut, maka jelas menunjukkan pengakuan Baginda terhadap perkara tersebut. Sebagai contoh, pengakuan Nabi Muhammad SAW kepada Muaz bin Jabal untuk berijtihad semasa ketiadaan nas daripada al-Quran dan as-Sunnah. 2 Menjelaskan fakta-fakta tentang kejadian manusia dan proses kejadian manusia dalam al-Hadith a Hadith tentang kejadian manusia. Sabda Rasulullah SAW mengenai kejadian manusia adalah sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: 57 Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas ud r.a katanya : telah menceritakan kepada kami oleh Rasulullah SAW dan ia yang benar lagi dibenarkan Rasulullah SAW yang benar dan dibenarkan segala tndakannya; sesungguhnya salah seorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian jadi segumpal darah seperti yang demikian itu 40 hari, kemudian jadi seketul daging seperti yang demikian itu juga 40 hari, kemudian diutuskan kepadanya malaikat lalu ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkan menulis 4 kalimah iaitu rezekinya, umurnya, amalannya, dan celaka atau bahagianya. Maka demi Allah yang tidak ada Tuhan selainnya, sesungguhnya salah seorang kamu mengerjakan dengan amalan ahli syurga sehingga tidak ada jarak antaranya dan antara syurga melainkan sehasta, kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan lalu iapun mengerjakan dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalamnya; dan sesungguhnya salah seorang kamu mengerjakan dengan amalan ahli neraka sehingga tidak ada jarak antaranya dan antara neraka melainkan sehasta, kemudian terdahulu atsnya ketentuan tulisan lalu ia pun mengerjakan pula dengan amalan ahli syurga, maka masuklah ia ke dalamnya. 58 Aktiviti yang dicadangkan 1. Pelajar dikehendaki mencari fakta-fakta dari al-Quran dan al-Hadith mengenai bukti-bukti sains, teknologi dan kejuruteraan yang terdapat dalam sumber-sumber yang lain. 2. Pelajar diminta untuk menjelaskan dan menghuraikan dalam bentuk pembentangan atau pun dalam bentuk projek yang boleh dikaitkan dengan topik dan tajuk pada bab yang akan datang iaitu bab 3 dan bab 4. 3. Fakta-fakta berkenaan sains dan teknologi dalam Islam serta buktinya secara emprikal boleh dijadikan sebagai bahan dan tugasan pelajar. Kaedah Library Base Learning LBL 4. Pensyarah juga boleh mencadangkan kepada para pelajar untuk mencari sesuatu ciptaan sains, teknologi dan kejuruteraan dalam Islam dan kaitkan dengan sumber-sumber dan fakta dari al-Quran dan al-Hadith kemudian dibentangkan di hadapan rakan-rakannya di kelas. Kaedah Libaray Base Learning LBL dan Project Base Learning PBL 5. Pelajar juga dicadangkan agar menonton video yang berkaitan dengan sains, teknologi dan kejuruteraan Islam sekurang-kurangnya 5 video yang berkaitan dalam kumpulan sekurangnya 3 orang sekumpulan dan bentangkan di hadapan kelas mengenai hasil dapatan mereka. 59 Bibliografi Abdullah Basmeih. 2001 Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Rumi, Kuala Lumpur : Darul Fikir Ab. Aziz Ismail. 2008. Beberapa Aspek Sauns dan Teknologi Dalam Islam, UiTM, Shah Alam: Penerbitan Universiti UPENA Hairudin Harun 2007. Cetakan Ke-3. Daripada Sains Yunani Kepada Sains Islam Peranan Dan Proses Penyerapan Sains Asing Dalam Pembentukan Sains Islam Klasikal. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya. Kamarudin Abu Taib. t.t. Teknologi dan Kejuruteraan. UKM, Bangi : Pengajian Umum. Mahyudin Hj Yahya. 