KEPENTINGAN NASIONAL JEPUN DI SELAT MELA

TAJUK KAJIAN:

KEPENTINGAN NASIONAL JEPUN DI SELAT MELAKA

DiSEDIAKAN OLEH:

Noraini Zulkifli (PhD)

1 Februari 2017

BAB 1

Selat Melaka berada di dalam wilayah kedaulatan tiga negara pesisir iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura. Berada dalam Sea Lanes of Communications (SLOCs) menjadikan Selat Melaka sebagai satu kawasan “Hot Spot” iaitu kawasan yang

mempunyai nilai yang penting dari aspek keselamatan, ekonomi dan juga geopolitik kerana kedudukannya yang strategik serta menjadi laluan utama menghubungkan Laut Pasifik dengan Lautan Hindi (Nihan 2006, 39). Ia merupakan laluan perjalanan laut yang terdekat untuk perdagangan antara Timur dan Barat (Nazery 2008, 4). Selat Melaka merupakan selat kedua tersibuk di dunia selepas Selat Hormus dengan panjangnya 520 meter (EIA 2012). Sejumlah 59,314 buah kapal pelbagai saiz dicatatkan melalui Selat Melaka pada 2001 (VTS, Jabatan Laut 2013). Pada tahun 2007, ia meningkat menjadi 70,718; 71, 359 buah kapal pada tahun 2009; 73,538 buah kapal pada tahun 2011 dan terus meningkat kepada 75, 477 buah vessel pada tahun 2012 (VTS, Jabatan Laut 2013). 90 peratus daripada jumlah minyak yang dibawa adalah merupakan petroleum (EIA 2012).

Selat Melaka penting kepada negara Jepun kerana ia merupakan jalan pengangkutan laut yang terpantas berbanding menggunakan Selat Lombok dan Makasar (Hooi 2007). Jepun merupakan Negara yang mengimport 80 peratus daripada sumber tenaganya melalui Selat Melaka selain mengeksport barangan perkilangan ke Eropah, Australia, Timur tengah dan Afrika (EIA 2012). Vavro (2008) berpendapat Jepun sangat mementingkan aspek keselamatan di Selat Melaka kerana ingin menjaga kepentingan bekalan sumber tenaganya sampai ke destinasi.

Pada tahun 2001, telah berlaku peningkatan serangan keganasan terhadap kapal- kapal yang melalui selat ini berikutan serangan terhadap World Trade Center di Amerika Syarikat (AS). Pada tahun 2005pula Lloyds of London telah menyenaraikan kawasan ini sebagai zon potensi perang. Lloyds of London merupakan sebuah pasaran insuran di mana ahli-ahlinya bersama-sama menyertai pasaran sebagai beberapa sendiket untuk melindungi risiko ( http://www.lloyds.com/lloyds ). Faktor keselamatan semasa melalui sesuatu laluan asing menjadi perhatian bagi banyak negara kerana ia merupakan nadi perjalanan yang akan melancarkan perdagangan masing- masing Walaupun Jepun merupakan sebuah Negara yang berada di Asia Timur namun disebabkan kepentingan untuk melindungi laluan sumber ekonomi, Jepun telah bertindak sebagai satu aktor yang berperanan penting di dalam aspek kerjasama dengan Negara- Negara pesisir kepada Selat Melaka. Selain Jepun, China, AS dan India merupakan antara tiga negara lain yang mempunyai kepentingan ekonomi dan keselamatan di Selat Melaka (Jianxin 2006, Siti & Azizudin 2010).

1.1 Permasalahan Kajian

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji apakah kepentingan Selat Melaka kepada Jepun. Umum mengetahui Selat Melaka penting kepada aktiviti perdagangan kerana ia berada di laluan strategik. Namun keadaannya ini telah meningkatkan kadar trafik di kawasan itu serta aktiviti jenayah maritim oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Kajian ini akan memberikan fokus bagaimana Jepun sebagai sebuah negara pengguna bereaksi untuk memastikan kepentingan nasionalnya di sepanjang selat ini terhindar dari jenayah tersebut.

1.2 Persoalan Kajian

1- Apakah latar belakang sosio- ekonomi Jepun?

2- Apakah kepentingan Selat Melaka kepada ekonomi Jepun?

3- Apakah kepentingan strategik maritim Selat Melaka kepada Jepun?

4- Bagaimanakah potensi Jepun sebagai kuasa maritim Asia Pasifik?

1.3 Objektif Kajian

1- Mengenalpasti latar belakang sosio- ekonomi Jepun selepas Perang Dunia Kedua

2- Mengkaji kepentingan Selat Melaka kepada ekonomi Jepun

3- Menganalisis kepentingan strategik maritim Selat Melaka kepada Jepun

4- Menganalisis potensi Jepun sebagai sebuah negara kuasa maritim Asia Pasifik

1.4 Sorotan Kajian Lalu

Ulasan karya di dalam kajian ini dibahagikan kepada tiga tema. Pertama adalah Selat Melaka dan Jepun di mana kajian literatur ini meneliti hasil karya yang menyatakan kepentingan Selat Melaka sebagai jalan utama perdagangan serta kepentingan nasional Jepun di kawasan itu. Tema kedua adalah ancaman keselamatan maritim. Tema ini akan merangkumi apakah aspek ancaman maritim yang sering terjadi di lautan. Tema ketiga adalah kerjasama maritim. Tema ini akan merangkumi persepsi negara pesisir terhadap negara pengguna serta bentuk- bentuk kerjasama yang dilakukan untuk menjaga keselamatan perairan Selat melaka.

1.5. Kerangka Teori dan Konsep

Bagi mencapai objektif kajian ini, teori neo- realism dan tiga konsep yang digunakan telah dapat menerangkan fenomena dan tindakan aktor utama iaitu Jepun dalam meneruskan polisi- polisi luar serta polisi pertahanannnya. Konsep- konsep yang digunakan pula merupakan elemen yang menjadi penyebab kepada Jepun untuk bentindak balas dan memfomulasikan polisi luarnya. Sesebuah negara akan menjadikan kepentingan nasional sebagai panduan untuk merangka polisi dan memulakan kerjasama dengan negara lain. Jika sesuatu kerjasama memberikan nilai positif dan kelebihan, maka sesebuah negara lebih cenderung untuk terlibat dalam kerjasama tersebut. Aspek keselamatan maritim ketika melalui laluan Selat Melaka menjadi fokus kepada Jepun kerana gangguan terhadap laluan itu akan menjejaskan keselamatan ekonomi nya. Ekonomi yang kuat dan kukuh akan menyebabkan sesebuah negara memiliki kuasa untuk mendahului negara- negara lain. Jepun merupakan negara paling maju dan berpendapatan tinggi di Asia Timur sehinggalah China mengambil alih kuasa ekonominya pada tahun 2010.

