Sumbangan dan Kerjasama maritim Jepun dengan negara pesisir pantai

5.3 Sumbangan dan Kerjasama maritim Jepun dengan negara pesisir pantai

Terdapat beberapa agensi yang secara langsung memainkan peranan di dalam membantu urusan di Selat Melaka. Agensi – agensi ini akan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu membantu di dalam isu keselamatan pelayaran (Safety of Navigation) dan keselamatan maritim (Maritime Security).

5.3.1 Keselamatan Pelayaran

Terdapat beberapa agensi yang terlibat secara langsung membantu negara pesisir di dalam menjaga keselamatan di Selat Melaka. Ini kerana jika tahap keselamatan pelayaran adalah rendah, kemalangan senang berlaku dan trafik di kawasan ini juga akan menjadi kacau- bilau.

Organisasi Jepun yang terlibat di dalam Keselamatan Pelayaran di Selat Melaka

JEPUN - MLIT; Nippon Foundation; Malacca Straits Council; JAMS; JICA

Bantuan Kewangan; Bantuan Kepakaran; Bantuan teknikal

Sumber: Ilustrasi penyelidik

i. Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan (MLIT)

Kementerian ini mempunyai satu biro khas untuk menyelenggara isu- isu berkaitan dengan hal ehwal maritim. Kerajaan Jepun telah membiayai ASD 0.92 juta untuk Kementerian ini mempunyai satu biro khas untuk menyelenggara isu- isu berkaitan dengan hal ehwal maritim. Kerajaan Jepun telah membiayai ASD 0.92 juta untuk

30 lokasi yang berbeza dengan kos sebanyak 5.4 bilion yen (Kato 2014).

Jadual 5: Kaji selidik permulaan yang dilakukan oleh MLIT di sepanjang laluan di Selat Melaka.

2010 One Fathom bank Resilient Light Beacon (South-West), Gosong Pasir Light Buoy, Sepat Resilient Light Beacon

2011 Raleigh Shoal Light Beacon, Rob Ray Bank Light Beacon 2012

One Fathom Bank Resilient Light Beacon (North- South) 2013

Off Tanjung Medang Light Bouy, Pyramid Shoal Light Buoy 2014

Helen Mars Light Beacon, Batu Berhanti Light Buoy

Sumber: MLIT 2015

Kajian permulaan (Pre-liminary) di sepanjang laluan Selat Melaka sebelum keputusan untuk menukar atau menggantikan alatan pelayaran seperti buoy atau beacon yang telah lama dan rosak dilakukan. Kajian- kajian ini dilakukan secara bersama dengan staf- staf teknikal negara pesisir. Kaji selidik ini dilakukan dua sehingga tiga kali setahun.Hasil daripada kajian permulaan ini, Pelan Penyelenggaraan 10 tahun (Plan Maintenance Program - PMP) telah dibangunkan. Pelan ini diharapkan dapat menyokong kepada pelan- pelan yang telah dirangka sebelum ini bagi meneruskan kelangsungan pembangunan sedia ada.

ii. Nippon Foundation

Nippon Foundation merupakan sebuah badan bukan kerajaan yang tidak bermotifkan kepada keuntungan. Nippon Foundation telah ditubuhkan pada tahun 1962 dengan mempunyai misi untuk meningkatkan tahap pembangunan maritim dari aspek pelayaran. Tidak hanya terikat kepada pembangunan maritim, Nippon Foundation juga memperluaskan fokusnya kepada pembangunan sosial, kesihatan dan pendidikan (Nippon Foundation 2014). Sejak ditubuhkan, Nippon Foundation telah memberikan bantuan untuk aktiviti pelayaran di Selat Melaka sebanyak USD155.3 million (Nippon Foundation 2014).

Jadual 6: Bantuan kewangan oleh Nippon Foundation (ASDJuta)

1 Pemasangan/ Penggantian/ menyelenggara alat pelayaran ASD26.7 2 Baik pulih Buoy tender Ships, kapal latihan

ASD39.7 3 Penyelidikan dan Pembangunan (R&D Hidrografi,

ASD26.2 Carta Pelayaran dll) 4 Projek OSPAR (Oil Spill Preparedness and Response)

ASD8.0 5 Jaringan kerjasama (Mesyuarat ketua – ketua negara,

ASD1.6 Negara- negara pengguna dll) 6 Lain – lain (Pusat Maritim Nippon)

