56
2.2.1 Menjelaskan fakta-fakta saintifik dalam al-Hadith 1
Pengertian Al-Hadith As-Sunnah
- Segala apa yang datang dari pada Rasulullah SAW selain al-Quran sama ada dalam bentuk perkataan, perbuatan mahu pun pengakuan Baginda yang
boleh dijadikan dalil kepada sesuatu hokum syara .
- Al-Hadith terbahagi kepada 3 iaitu :-
1 As-Sunnah Qauliyyah perkataan
– hadith-hadith yang dituturkan sendiri oleh Baginda SAW seperti sabdanya mengenai kejadian Hawa
yang bermaksud : Sesungguhnya perempuan itu diciptakan dari tulang rusuk Adam .
2 As-Sunnah Fi liyyah
– perbuatan-perbuatan yang dilakukan oleh Baginda SAW yang dimaksudkan untuk dijadikan kepada hukum. Ini
bermaksud, tidak semua perlakuan Baginda itu adalah dianggap sebagai Sunnah. Contohnya adalah mengenai proses solat yang mana sabdanya:
Sembahyanglah kamu seperti mana kamu lihat aku sembahyang .
3 As-Sunnah Taqririyyah
– suatu persetujuan yang diberikan oleh Baginda SAW. Ini termasuklah diam Baginda apabila melihat atau mendengar
sesuatu perbuatan atau percakapan sahabat sama ada di hadapan atau di belakang Baginda akan tetapi perkara itu telah dimaklumkan. Oleh
sebab Baginda tidak mengingkari perkara tersebut, maka jelas menunjukkan pengakuan Baginda terhadap perkara tersebut. Sebagai
contoh, pengakuan Nabi Muhammad SAW kepada Muaz bin Jabal untuk berijtihad semasa ketiadaan nas daripada al-Quran dan as-Sunnah.
2 Menjelaskan fakta-fakta tentang kejadian manusia dan proses kejadian manusia dalam al-Hadith
a Hadith tentang kejadian manusia. Sabda Rasulullah SAW mengenai kejadian
manusia adalah sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:
57
Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas ud r.a katanya : telah menceritakan kepada kami oleh Rasulullah SAW dan ia yang benar lagi
dibenarkan Rasulullah SAW yang benar dan dibenarkan segala tndakannya; sesungguhnya salah seorang kamu dikumpulkan kejadiannya
dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian jadi segumpal darah seperti yang demikian itu 40 hari, kemudian jadi seketul daging seperti
yang demikian itu juga 40 hari, kemudian diutuskan kepadanya malaikat lalu ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkan menulis 4 kalimah iaitu
rezekinya, umurnya, amalannya, dan celaka atau bahagianya. Maka demi Allah yang tidak ada Tuhan selainnya, sesungguhnya salah seorang kamu
mengerjakan dengan amalan ahli syurga sehingga tidak ada jarak antaranya dan antara syurga melainkan sehasta, kemudian terdahulu atasnya
ketentuan tulisan lalu iapun mengerjakan dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalamnya; dan sesungguhnya salah seorang kamu
mengerjakan dengan amalan ahli neraka sehingga tidak ada jarak antaranya dan antara neraka melainkan sehasta, kemudian terdahulu atsnya ketentuan
tulisan lalu ia pun mengerjakan pula dengan amalan ahli syurga, maka masuklah ia ke dalamnya.
58
Aktiviti yang dicadangkan
1. Pelajar dikehendaki mencari fakta-fakta dari al-Quran dan al-Hadith
mengenai bukti-bukti sains, teknologi dan kejuruteraan yang terdapat dalam sumber-sumber yang lain.
2. Pelajar diminta untuk menjelaskan dan menghuraikan dalam bentuk
pembentangan atau pun dalam bentuk projek yang boleh dikaitkan dengan topik dan tajuk pada bab yang akan datang iaitu bab 3 dan bab 4.
