Universiti dan institusi pendidikan. Perpustakaan Hospital Balai Cerap. Kejuruteraan Awam

29

1.1.4.6 Sumbangan Sains Teknologi Dan Kejuruteraan kepada

Institusi Intelektual Islam Institusi intelektual Islam sangat memainkan peranan penting dalam pembinaan dan dalam membangunkan tamadun Islam.Antaranya :

a. Universiti dan institusi pendidikan.

o Wujudnya universiti-universiti di wilayah timur antaranya Univeristi al-Azhar, universiti di Andalus contohnya Universiti Granada, Univerisiti Cordova dan Universiti Seville.

b. Perpustakaan

o Wujudnya Baitul Hikmah yang didirikan oleh Khalifah Harun Ar-Rsyid di Baghdad. o Sumbangannya berjaya melahirkan golongan penterjemah yang mahir, menjadi agen penukaran budaya dan pemindahan teknologi, menerbitkan bahan penMaksudnya yang berkualiti dan berjaya menhghidupkan budaya ilmu. o Menghimpunkan penterjemah dari pelbagai bangsa. o Berjaya menginstitusikan ilmu pengetahuan.

c. Hospital

o Berperanan sebagai pusat pengajian dan penyelidikan perubatan, rawatan dan pusat latihan kejururawatan dan kedoktoran. o Berjaya mempelbagaikan kaedah rawatan terutama dalam spiritual, pencegahan, aromaterapi dan mengeluarkan penyakit. o Memperkenalkan kaedah pembedahan untuk penyakit - penyakit tertentu. o Berjaya menginstitusikan pusat rawatan iaitu hospital, hospital bergerak dan pusat kecemasan. o Memperkenalkan etika dalam profesion kedoktoran dan pusat pengajian perubatan yang lebih teratur. 30

d. Balai Cerap.

o Berperanan sebagai pusat penyelidikan, pusat latihan pembelajaran astronomi dan pusat pengumpulan data. o Berjaya menggabungkan pelbagai disiplin ilmu dan pengkajian astronomi seperti matematik, trigonometri dan algebra. o Dapat menghubungkan manusia dengan Penciptanya, membuat pembetulan data-data yang kurang tepat dalam tamadun silam, mewujudkan kecenderungan mengkaji alam secara rasional dan emprikal serta menekankan kaedah penggunaan instrument dan cerapan untuk mengisahkan teori.

e. Kejuruteraan Awam

o Teknologi bangunan mempunyai kaitan rapat dengan bidang arkitek, berjaya menonjolkan teknologi senibina Islamyang mengkagumkan seperti Masjid al-Aqsa di Jurusalem dan juga Masjid Ummayad di Damascus yang dibina pada kurun ke -7 M.

f. Teknologi Kejuruteraan Jalan Raya dan Jambatan.