Rajah 1: Kerangka Konsep

Pembolehubah

Pembolehubah Bebas

Potensi Jepun Selat Melaka

Kepentingan

Ekonomi; Politik; Ancaman

Keselamatan maritim

sebagai kuasa kepada Jepun maritim Asia

Berdasarkan kerangka di Rajah 1 di atas, kajian ini menganalisa kepentingan Selat Melaka kepada Jepun dari aspek ekonomi dan strategik maritim sejak tahun 2001 sehingga tahun 2014. Seterusnya kajian diteruskan dengan menganalisa potensi Jepun untuk menjadi sebuah negara kuasa maritim Asia berdasarkan kepada pembangunan pertahanan dan kekuatan ekonomi yang dimilikinya.

1.6 Metodologi Kajian

Kajian ini mengguna pakai metod kualitatif di mana sebahagian data dikumpulkan melalui data sekunder yang diperolehi melalui kajian perpustakaan. Ini termasuk buku ilmiah, artikel jurnal, laporan-laporan sulit yang dilepaskan serta dasar-dasar keselamatan dan pertahanan sesebuah kerajaan. Rujukan jurnal diperolehi antaranya meliputi International Organization, International Security, Pacific Review, Marine Policy , Contemporary Southeast Asia, The Journal of Confict Resolution, Journal of International Affairs, Journal of Maritime Law & Commerce , Ocean Development & International Law, Maritime Policy and Management, Journal of Maritime Affairs dan lain-lain. Manakala data- data primer diperolehi melalui temubual semi-struktur dengan pakar- pakar strategik dan keselamatan yang mempunyai pengkhususan mengenai Keselamatan Perairan, Politik Ekonomi Antarabangsa, Politik Rantau Asia, Jepun, China, Malaysia, Indonesia dan Singapura.

1.7 Kepentingan Kajian

Kajian ini untuk mennguji kesahihan teori neo- realism sama ada ia mampu menerangkan tindak laku Jepun sebagai aktor utama kajian di dalam melindungi kepentingan nasionalnya selain tindakan Jepun untuk meneruskan kelangsungannya sebagai sebuah negara industri yang maju. Kajian ini juga akan memberikan nilai tambah dalam ilmu pengetahuan sedia ada berkenaaan isu keselamatan maritim dan juga Selat Melaka. Ini kerana isu Selat Melaka sering menjadi isu global memandangkan ia menjadi laluan utama bagi negara- negara besar seperti Jepun, China, Amerika Syarikat dan India bagi melancarkan perjalanan perdagangan mereka. Dari aspek Keselamatan ekonomi pula, kajian ini akan dapat memberikan data dari bidang maritim di mana pihak yang berkaitan seperti lembaga pelabuhan dapat menambahbaik fasiliti di pelabuhan masing- masing bagi meningkatkan kecekapan di masa akan datang.

1.8 Skop Kajian

Kajian ini akan ditumpukan dari tahun 2001 hingga 2014. Ini kerana selepas tragedi

11 September 2001, berlaku peningkatan dalam aktiviti jenayah maritim di Selat Melaka. Walaupun aktiviti jenayah itu tidaklah di tahap serius tetapi perkara sebegini tidak boleh dipandang mudah. Selain itu pada 2005, kerjasama antara negara pesisir dan negara pengguna juga meningkat bagi mengurangkan beban negara pesisir. Aktor yang akan dikaji di dalam kajian ini hanyalah Jepun sebagai aktor utama, Negara- Negara pesisir (Malaysia, Indonesia dan Singapura), China, AS dan India merupakan aktor yang mempengaruhi tindakan negara Jepun.

1.9 Pembahagian Bab

Kajian ini mengandungi 7 bab. Bab pertama mengandungi maklumat asas mengenai kajian ini termasuk pengenalan, penyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, metodologi, sorotan leteratur, kepentingan kajian, skop dan batasan kajian. Bab Kedua merupakan bab teori dimana perbahasan terhadap teori dan konsep yang digunakan dibahaskan. Bab tiga akan menjawab persoalan pertama iaitu apakah latar belakang sosio- ekonomi Jepun. Aspek sosio- ekonomi ini akan dibincang bermula tahun selepas tamatnya Perang Dunia Kedua kerana pada ketika itu, Jepun sedang membangunkan kembali negaranya selepas menyerah kalah kepada AS. Bab empat akan menjawab persoalan kedua iaitu apakah kepentingan Selat Melaka kepada ekonomi Jepun. bab ini menganalisa kebergantungan Jepun terhadap Selat Melaka dari tahun 2001 sehingga 2013. Bab lima akan menjawab persoalan ketiga iaitu apakah kepentingan strategik maritim Selat Melaka kepada Jepun. Ia dibahagikan kepada dua aspek iaitu keselamatan pelayaran dan keselaamtan maritim. Bab enam akan menjawab persoalan keempat iaitu bagaimanakah potensi Jepun sebagai kuasa maritim di Asia Pasifik. Aspek keutuhan ekonomi dan persediaan pertahanan dianalisis bagi mengetahui potensi Jepun. Manakala Bab tujuh diperuntukkan untuk merumuskan penemuan kajian dan keseluruhan tesis selain mencadangkan isu-isu berkaitan yang memerlukan kajian lebih mendalam di masa-masa hadapan.

BAB 2: KERANGKA TEORI DAN KONSEPTUAL

Bab ini membincangkan secara terperinci berkenaan dengan teori neo- realism yang digunakan di dalam kajian ini. Perbincangan menjurus kepada pengetahuan berkenaan teori realism terlebih dahulu sebelum teori neo- realism. Bahagian kedua membincangkan konsep- konsep yang diguna pakai bagi mengukuhkan teori neo- realism seperti konsep kepentingan nasional, keselamatan ekonomi dan keselamatan maritim sebagai elemen utama yang akan digunakan di dalam kajian ini. Bahagian ketiga bab ini membandingkan teori neo- realism dengan teori neo- liberal dan konstruktif bagi menjelaskan keutamaan pemilihan teori neo- realism di dalam kajian ini. Kesimpulan bab ini menjelaskan keutamaan teori dan konsep dijelaskan berdasarkan kepada beberapa contoh bagi mengukuhkan hujah. Pada masa kini aktor bukan negara memainkan peranan yang sangat penting di dalam hubungan antarabangsa di mana ia mampu untuk bertindak sebagai agen yang boleh memberikan impak kepada sesuatu keadaan. Ini menunjukkan teori ini dapat menjelaskan secara tepat bagaimana aktor utama di dalam kajian ini, iaitu Jepun Bab ini membincangkan secara terperinci berkenaan dengan teori neo- realism yang digunakan di dalam kajian ini. Perbincangan menjurus kepada pengetahuan berkenaan teori realism terlebih dahulu sebelum teori neo- realism. Bahagian kedua membincangkan konsep- konsep yang diguna pakai bagi mengukuhkan teori neo- realism seperti konsep kepentingan nasional, keselamatan ekonomi dan keselamatan maritim sebagai elemen utama yang akan digunakan di dalam kajian ini. Bahagian ketiga bab ini membandingkan teori neo- realism dengan teori neo- liberal dan konstruktif bagi menjelaskan keutamaan pemilihan teori neo- realism di dalam kajian ini. Kesimpulan bab ini menjelaskan keutamaan teori dan konsep dijelaskan berdasarkan kepada beberapa contoh bagi mengukuhkan hujah. Pada masa kini aktor bukan negara memainkan peranan yang sangat penting di dalam hubungan antarabangsa di mana ia mampu untuk bertindak sebagai agen yang boleh memberikan impak kepada sesuatu keadaan. Ini menunjukkan teori ini dapat menjelaskan secara tepat bagaimana aktor utama di dalam kajian ini, iaitu Jepun

