Imaginasi Perkembangan Membuat 05 Modul PnP Matematik Nombor dan Operasi Thn 2

175 Lembaran Kerja 56 Contoh kad soalan. 10 kuntum bunga dimasukkan ke dalam 5 biji pasu. Setiap pasu ada bunga. Ali ada 6 biji gula-gula. Dia mengagihkan sama rata kepada 3 orang adiknya. Setiap adiknya mendapat biji gula-gula. Emak membuat 4 biji kek untuk diberi kepada dua orang jiran. Setiap jiran akan dapat biji kek. 176 Lembaran Kerja 57 Lukis dan tulis ayat matematik yang menunjukkan pengongsian operasi bahagi. Gambar Ayat matematik 177 Bidang: Nombor dan operasi Tajuk: Bahagi Standard Kandungan: Murid dibimbing untuk: 5.1 Menulis ayat matematik bagi operasi bahagi. Standard Pembelajaran: Murid berupaya untuk: iii Menulis ayat matematik berdasarkan aktiviti: c tolak berturut-turut. Masa: 60 minit Fasa Cadangan Aktiviti Cadangan Komunikasi 1. Persediaan Pemerhatian dan Analisis a. Tunjukkan lapan batang pensel. b. Minta murid memerhatikan aktiviti yang dilakukan oleh guru. c. Letakkan dua batang pensel di atas meja secara berturut-turut hingga habis. Soalan: i. Berapa kumpulan pensel yang ada di atas meja? Setiap kali guru meletakkan dua batang pensel, guru akan menyoal murid : ii. Berapakah bilangan pensel di tangan saya sekarang? iii. Bilangan pensil semakin bertambah atau berkurang? iv. Apakah operasi yang telah digunakan? 178

2. Imaginasi

Penjanaan Idea dan Sintesis Idea. a. Minta murid menunjukkan 10 jari mereka. b. Ulang aktiviti dengan menutup jari lima-lima. Jelaskan aktiviti yang dilakukan merupakan tolak berturut-turut yang berkaitan dengan operasi bahagi. Boleh meneruskan dengan aktiviti yang lain. Tegaskan aktiviti ini adalah untuk pembahagian yang mudah i. Tutup jari dua-dua secara berturut-turut. ii. Berapa kali jari ditutup? ...5 kali

3. Perkembangan Penambahbaikkan

Menilai a. Bimbing murid menulis ayat matematik berdasarkan aktiviti yang dijalankan.10 jari tutup 2 jari secara berturut-turut sebanyak 5 kali. 10 – 2 = 8 8 – 2 = 6 6 – 2 = 4 4 – 2 = 2 2 – 2 = 0 b. Guru meminta murid mengira berapa kali tolak 2 dalam aktiviti tersebut. ...ada lima kali Menulis ayat matematik : 10 ÷ 2 = 5 179 c. Guru menegaskan bahawa bahagi adalah satu proses tolak berturut-turut. AKTIVITI 2 a. Agihkan murid kepada kumpulan berlima. b. Edarkan sebiji gelas yang mengandungi 12 biji guli. c. Setiap kumpulan membaca arahan yang di pamerkan di papan tulis dan menulis jawapan pada kad jawapan. d. Ulangi aktiviti dengan mengeluarkan guli secara : i. Dua-dua ii. Empat-empat iii. Enam-enam e. Tuliskan ayat matematik bahagi untuk semua aktiviti yang dilakukan. f. Setelah siap, murid menampal jawapan di hadapan dan mengadakan perbincangan bersama AKTIVITI 3 a. Tunjukkan satu garis nombor. 2 2 2 0 1 2 3 4 5 6 b. Berdasarkan garis nombor di atas, bimbing murid untuk menyatakan bahawa: 6 – 2 secara berulang-ulang boleh dikaitkan dengan 6 ÷ 2 = 3. Keluarkan 3 biji guli secara berturut-turut. i. Berapa kali guli dikeluarkan dari gelas? 180

4. Tindakan

a. Murid duduk dalam kumpulan masing-masing. b. Setiap kumpulan akan mengeluarkan bahan-bahan yang ada pada mereka. c. Kumpulan tersebut akan melakukan aktiviti tolak berulang menggunakan bahan yang ada pada mereka dan menulis ayat matematik bahagi berdasarkan aktiviti tersebut. Contoh : Kumpulan A : Keluarkan 8 batang pensel dan simpan dua-dua secara berturut-turut. Ayat matematik: 8 ÷ 2 = 4 d. Hasil kerja kumpulan akan dibentangkan di hadapan kelas. Nota; a. Guru boleh menggunakan bahan lain yang difikirkan sesuai dengan murid. b. Guru boleh menggunakan lain- lain aktiviti yang sesuai. Pentaksiran : Rujukan Lembaran Kerja 58 dan aktiviti. Nilai dan Sikap: Bekerjasama, tolong-menolong dan sistematik. 181 Lembaran Kerja 58 Lengkapkan jadual berikut. Tolak berturut- turut Ayat matematik 8 – 2 = 6 6 – 2 = 4 4 – 2 = 2 2 – 2 = 0 8 ÷ 2 = ______ 10 – ____ = 5 ____ – 5 = _____ 10 ÷ ___ = ____ 0 1 2 3 4 5 6 15 biji guli di dalam jag dikeluarkan tiga-tiga secara berturut-turut sehingga habis. 182 Bidang: Nombor dan operasi Tajuk: Bahagi Standard Kandungan: Murid dibimbing untuk: 5.1 Menulis ayat matematik bagi operasi bahagi Standard Pembelajaran: Murid berupaya untuk: iii Menulis ayat matematik berdasarkan aktiviti: d Songsangan operasi darab Masa: 60 minit Fasa Cadangan Aktiviti Cadangan Komunikasi 1. Persediaan Memerhati dan menciri a. Guru pamerkan kad gambar. i. Berapa keping kad gambar yang ditunjukkan? ...4 ii. Berapa bunga dalam satu kad? ...2 iii. Berapa jumlah bunga kesemuanya? ...8 iv. Bagaimana kamu mendapat jawapannya?

2. Imaginasi