Tindakan 05 Modul PnP Matematik Nombor dan Operasi Thn 2

151 Lembaran Kerja 50 Selesaikan masalah darab yang berikut. Puan Rosni memberikan 4 biji guli kepada 5 orang kanak-kanak. Berapakah jumlah guli yang diberikan oleh Puan Rosni kesemuanya ? 1 . 7 kumpulan murid telah membantu di dalam satu aktiviti gotong-royong. Terdapat 10 orang murid di dalam setiap kumpulan. Berapakah jumlah murid yang terlibat kesemuanya ? 4 . 2 . Setiap murid telah mengumpul 9 biji manik. Berapakah jumlah manik yang telah dikumpul oleh 4 orang murid ? 3 . 8 buah sekolah mengambil bahagian dalam satu pertandingan. Setiap sekolah menghantar 2 orang peserta. Berapakah jumlah peserta semuanya ? 152 Bidang: Nombor dan operasi Tajuk: Bahagi Standard Kandungan: Murid dibimbing untuk : 5.1 Menulis ayat matematik bagi operasi bahagi Standard Pembelajaran: Murid berupaya untuk: i Mengelaskan kepada kumpulan dua-dua, lima-lima, sepuluh-sepuluh dan empat-empat dengan menyatakan kumpulan yang diperoleh dengan menggunakan: a Objek b Gambar c Garis nombor Masa: 60 minit Fasa Cadangan Aktiviti Cadangan Komunikasi 1. Persediaan Pemerhatian dan Analisis a. Murid membuat pemerhatian terhadap bilangan guli yang ditunjukkan di dalam bekas. b. Murid membuat pengelasan warna dan bilangan guli yang ditunjukkan c. Contoh-contoh lain boleh digunakan seperti batang aiskrim, biji saga, kacang tanah dan benda-benda lain yang sesuai. Soalan: i. Berapakah anggaran bilangan guli di dalam bekas? ii. Berapakah bilangan guli di dalam bekas? Bagi soalan ii boleh minta murid membilang iii. Berapakah bilangan guli dalam setiap bekas? Merah Biru 153 Fasa Cadangan Aktiviti Cadangan Komunikasi 2. Imaginasi Penjanaan Idea dan Sintesis Idea. Objek. Murid diberi 20 pensel dan 2 buah bakul kecil. Murid memasukkan satu persatu pensel ke dalam setiap bakul kecil. Murid mengulangi aktiviti di atas sehingga habis kesemua pensel. Gambar. Murid memerhatikan gambar yang diberikan oleh guru. Murid mengelaskan gambar objek mengikut kumpulan lima-lima dengan membuat bulatan. Sesi soal jawab: i. Berapakah jumlah asal pensel? ii. Berapakah bilangan pensel dalam setiap bakul kecil? iii. Bagaimana anda melakukan aktiviti tersebut? iv. Adakah bilangan pensel dalam setiap bakul kecil itu sama banyak? Apakah gambar yang anda dapat lihat? Bagaimana anda mengelas mengikut kumpulan lima-lima? Adakah jumlah gambar di dalam setiap kumpulan adalah sama ? 154 Fasa Cadangan Aktiviti Cadangan Komunikasi Garis Nombor. Murid memerhatikan garis nombor yang dilukis oleh guru. + + + + + + + + + 0 1 2 3 4 5 6 7 8 Murid mengelaskan kepada kumpulan dua-dua dengan membuat garisan panjang. + + + + + + + + + 0 1 2 3 4 5 6 7 8 Apakah gambar yang anda dapat lihat ? Bagaimana anda mengelas mengikut kumpulan dua-dua ? Adakah pembahagian unit nombor dalam setiap kumpulan adalah sama ?

3. Perkembangan Penambahbaikkan

Kemungkinan ada murid menjawab: a. Murid akan membuat proses pembahagian tidak sama banyak. b. Bimbing murid membetulkan kesilapan yang dilakukan. c. Minta murid mengulangi langkah pengagihan dengan lebih berhati-hati. Sesi soal jawab: Berapakah bilangan guli bagi setiap kumpulan? Adakah bilangan setiap kumpulan sama banyak? 155 Fasa Cadangan Aktiviti Cadangan Komunikasi 4. Tindakan Pelaksanaan Amalan Berterusan Murid menyatakan kumpulan yang diperolehi berdasarkan pengelasan yang diberi oleh guru. a. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. b. Setiap kumpulan diberi 40 batang lidi . c. Guru meminta murid mengelaskan lidi yang diberi kepada kumpulan sepuluh- puluh. d. Murid diminta memberikan jawapan . e. Guru menyemak jawapan murid. [Ulang langkah a hingga e bagi kumpulan dua-dua , empat- empat dan lima- lima.] Nota: a. Guru boleh menggunakan bahan lain yang difikirkan sesuai dengan murid. b. Guru boleh menggunakan lain- lain aktiviti yang sesuai. Soalan: Membahagi lidi kepada kumpulan dua-dua , empat- empat , lima-lima dan sepuluh- sepuluh. Contoh 1 Kumpulan sepuluh-sepuluh Contoh 2 Kumpulan lima-lima Pentaksiran : Rujukan Lembaran Kerja 51 dan Lembaran Kerja 52. Nilai dan Sikap: Bekerjasama , tolong-menolong dan yakin diri . 156 Lembaran kerja 51 Suaikan. Kumpulan dua-dua Kumpulan sepuluh-sepuluh Kumpulan lima-lima Kumpulan empat-empat 157 Lembaran Kerja 52 Lengkapkan gambarajah yang tertinggal, pastikan bilangannya sama dengan rakan yang berada di petak sebelah.

1. 2.

3. 158 Bidang: Nombor dan operasi Tajuk: Bahagi Standard Kandungan: Murid dibimbing untuk : 5.1 Menulis ayat matematik bagi operasi bahagi . Standard Pembelajaran: Murid berupaya untuk: ii Memperkenalkan simbol bahagi dan sama dengan: a Mengguna dan mempelbagaikan perbendaharaan kata yang relevan dalam konteks bahagi. b Menulis simbolnya. c Menggunakan simbol bahagi dan sama dengan bagi menulis ayat matematik berdasarkan situasi yang diberi. Masa: 60 minit Fasa Cadangan Aktiviti Cadangan Komunikasi 1. Persediaan Pemerhatian dan Analisis a. Murid membuat pemerhatian terhadap bilangan guli yang ditunjukkan di dalam bekas. b. Murid membuat pengelasan warna dan bilangan guli yang ditunjukkan c. Tulis ayat matematik di papan hitam. 8 bahagi 4 sama dengan 8 รท 4 = Soalan: i. Berapakah anggaran bilangan guli di dalam bekas? ii. Berapakah bilangan guli di dalam bekas? Bagi soalan ii boleh minta murid membilang iii. Berapakah bilangan guli dalam setiap bekas? iv. Apakah simbol yang digunakan bagi operasi bahagi? v. Apakah simbol yang digunakan bagi sama dengan?