2.1 Releven konsep kepentingan nasional, keselamatan ekonomi dan keselamatan maritim terhadap kajian

Releven penggunaan tiga konsep di atas telah dapat menerangkan tingkah laku aktor utama kajian iaitu Jepun di dalam memberikan reaksi terhadap sistem antarabangsa. Malah ketiga- tiga konsep di atas juga menerangkan bagaimana Jepun komited terhadap aktiviti untuk membenteras jenayah maritim bagi memastikan laluan maritim selamat digunakan oleh semua kapal. Berdasarkan kepada tiga konsep yang digunakan juga, didapati bahawa walaupun sesebuah negara bertindak berdasarkan kepada kepentingan nasional masing- masing, namun adakalanya aspek pembahagian kuasa diperaktikkan. Sebagai contoh walaupun Jepun sendiri mempunyai keupayaan melebihi negara- negara pesisir namun disebabkan oleh aspek kedaulatan yang perlu dipatuhi dan dihormati oleh semua negara terhadap wilayah negara lain, maka Jepun telah membiarkan negara pesisir untuk menguruskan hal ehwal di Selat Melaka.

2.2 Keutamaan Teori Neo- Realism dan Konsep kepentingan nasional, keselamatan maritim dan keselamatan ekonomi

Teori neo- realism dan tiga konsep yang digunakan telah dapat menerangkan fenomena dan tindakan aktor utama iaitu Jepun dalam meneruskan polisi- polisi luar serta polisi pertahanannnya.Teori liberalism dan konstruktif tidak digunakan kerana ia tidak dapat menghujahkan tindakan Jepun sebagai aktor utama yang bekerjasama dengan negara pesisir kepada Selat Melaka sebagai satu usaha yang dilakukan demi menjaga kepentingan nasionalnya. Tindakan Jepun untuk menjaga kepentingan strategik maritim juga tidak dapat diterangkan oleh teori neo- liberal tersebut kerana fahaman itu mengiktiraf kerjasama yang dilakukan untuk mencapai kesejahteraan sejagat dan tidak disebabkan oleh kepentingan mana- mana pihak yang berkepentingan. Teori konstruktivism juga tidak sesuai digunakan di dalam kajian ini kerana teori itu lebih menekankan kepada norma, identiti, budaya dan agama yang akan membentuk tindakan dalam menguruskan politik sistem antarabangsa sedangkan unsur- unsur tersebut tidak dikaji dalam kajian ini. Konsep- konsep yang digunakan merupakan elemen yang menjadi penyebab kepada Jepun untuk bentindak balas dan memformulasikan polisi luarnya. Sesebuah negara akan menjadikan kepentingan nasional sebagai panduan untuk merangka polisi dan memulakan kerjasama dengan negara lain. Aspek keselamatan maritim ketika melalui laluan Selat Melaka menjadi fokus kepada Jepun kerana gangguan terhadap laluan itu akan menjejaskan ekonominya. Ekonomi yang kukuh akan menyebabkan sesebuah negara memiliki kuasa untuk mendahului negara- negara lain. Jepun merupakan negara paling maju dan berpendapatan tinggi di Asia Timur sehinggalah China mengambil alih kuasa

ekonominya pada tahun 2010 (Monahan 2011).

BAB 3: LATAR BELAKANG SELAT MELAKA DAN SOSIO- EKONOMI JEPUN

Bab ini menjawab persoalan pertama iaitu latar belakang Selat Melaka dan Sosio- ekonomi Jepun. Bahagian pertama membincangkan secara geografi kedudukan Selat

Melaka dan Jepun di rantau Asia Pasifik. Bahagian kedua bab ini menerangkan latar belakang sosio- ekonomi Jepun sebagai sebuah negara yang bergantung kepada jalan maritim untuk meneruskan kelangsungannya. Analisis pergantungan Jepun terhadap Selat Melaka dilakukan sejak tahun 1960an. Manakala latar belakang sosio- ekonomi dan politik negara Jepun akan dibincangkan secara ringkas. Bahagian ketiga bab ini akan disususuli dengan latar belakang penglibatan Jepun di Selat Melaka seterusnya membawa kepada penubuhan Malacca Straits Council pada tahun 1969, di mana ia merupakan organisasi pertama yang ditubuhkan Jepun bagi membantu negara pesisir di dalam usaha untuk meningkatkan tahap keselamatan pelayaran di Selat Melaka. Kesimpulan bab ini menghujahkan kepentingan Selat Melaka kepada Jepun pada awalnya adalah disebabkan oleh faktor ekonomi. Lanjutan kepentingan Selat Melaka kepada Jepun akan diterangkan dengan lebih lanjut di dalam bab 4 dan 5.

3.1 Selat Melaka

Selat Melaka merupakan wilayah kedaulatan tiga negara (Malaysia, Indonesia dan Singapura) tetapi sebahagian besar kawasan liputan merupakan wilayah Malaysia dan Indonesia. Selat ini mempunyai Kelebaran 300 km di bahagian utara dan 12 km di bahagian selatan serta 1000 km panjang. Di dalam konteks kajian ini, Selat Melaka adalah merangkumi Selat Singapura. Laluan Selat Melaka telah menjadikan selat ini semakin digunakan sejak tahun 1960an dan peningkatan kehadiran kapal di selat ini telah mengundang beberapa masalah iaitu perlanggaran kapal, pelanunan dan pencemaran marin. Peningkatan penggunaan laluan selat Melaka oleh pedagang untuk aktiviti import eksport pada tahun 1950an sehingga tahun 1990 telah menimbulkan beberapa masalah di sepanjang laluan Selat Melaka. Pertama, peningkatan pengguaan kapal yang membawa petroleum dan gas yang bersaiz besar telah menyebabkan pencemaran (Hanizah 2001). Disebabkan kesesakan trafik kerana peningkatan jumlah kapal yang melalui kawasan ini, ia telah menyebabkan masalah pelanggaran dan tumpahan minyak yang serius (Amriah 2006). Dilaporkan sejak tahun 1968, sebanyak

81 kes tumpahan minyak telah dilaporkan. Selepas itu, sekurang-kurangnya enam kejadian tumpahan minyak di Selat Melaka dikesan. Peningkatan kapal yang melalui selat ini telah menyebabkan aktiviti pelanunan meningkat (Hanizah 2006).