1984. Pengertian Sejarah Islam dan Permasalahannya, Kuala Lumpur : Penerbit Saujana. Shahril Mohamad Zin Penyunting, 1985. Pengenalan Tamadun Islam dalam Sains dan Teknologi, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Sulaiman Nordin, 2005 Sains Menurut Perspektif Islam. Kuala Lumpur : Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka. Sulaiman Noordin. 1993. Sains, Falsafah dan Islam, UKM, Bangi : Pusat Pengajian Umum. ____________. t.t. Al-Quran dan Sains. UKM, Bangi : Pusat Pengajian Umum. ____________. t.t. Biologi. UKM, Bangi : Pusat Pengajian Umum. Zulekha Yusoff dan Asmak Hj. Ali, 2011 Cetakan ke-3. Ikhtisar Sains dan Teknologi Dalam Islam. UiTM, Shah Alam : Penerbitan Universiti UPENA. Bab - 3 Prinsip Syariah Dan Etika Islam Dalam Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Mohd Azli b. Adnan PBU 61 TOPIK 3.0 : PRINSIP SYARIAH DAN ETIKA ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN 1 Memahami prinsip syariah dalam sains teknologi dan kejuruteraan 3.1.1 Menerangkan prinsip syariah Islamiah dalam sains teknologi dan kejuruteraan [ILO] Syariah adalah berasal dari perkataan syarak yang memberi maksud jalan ke arah sumber air atau memberi makna jalan yang kurus [al-Jathiyah : 18] Syariah dari aspek istilah adalah merujuk kepada segala hukum yang disyariatkan oleh Allah SWT kepada umat manusia melalui Rasulullah SAW. Dipanggil sumber air kerana syariat diperlukan sebagai sumber kehidupan manusia. Air diperlukan untuk terus hidup begitu juga syariat sangat diperlukan untuk menjadi nadi dalam hidup manusia. Manusia akan mati tanpa air, manusia akan sesat tanpa syariat. Kewujudan syariat bukan menyusahkan tetapi dipatuhi bagi kesempurnaan hidup di dunia dan akhirat. Bil Prinsip Syariah Huraian 1 Rabbaniah [Ketuhanan] Prinsip yang pertama ini menjelaskan syariah Islam adalah dicipta dan disusun oleh Allah SWT. Segala kandungannya yang meliputi aspek aqidah, ibadat dan muamalat adalah secocok dengan keperluan manusia. Alam yang terbentang luas dengan segala khazanah di dalamnya boleh diterokai dengan mematuhi peraturan Allah SWT. Seluruh ciptaan alam adalah milik Allah SWT. Maka kita sebagai khalifah tertakluk HASIL PEMBELAJARAN KURSUS [CLO3] Membincangkan prinsip syariah dan etika Islam dalam bidang Sains Teknologi dan Kejuruteraan i ii iii 62 kepada peraturan alam milikNya. Setiap kajian dan ciptaan hendaklah menjurus kepada pengabdian diri kepada Allah SWT dan menginsafi keagunganNya. Para saintis, teknokrat dan jurutera tertakluk kepada prinsip ketuhanan dan bermatlamatkan kemakmuran sarwajagat. 2 Wasatiah [Kesederhanaan] Kesederhanaan dalam syariat adalah memberi makna segala hukum hakamnya adalah bersifat sederhana. Tidak ekstrem kepada yang berlebihan atau berkurangan. Boleh berlaku perubahan dan penyesuaian tertentu pada pelaksanaan hukum mengikut keperluan yang tertentu. Contohnya solat fardu hendaklah hendaklah dilakukan secara berdiri. Diberikan kelonggaran untuk duduk bagi yang sakit. Wasatiah juga memberi makna pertengahan antara dua perkara. Mengambil tindakan antara dua kecenderungan. Contohnya antara kaya dan miskin. Maka mengambil pendirian sederhana dalam mencari harta lebih diutamakan. 