Perkembangan 05 Modul PnP Matematik Nombor dan Operasi Thn 2

164 Bidang: Nombor dan Operasi Tajuk: Bahagi Standard Kandungan: Murid dibimbing untuk: 5.1 Menulis ayat Matematik bagi operasi bahagi. Standard Pembelajaran: Murid berupaya untuk: iii Menulis ayat Matematik berdasarkan aktiviti : a Pengumpulan. Masa: 60 minit Fasa Cadangan Aktiviti Cadangan Komunikasi 1. Persediaan Pemerhatian Analisis a. Agihkan 4 batang penyedut minuman kepada setiap murid. b. Murid mengira penyedut minuman yang mereka dapat dan menyatakan jumlahnya. c. Murid diminta memegang penyedut minuman tersebut menggunakan kedua-dua tangan dengan bilangan yang sama banyak. Murid membuat kesimpulan 4 batang penyedut minuman dipegang sama banyak kiri dan kanan bilangannya ialah 2. Guru menegaskan satu tangan mewakili satu kumpulan, jadi ada 2 kumpulan. d. Contoh-contoh lain boleh digunakan seperti batang aiskrim, pensil dan benda- benda lain yang sesuai. Soalan: i. Berapa batang penyedut minuman yang kamu dapat? ii. Berapakah bilangan penyedut minuman di tangan kanan kamu? iii. Berapakah bilangan penyedut minuman di tangan kiri kamu? 165

2. Imaginasi

Mencari alternatif penyelesaian.. a. Murid duduk secara berpasangan dan mengumpulkan penyedut minuman yang ada pada mereka menjadikan jumlahnya lapan. b. Guru meminta murid mencantum kumpulan penyedut minuman: i. ii. empat-empat iii. iv. dua-dua c. Guru membimbing murid menyatakan aktiviti yang telah dijalankan. i. lapan dicantum empat- empat dapat dua kumpulan ii. lapan dicantum dua-dua dapat empat kumpulan. i. Berapakah bilangan penyedut minuman yang ada pada kamu sekarang? ii. Berapa kumpulan penyedut minuman yang telah dicantum secara empat-empat? iii. Berapa kumpulan penyedut minuman yang telah dicantum secara dua- dua?

3. Perkembangan Aplikasi idea

Mengelas Aktiviti 1 a. Guru membimbing murid menulis ayat matematik berdasarkan aktiviti di atas. b. Lapan penyedut minuman dicantum empat-empat dapat dua kumpulan. Ayat matematik: 8 ÷ 4 = 2 Lapan penyedut minuman dicantum dua-dua dapat dapat empat kumpulan. 166 Ayat matematik: 8 ÷ 2 = 4 Murid membaca hasil dapatan daripada aktiviti yang dilakukan. Aktiviti 2. a. Murid secara berpasangan mengeluarkan 6 buah buku latihan. b. Letakkan 6 buah buku di atas meja. c. Murid diminta mengumpulkan buku-buku tersebut dalam kumpulan dua-dua dan menyatakan bilangan kumpulan yang ada ialah 3. d. Murid menulis ayat matematik bahagi. 6 ÷ 2 = 3 Aktiviti 3 a. Guru mengemukakan penyataan berikut: ”Sembilan biji buah oren dibahagi kepada kumpulan tiga- i. Berapa kumpulan yang terhasil? ii. Apakah kumpulan lain yang boleh dibentuk sama banyak? 167 tiga dapat tiga kumpulan. Mendengar dengan teliti dan memahami penyataan diberi. b. Murid diminta membuat lakaran bagi penyataan tersebut. 9 biji oren Kumpul tiga-tiga dapat 3 kumpulan. c. Murid menulis ayat matematik bahagi. 9 ÷ 3 = 3 Berapa kumpulan yang dibentuk?

4. Tindakan Pelaksanaan

Membuat kesimpulan Perkukuhkan aktiviti bahagi dengan mengumpul semula: Agihkan 5 kumpulan berempat. a. Guru edarkan 20 batang penyedut minuman dan kad soalan setiap kumpulan dan diletakkan ditengah-tengah kumpulan. rujuk Lembaran Kerja 55 168 b. Dalam masa 10 minit, murid menyiapkan aktiviti tersebut. c. Guru minta murid pamerkan hasil dapatan mereka dan bandingkan dengan kumpulan yang lain. d. Murid dikehendaki membuat aktiviti secara bekerjasama. Guru mengedarkan lembaran kerja untuk disiapkan oleh murid. Nota; a. Gunakan bahan lain yang difikirkan sesuai dengan murid. b. Gunakan lain-lain aktiviti yang sesuai. Pentaksiran : Rujukan Lembaran Kerja 54 dan Lembaran Kerja 55. Nilai dan Sikap: Bekerjasama dan adil 169 Lembaran Kerja 54 Lengkapkan jadual di bawah. Cantum penyedut minuman Ayat matematik 12 penyedut minuman cantum tiga-tiga 8 penyedut minuman cantum dua-dua 10 penyedut minuman cantum lima-lima 9 penyedut minuman cantum tiga-tiga 6 penyedut minuman cantum dua-dua