Negara Jepun berada di Asia Pasifik. Ia mempunyai empat pulau utama iaitu Hokkaido, Honshu, Shikoku dan Kyushu. Pulau – pulau ini pula dikelilingi oleh 4000 pulau- pulau kecil (JNTO 2015). Keluasan negara Jepun adalah 377,915 kilometer (km) persegi dan garisan pantainya adalah sepanjang 29,751 km. Ia merupakan negara yang kekurangan sumber mineral dan semulajadi (World Factbook 2013).

3.2 Struktur politik, ekonomi dan sosial Jepun

a. Perubahan Politik

Selepas tahun 1945, berlaku perubahan ketara di dalam sistem politik Jepun. Sistem pemerintahan Jepun telah ditukar menjadi sistem perlembagaan monarki dengan demokrasi berparlimen. Sistem pemerintahan demokrasi berparlimen (diet) membolehkan pilihan raya dilaksanakan. Terdapat dua jenis dewan di Jepun iaitu dewan kaunselor (dewan tinggi) yang ahlinya perlu dipilih setiap tiga tahun (berkhidmat untuk enam tahun) dan dewan rakyat (berpewakilan atau dewan rendah) Selepas tahun 1945, berlaku perubahan ketara di dalam sistem politik Jepun. Sistem pemerintahan Jepun telah ditukar menjadi sistem perlembagaan monarki dengan demokrasi berparlimen. Sistem pemerintahan demokrasi berparlimen (diet) membolehkan pilihan raya dilaksanakan. Terdapat dua jenis dewan di Jepun iaitu dewan kaunselor (dewan tinggi) yang ahlinya perlu dipilih setiap tiga tahun (berkhidmat untuk enam tahun) dan dewan rakyat (berpewakilan atau dewan rendah)

b. Perubahan Ekonomi

Jepun mengalami pertumbuhan ekonomi sepuluh tahun selepas perang berakhir. Bermula tahun 1950an sehingga 1960an, Jepun telah mula merasai keuntungan dari perkembangan ekonominya. Tahun 1955 sehingga 1962 merupakan tempoh masa di mana ekonomi Jepun telah berkembang dengan pesat. Ekonomi Jepun terus berkembang dari tahun 1963 sehingga 1973. Kerajaan Jepun telah mengambil initiasif perlindungan untuk meningkatkan fasiliti dan memodenkan teknologi. Di bawah dasar ini, kerajaan menjalankan strategi eksport secara agresif bagi meningkatkan jumlah eksport ke luar negara. Perkembangan ekonomi yang meningkat antara tahun 1950 sehingga 1973 adalah disebabkan oleh harga sumber bahan mentah pada ketika itu masih rendah. Namun pertumbuhan ekonomi pada tahun 1970an telah terbantut apabila dunia mengalami dua krisis minyak pada tahun 1973-74 dan 1979-80. Disebabkan kebergantungan Jepun terhadap minyak import telah menyebabkan penguncupan kepada ekonomi negaranya. Tahun berikutnya, Syarikat- syarikat ini telah mengalami perubahan transformasi di mana ia telah dikumpulkan menjadi satu kumpulan syarikat (Keiretsu). Setiap kumpulan ini akan mempunyai bank, firma sendiri dan mempunyai rangkaian produk tersendiri. Pada pertengahan tahun 1980an, Jepun telah mula dikenali sebagai pemain global di dalam ekonomi kerana telah mempunyai rangkaian produk yang berjaya menarik minat pengguna di serata dunia.

Pada 1990an, dunia sekali lagi telah mengalami kejatuhan ekonomi. Produk yang dikeluarkan Jepun juga tidak mendapat sambutan kerana kurang inovasi malah ia telah mendapat saingan dari produk negara lain yang lebih baik. Pada tahun 1997, negara- negara di Asia terutamanya telah mengalami krisis kewangan yang teruk apabila nilai matawang kebanyakan negara telah menjunam sehingga menyebabkan banyak negara mengurangkan import kerana ingin menjalankan langkah penjimatan. Kejayaan ekonomi Jepun telah diteruskan pada tahun abad ke 21 dengan perkembangan ekonomi yang kukuh. Namun pada tahun 2008, ekonomi Jepun telah mengalami penguncupan apabila permintaan terhadap produk industri dan pelaburan terhadap perniagaan telah menurun. Kerajaan terpaksa berbelanja bagi membantu pihak industri untuk mengatasi penguncupan ini terutama pada tahun 2009 dan 2010. Pada tahun 2011, ekonomi Jepun sekali lagi mengalami penguncupan disebabkan gempa bumi dan Tsunami. Walau bagaimanapun, ekonomi Jepun telah kembali pulih hanya selepas dua tahun. Pengstrukturan semula sistem ekonomi dengan kemudahan Pada 1990an, dunia sekali lagi telah mengalami kejatuhan ekonomi. Produk yang dikeluarkan Jepun juga tidak mendapat sambutan kerana kurang inovasi malah ia telah mendapat saingan dari produk negara lain yang lebih baik. Pada tahun 1997, negara- negara di Asia terutamanya telah mengalami krisis kewangan yang teruk apabila nilai matawang kebanyakan negara telah menjunam sehingga menyebabkan banyak negara mengurangkan import kerana ingin menjalankan langkah penjimatan. Kejayaan ekonomi Jepun telah diteruskan pada tahun abad ke 21 dengan perkembangan ekonomi yang kukuh. Namun pada tahun 2008, ekonomi Jepun telah mengalami penguncupan apabila permintaan terhadap produk industri dan pelaburan terhadap perniagaan telah menurun. Kerajaan terpaksa berbelanja bagi membantu pihak industri untuk mengatasi penguncupan ini terutama pada tahun 2009 dan 2010. Pada tahun 2011, ekonomi Jepun sekali lagi mengalami penguncupan disebabkan gempa bumi dan Tsunami. Walau bagaimanapun, ekonomi Jepun telah kembali pulih hanya selepas dua tahun. Pengstrukturan semula sistem ekonomi dengan kemudahan

c. Perubahan Sosial

Disebabkan ekonomi Jepun yang meningkat, ia telah meningkatkan tahap kehidupan masyarakat yang lebih baik. AS cuba untuk menerapkan budayanya ke dalam masyarakat Jepun. Sistem pembelajaran di Jepun telah diubah dengan mengikut model sistem pendidikan AS di mana pelajar perlu menghadiri sekolah rendah selama enam tahun dan sekolah menegah (rendah) selama tiga tahun. Sistem pembelajaran campuran juga telah diterapkan di sekolah awam, iaitu pelajar lelaki dan perempuan diletakkan di sekolah yang sama serta penggunaan Bahasa English juga telah diperkenalkan. Buku teks telah disemak kembali bagi mengelakkan unsur nasionalisme melampau diterapkan di dalam pendidikan kanak- kanak.

