Membincangkan Pencapaian Tamadun Islam dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan

18 dan racun dalam sektor pertanian. Pengklonan  Memberi pengetahuan baru kepada manusia.  Disalahgunakan oleh pihak tertentu.  Menyimpang dari landasan agama yang sebenar kerana menyalahi apa yang telah Allah ciptakan mengikut fitrah. Perubatan Stem Cell  Banyak kelebihannya dalam membantu mengatasi pelbagai penyakit.  Penggunaan embryonic stem cell bakal disalahgunakan juga untuk kegunaan pengklonan manusia. Teknologi laser  Menggantikan peranan kabel dengan fiber optik untuk bidang komunikasi dan perindustrian.  Maklumat yang dihantar adalah lebih cepat dan tepat serta meminimumkan kehilangan data.  Penyelewengan penggunaan akan berlaku.  Mudah diubahsuai oleh mereka yang mahir dan pakar.

1.1.4.1 Keperluan Untuk Mengkaji Sejarah Dalam Islam

Dalam Al-Quran telah menjelaskan dan menunjukkan betapa pentingnya sejarah dan hubungannya engan kewujudan sesebuah tamadun manusia melalui peristiwa-peristiwa serta contoh-contoh umat terdahulu.Kisah yang dipaparkan dan diceritakan dalam Al -Quran sebenarnya adalah satu peristiwa yang benar-benar berlaku dan perlu dijadikan pengajaran kepada kita pada hari ini.

1.1.4 Membincangkan Pencapaian Tamadun Islam dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan

19 Antara perisitwa sejarah yang banyak disebut oleh Allah SWT dalam Al-Quran dianggarkan sebanyak 1,000 ayat mengenai kisah -kisah nabi terdahulu dan rasul sebelum ini seperti menceritakan hebatnya kerjaan Thamud, Kaum Ad, Kaum Madyan dan juga mengenai keingkaran Firaun laknatullah. Tujuan dan matlamat utama kisah-kisah dan peristiwa tersebut dalam Al- Quran adalah:- Tujuan Huraian Supaya manusia menjadikan contoh dan teladan aras apa yang berlaku Firman Allah SWT yang bermaksud: Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka terdapat pengajaran bagi orang yang berakal . Surah Yusuf: 111 Mengesahkan bahawa Al- Quran itu adalah kalam Allah Umat manusia sekarang selalu ingin kepada bukti. Jadi, segala kisah yang berlaku dalam Al-Quran adalah untuk mengesahkan bahawa Al-Quran adalah satu kitab yang diwahyukan oleh Allah kepada Nabi Muhammad SAW. Satu kaedah untuk manusia berfikir. Kisah dan peristiwa yang berlaku adalah untuk mendidik dan salah satu daripada kaedah untuk mengajak manusia berfikir. Untuk membenarkan janji baik dan janji buruk dari Allah SWT. Segala peristiwa yang berlaku adalah untuk membuktikan bahawa segala apa yang dijanjikan Allah adalah perkara yang benar.

