Perkembangan Penambahbaikkan 05 Modul PnP Matematik Nombor dan Operasi Thn 2

158 Bidang: Nombor dan operasi Tajuk: Bahagi Standard Kandungan: Murid dibimbing untuk : 5.1 Menulis ayat matematik bagi operasi bahagi . Standard Pembelajaran: Murid berupaya untuk: ii Memperkenalkan simbol bahagi dan sama dengan: a Mengguna dan mempelbagaikan perbendaharaan kata yang relevan dalam konteks bahagi. b Menulis simbolnya. c Menggunakan simbol bahagi dan sama dengan bagi menulis ayat matematik berdasarkan situasi yang diberi. Masa: 60 minit Fasa Cadangan Aktiviti Cadangan Komunikasi 1. Persediaan Pemerhatian dan Analisis a. Murid membuat pemerhatian terhadap bilangan guli yang ditunjukkan di dalam bekas. b. Murid membuat pengelasan warna dan bilangan guli yang ditunjukkan c. Tulis ayat matematik di papan hitam. 8 bahagi 4 sama dengan 8 ÷ 4 = Soalan: i. Berapakah anggaran bilangan guli di dalam bekas? ii. Berapakah bilangan guli di dalam bekas? Bagi soalan ii boleh minta murid membilang iii. Berapakah bilangan guli dalam setiap bekas? iv. Apakah simbol yang digunakan bagi operasi bahagi? v. Apakah simbol yang digunakan bagi sama dengan? 159 Fasa Cadangan Aktiviti Cadangan Komunikasi 2. Imaginasi Penjanaan Idea dan Sintesis Idea. Cerita 1 En. Rahman mempunyai 4 ekor arnab. Dia membahagikan arnab tersebut kepada 2 orang rakannya. Cerita 2 Cikgu Ahmad membawa 6 biji buah epal. Dia memberikan buah epal itu sama banyak kepada 3 orang murid. Ali mendapat 2 biji epal, Abu mendapat 2 biji epal dan Atikah mendapat 2 biji epal. Cerita 3 Puan Halimah mempunyai wang RM20. Dia telah memberikan wang tersebut secara sama rata kepada 4 orang anaknya. Guru membuat simulasi di hadapan kelas Menulis simbol Perkenalkan simbol bahagi kepada murid dengan menggunakan kad imbasan. ÷ Menulis ayat matematik bagi simbol yang diberi a. Beri 20 pensel dan 2 buah bakul kecil kepada murid. b. Minta murid memasukkan satu persatu pensel ke dalam setiap bakul kecil c. Minta murid mengulangi aktiviti di atas sehingga habis kesemua pensel. Sesi soal jawab: i. Apakah operasi yang digunakan? ii. Berapakah bilangan buah epal yang diperolehi oleh setiap murid? iii. Adakah bilangan buah epal yang diperolehi oleh setiap murid sama banyak? iv. Tuliskan ayat matematik di papan tulis. Apakah gambar yang anda dapat lihat ? Apakah nama bagi simbol ini? 160 Fasa Cadangan Aktiviti Cadangan Komunikasi d. Minta murid menulis ayat matematik di papan tulis. 20 ÷ 2 = 10 Berapakah bilangan pensel yang diperolehi oleh setiap bakul? Adakah bilangan yang diperolehi oleh setiap bakul adalah sama? Apakah operasi yang digunakan?

3. Perkembangan

Menilai Ayat matematik: Ulang aktiviti dengan nombor yang berbeza. Sesi soal jawab: Berapakah bilangan guli dalam setiap kumpulan? Adakah bilangan guli dalam setiap kumpulan adalah sama? Apakah operasi yang digunakan? 12 ÷ 2 = 6 161 Fasa Cadangan Aktiviti Cadangan Komunikasi 4. Tindakan Pelaksanaan Amalan Berterusan Murid melengkapkan ayat matematik yang diberi oleh guru. a. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. b. Setiap kumpulan diberi kad imbasan. c. Guru meminta murid menyusun kad imbasan di atas meja berdasarkan ayat matematik yang akan disebut. d. Murid diminta mempamerkan kad imbasan yang telah lengkap di atas meja. e. Guru menyemak jawapan murid. Ulang langkah a hingga e bagi soalan-soalan lain yang difikirkan sesuai. Nota: a. Boleh menggunakan bahan lain yang difikirkan sesuai dengan murid. b. Boleh menggunakan lain-lain aktiviti yang sesuai. Arahan Lengkapkan ayat matematik dengan memasukkan simbol ÷ dan = menggunakan kad imbasan berdasarkan arahan dari guru. Contoh Pentaksiran : Rujukan Lembaran Kerja 52 dan Lembaran Kerja 53. Nilai dan Sikap: Bekerjasama, tolong-menolong dan yakin diri 6 ÷ 3 = 2 8 ÷ 2 = 4 9 ÷ 3 = 3 162 Lembaran kerja 52 Warnakan simbol bahagi warna merah dan simbol sama dengan warna kuning.

1. 2.

3. 4.

5. + - × ÷ = - × + = ÷ 163 Lembaran Kerja 53 Lengkapkan kotak kosong dengan simbol bahagi ÷ dan simbol sama dengan = bagi ayat matematik di bawah.

1. 2.

3. 4.

5. 6.

7. 4 2 2 2 6 3 8 4 2 2 10 5 12 3 4 15 5 3 4 20 5 164 Bidang: Nombor dan Operasi Tajuk: Bahagi Standard Kandungan: Murid dibimbing untuk: 5.1 Menulis ayat Matematik bagi operasi bahagi. Standard Pembelajaran: Murid berupaya untuk: iii Menulis ayat Matematik berdasarkan aktiviti : a Pengumpulan. Masa: 60 minit Fasa Cadangan Aktiviti Cadangan Komunikasi 1. Persediaan Pemerhatian Analisis a. Agihkan 4 batang penyedut minuman kepada setiap murid. b. Murid mengira penyedut minuman yang mereka dapat dan menyatakan jumlahnya. c. Murid diminta memegang penyedut minuman tersebut menggunakan kedua-dua tangan dengan bilangan yang sama banyak. Murid membuat kesimpulan 4 batang penyedut minuman dipegang sama banyak kiri dan kanan bilangannya ialah 2. Guru menegaskan satu tangan mewakili satu kumpulan, jadi ada 2 kumpulan. d. Contoh-contoh lain boleh digunakan seperti batang aiskrim, pensil dan benda- benda lain yang sesuai. Soalan: i. Berapa batang penyedut minuman yang kamu dapat? ii. Berapakah bilangan penyedut minuman di tangan kanan kamu? iii. Berapakah bilangan penyedut minuman di tangan kiri kamu?