3.3 Penglibatan Jepun di Selat Melaka

Jepun menggunakan laluan ini secara tegar berikutan peningkatan terhadap pengimportan barangan dari Timur Tengah (Kato 2014). Pada tahun ini juga, kapal- kapal minyak telah menggunakan selat ini sebagai jalan utama menghubungkan timur dan barat. Namun terdapat kekurangan aspek kemudahan serta carta pelayaran yang diperbaharui untuk kapal- kapal besar seperti Very Large Crude Carriers (VLCC). Keadaan ini agak bahaya kepada kapal kerana dibimbangi akan melalui kawasan cetek dan ini boleh menyebabkan kapal tersekat. Persatuan Kapten Kapal Jepun dan Jugonochi Kai (Persatuan yang berkaitan dengan operasi kapal besar) telah bersetuju menubuhkan satu Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) pada tahun 1969 yang dikenali sebagai Malacca Straits Council (MSC 2014). Bermula dari tahun itu, Jepun mula memberikan bantuan untuk aktiviti pelayaran di Selat Melaka secara rasmi.

Rajah 2: Penubuhan Malacca Straits Council tahun 1969

The Japanese Shipowner’s Association; Pertoleum Association of Japan The General Insurance Association of Japan ; The Shipbuilder’s Association of Japan

The Japan maritime Foundation The Nippon Foundatio n

Malacca Straits Council

Sumber: Malacca Straits Council 2014

Relevan Jepun membantu Negara Pesisir Selat Melaka adalah kerana beberapa sebab. Pertama, Jepun mempunyai kepentingan import eksport yang tinggi di antara tahun 1950an sehingga tahun 1990an, maka ia perlu memastikan laluan ini selamat untuk Relevan Jepun membantu Negara Pesisir Selat Melaka adalah kerana beberapa sebab. Pertama, Jepun mempunyai kepentingan import eksport yang tinggi di antara tahun 1950an sehingga tahun 1990an, maka ia perlu memastikan laluan ini selamat untuk

BAB 4: KEPENTINGAN SELAT MELAKA KEPADA EKONOMI JEPUN

Bab ini menerangkan kepentingan Selat Melaka terhadap ekonomi Jepun dari tahun 2001- 2014 sekaligus menjawab kepada persoalan kedua kajian ini. Bahagian kedua bab ini menerangkan kemudahan yang terdapat di sepanjang selat kepada Jepun. Bahagian ketiga menerangkan pola penggantungan Jepun terhadap selat ini dengan andaian jika Selat Melaka tidak dapat digunakan lagi di masa depan. Bahagian ketiga pula adalah analisis terhadap kebergantungan ekonomi Jepun terhadap Selat Melaka. Kesimpulan bab ini adalah walaupun terdapat beberapa lagi laluan yang membawa sumber ekonomi Jepun dari Barat ke Timur atau sebaliknya, namun Selat Melaka tetap menjadi laluan paling penting untuk digunakan. Ini kerana kedudukan laluan ini sangat strategik dari segi geografi yang terlindung dari angin monsun. Selain itu, selat ini lebih dekat dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.

4.1 Selat Melaka sebagai Laluan Utama

Jadual 1: Jenis dan Jumlah Kapal yang melalui Selat Melaka (Kapal yang melapor

kepada VTS Klang tahun 2001- 2014)

Sumber: Unit Vessel Traffic Services (VTS), Jabatan Laut Semenanjung Malaysia,

Pelabuhan Klang (2015)

Statistik ini memberikan gambaran bahawa laluan selat ini sentiasa sibuk dengan kapal – kapal besar. Daripada jumlah ini, terdapat juga bot- bot kecil yang Statistik ini memberikan gambaran bahawa laluan selat ini sentiasa sibuk dengan kapal – kapal besar. Daripada jumlah ini, terdapat juga bot- bot kecil yang

Pada tahun 2001, nilai KNK Jepun adalah ¥4730 billion namun keguncupan ekonomi berlaku sehingga KNK telah berkurang menjadi ¥4160 billion pada tahun 2002 dan ¥3980 billion pada 2003. Pada 2004 dan 2005 telah berlaku perkembangan ekonomi sehingga menjadi ¥4300 billion dan ¥4660 billion. Pada tahun 2006, KNK Jepun berjumlah ¥4570 billion. Pada 2007 dan 2008, sebanyak ¥4360 billion telah dicatatkan. KNK Jepun telah meningkat selama lima tahun dari tahun 2009 sehingga 2013 iaitu ¥4850 billion kepada ¥5938 bilion. Nilai KNK Jepun adalah dipengaruhi oleh keadaan ekonomi dan pasaran dunia. Jepun memerlukan bekalan minyak mentah serta sumber tenaga untuk menjana operasi ekonominya yang kebanyakannya berasaskan kepada perindustrian, industri berat, perkilangan dan pembuatan. Selain kenderaan, negara itu juga merupakan negara utama pengeluar barangan eletronik yang berteknologi tinggi seperti barangan optik, semi konduktor, fiber, bioteknologi dan robotik, kapal, mesin, bahan kimia, besi dan keluli (EIA 2014). Kepesatan pembangunan ekonomi serta sektor tenaga di Jepun telah meningkatkan lagi permintaan terhadap sumber tenaga di negara itu. Keperluan minyak yang diperlukan oleh negara Jepun mencecah 4.3 juta barrels per hari (bbl/d) pada 2009. Ini menjadikan Jepun sebagai negara ketiga terbesar menggunakan minyak di dunia selepas AS dan China.