1.1.4.2 Sejarah Sains dan Teknologi Zaman Nabi Sebelum Ini

Al-Quran banyak menceritakan kisah dan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada zaman nabi terdahulu dan umat-umat sebelum ini.Tujuan Allah menceritakan cerita-cerita tersebut adalah sebagai pedoman dan panduan kepada manusia pada hari ini. Berikut adalah antara kisah yang terdapat dalam Al-Quran berkenaan dengan sejarah umat terdahulu. 20 Kisah Nabi Huraian Kisah Nabi Adam a.s  Merupakan nabi dan juga manusia pertama bergelar khalifah Allah SWT. Adam dijadikan oleh Allah setelah Allah menjadikan dunia dan Adam tidak mempunyai apa-apa pengetahuan sehinggalah Allah mengajarnya melalui malaikat Jibril.  Firman Allah yang bermaksud : dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu ia berfirman:Terangkanlah kepada-Ku nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar . Kisah Nabi Idris a.s  Dalam Al-Quran hanya terdapat dua ayat sahaja yang menceritakan kisah Nabi Idris iaitu dalam Surah Maryam yang bermaksud: Dan ceritakanlah hai Muhammad pada smereka kisah Idris yang tersebut dalam al- Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang nabi. Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi Surah Maryam : 56-57  Keturunan ke-6 dari Nabi Adam dan orang yang pertama menulis menggunakan pena dan mengenakan baju yang berjahit. Bahkan orang yang mula-mula menggunakan kulit sebagai pakaian. Ab. Aziz Ismail, 2008:15 Kisah Nabi Nuh a.s  Nabi ke-4 selepas Nabi Adam, Syith dan Nabi Idris a.s.  Menyampaikan dakwah selama 950 tahun tetapi ditolak oleh kaumnya.  Akibat keingkaran kaumnya, Allah memerintahkan agar Nabi Nuh membina kapal untuk menyelamatkan diri apabila musim banjir melanda kelak.  Beliau juga pakar dalam bidang sains, matematik dan teknologi logam. 21 Kisah Nabi Ibrahim a.s  Putera kepada Azar seorang menteri kepada raja Namrud dan seorang ahli bintang.  Nabi Ibrahim juga pakar mengenai perjalanan cakerawala di langit.  Firman Allah dalam Surah al-An am yang bermaksud : dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Ibrahim tanda-tanda keagungan Kami yang terdapat di langit dan di bumi, supaya menjadilah ia daripada orang-orang yang penuh yakin . Kisah Nabi Daud a.s  Daud bin Yisya adalah keturunan ke-13 dari Nabi Ibrahim yang tinggal di Baituleham.  Allah mengurniakan ketelitian, kebijaksanaan ilmu pengetahuan serta kesempurnaan ilmu.  Antara kepakaran beliau adalah teknologi dalam pembuatan baju besi.  Allah mengajar baginda cara-cara membuat baju besi untuk kegunaan peperangan.  Firman Allah dalam surah al-Anbiya : 0 yang bermaksud: Dan telah Kami ajarkan kepada Daud membuat baju besi untuk kamu, dalam peperangan… Surah al-Anbiya:80 Kisah Nabi Sulaiman a.s  Allah mengurniakan kepada Nabi Sulaiman yang sangat memahami semua bahasa termasuklah bahasa haiwan.  Nabi Sulaiman juga merupakan Nabi yang mempunyai kerajaan yang banyak termasuklah pemerintahannya meliputi jin yang mana Allah memudahkan golongan itu bekerja dengan Baginda.  Allah berfirrman dalam surah Saba yang bermaksud: Dan Kami kurniakan kepada Nabi Sulaiman kuasa menggunakan angin untuk perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan; dan Kami alirkan baginya mata air dari tembaga; dan Kami mudahkan sebahagian dari jin untuk bekerja di hadapannya dengan izin Tuhannya dan sesiapa dari jin itu yang menyeleweng dari perintah Kami, Kami akan merasakannya pukulan dari azab neraka. Surah Saba : 22

1.1.4.3 Teknologi Kaum Terdahulu dan Pengajaran Daripada

Peristiwa Yang Berlaku Kaum Terdahulu Teknologi Balasan Kaum Ad Kaum Nabi Hud  Pakar dalam membina bangunan yang tinggi- tinggi tiangnya.  Merupakan kaum yang sangat kuat dan kukuh dari segi pemerintahannya.  Allah telah membinasakannya kerana ingkar kepada perintah Allah SWT.  Membinasakan bangunan- bangunan yang tinggi itu.  Allah membinasakan mereka dengan ribut kencang. Kaum Thamud Kaum Nabi Soleh  Kepakaran dalam memahat batu-batu besar dan dapat dilihat di lembah Wadil-Qura iaitu tempat tinggalnya  Mereka telah dibinasakan oleh Allah SWT dengan satu letusan suara yang sangat menggemparkan pada waktu pagi.  Mereka telah dibinasakan dengan petir yang sangat dahsyat. Teknologi Firaun  Kepakarannya pada masa itu adalah menguasai bangunan- bangunan yang handal dan kukuh.  Negeri mereka dibinasakan.  Kaum ini telah ditenggelamkan oleh Allah SWT akibat kesombongan dan keingkaran mereka. 23