3 Tawazun [Keseimbangan] Keseimbangan dalam syariat bermaksud segala kandungannya adalah mengimbangi antara keperluan manusia di dunia dan akhirat. Contohnya manusia diminta untuk mencari rezeki bagi menyara hidup diri dan keluarga. Dalam waktu yang sama rezeki tersebut hendaklah dicari secara yang halal, baik dan dilaksanakan secara paling terbaik. Impaknya dia akhir bulan gaji diperolehi, pahala diganjari dan pengurusan kerja dihargai. Keseimbangan ini menuntut saintis, teknokrat dan jurutera mengimbangi keperluan manusia di dunia bagi menjadi bekalan di akhirat nanti. 4 Mizan [Kesetaraan] Kesetaraan dalam syariat terlihat dalam hukum hakam yang memberikan nilai yang selayaknya bagi sesuatu perkara. Kesetaraan dalam syariat menuntut agar segala tindakan yang dilaksanakan hendaklah meraikan keperluan dunia dan akhirat. 63 Kesetaraan dalam syariat menuntut agar setiap perkara yang dilaksanakan perlu ditimbang agar hukum-hakam tidak menjadi korban atas nama penyelidikan dan pembangunan. Setiap perkara yang dilakukan hendaklah mengambilkira item-item yang digunakan benar menurut sukatan atau had yang ditentukan oleh syariat. 5 Tetap Anjal [Mutlak Murunah] Tetap dan anjal menurut syariat terlihat dalam aspek hukum hakamnya tetap untuk semua zaman dan umat. Tiada berlaku sebarang perubahan hukum seperti pengharaman arak. Namun begitu, pengharamannya boleh dikecualikan atau digugurkan seandainya ada keperluan yang syar i untuk menggunakannya. Contohnya arak terpaksa digunakan untuk tujuan perubatan. Kelonggaran ini boleh berlaku seandainya tiada pilihan lain bagi mengubati penyakit yang merbahaya. Kemutlakan dalam hukum diperlukan bagi memelihara kesucian prinsip syariat dan keanjalan wajar dilakukan bagi meraikan sifat kehidupan manusia yang sentiasa berubah dan dinamik. 64

3.1.2 Menerangkan peranan

Syariah Islamiah dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan [ILO] • Peranan utama syariat Islam adalah untuk memelihara nilai agama serta pelaksanaannya. • Sebarang elemen yang boleh menggugat kesucian agama akan dicegah sebelum berlaku. • Andaikata sudah berlaku, maka hukuman yang sewajarnya bagi tujuan siksaan dan didikan akan dilaksanakan. • Pensyariatan hukuman dan perundangan dalam syariat Islam akan mengambilkira kesannya kepada kemuliaan dan kesucian agama. • Syariat Islam menetapkan sebarang kajian, ciptaan dan hasil sains teknologi dan kejuruteraan hendaklah memberikan kebaikan kepada memelihara agama. • Pembinaan bangunan yang dilengkapi dengan kecanggihan peralatannya menjadikan manusia insaf tentang keagungan Allah swt dan digunakan untuk kebaikan manusia sejagat. • Untuk menyelamatkan agama, maka hukum keluar daripada Islam adalah termasuk jenayah hudud. Memelihara Agama 65 • Syariat Islam menetapkan pemeliharaan maruah atau harga diri merupakan perkara penting dalam kehidupan manusia. • Segala kajian yang melibatkan sains teknologi dan kejuruteraan hendaklah mengambilkira kepentingan maruah umat. • Tindakan yang membelakangkan maruah boleh mengundang kerosakan dan kemusnahan yang besar. • Atas nama pembangunan atau pemodenan atau penyelidikan bukan menjadi lesen untuk merobek maruah manusia atau maruah agama. • Kerosakan dan kefasadan yang melanda alam ini adalah antaranya berpunca daripada kealpaan para saintis, teknokrat dan jurutera terhadap nilai maruah manusia • Lantaran itu, hukum-hakam dalam syariat Islam memandang serius terhadap tindakan yang boleh merosakkan dan menghancurkan maruah seseorang Memelihara Maruah 66 • Nyawa merupakan ciptaan unik kepada kejadian manusia menjadi keutamaan untuk dipelihara melaksanakan tanggungjawab khalifah. • Nyawa tidak boleh diambil kecuali atas sebab yang dibenarkan oleh syarak. Sebagai contoh hukum bunuh boleh dikenakan ke atas pembunuh di bawah kes qisas.