4.2 Ekonomi Jepun

Rajah 3: Import- Eksport (Barangan) Jepun 2001- 2012

*Nilai Import- Eksport adalah dalam ASD Bilion Sumber: Diubahsuai dari Organization for Econimic Cooperation and Development

(OECD 2014)

Bermula tahun 2001, nilai import barangan adalah bernilai ASD348.6 bilion. Jumlah import barangan negara Jepun meningkat setiap tahun. Dalam tempoh lima tahun pertama, nilai import (barangan) Jepun adalah ASD 515.9 bilion. Pada tahun 2009, nilai import Jepun adalah menurun kepada ASD 552.0 bilion kerana berlaku Bermula tahun 2001, nilai import barangan adalah bernilai ASD348.6 bilion. Jumlah import barangan negara Jepun meningkat setiap tahun. Dalam tempoh lima tahun pertama, nilai import (barangan) Jepun adalah ASD 515.9 bilion. Pada tahun 2009, nilai import Jepun adalah menurun kepada ASD 552.0 bilion kerana berlaku

Bagi nilai eksport (barangan) Jepun pada tahun 2001 adalah ASD 402.6 dan meningkat kepada ASD 594.9 bilion untuk tempoh lima tahun. Jumlah eksport Jepun makin meningkat sehingga tahun 2008 iaitu ASD 781.4 bilion sebelum ia berkurang menjadi ASD 580.7 bilion pada tahun 2009. Ini disebabkan berlakunya gempa bumi di kawasan Tokohu, Tsunami di Jepun serta kesan daripada krisis kewangan dunia yang berlaku pada akhir tahun 2008 telah memberikan kesan kepada kelembapan ekonomi Jepun. Walaubagaimanapun nilai eksport barangan Jepun meningkat pada tahun berikutnya akibat daripada pemulihan krisis ekonomi global. Jepun sekali lagi di landa gempa bumi di bahagian Pantai Sendai pada mac 2011, di mana ia menyebabkan eksport barangan Jepun menurun pada tahun 2012 kepada ASD 798.6 bilion (EIA 2013). Pada Mei 2012, Jepun telah mengalami bencana Fukushima, di mana dua reaktor nuklearnya telah musnah. Barangan yang dieksport adalah seperti kenderaan bermotor dan alat ganti, mesin industri, mesin eletrik, barangan besi,logam, plastik, bahan kimia organik, bot serta kapal.

Sumber tenaga yang diimport adalah merangkumi semua aspek hidrokarbon (minyak, gas, LNG). Pada tahun 2001, jumlah import sumber tenaga adalah 79.49 %. Ia meningkat untuk tempoh tiga tahun sebelum berkurang pada tahun 2004 sehingga tahun 2006. Pada tahun 2007, import sumber tenaga kembali meningkat menjadi 82.41%. Tahun 2008 sehingga 2010, berlaku sedikit pengurangan di dalam pengimportan sumber tenaga. Pada tahun 2012, pengimportan sumber tenaga adalah antara yang paling tinggi iaitu sebanyak 93.98%. Walaupun jumlah import sumber tenaga ini mempunyai turun naik, namun pola pengimportan ini adalah melebihi 70% daripada keperluan. Kebergantungan terhadap sumber tenaga dari luar adalah tinggi bagi negara Jepun bagi memenuhi keperluan di dalam negara. Ini menyebabkan kebergantungan Jepun terhadap sumber dari luar adalah tinggi.

4.3 Kemudahan pelabuhan sekitar Selat Melaka –perkhidmatan dan aliran trafik

Peta 1: Kedudukan Lima Pelabuhan utama di sepanjang laluan Melaka

Sumber: Evers,H.D. & Gerke,S (2011)

Di sepanjang Selat Melaka terdapat beberapa pelabuhan yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti kemudahan mengisi minyak, berlabuh, membaiki kapal dan gudang untuk menyimpan barang. Antara pelabuhan yang terdapat di sepanjang Selat Melaka adalah pelabuhan Singapura di Singapura, Port Klang, Johor dan Pulau Pinang di Malaysia serta Belawan di Indonesia (Hanizah 2006). Pelabuhan sangat penting kepada kapal kerana beberapa sebab seperti perlindungan dari laut bergelora, dermaga untuk kapal berlabuh dan tempat persinggahan di waktu kecemasan, kerosakan, kemalangan. Pelabuhan juga mempunyai beberapa fungsi lain seperti mempunyai tempat penyimpanan (bunkering), perkhidmatan bekalan (supply), pembaikpulihan kapal, penghantaran barangan (freight ), pengurusan anak kapal (crewing) serta perkhidmatan kastam. Kelima-lima pelabuhan tersebut mempunyai fungsi dan kemudahan yang hampir sama tetapi berbeza pada beberapa perkara seperti kedalaman, kemudahan yang disediakan serta jumlah kapal yang boleh berlabuh dalam satu- satu masa. Mengikut senarai pelabuhan yang telah disenaraikan oleh World Shipping Council (2015) bagi kategori pelabuhan kontena, pelabuhan Singapura merupakan pelabuhan kedua terpenting di dunia selepas pelabuhan Shanghai di China. Pelabuhan Klang menduduki senarai ke 13 manakala pelabuhan Johor Bahru di tempat ke 20.

Kemudahan seperti infrastruktur yang canggih, kadar tarif yang kompetitif, pengendalian kargo yang cekap, akses kepada pelabuhan lain dan perkhidmatan sokongan kompetitif merupakan perkhidmatan yang dinilai oleh pengguna. Faktor lain untuk kapal singgah di pelabuhan adalah permintaan terhadap komoditi yang dibawa oleh kapal, daya saing kapal, pegaruh politik, cuaca, destinasi kargo, jumlah komoditi, kaedah pengangkutan, kos serta kemudahan yang ada di pelabuhan. Reputasi sesebuah pelabuhan dinilai oleh pengguna dengan perkhidmatan yang ditawarkan.

4.4 Pola kebergantungan ekonomi Jepun di Selat Melaka

Faktor keselamatan pelayaran merupakan aspek utama dan sangat penting kepada kapal- kapal yang ingin melalui mana- mana laluan maritim. Penukaran beberapa alatan penting di laut secara berkala seperti bouy akan menyebabkan masalah seperti kapal terlekat dapat diatasi. Kajian berkaitan hidrografi yang dijalankan secara berkala pula akan memberikan panduan kepada kapten kapal untuk memilih laluan yang selamat mengikut saiz kapal. Serangan daripada lanun mahupun perompak akan menjejaskan kapal untuk belayar. Kelewatan kapal untuk tiba di satu- satu destinasi akan memberikan impak kepada ekonomi dan juga industri. Malah bayaran tambahan perlu dibuat kerana kelewatan tersebut. Dua faktor yang diterangkan di atas jelas menunjukkan betapa ia akan memberikan kesan kepada ekonomi Jepun jika salah satu dari aspek tersebut tidak dipertingkatkan.