1.1.4.4 Sejarah Sains dan Teknologi Zaman Rasulullah SAW dan

Zaman Kerajaan Islam. Kronologi Zaman Pencapaian Zaman Rasulullah SAW  Meletakkan asas dalam sains dan teknologi.  Sains yang berdasarkan ayat-ayat al-Quran.  Rasulullah SAW sering mengubati pesakit dengan membaca ayat- ayat al-Quran.  Sains Islam bertapak di Madinah dan Mekah.  Menuntut manusia mengkaji tentang manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain. Zaman Khulafa Ar-Rasyidin  Perluasan wilayah sehingga ke Romawi dan Parsi.  Zaman pertembungan sains Islam dengan Yunani, Parsi dan Romawi. Zaman Kerajaan Umayyah  Perkembangan ilmu sains sudah mula meluas.  Terciptanya beberapa teknologi seperti perkapalan, alat peperangan pertanian. Zaman Kerajaan Abbasiyyah  Munculnya Pusat Sains Islam di Baghdad.  Wujudnya aktiviti penMaksudnya secara besar-besaran.  Munculnya Baitul Hikmah dalam kegiatan sains dan teknologi.  Munculnya cendekiawan muslim yang ramai.  Wujudnya institusi sains seperti balai cerap dan hospital. Zaman Kerajaan Islam di Andalus  Pusat-pusat sains dan intelektual muncul di kota-kota seperti Cordova, Granada, Seville. 24