3. Fakta-fakta berkenaan sains dan teknologi dalam Islam serta buktinya secara
emprikal boleh dijadikan sebagai bahan dan tugasan pelajar. Kaedah Library Base Learning LBL
4. Pensyarah juga boleh mencadangkan kepada para pelajar untuk mencari
sesuatu ciptaan sains, teknologi dan kejuruteraan dalam Islam dan kaitkan dengan sumber-sumber dan fakta dari al-Quran dan al-Hadith kemudian
dibentangkan di hadapan rakan-rakannya di kelas. Kaedah Libaray Base Learning LBL dan Project Base Learning PBL
5. Pelajar juga dicadangkan agar menonton video yang berkaitan dengan sains,
teknologi dan kejuruteraan Islam sekurang-kurangnya 5 video yang berkaitan dalam kumpulan sekurangnya 3 orang sekumpulan dan
bentangkan di hadapan kelas mengenai hasil dapatan mereka.
59
Bibliografi
Abdullah Basmeih. 2001 Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Rumi, Kuala Lumpur : Darul Fikir
Ab. Aziz Ismail. 2008. Beberapa Aspek Sauns dan Teknologi Dalam Islam, UiTM, Shah Alam: Penerbitan Universiti UPENA
Hairudin Harun 2007. Cetakan Ke-3. Daripada Sains Yunani Kepada Sains Islam Peranan Dan Proses Penyerapan Sains Asing Dalam Pembentukan
Sains Islam Klasikal. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya. Kamarudin Abu Taib. t.t. Teknologi dan Kejuruteraan. UKM, Bangi : Pengajian
Umum. Mahyudin Hj Yahya. 1984. Pengertian Sejarah Islam dan Permasalahannya, Kuala
Lumpur : Penerbit Saujana. Shahril Mohamad Zin Penyunting, 1985. Pengenalan Tamadun Islam dalam
Sains dan Teknologi, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Sulaiman Nordin, 2005 Sains Menurut Perspektif Islam. Kuala Lumpur :
Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka. Sulaiman Noordin. 1993. Sains, Falsafah dan Islam, UKM, Bangi : Pusat Pengajian
Umum. ____________. t.t. Al-Quran dan Sains. UKM, Bangi : Pusat Pengajian Umum.
____________. t.t. Biologi. UKM, Bangi : Pusat Pengajian Umum. Zulekha Yusoff dan Asmak Hj. Ali, 2011 Cetakan ke-3. Ikhtisar Sains dan
Teknologi Dalam Islam. UiTM, Shah Alam : Penerbitan Universiti UPENA.
Bab - 3
Prinsip Syariah Dan Etika Islam Dalam Sains Teknologi Dan Kejuruteraan
Mohd Azli b. Adnan PBU
61
TOPIK 3.0 : PRINSIP SYARIAH DAN ETIKA ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
1 Memahami
prinsip syariah
dalam sains
teknologi dan
kejuruteraan 3.1.1 Menerangkan
prinsip syariah
Islamiah dalam
sains teknologi dan kejuruteraan [ILO]
Syariah adalah
berasal dari
perkataan syarak
yang memberi
maksud jalan
ke arah
sumber air
atau memberi makna jalan yang kurus [al-Jathiyah : 18]
Syariah dari
aspek istilah
adalah merujuk
kepada segala
hukum yang
disyariatkan oleh
Allah SWT
kepada umat manusia melalui Rasulullah SAW. Dipanggil sumber air kerana syariat diperlukan sebagai sumber
kehidupan manusia. Air diperlukan untuk terus hidup begitu juga syariat sangat diperlukan untuk menjadi nadi dalam hidup
manusia. Manusia akan mati tanpa air, manusia akan sesat tanpa syariat. Kewujudan syariat bukan menyusahkan tetapi
dipatuhi bagi kesempurnaan hidup di dunia dan akhirat.
Bil Prinsip Syariah
Huraian
1 Rabbaniah
[Ketuhanan] Prinsip yang pertama ini menjelaskan
syariah Islam adalah dicipta dan disusun oleh Allah SWT.