ASD53.1

Jumlah keseluruhan ASD155.3

Sumber: Nippon Foundation 2014

Arikawa (2014) menjelaskan pihak Nippon Foundation menyalurkan bantuan berbentuk kewangan kepada Malacca Straits Council tetapi badan tersebut tidak menyediakan pakar untuk apa- apa aktiviti yang akan dilakukan oleh negara pesisir mahupun Malacca Straits Council. Pada tahun 2002, Nippon Foundation telah memberikan Buoy Tender Vessel (PEDOMAN) kepada Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) dan kapal latihan yang dikenali sebagai KM Marlin pada 2006. Kapal ini diberikan kepada APMM untuk tujuan pembelajaran dan latihan oleh agensi terbabit. Pada 2003, Nippon Foundation telah memberikan sebuah kapal jenis sama kepada Indonesia yang di beri nama JADAYAT. Kedua- dua kapal ini diberikan kepada dua negara pesisir kerana untuk menguruskan hal berkaitan dengan menjaga, memelihara dan menggantikan alatan pelayaran di sepanjang laluan di Selat Melaka.

Selain itu, pihak Nippon Foundation telah membiayai beberapa persidangan dan mesyuarat berkaitan dengan Pengawal Pantai dan isu maritim seperti Mesyuarat Ketua- ketua negara Agensi – Agensi Pengawal Pantai Asian (HACGAM) pada tahun 2004 dan 2013. Beberapa siri latihan telah diberikan kepada pegawai – pegawai muda. Selain meningkatkan tahap kemahiran, latihan bersama dilakukan bagi meningkatkan tahap persefahaman sesama pegawai dan mencari penyelesaian untuk menyelesaikan isu- isu berkaitan keselamatan pelayaran.

Pada 2007, Nippon Foundation telah mengumumkan untuk menubuhkan satu tabung bagi membantu para pelayar yang memerlukan dana untuk tujuan pelayaran. Tabung itu dikenali sebagai Aids of Navigation Fund (ANF). Pada tahun 2008 dengan ASD 1.351 Juta telah diperuntukkan untuk tabung tersebut untuk tempoh permulaan untuk tujuan kajian permulaan berkaitan pelayaran di Selat Melaka (Nippon Foundation 2014). Pihak Nippon Foundation telah memberikan persetujuan untuk membiayai tabung tersebut selama lima tahun pertama penubuhannya. Pada tahun 2009, Nippon telah menyumbang sebanyak ASD 2.5 Juta kepada ANF, diikuti ASD

1.39 juta pada 2010, ASD 1.0 juta pada 2011, ASD 0.66 Juta pada 2012 dan ASD 0.4 Juta pada tahun 2013. Menurut Arikawa (2014) Nippon Foundation mungkin tidak akan menyumbang lagi pada tahun 2014 dan seterusnya kerana berpendapat pada masa ini tabung itu telah mempunyai beberapa stakeholder yang secara berterusan memberikan dana.

iii. Straits of Malacca Council (MSC)

Straits of Malacca Council ditubuhkan pada tahun 1969 rentetan daripada tiga sebab utama. Pertama adalah keperluan untuk tujuan pelayaran sangat sedikit di sepanjang Selat Melaka pada sekitar tahun 1960an. Kedua adalah pada tahun 1960an juga Selat Melaka menjadi tumpuan kerana banyak kapal- kapal tangki menggunakan laluan ini untuk menghantar minyak dan Jepun merupakan negara pengguna utama selat ini pada masa itu. Ketiga adalah kerana rentetan permintaan daripada Japan Captains’ Association & Juganichi Kai, iaitu pertubuhan yang anggotanya menggunakan laluan Selat Melaka secara tegar. Keempat adalah kejadiaan yang melibatkan The Torrey Canyon, sebuah kapal tangki yang besar tenggelam di lautan berhampiran England pada tahun 1967. Kapal yang membawa minyak itu telah menyebabkan pencemaran laut yang dasyat di mana menutupi hampir keseluruhan lautan di England dengan mempunyai lapisan minyak sehingga 30 meter ke dalam laut

(Malacca Straits Council, 2014). MSC bersama- sama Negara Pesisir akan melakukan kajian bersama selain menjadi medium untuk mesyuarat berkaitan isu Selat Melaka.

iv. Agensi- agensi lain

Terdapat beberapa agensi lain yang memberikan sokongan kepada negara – negara pesisir seperti Japan Association of Marine Safety (JAMS). JAMS telah ditubuhkan pada tahun 1958 dan merupakan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) tetapi berada di bawah kelolaan Kementerian Pengangkutan dan Japan Coast Guard di mana sumber kewangannya telah dibiayai oleh Nippon Foundation. Agensi ini ditubuhkan untuk menjalankan kajian bagi mengelak bencana seperti tumpahan minyak, perlanggaran, keselamatan di pelabuhan dan keselamatan ketika melalui kawasan sempit (JAMS 2014). Kajian yang dijalankan adalah untuk memastikan keselamatan pelayaran dan menjaga alam sekitar.