1.1.4.5 Pencapaian Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam

Sumbangan Sarjana Islam Tokoh Islam Sumbangan Al-Razi 865 – 925M - Nama sebenarnya adalah Muhammad bin Zakaria al- Razi dalam Barat disebut Rhazes. - Lahir di Ray berhampiran dengan Taheran Parsi.  Tokoh perubatan Islam  Karyanya : Kitab al-Hawi, dan yang paling terknenal adalah Kitab Tib al- Mansur dan Kitab al-Tib al-Ruhani.  Sumbangannya adalah mengenal pasti perbezaan penyakit cacar dan campak. Al-Khawarizmi 780 – 850M - Nama sebenarnya Muhammad ibn Musa al- Khawarizmi. - Dianggap sebagai bapa al- Jabar.  Tokoh matematik dan tokoh algebra.  Karyanya diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada 1120M dengan judul De Numero Idorom.  Antara karya yang terkneal adalah al- Jami Wa al-Jabar dan Kitab al- Mukhtasar fi Hisab al-Jabr wa al- Muqabalah.  Sumbangannya dalam bidang geometri ialah memperkenalkan konsep segitiga sama, mengira luas segitiga, segiempat dan bulatan serta memperkenalkan algebra.  Turut berperanan dalam bidang mekanikal tentang bagaimana menentukan ketumpatan spesifik dan berat kegravitian tarikan bumi dan keapungan.  Merupakan penyumbang kepada bidang astronomi dengan membuat beberapa jadual perjalanan matahari yang dikenali dengan namaZij.  Jadual ini digunakan sebagai rujukan kepada pusat pengajian di Timur dan Barat.  Antara buku beliau adalah Kitab al- Rakhamah, Kitab Zij al-Awwal, Kitab Zij al-Thani dan lain-lain. 25 Ibn Sina 370 – 480H 980 – 1037M - Nama sebenar adalah Abu Ali Hussain bin Abdullah bin Sina. - Dilahirkan di Afshina berhampiran Bandar Bukhara. - Di Barat dikenali dengan namaAvicenna. - Diikenali dengan nama tokoh perubatan agung dalam dunia Islam dan juga di Barat dikenali sebagai al-Sheikh al-Rais atau Prince of Physicians .  Tokoh perubatan Islam yang agung.  Karyanya yang terkenal adalah Qanun fi al-Tibb Canon of Medicine.  Qanun fi al-Tibb mengandungi 5 buku dan merupakan enskiopedia perubatan.  Sumbangannya adalah menganalisa pelbagai jenis penyakitdan telah menjadi doktor kepada beberapa khalifah al-Gurgan, Hamadan dan Isfahan.  Juga orang pertama yang menemui ubat bius.  Juga turut menyumbangkan kepada bidang mekanikal. Al-Zahrawi 936 – 1013M - Nama sebenarnya Abu Qasim al-Zahrawi. - Di Barat dikenali dengan nama Abu Casis.  Tokoh pembedahan dan pakar bedah serta pernah berkhidmat sebagai doktor di istana al-Hakam II.  Karya beliau dalam bidang bedah ialah Kitab al-Tasrif.  Beliau menghasilkan karya mengenai penyediaan dadah daripada tumbuhan, mineral dan haiwan dengan nama Latinnya ialah Liber Servitoris.  Antara sumbangan lain adalah mencipta teknik pembedahan dan mencipta alat pembedahan. Al-Battani 858 – 929M - Nama sebenarnya adalah Muhammad ibn Jarir Sinan Abu Abdullah al-Battani dan dilahirkan di Battan. - Di Barat dikenali dengan namaAlbategannius.  Tokoh matematik dan astronomi.  Beliau memperkenalkan teorem tangent, kotangen, sinus dan kosinus serta menghasilkan sifir kotangen.  Karya beliau adalah Kitab al-Zij iaitu menerangkan tulisan kritis yang membetulkan pelbagai kesilapan dalam takwim pada masa itu.  Karyanya yang lain adalah Kitab al- Ma rifat Matali al-Buruj fi Ma Baina Arba al-Falak, Risalah fi Miqdar, Tahqiq al-Ittisalat dan lain-lain.  Sumbangan beliau adalah dalam 26 bidang trigonometri iaitu mengemukakan kaedah pengiraan astronomi secara trigonometri.  Sumbangan beliau adalah memulakan pencerapan terhadap bintang sejak tahun 264H sehingga tahun 306H.  Kejayaannya beliau berjaya dalam menyiapkan jadual gerhana matahari. Ab Rahman al-Sufi 903 – 986M  Tokoh dalam bidang astronomi.  Orang pertama menulis mengenai astronomi.  Berjaya mengkatalogkan lebih daripada 1000 jenis bintang.  Memperkenalkan nama-nama bintang iaitu al-ghurab al-gorab, al- Dabara adbera, Agrab acrab, al- Adi al-Gedi, al-Tair Altair, dan Dhanah Deneb. Jabir Ibn Hayyan 750 – 803M - Di Bar dikenali dengan namaGeber. - Dianggap sebagai Bapa Kimia Arab dilahirkan di Kufah.  Tokoh Kimia Islam.  Teori kimia beliau adalah logam seperti timah, timah hitam, besi dan suasa gangsa boleh bertukar menjadi emas dan perak melalui proses menggunakan bahan-bahan Kimia seperti cinnaban sulphide of mercury, arsenik oksid dan sebagainya.  Antara karyanya adalah Kitab Ustuqus al As al-Awwal ila al- Baramikah, Kitab Tafsir al-Ustiqus al- Wahid al-Kabir, Kitab al-Rukn dan lain-lain.  Sumbangannya adalah pengasas kepada kaedah penghabluran, penyulingan, pemejalwapan dan penyejatan.  Sumbangan lain mencipta peralatan bagi kardah-kaedah ini dan memperkenalkan istilah kimia dan digunakan di Eropah iaitu alkali, antimoni, alembik anbique, dan alchemy. 27 Al-Jahiz - Nama sebenarnya adalah Abu Uthman Amr ibn Bhar al-Jahiz dilahirkan di Bashrah.  Tokoh terpenting dalam Sains Biologi.  Menyusun sebuah buku pengajian komprehensif dalam bidang Zoologi melalui kitabnya Al-Hayawan.  Kitab ini mengandungi jenis-jenis haiwan, perwatakan dan tabiat haiwan, penyakit-penyakit yang dihidapi oleh binatang serta cara- cara rawatannya. Hunain Ibn Ishaq. - Dilahirkan pada tahun 2921H di Bandar Hirah, Iraq.  Merupakan tokoh dalam bidang farmasi berasal dari agama Kristian.  Tokoh terulung ilmu perubatan dan mendahului tokoh perubatan yang lain.  Seorang yang genius dalam bidang penMaksudnya, mampu menguasai 14 bahasa antaranya bahasa Parsi, Yunan, Syiria, Arab dan lain-lain.  Sumbangan beliau dalam bidang perubatan yang sangat besar ialah mencipta istilah-istilah baru dalam ilmu tersebut.  Antara karya beliau adalah Kitab al- Asr Maqalat al- Ayn, Kitab Masail Fi al- Ayn, Kitab al-Haman, Kitab al- Laban dan lain-lain. Abu Raihan al-Biruni 362 – 442H 973 – 1051M - Nama sebenarnya adalah Abu Raihan al-Biruni dilahirkan di luar Kota Khwarazm, bandar Khiva dalam tahun 362H 973M.  Tokoh astronomi  Menuntut ilmu di bawah seorang guru dan bimbingan Abu Nasr al- Mansur seorang ahli astronomi dan matematik yang pernah menulis syarahan ke atas buku Spherics karya Menelaus dan merupakan penuntut kepada Abu al- Wafa .  Antara karyanya ialah al-Athar al- Baqiy ah, al-Hind, dan Kitab al- Tafhimim. 28 Tokoh-Tokoh Kejeruteraan Dalam Islam Yang Lain. 1 Al-Jazari dan Taqi ad Din - Berjaya membuat modifikasi kepada shaduf dan menerangkan kaedah penggunaannya dalam kitab-kitab karangan mereka. - Shaduf ini adalah alat mengangkut air untuk kegunaan bagi tujuan pengairan, perumahan, industri dan lain-lain. - Mesin yang telah dicipta telah digunakan di Sungai Yazid di Damascus di mana mesin ini berfungsi menerusi roda yang separuh terbenam dalam sungai dan akan berputar disebabkan oleh aliran sungai tersebut. - Taqi Ad Din menerangkan dalam kitabnya mengenai alat mengepam air menggunakan roda berskoop. 2 Banu Musa - Mencipta mesin yang menggunakan bantuan air dan angin. - Digunakan untuk memesin jagung, menghancurkan gula dan mengepam air. - Berjaya mencipta bejana automatik yang boleh mengisi bejananya sendiri. Gambar Jam Air Gajah Ciptaan Ilmuan Islam Gambar Jam Air Gajah yang telah yang asal. diubah suai 29