Segala kandungannya yang meliputi aspek aqidah, ibadat dan muamalat adalah
secocok dengan keperluan manusia. Alam yang terbentang luas dengan segala
khazanah di dalamnya boleh diterokai dengan mematuhi peraturan Allah SWT.
Seluruh ciptaan alam adalah milik Allah SWT. Maka kita sebagai khalifah tertakluk
HASIL PEMBELAJARAN KURSUS [CLO3] Membincangkan prinsip syariah dan etika Islam dalam bidang Sains
Teknologi dan Kejuruteraan
i
ii
iii
62
kepada peraturan alam milikNya. Setiap kajian dan ciptaan hendaklah menjurus
kepada pengabdian diri kepada Allah SWT dan menginsafi keagunganNya.
Para saintis, teknokrat dan jurutera tertakluk kepada prinsip ketuhanan dan
bermatlamatkan kemakmuran sarwajagat. 2
Wasatiah [Kesederhanaan]
Kesederhanaan dalam syariat adalah memberi makna segala hukum hakamnya
adalah bersifat sederhana. Tidak ekstrem kepada
yang berlebihan
atau berkurangan.
Boleh berlaku
perubahan dan
penyesuaian tertentu pada pelaksanaan hukum mengikut keperluan yang tertentu.
Contohnya solat
fardu hendaklah
hendaklah dilakukan
secara berdiri.
Diberikan kelonggaran untuk duduk bagi yang sakit.
Wasatiah juga
memberi makna
pertengahan antara
dua perkara.
Mengambil tindakan
antara dua
kecenderungan. Contohnya antara kaya dan miskin. Maka mengambil pendirian
sederhana dalam mencari harta lebih diutamakan.
3 Tawazun
[Keseimbangan] Keseimbangan dalam syariat bermaksud
segala kandungannya
adalah mengimbangi antara keperluan manusia
di dunia dan akhirat. Contohnya
manusia diminta
untuk mencari rezeki bagi menyara hidup diri
dan keluarga. Dalam waktu yang sama rezeki tersebut hendaklah dicari secara
yang halal, baik dan dilaksanakan secara paling terbaik. Impaknya dia akhir bulan
gaji diperolehi, pahala diganjari dan pengurusan kerja dihargai.
Keseimbangan ini menuntut saintis, teknokrat dan jurutera mengimbangi
keperluan manusia di dunia bagi menjadi bekalan di akhirat nanti.
4 Mizan
[Kesetaraan] Kesetaraan dalam syariat terlihat dalam
hukum hakam yang memberikan nilai yang selayaknya bagi sesuatu perkara.
Kesetaraan dalam syariat menuntut agar segala
tindakan yang
dilaksanakan hendaklah meraikan keperluan dunia dan
akhirat.
63
Kesetaraan dalam syariat menuntut agar setiap perkara yang dilaksanakan perlu
ditimbang agar
hukum-hakam tidak
menjadi korban atas nama penyelidikan dan pembangunan.
Setiap perkara yang dilakukan hendaklah mengambilkira item-item yang digunakan
benar menurut sukatan atau had yang ditentukan oleh syariat.
5 Tetap Anjal
[Mutlak Murunah] Tetap dan anjal menurut syariat terlihat
dalam aspek hukum hakamnya tetap untuk semua zaman dan umat.
Tiada berlaku sebarang perubahan hukum seperti pengharaman arak. Namun begitu,
pengharamannya boleh dikecualikan atau digugurkan seandainya ada keperluan
yang syar i untuk menggunakannya. Contohnya arak terpaksa digunakan untuk
tujuan perubatan. Kelonggaran ini boleh berlaku seandainya tiada pilihan lain bagi
mengubati penyakit yang merbahaya.
Kemutlakan dalam hukum diperlukan bagi memelihara kesucian prinsip syariat dan
keanjalan wajar dilakukan bagi meraikan sifat kehidupan manusia yang sentiasa
berubah dan dinamik.
64
3.1.2 Menerangkan peranan