[Al-Anam : 151] • Syariat Islam mengharuskan segala benda yang boleh menyelamatkan nyawa. Dalam waktu yang sama mengharamkan segala sesuatu yang boleh merosakkan nyawa manusia. • Pensyariatan hukum dalam Islam mengambilkira keselamatan nyawa manusia dengan mengkanunkan hukum-hukum pencegahan. • Islam mengharamkan bahan-bahan yang boleh merosakkan dan membunuh nyawa manusia. Contohnya segala bahan kimia yang boleh membunuh atau merosakkan diri manusia. • Dalam waktu yang sama, Islam menggalakkan manusia mengambil sesuatu yang boleh memberikan kesihatan dan kekuatan kepada nyawa manusia. Contohnya dengan mengambil makanan yang halal dan berkhasiat nyawa manusia akan sihat. Begitu juga makanan yang bersifat abstrak seperti zikrullah akan menyihatkan nyawa manusia.. Memelihara Nyawa 67 • Akal merupakan anugerah utama bagi komponen tubuh badan manusia. Kemampuannya tiada tolak tandingannya. Kekuatan akal mampu berfikir secara maksima menyamai kemampuan ribuan komputer riba yang diletakkan memenuhi padang bola sepak. • Akal yang sihat dijamin oleh syariat melalui penjagaan makanan, minuman dan riadah minda. • Islam melarang segala perbuatan yang boleh menyebabkan berlakunya kerosakan pada akal seperti mengambil minuman yang memabukkan, pil-pil yang mengkhayalkan dan bahan bacaan yang merosakkan ketajaman minda. • Akal yang cerdas berada pada tubuh yang cergas menuntut penjagaan pada tubuh badan bagi memelihara kecerdasan minda. • Segala aktiviti dan tindakan yang boleh mengancam keaslian, kemampuan dan keselamatan akal adalah haram di sisi syariat Islam. • Saintis, teknokrat dan jurutera hendaklah menghasilkan kajian dan ciptaan yang menggunakan ketajaman minda. Dalam waktu yang sama kesan langsung hendaklah juga memelihara kecerdasan akal. Bukan satu kecemerlangan dalam ilmu apabila ciptaan yang dihasilkan baik dalam pelaksanaan, namun memberikan kesan buruk pada akal manusia. Memelihara Akal 68 • Syariat Islam dengan tegas memutuskan untuk mengharamkan apa jua bentuk tindakan yang boleh merosakkan keturunan samada secara langsung atau tidak, seperti : • Zina atau tuduhan melakukan zina • Liwat • Musahaqah - Lesbian • Istimna - Onani • Bercakap atau menunjukkan aksi lucah • Berdua-duan lelaki dan wanita • Pergaulan bebas antara lelaki dan wanita • Melihat atau menonton atau menayangkan atau melakonkan atau mengarahkan benda yang haram seperti aurat wanita, gambar atau filem lucah • Bersentuhan atau bersalaman antara lelaki dan wanita yang bukan mahram • Mendedahkan aurat • Hukuman bagi setiap kesalahan berikut adalah termasuk dalam kes-kes hudud atau tazir • Justeru itu, Islam mensyariatkan pernikahan atau perkahwinan bagi memelihara keturunan manusia Memelihara Keturunan 69 3.1.3 Membincangkan pelaksanaan Syariah Islamiah dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan [ILO] Islam menjadikan Awlawiyat atau keutamaan dalam melaksanakan sesuatu perkara. Mengelakkan kemudaratan demi mencari kemaslahatan adalah sangat diutamakan. Mendahulukan yang wajib lebih diutamakan daripada yang sunat. Mengutamakan kepentingan ramai adalah wajar didahulukan daripada kepentingan individu. Sebarang kegiatan sains teknologi dan kejuruteraan