1.1.4.6 Sumbangan Sains Teknologi Dan Kejuruteraan kepada

Institusi Intelektual Islam Institusi intelektual Islam sangat memainkan peranan penting dalam pembinaan dan dalam membangunkan tamadun Islam.Antaranya :

a. Universiti dan institusi pendidikan.

o Wujudnya universiti-universiti di wilayah timur antaranya Univeristi al-Azhar, universiti di Andalus contohnya Universiti Granada, Univerisiti Cordova dan Universiti Seville.

b. Perpustakaan

o Wujudnya Baitul Hikmah yang didirikan oleh Khalifah Harun Ar-Rsyid di Baghdad. o Sumbangannya berjaya melahirkan golongan penterjemah yang mahir, menjadi agen penukaran budaya dan pemindahan teknologi, menerbitkan bahan penMaksudnya yang berkualiti dan berjaya menhghidupkan budaya ilmu. o Menghimpunkan penterjemah dari pelbagai bangsa. o Berjaya menginstitusikan ilmu pengetahuan.

c. Hospital

o Berperanan sebagai pusat pengajian dan penyelidikan perubatan, rawatan dan pusat latihan kejururawatan dan kedoktoran. o Berjaya mempelbagaikan kaedah rawatan terutama dalam spiritual, pencegahan, aromaterapi dan mengeluarkan penyakit. o Memperkenalkan kaedah pembedahan untuk penyakit - penyakit tertentu. o Berjaya menginstitusikan pusat rawatan iaitu hospital, hospital bergerak dan pusat kecemasan. o Memperkenalkan etika dalam profesion kedoktoran dan pusat pengajian perubatan yang lebih teratur.