7
1.1 Memahami Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Menurut  Islam
1.1.1  Menyatakan maksud sains teknologi dan kejuruteraan daripada aspek bahasa dan keilmuan Islam.
Definisi Sains dari Aspek Bahasa dan Istilah SAINS DARI ASPEK BAHASA DAN ISTILAH
  Daripada  perkataan  Inggeris  iaituscience.  Juga  berasal  daripada perkataan  scio, scire atau  scientia  dari  bahasa  Latin  yang  bermaksud
pengetahuan.
  Sains mengikut Encarta Encyclopedia ialah,  Systematized knowledge in any field, but applied usually to the organization of objectively verifiable
sense experience.   Sains  dalam  skop  yang  luas  bermaksud  ilmu-ilmu  yang  diperoleh
secara  sistematik  berdasarkan  pengalaman  deria  yang  dapat dibuktikan secara objektif.
  Boleh  didefinisikan  sebagai  satu  ilmu  yang  dihasilkan  melalui  proses cerapan  iaitu  analisis  dengan  menggunakan  panca  indera  serta
fahaman yang lahir daripadanya.   Sains  adalah  satu  huraian  secara  sistematik  tentang  fenomena  tabi i
atau  alam  semula  jadi  yang  melibatkan  penggunaan  intelek  di  samping kaedah yang dapat diukur kuantitatif.
  Sains  adalah  satu  huraian  secara  sistematik  tentang  fenomena  tabi i atau  alam  semula  jadi  yang  melibatkan  penggunaan  intelek  di  samping
kaedah yang dapat diukur kuantitatif.   Kajian  yang  rasional  dan  emprikal  yang  mana  tiada  kaitan  dengan
wahyu, intuisi, emosi dan perkara-perkara agama.   Sains terbahagi kepada tiga bahagian iaitu :-
1. Sains Tulen atau Sains Tabi i
2. Sains Gunaan Teknologi dan Kejuruteraan
3. Sains Sosial Tabiat Manusia
8
Definisi Sains dari Aspek Keilmuan Islam
SAINS DARI ASPEK KELIMUAN ISLAM
  Sains Islam berasaskan wahyu dan akal. Menjadikan wahyu sebagai sumber rujukan tertinggi kerana wahyu datang daripada kuasa tanpa batas
sedangkan akal adalah satu perkara yang terbatas.   Sains dalam Islam adalah sains yang berkonsepkan tauhid yang mana ianya
tunduk kepada prinsip-prinsip yang ditetapkan Allah melalui rasul-Nya.   Ia adalah satu maklumat atau fakta yang didapati menerusi penyelidikan dan
penemuan yang mengunakan kaedah-kaedah tertentu tidak bercanggah dengan syarak untuk mencari fakta atau bukti bagi menjelaskan sesuatu
kebenaran.   Dikaitkan dengan cabang ilmu pengetahuan yang sistematik, yang bertolak
dari sesuatu sebab dan akibat yang boleh diuji dan dikaji kebenarannya.   Menggabungkan unsur metafizik ketuhanan dan fizik, ilmu aqli dan naqli,
ilmu intelek dan ilmu wahyu.   Sains Islam berasaskan nilai, neutral dan objektif.
  Sains dalam Islam merangkumi 3 kategori utama iaitu:-
•  Melibatkan kemahiran seperti membaca, menulis, ilmu pengetahuan, timbangan, pertanian, biografi
dan sejarah.
Sains Propaedeutik
•
Sains ini adalah satu bidang yang yang sama dengan ilmu agama pada hari ini.
• Bidang yang termasuk adalah ilmu tajwid, hadith, syariah, tafsir, dan lain-lain.
Sains Syariah
• Merangkumi 4 bahagian utama. • Merangkumi bidang matematik propaedeutik,
logik, sains tabi’ie dan matematik tabi’ie.
Sains Falsafah
9
i. Definisi Teknologi dari Aspek Bahasa :