hendaklah memberikan keutamaan kepada memelihara peranan syariah. Para saintis, teknokrat dan jurutera seharusnya meletakkan keutamaan memakmurkan alam daripada mencari keuntungan dan kemahsyuran. • Syariat Islam dengan tegas mengharamkan segala bentuk perbuatan yang boleh memudaratkan harta seseorang atau kumpulan seperti merompak, mencuri, menyorok, membazir dan menspekulasi pasaran modal. • Islam menetapkan kewajipan mengeluarkan zakat bagi setiap muslim yang telah mencapai kelayakan. Harta yang dikumpul mepunyai hak untuk terus mendapat keberkatannya. • Pencarian harta hendaklah melalui proses yang jelas halalnya. Matlamat menjadi kaya bukan menjadi sebab untuk menghalalkan segala tindakan ke arah itu. • Hukuman hudud seperti potong tangan bagi yang mencuri dan tazir menunjukkan syariat Islam memandang serius jenayah ini. • Bagi mereka yang sanggup mempertahankan harta sehingga membawa kepada kematian dianggap mati syahid akhirat. Memelihara Harta Utamakan Yang Utama 70 Pelaksanaan sesuatu perkara hendaklah merujuk kepada mengutamakan agama, nyawa, akal, keturunan, maruah dan harta. Islam mengakui keperluan untuk membuat kajian tentang alam. Manusia dibenarkan untuk menerokai daratan, lautan dan ruang udara untuk tujuan pengimarahan alam. Ciptaan dan penemuan inovasi yang melibatkan teknologi dan kejuruteraan adalah bukti kehebatan akal manusia untuk keperluan dan kemaslahatan hidup manusia. Namun begitu, syariat menegaskan setiap operasi untuk menghasilkan ciptaan dan rekaan hendaklah menghormati peraturan dan etika Islam. Tiada istilah untuk mencapai matlamat keperluan manusia, sebarang kaedah boleh digunapakai dan menghalalkan proses yang bercanggah dengan syariat. Dunia hari ini memaparkan kerakusan manusia untuk maju dan moden hingga bergelar kuasa besar dunia melalui proses mengorbankan alam. Sebagai contoh ujian huklear di lautan telah mengakibatkan berlakunya kerosakan pada lapisan perut bumi yang menjadi punca berlakunya tsunami. Pelaksanaan syariat dalam sains teknologi dan kejuruteraan mengutamakan nilai keagamaan yang lebih fokus kepada etika dan adab dalam membangunkan alam. Peraturan dan hukum yang melibatkan halal, haram, sunat, harus dan makruh serta syubahat hendaklah menjadi asas rujukan dalam pelaksanaan setiap proses kerja. Sebarang ciptaan, penemuan, kajian dan penyelidikan sewajarnya mengambilkira kepentingan prinsip dan etika syariat Islam. Kegagalan mematuhi prosedur ini akan menyumbang kepada ketidakstabilan dan kepincangan pengurusan alam. Andai berlaku pertembungan antara kepentingan keperluan manusia dan pemeliharaan alam, maka syariat menetapkan untuk memilih kemudaratan yang minima. Pelaksanaan Kajian Menepati Syariat Matlamat Tidak Menghalalkan Cara 71 Syariat Islam menetapkan prinsip mencegah adalah menjadi keutamaan dalam pelaksanaan kerja manusia. Prinsip pencegahan yang diminta oleh syariat Islam adalah untuk menolak dan mengelakkan berlakunya kerosakan. Contohnya Islam mengharamkan perbuatan mendekati zina. Maksud mendekati itu adalah termasuk berdua- duaan atau sesuatu tindakan yang boleh membawa zina. Larangan perbuatan yang boleh membawa kepada zina adalah dianggap langkah pencegahan bagi mengelakkan zina dan lahirnya anak luar nikah. Kajian sains dan rekaan teknologi serta kejuruteraan hendaklah mengambil langkah pencegahan dalam segenap aspek dari mula hingga akhir. Akibat yang