Peta 2: Perbandingan Selat utama di Asia Tenggara: Selat Melaka, Selat Sunda dan

Selat Lombok

 Kedalaman 23 meter  Kedalaman 20 meter  Kedalaman 250 meter  < 200,000 DWT

 <100,000DWT  >230,000DWT  Laluan963.04 km

 Laluan 81km (44nm)  Laluan 60km (32nm) (520nm)

 Tidak sesuai untuk  Digunakanoleh  Digunakan kebanyakan

kebanyakan kapal supertanker kapal

  Jumlah nilai barangan

besar yang moden

Jumlah nilai barangan  Jumlah nilai barangan yang dibawa setiap yang di bawa setiap

tahun ASD390 bilion tahun ASD40 bilion

yang dibawa setiap

tahun ASD5 bilion

Sumber: Ihsan Prof Forbes, V. L. (MIMA) 2014

Selat Melaka merupakan wilayah maritim Malaysia- Indonesia dan Singapura manakala Selat Sunda dan Lombok adalah wilayah maritim Indonesia. Berdasarkan kepada anak panah, ditunjukkan laluan kapal yang akan melalui selat dari arah barat ke timur atau timur ke barat. Tiga selat ini merupakan laluan kapal- kapal mengikut saiz dan dari mana kapal itu memulakan perjalanan. Keadaan ini jelas menunjukkan, barang dagangan Jepun yang kebanyakkannya dibawa dari Timur tengah akan menggunakan Selat Melaka sebagai laluan utama berbanding dua lagi laluan beberapa faktor seperti kedalaman, jarak dan jenis laluan. Selat Melaka diberi lebih perhatian oleh Jepun seperti di dalam pemberian Aids for navigation Fund dan beberapa projek lain yang sedang dijalankan di sekitar kawasan. Selain itu, Selat Melaka dilengkapi dengan sistem STRAITREP. Sistem trafik di Selat Melaka juga lebih teratur kerana selat itu telah menggunapakai sistem Traffic Separation Scheme (TSS) bagi mengawal keadaan trafik di laluan ini.

Selat Lombok lebih sesuai digunakan oleh supertanker kerana ia lebih dalam berbanding Selat Sunda. Selain itu nilai barangan yang dibawa di Selat Melaka jauh lebih tinggi berbanding Selat Sunda dan Lombok. Hal ini terjadi kerana beberapa faktor. Pertama, Selat Melaka merupakan laluan terdekat yang boleh digunakan bagi aktiviti import – eksport barangan dan sumber tenaga. Jika dirujuk kepada peta, ia menunjukkan bahawa lebih perjalanan perlu dilakukan bagi menggunakan dua selat yang lain. Kedua, Selat Melaka merupakan laluan yang dimiliki oleh tiga negara pesisir iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura. Kerjasama tiga negara ini sangat baik Selat Lombok lebih sesuai digunakan oleh supertanker kerana ia lebih dalam berbanding Selat Sunda. Selain itu nilai barangan yang dibawa di Selat Melaka jauh lebih tinggi berbanding Selat Sunda dan Lombok. Hal ini terjadi kerana beberapa faktor. Pertama, Selat Melaka merupakan laluan terdekat yang boleh digunakan bagi aktiviti import – eksport barangan dan sumber tenaga. Jika dirujuk kepada peta, ia menunjukkan bahawa lebih perjalanan perlu dilakukan bagi menggunakan dua selat yang lain. Kedua, Selat Melaka merupakan laluan yang dimiliki oleh tiga negara pesisir iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura. Kerjasama tiga negara ini sangat baik

Berbeza dengan Selat Sunda dan Lombok, kedua- dua laluan ini bukanlah laluan antarabangsa kerana ia berada di dalam lalaun Achipelagic Sea Lanes (Artikel

53- UNCLOS). Ia memberikan kuasa kepada sesebuah negara untuk menambah peraturan sendiri (selagi tidak berlawanan dengan peraturan yang ditetapkan IMO). Di dalam kes ini Selat Sunda dan Selat Lombok berada di dalam wilayah kedaulatan Indonesia. Oleh itu kerajaan Indonesia mempunya kuasa untuk memastikan perairan tersebut selamat untuk dilalui serta selamat dari ancaman jenayah maritim. Namun menurut Hazmi (2012: 1) Selat Sunda agak berbahaya untuk pelayaran kerana ia mengalami fenomena air pasang- surut yang kuat, perbentukan tebing pasir sepanjang laluan, berada di dalam kawasan gunung berapi aktif, jarak penglihatan rendah sewaktu ribut serta terdapat banyak pelantar minyak. Manakala Selat Lombok pula adalah lebih selamat untuk dilalui oleh kapal berbanding Selat Sunda tetapi ia memerlukan perjalanan yang lebih jauh. Selat Sunda dan Lombok kurang digunakan oleh kapal- kapal yang ingin ke Jepun tetapi selat tersebut digunakan oleh kapal dari Australia untuk perjalanan selatan – timur (Forbes 2008: 18).

Berdasarkan kepada faktor yang telah dibincangkan di atas, jelas menunjukkan kepentingan Selat Melaka kepada kelangsungan ekonomi Jepun. Bukan hanya kerana faktor kos dan masa perjalanan yang lebih singkat tetapi aspek kerjasama maritim yang lebih terjamin telah menyebabkan Jepun memilih laluan Selat Melaka berbanding Selat Sunda dan Lombok. Selain itu sistem pelayaran yang digunakan di Selat Melaka seperti Vessel Traffic Information System (VTIS), Electronic Navigation Charts (ENC), Differential Global Positioning System (DGPS), Electronic Chart Display and Information System (ECDIS) dan Automatic Identification System (AIS) sangat menyenangkan kapal yang ingin menggunakan laluan ini. Faktor muka bumi yang jauh dari lingkaran gunung berapi dan terlindung dari monsun juga menyebabkan Selat Melaka penting kepada kapal- kapal Jepun.

4.5 Signifikan kepentingan Selat Melaka kepada Jepun

Berdasarkan kepada analisis dan juga nilai import- eksport yang telah dijelaskan di dalam bab ini, di dapati ekonomi Jepun sangat bergantung kepada laluan Selat Melaka untuk kesinambungan perdagangannya. Jepun memerlukan sumber minyak dari negara- negara ayng terletak di Timur Tengah dan Afrika. Sudah tentu laluan Selat Melaka menjadi laluan penting kerana jika kapal melalui Selat Sunda dan Lombok, maka lebihan masa perjalanan perlu ditambah serta kos untuk tambahan masa juga akan meningkat.

BAB 5: KEPENTINGAN STRATEGIK MARITIM SELAT MELAKA KEPADA JEPUN

Bab ini menerangkan kepentingan Selat Melaka terhadap strategik maritim Jepun dari tahun 2001- 2014 sekaligus menjawab kepada persoalan ketiga kajian ini. Bahagian kedua bab ini menerangkan cabaran strategik maritim di dalam aspek pelayaran dan keselamatan maritim di Selat Melaka kepada Jepun. Bahagian ketiga akan menerangkan perkaitan sumbangan dan kerjasama Jepun dengan negara pesisir di dalam aspek aspek pelayaran dan keselamatan maritim di Selat Melaka. Reaksi negara pesisir dan negara pengguna (AS, India dan China) terhadap bantuan Jepun turut dibincangkan. Kesimpulan bab ini adalah, Jepun telah bekerjasama dengan negara pesisir kerana hanya dengan ini, ia secara tidak langsung ia dapat menjaga kepentingan strategiknya di Selat Melaka.