Selain JAMS, Japan International Cooperation Agency (JICA) merupakan agensi sokongan yang akan membantu jika negara- negara pesisir memerlukan bantuan. JICA telah ditubuhkan ditubuhkan pada 1974. Bantuan yang diberikan oleh JICA adalah berbentuk bantuan teknikal dan kewangan pembangunan (Official Development Assistant - ODA). Beberapa NGO lain yang menyumbang kepada MSC untuk pembangunan di Selat Melaka adalah Japanese Ship Owner Association, Petroleum Association of Japan dan Shipbuilder Association of Japan. NGO ini memberikan bantuan dana dan teknikal kepada negara pesisir yang memerlukan bantuan teknikal. Ilustrasi dibawah merupakan rumusan bagi agensi berkaitan yang terlibat secara langsung mewakili kerajaan Jepun untuk membantu negara pesisir untuk aspek keselamatan pelayaran.

5.4.2 Keselamatan Maritim

Rajah 4: Kerjasama Pengawal Pantai Jepun dan Negara Pesisir

APMM, Malaysia

Pasukan Pengawal Latihan bersama:

Bakorkamla, Indonesia

Capacity Building ; Polis Marin, Singapura

Pantai Jepun (JCG)

Perkongsian Informasi

Sumber: Ilustrasi Penyelidik

Jepun telah menugaskan anggota pengawal pantainya (Japan Coast Guard - JCG) untuk membantu pasukan pengawal pantai negara- negara pesisir seperti Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Badan Koordinasi Keamanan Laut Indonesia (BAKORKAMLA) dan Polis Pengawal Pantai Singapura (PPPS). Kementerian Luar Negara Jepun (MOFA), telah menyalurkan dana untuk aktiviti membenteras teroris dan meningkatkan tahap keselamatan maritim pada 2006. Di bawah program ini, Indonesia telah menerima tiga buah kapal peninjau pada 2007 dan Malaysia menerima dana sebanyak 473 juta Yen bagi meningkatkan kelengkapan pasukan Agensi Penguatkuasa Maritim (Tsukekawa 2009). Singapura tidak menerima bantuan dari segi bot peronda kerana Singapura merupakan sebuah negara yang agak membangun dan mereka tidak memerlukan bantuan dari Jepun (Kato 2014). Namun begitu Singapura menerima pelawaan untuk menjalankan latihan SAR di Selat Melaka.Indonesia merupakan negara yang masih membangun memerlukan bantuan Jepun telah menugaskan anggota pengawal pantainya (Japan Coast Guard - JCG) untuk membantu pasukan pengawal pantai negara- negara pesisir seperti Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Badan Koordinasi Keamanan Laut Indonesia (BAKORKAMLA) dan Polis Pengawal Pantai Singapura (PPPS). Kementerian Luar Negara Jepun (MOFA), telah menyalurkan dana untuk aktiviti membenteras teroris dan meningkatkan tahap keselamatan maritim pada 2006. Di bawah program ini, Indonesia telah menerima tiga buah kapal peninjau pada 2007 dan Malaysia menerima dana sebanyak 473 juta Yen bagi meningkatkan kelengkapan pasukan Agensi Penguatkuasa Maritim (Tsukekawa 2009). Singapura tidak menerima bantuan dari segi bot peronda kerana Singapura merupakan sebuah negara yang agak membangun dan mereka tidak memerlukan bantuan dari Jepun (Kato 2014). Namun begitu Singapura menerima pelawaan untuk menjalankan latihan SAR di Selat Melaka.Indonesia merupakan negara yang masih membangun memerlukan bantuan

Bagi aspek Operasi Safe and Rescue (SAR), ia melibatkan dua bahagian iaitu kehilangan manusia di laut serta melibatkan kapal dan bot. Peningkatan di dalam jumlah aset serta kemudahan fasiliti merupakan faktor utama yang akan memudahkan aktiviti mengenalpasti kedudukan mangsa dan ini membolehkan pihak yang bertanggungjawab mencari dan menyelamat mereka dengan pantas. Operasi SAR melibatkan kapal dan bot adalah tinggi kerana terdapat kapal dan bot yang melalui selat ini tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan terutama bot- bot kecil seperti bot nelayan. Nelayan yang menggunakan bot kecil sangat berisiko untuk terlibat dalam kemalangan di Selat Melaka kerana laluan ini pada asasnya dimonopoli oleh kapal- kapal besar.