besar akan menimpa umat manusia apabila langkah-langkah pencegahan tidak diambil kisah. Prinsip mencegah sewajarnya menjadi agenda utama para saintis, teknokrat dan jurutera melaksanakan tugasan mereka. Pengabaian prinsip ini akan menempah suatu pengurusan kos yang lebih besar serta pengorbanan masa yang bukan kepalang. Justeru itu, fikirkan aspek pencegahan sebelum bertindak. Aqidah yang merupakan tunjang bagi terbangunnya insan terbaik di sisi Allah SWT tidak boleh dipandang rendah dalam apa jua pelaksanaan hidup manusia. Syariat adalah peraturan Allah SWT untuk dijadikan panduan hidup bagi mengundang rahmat dan berkat. Integrasi pelaksaanaan aqidah dan syariat akan membuahkan keadaan yang harmoni bagi pembangunan modal insan dan pembangunan material sesebuah negara. Pelaksanaan aktiviti sains teknologi dan kejuruteraan haruslah mendahulukan keperluan aqidah sebagai teras pengurusan penyelidikan. Dalam waktu yang sama, syariat menjadi keutamaan bagi seluruh perancangan, program, aktiviti dan hasil kajian menepati kehendak syariat. Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubat Akidah Diutamakan Syariat Didahulukan 72

3.2 Memahami

etika Islam dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan 3.2.1 Menerangkan prinsip Etika Islam dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan [ILO] • Etika bermaksud tingkahlaku yang baik dan hidup yang bahagia • Satu pakej panduan mengurus sesuatu perkara secara terbaik Etika • Berasal dari bahasa latin Moralitas • Memberi maksud tingkahlaku yang baik • Konsep baik dan buruk ditentukan oleh agama, budaya dan adat sesebuah bangsa Moral • Berasal dari Bahasa Arab Khuluq • Memberi maksud tingkahlaku yang baik yang menjadi amalan hidup • Konsep baik dan buruk ditentukan oleh agama dan tetap Akhlak 73 3.2.2 Membincangkan perlaksanaan prinsip etika Islam dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan [ILO] Menghasilkan penemuan sains, teknologi dan kejuruteraan yang memberi manfaat kepada keselesaan manusia -Segala rekaan dan alat yang dihasilkan hendaklah mengelakkan berlakunya kerosakan akhlak manusia. -Hasil rekaan yang dicetuskan bukan menjadi sebab umat menjadi alpa daripada tugas sebagai hamba -Ciptaan yang dibangunkan mampu mengelakkan manusia daripada merosakkan alam. -Keselesaan bukan tiket untuk para saintis, teknokrat dan jurutera melakukan penyelidikan sehingga menafikan maksud syariah. Menggunakan sains, teknologi dan kejuruteraan yang memberikan nilai tambah kepada peningkatan kualiti -Segala ciptaan dan rekaan bukan semata-mata bertujuan komersil atau profit . -Nilai-nilai kemanusiaan yang mengutamakan matlamat hidup, kemampuan manusia, mencari jalan yang dipermudahkan dan mampu melonjak prestasi manusia sebagai hamba Allah swt. -Meningkatkan kualiti melalui penggunaan nuklear bagi menggantikan tenaga bahan api, pengawetan makanan dan menghapuskan bakteria. -Sebaliknya penghasilan ciptaan, rekaan dan inovasi bukan untuk kepentingan peribadi dan merosakkan dunia. Penghasilan dan penggunaan teknologi dan kejuruteraan untuk tujuan rawatan -Menghasilkan rekaan, ciptaan dan teknologi dalam dunia perubatan bagi tujuan merawat, memulih atau mengubati bagi tujuan menyelamatkan nyawa. -Contohnya pengklonan bagi tujuan mengatasi kekurangan sel, teknologi genetik melalui tabung uji dan pembedahan plastik bagi memberikan kesempurnaan atau mengembalikan