Kepentingan strategik maritim di dalam kajian ini dibahagikan kepada dua iaitu keselamatan pelayaran (Safety of Navigation) dan keselamatan maritim (Maritime Security). Konvensyen IMO 1948 di dalam artikel 29 menerangkan keselamatan pelayaran adalah:

“…concerned with aids to navigation, construction and equipment of vessels, manning from the safety standpoint, rules for the prevention of collision, handling of dangerous cargoes, maritime safety procedures and requirements, hydroghapic information, log- books and navigational records, marine casualty investigations, salvage and rescue and any other matters directly

affecting maritime safety”. (Artikel 29, IMO 1948)

Nazira (2014, 48) berpendapat konsep ini lebih menekankan ciri keselamatan fizikal yang perlu ada pada sesebuah kapal, perairan yang akan dilalui serta pihak berkuasa pelabuhan. Oleh itu, keselamatan pelayaran boleh diertikan sebagai aspek yang dilihat sewaktu berada di laut yang perlu dipatuhi oleh setiap anak kapal dan kapal itu sendiri.Ia terbahagi kepada aspek manusia, kapal dan laluan.

Till (2004; 311) mendefinisikan keselamatan maritim sebagai:

“Good order at sea,” whereby the sea as a resource, as a medium for trade and information exchange, and as an environment, faces “risks and threats to the good order on which their continued contribution to human development

depends”.

Rahman (2009; 31) bagaimanapun mengambil kira lima aspek penting untuk menakrifkan keselamatan maritim iaitu: Security of the sea itself, Ocean governance, Maritime border protection, Military activities at sea dan Security regulation of the maritime transportation system. Oleh itu, Keselamatan Maritim boleh diklasifikasi sebagai keadaan yang selamat dan bebas semasa berada di lautan dari apa jenis ancaman jenayah yang boleh menyebabkan gangguan kepada seseorang atau vesel yang digunakan. Menurut International Maritime Bureau (IMB 2006) kawasan Westbound sehingga ke Selat Singapura merupakan kawasan panas yang sering menjadi sasaran lanun. Disebabkan kawasan ini kecil dan sempit, ini akan Rahman (2009; 31) bagaimanapun mengambil kira lima aspek penting untuk menakrifkan keselamatan maritim iaitu: Security of the sea itself, Ocean governance, Maritime border protection, Military activities at sea dan Security regulation of the maritime transportation system. Oleh itu, Keselamatan Maritim boleh diklasifikasi sebagai keadaan yang selamat dan bebas semasa berada di lautan dari apa jenis ancaman jenayah yang boleh menyebabkan gangguan kepada seseorang atau vesel yang digunakan. Menurut International Maritime Bureau (IMB 2006) kawasan Westbound sehingga ke Selat Singapura merupakan kawasan panas yang sering menjadi sasaran lanun. Disebabkan kawasan ini kecil dan sempit, ini akan

Bagi kes rompakan yang berlaku, perompak biasanya akan melakukan rompakan terhadap kapal yang sedang bersauh. Mereka merompak alat ganti jentera, barang- barang persendirian seperti komputer riba dan wang tunai milik kru kapal, kemudahan komunikasi seperti echo sounder dan Global Positioning System-GPS (APMM 2012). Kes yang dahulunya diklasifikasi sebagai pelanunan akhirnya telah dirujuk sebagai salah satu aktiviti keganasan pelanunan atau piracy terrorism (Raymond 2006). Selain itu peningkatan aktiviti terorism sekitar tahun 2001 memberikan impak kepada Jepun kerana disebabkan aktiviti jenayah yang semakin meningkat, menyebabkan kadar insuran untuk kapal meningkat dan ini telah meningkatkan kos pengangkutan. Malah kenyataan dari Lyod’s of London pada 2005 memberikan gambaran aktiviti terorism di kawasan Selat Melaka berada di dalam keadaan yang membimbangkan.

Jadual 2: Statistik Laporan Kecemasan Pusat Komunikasi Marin Malaysia (PUSKOM) Tahun 2001- 2014

TAHUN

LANGGA KARAM

HILANG LAIN-

Sumber: VTS, Jabatan laut, Pelabuhan Klang (2015)

5.1 Aspek Keselamatan dalam pelayaran

Antara aspek yang diambil kira sebelum pelayaran adalah bentuk muka bumi, tiupan angin (monsun), aliran trafik, signal alatan pelayaran (buoy, beacon dan rumah api) serta pelabuhan yang terdekat untuk bersauh. Bagi negara Jepun, Selat Melaka mempunyai kepentingan tersendiri di dalam aspek ini kerana Jepun bergantung kepada selat ini sebagai laluan ekonominya (seperti yang telah dibincangkan di bab IV). Oleh yang demikian, sangat wajar apabila Jepun mengambil initiatif sendiri bagi meningkatkan tahap keselamatan di dalam pelayaran dengan memberi Official Development Assistance (ODA) kepada negara- negara pesisir melalui beberapa Antara aspek yang diambil kira sebelum pelayaran adalah bentuk muka bumi, tiupan angin (monsun), aliran trafik, signal alatan pelayaran (buoy, beacon dan rumah api) serta pelabuhan yang terdekat untuk bersauh. Bagi negara Jepun, Selat Melaka mempunyai kepentingan tersendiri di dalam aspek ini kerana Jepun bergantung kepada selat ini sebagai laluan ekonominya (seperti yang telah dibincangkan di bab IV). Oleh yang demikian, sangat wajar apabila Jepun mengambil initiatif sendiri bagi meningkatkan tahap keselamatan di dalam pelayaran dengan memberi Official Development Assistance (ODA) kepada negara- negara pesisir melalui beberapa

Bantuan pertama yang telah diberikan oleh Jepun di dalam usaha menjaga keselamatan Selat Melaka adalah dengan membantu menyediakan kaji selidik hidrografi antara tahun 1970 sehingga 1982 (Beckman 2008). Kaji selidik ini dilakukan dengan bantuan Japan International Cooperation Agency (JICA) dan tiga negara pesisir. Jepun juga meningkatkan bantuan untuk meningkatkan tahap keselamatan maritim di Selat Melaka dengan memasang 41 boya (buoys), lampu isyarat (beacons) dan rumah api di 30 lokasi yang berbeza dengan kos sebanyak 5.4 bilion yen (MSC 2012). Untuk aktiviti di Selat Melaka, dana disalurkan kepada Malacca Straits Council (MSC). Antara aktiviti yang dilakukan oleh MSC adalah melakukan kajian soal selidik, menjalankan operasi menggali, membuang bangkai kapal yang karam, memasang dan menyelenggara alatan pelayaran dan menukar boya (Rakish 2008).