Reaksi Negara Pesisir terhadap Jepun di Selat Melaka

5.8 Reaksi Negara Pesisir terhadap Jepun di Selat Melaka

Rumusan faktor dan kerjasama negara pesisir dengan Jepun MALAYSIA – INDONESIA- SINGAPURA

Kedaulatan; Kepentingan Nasional; Ekonomi; Sejarah; Keselamatan Pelayaran; Keselamatan maritim

JEPUN

Bantuan kewangan Latihan bersama

Bantuan pakar/teknikal

Sumber: Penyelidik

Reaksi negara pesisir terhadap Jepun di Selat Melaka secara umumnya adalah berdasarkan kepada enam perkara asas iaitu kedaulatan, kepentingan nasional, Reaksi negara pesisir terhadap Jepun di Selat Melaka secara umumnya adalah berdasarkan kepada enam perkara asas iaitu kedaulatan, kepentingan nasional,

Kepentingan nasional pula merupakan motif atau sebab kepada perlakuan sesebuah negara di dalam tindakan yang diambil. Keadaan ini jelas apabila selepas tahun 1970an di mana setelah kerjasama pertama telah dilakukan di antara negara pesisir dan Jepun, berlaku penambahbaikan di dalam hubungan diplomatik keempat- empat negara kerana kepentingan nasional masing- masing terjaga. Negara – negara pesisir berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh pihak Jepun kerana aspek keselamatan pelayaran dapat ditingkatkan. Hal ini menyebabkan aliran trafik di Selat Melaka ini lancar dan tidak bahaya kepada penguna. Ekonomi adalah perkara yang perlu diperntimbangkan oleh negara pesisir kerana ketiga negara ini juga mempunyai kepentingan ekonomi yang tinggi di Selat Melaka terutama Singapura yang kebanyakan sumber ekonominya adalah hasil daripada pelabuhannya. Indonesia adalah negara pesisir yang mempunyai hanya sedikit kepentingan ekonomi di Selat Melaka memandangkan negara itu mempunyai beberapa kawasan yang mempunyai pelabuhan yang lebih strategik. Persepsi negara pesisir terhadap Jepun lebih kepada sejarah penjajahan yang dilakukan oleh negara itu (Davis 2006, Vavro 2008, Tarrant 2010). Malaysia dan Indonesia tidak mahu Selat Melaka menjadi medan persaingan kuasa besar dalam mempamerkan kehebatan masing- masing kerana ia akan menjejaskan kestabilan selat ini dimasa akan datang (Seniwati et al 2012).

Terdapat lima aspek kerjasama yang dipersetujui untuk oleh negara pesisir bagi menjalinkan kerjasama iaitu bantuan kewangan, fasiliti, teknikal, kajian dan latihan bersama . Bantuan kewangan difikirkan munasabah kerana Jepun merupakan negara yang menggunakan selat ini dengan tegar. Nazery (2007) berpendapat adalah satu sumbangan yang baik apabila Jepun sama- sama membantu meringankan bebanan negara pesisir di dalam meningkatkan keselamatan di selat ini. Bantuan pakar dalam membantu negara pesisir untuk melakukan kajian berkaitan carta hidrografi dan navigasi adalah aspek yang diterima oleh negara pesisir. Kerjasama ini dianggap berjaya kerana beberapa maklum balas dan dapatan kajian telah membantu pihak negara pesisir di dalam menambahbaik fasiliti di Selat Melaka.

Secara keseluruhannya, kerjasama antara negara pesisir dan Jepun adalah merangkumi kerjasama untuk menambahbaik alatan pelayaran dan meningkatkan tahap keselamatan di Selat Melaka. Walaupun pada peringkat awal terdapat sedikit percanggahan pendapat antara negara pesisir berkenaan kerjasama dengan Jepun, namun disebabkan peningkatan di dalam mutual trust sesama sendiri,menyebabkan empat negara yang terlibat dapat bekerjasma dengan baik. Dapat dirumuskan kerjasama yang dipersetujui oleh negara pesisir adalah penglibatan Jepun secara tidak formal di Selat Melaka di dalam bentuk memberikan latihan, sumber kewangan dan pertukaran maklumat.

Rajah 5: Rumusan Reaksi negara pesisir berdasarkan tahun

1970an Kerjasama dengan Jepun masih di peringkat awal. Malaysia + Indonesia masih bersikap tertutup di dalam banyak perkara bernbanding Singapura.

Kerjasama memasuki fasa kedua. Malaysia dan Indonesia bersikap lebih 1980an

terbuka tetapi kerjasama adalah terhad kepada aspek tertentu

1990an Kerjasama di fasa ketiga lebih baik dan fokus diberikan untuk mengurangkan kesan pencemaran di sekitar selat serta menambahbaik sistem pelayaran yang

sedia ada

2000- 2014 Peningkatan aktiviti jenayah maritim dan terrorism pada 2001, menyebabkan kerjasama maritim/ keselamatan dipertingkatkan-

2000- 2005

Latihan bersama

2006- 2010 Fokus kepada kerjasama maritim untuk mengurangkan jenayah- kawalan perairan bersama dan peningkatan sistem keselamatan.

Jepun menambah peruntukkan untuk Malaysia dan Indonesia bagi meninambah bilangan aset

2011- 2014 Forum dan mesyuarat antara negara kerap dilakukan untuk mencapai persetujuan untuk memperbaiki kerjasama sedia ada dan mencari lebih banyak penyumbang untuk menyumbang kepada Malacca Straits Council bagi menguruskan projek yang telah dipersetujui

Sumber: Penyelidik