fungsi. -Begitu juga pemindahan organ dan derma darah dengan tujuan untuk mengembalikan fungsi dan menyelamatkan nyawa 74 Melakukan eksperimen dengan bijaksana tanpa niat jahat -Eksperimen yang dilaksanakan hendaklah berasaskan kebijaksanaan yang mengutamakan keprihatinan kepada nilai manusia, flora dan fauna. -Tiada istilah mengorbankan nilai keinsanan dan kedamaian alam demi untuk profit, kemahsyuran dan kepentingan diri. -Kajian yang dibuat hendaklah memikirkan implikasi yang bakal mengesani kehidupan makam manusia, flora dan fauna. -Pembedahan plastik untuk tujuan menafikan ciptaan Allah swt dan mengubah identiti adalah dilarang. Keperluan mempertahankan dan memelihara agama, bangsa dan negara -Keperluan memelihara agama, bangsa dan negara sememangnya satu keutamaan. Namun nafsu keperluan manusia tidak pernah cukup. Tidak dinafikan perlunya kajian, ciptaan dan rekaan untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara. -Justeru itu, bukan sewenang-wenangnya tindakan bersifat sains teknologi boleh menghalalkan sebarang ciptaan, rekaan dan teknologi. -Persenjataan dan kelengkapan ketenteraan amat perlu suntikan inovasi dan teknologi. Namun bukan menjadi lesen untuk melakukan kerosakan. Menghubungkan semua kegiatan dengan alam metafizika -Para saintis, teknokrat dan jurutera hendaklah menghubungkan segala kegiatan mereka dengan alam metafizika. Elemen ketuhanan dan mencari kebenaran merupakan asas etika perlaksanaan mereka. -Setiap aktiviti penyelidikan dan penemuan hendaklah berasaskan galakan untuk meneroka khazanah alam berdasarkan etika Islam serta memburu kebenaran wujudnya pencipta. -Dorongan ketuhanan dan mencari hakikat serta kebenaran menjadi asas bagi kegiatan penyelidikan para saintis, teknokrat dan jurutera. 75 Bil Metodologi P P Aktiviti P P Cadangan Masa 1 CL – Collaborative Learning Pensyarah mengedarkan keratan akhbarmajalahartikel yang berkaitan topik Pensyarah memberikan arahan kepada pelajar agar berada dalam kumpulan beserta keratan tersebut Para pelajar berbincang secara kolaboratif dalam kumpulan bagi mencari isi-isi penting beserta contoh Setiap kumpulan akan berdebat dengan kumpulan lain berkaitan dengan topik masing-masing Atau setiap kumpulan akan membuat pembentangan melalui kaedah forum dan sebagainya Soal jawab akan berlangsung bagi setiap kumpulan Rumusan akan dibuat oleh wakil setiap kumpulan berkaitan dengan topik tersebut 2 LBL – Library Base Learning Pensyarah akan mengedarkan rangka kerja berkaitan dengan topic Pelajar akan mencari bahan untuk menyiapkan kajian secara berkumpulan Setiap kumpulan menyiapkan buku skrap berdasarkan panduan yang diberikan Setiap kumpulan akan membentangkan hasil kerja masing-masing 3 PBL - Project Base Learning Pensyarah akan mengedarkan tajuk-tajuk projek yang berkaitan topik untuk diselesaikan secara berkumpulan Tajuk-tajuk projek adalah berkaitan dengan menggunakan prinsip- prinsip syariat dalam sains teknologi dan kejuruteraan. 4 TBL – Trip Base Learning Pensyarah membawa para pelajar ke tempat yang sesuai bagi melihat bukti-bukti aplikasi sains teknologi dan kejuruteraan Islam dalam dunia hari ini Bab - 4 Memahami Kaedah Fiqh Dalam Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Mohd Azli b. Adnan PBU Rasdin b. Husin PNS 77 MEMAHAMI KAEDAH FIQH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

4.1 Memahami Kaedah Fiqh dalam Sains Teknologi dan